Tuesday, October 28, 2008

Yang aku baca.....

Sejak bersara sebagai jurulatih olahraga ni, kecenderungan aku membaca pun sudah bertukar. Kalau dulu bahan bacaan utama aku ialah buku-bku yang berkaitan dengan olahraga, kejurulatihan dan segala bagai yang seumpamanya.

Tahun ini aku langsung tak turun ke trek, walaupun geng-geng jurulatih masih call. Ada yang minta 'jaga' beberapa orang atlit sebelum bertanding, tapi aku macam dah tawar hati.... barangkali kerana dah tua, dah terlalu lama atas trek, dah letih!

bukuAktiviti petang aku dah jauh berubah.... kalau dulu berpanas di trek, tapi sekarang ni aku berkebun di belakang rumah.

Buku yang aku beli pun dah lain tajuknya...




Cuma satu saja bahan bacaan aku yang tak pernah berubah sejak 18 tahun dulu. Kebetulan pada masa yang sama juga, aku Jurulatih Utama ICT Jabatan Pelajaran Kelantan (tahun ni semua kursus buat kat sekolah je)

majalahSelain daripada kerana minat, buku-buku dan majalah yang berkaitan dengan ICT penting untuk aku memantapkan keterampilan sebagai Jurulatih ICT....ewahhh!

Tapi aku hanya beli majalah terbitan Malaysia je la.... yang import tak tergamak nak hulur pitih, pasal harganya gerenti RM30 ke atas satu... huhuhu! Cukupla dengan yang lokal punya, RM10 je satu.

sofiadoremon

Selingan..... Sofia dengan koleksi buku kegemarannya. Dia beli dengan duit sendiri tu, maklumlah duit raya dia banyak lagi!

2 Comments:

  1. Ungku Nor said...
    Buku Hijau sungguh la shifu.

    saya setakat ni tanam serai, daun kesum, cili api, ulam raja, daun kunyit je.

    terbaru, ada orang tanam kacang botol..sayur feveret saya tuuu..ehehehe.

    buku?
    saya cerewet sikit.
    novel yang takde cintan cintun merapu je baru saya layan..;p
    Shifu67 said...
    kacang botol saya tanam gak, tengah subur, belum berbuah lagi.... kata org tua2 kena tunggu ombak laut 'berbalik' baru la nnt kuar buah.

    try le tanam kangkung dlm pasu, cukup sekali masak seminggu sekali, sodap goreng belacan.. hissss!

    apa bende cintan cintun tu... tak faham la, boleh makan ke? ;)

Post a Comment