Tuesday, October 7, 2008

3 Syawal - Malam tadi sampai agak lewat..... delay hampir dua jam dari biasa akibat makan 'jem' di jalan Tanah Merah-Machang.

Waktu pagi tak ke mana-mana pun.... banyak benda kat rumah kena kemas. Mem la yang mengemas.... hehehe. Aku dapat permit besar hari ni, lepas subuh, boleh sambung tidur tanpa had... hahaha!

Bangun tidur, mandi terus ke masjid.... memang tidur sungguh-sungguh, maklumlah 'letih'.... aku kan pilot selama 3 hari ni sorang-sorang. Mem tak pandai bawa kereta manual.

Sebelah petang barulah berkira-kira nak 'berhari raya' di Kelantan pulak. Destinasi pertama... kubur Makwoo yang meninggal 3 hari sebelum puasa baru ni. Selepas itu ke kubur ayah di Tapang. Sudah lama tidak mengunjungi kubur ayah di sini

Nampaknya sempurnalah sudah kunjungan ke tanah perkuburan ahli keluarga di dua negeri..... kami sudah terlalu banyak 'kehilangan'

Selepas ini nak ke mana? Perut lapar... nak makan di mana? Sofia laju je mencadangkan KFC. Ok la.. semua setuju nak pegi KFC, lagi pun dah tak sanggup nak makan'jem' atas jalan. KFC Kubang Kerian penuh sesak.... ingatkan aku je yang nak makan KFC... hehehe!


.......................................................................................

Entry tambahan....

Apakah cerita yang paling hebat semasa hari raya ini? hahaha.... tentunya cerita pasal jalan yang tersumbat di sana-sini. Jalan jem bermula sejak anak Kelantan mula pulang bercuti.

Dari Lebuhraya Karak - Gua Musang - Kuala Krai.... semuanya tersumbat. Perjalanan dari KL-KB yang biasanya antara 6-8 jam sudah menjadi 12 jam lebih. Mujur la aku tak lalu hala ke sana untuk balik kampung.

Kereta-kereta plat huruf selain D memenuhi jalanraya sepanjang 4 hari ini. Raya ke 4 (Sabtu) aku terpaksa mengharungi kesesakan selama 2 jam untuk semasa menghantar Silmi balik ke asrama. Perjalanan dari rumah ke SM Sains Tg. Faris di Pengkalan Chepa yang biasanya dalam 45 minit dah jadi 2 jam.... mujur kereta auto, kalau tak... sah keras la'labu' betis!

Raya ke 5..... anak sulung balik ke IPBA (kat KL la tu)..... bas bertolak 9:30 pagi. Pukul 1:00 pagi baru sampai. Kalau perjalanan biasa.... dalam pukul 5:00 petang akan sampai di KL, perjalanan hari tu 'luar biasa'

Dalam bas tu dia dan kekawannya seramai 7 orang..... dan entah macam mana diorang buat, driber bas tu hantar diorang hingga ke IPBA. Apa-apa pun.... aku ucapkan terima kasih atas keperihatinan pemandu bas Ekspres Budaya itu.

0 Comments:

Post a Comment