"Alamak... kena virus ke komputer aku ni?"
"Makan budakkkk... huwahahahaha!"
Bila komputer nampak 'semacam' je.... dengan cepat kita akan salahkan virus.... hehehe!.
Sedangkan, dalam banyak hal semua tu akibat perbuatan kita sendiri.... alaaa macam satu dua negeri tu la kan.... bila ada masalah, cepat-cepat kata... "Ni semua pasal kerajaan yang dulu tu la"
Walaupun dah dekat 20 tahun perintah negeri, tapi masih duk tunjuk kat orang lain, untuk tutup kelemahan sendiri..... muhahahaha!
Kalau nak elakkan komputer diserang virus.... perkara yang penting ialah.......
jangan masuk tempat terlarang,
jangan guna benda yang terlarang,
jangan tengok benda yang terlarang.
Malangnya.... orang yang tak boleh kawal nafsu ni, dalam masa yang sama akan menyusahkan orang lain. Kalau komputer dia je yang kena HIV tak pe la... ni dia sebar juga penyakit dia tu kat kita yang beriman ni..... tak de pasal-pasal kita pun susah jugak.... hehehe!
Duss... dusss... sekali lagi intro yang merapu!
Sebagai pengguna yang mengunakan Operating System (OS) Windows dari Microsoft.... tentunya kita tidak pernah terkecuali daripada serangan virus..... maklumlah sebagai OS yang popular.... tentunya akan banyak pula musuhnya.
Menyedari akan ancaman serangan virus terhadap komputer yang beroperasi dengan OS Windows.... maka beberapa bulan yang lalu.... Microsoft telah melancarkan perisian keselamatannya sendiri iaitu Microsoft Security Essentials (MSE). Perisian ini dibekalkan secara percuma. Perisian ini bolehlah menjadi pelengkap kepada sebarang perisian anti-virus yang da di pasaran.
Tanpa berlengah lagi...... sila download perisian ini
Aku syorkan supaya korang download dan simpan di dalam folder khas, kerana selepas ini kita boleh download pula file-file updatenya. Sekarang ni dah version 1.5 rasanya.
Nak install... klik pada ikon yang macam kubu tu..... hehehe!
Lepas tu ikut je la arahannya..... alaaa, korang klik je next...... next....... sampai habis..... hehehe!
Tapi...... ada tapi jugakkkk..... sebelum nak install ni.... sekali lagi ingat nasihat aku kat atas tadi... "jangan guna benda terlarang"..... hahaha.... kalau korang gunakan OS Windows cap ayam.... tak payah la nak install!
Pakai Windows cap ayam.... lepas tu bising pulak pasal virus..... cissss! ada ka patut?
Beginilah rupanya tetingkap MSE yang telah siap dipasang.... apa lagi terus sahaja klik butang clean computer
pstt... MSE telah mengesan 1 potential threat kat komputer aku.... boleh tahan gak kan powernya ni, sampaikan folder koleksi script virus yang aku simpan dalam format WINRAR pun dah dia kesan.... hehehe, nanti bila ada senang aku buat entry cara-cara nak buat virus yang simple-simple untuk suka-suka.
Sekarang komputer aku dah sihat walafiat........ aminnnnnn!
Selain daripada tu korang boleh guna juga yang ni.....
Atau pun yang ini.....
Semuanya percuma sahaja!
Perhatian!
Perbincancangan di atas adalah berdasarkan andaian tanpa ragu bahawa korang bukan pengguna OS Windows cap ayam
p/s.....
kalau korang nak tukar OS cap ayam jadi OS ori, boleh jumpa aku.... pengerasnya..... hehehe!
Iksss... sama la pulak kita hari ni... aku baru duk renung2 cap ayam tu.... duk pikir nak buat cam mana
Anak aku dah beli yg ori. Boleh pasang kat 3 pc. Skrg dia tak tahu nak pasang kat mana. Siapa nak yg ori boleh kontek aku ngeh3x
waahhh.... ni offer macam tender rundingan terus jee
nak2 mkn ngn ns panas n samabal belacan..
info menarik