Friday, October 24, 2008
Hari ni mengutip hasil aktviti 'berbudi kepada tanah' yang aku buat beberapa bulan ni. Jagung ini merupakan tanaman terakhir selepas berbagai-bagai tanaman sudah dituai sebelum ini.
Sofia paling suka sekali, kerana dia peminat jagung. Dah lama dia tunggu nak makan jagung hok abah tanam.
Tanam jagung ni sebenarnya mudah saja, kerana boleh dikatakan tanaman yang tahan lasak. Cuma perlu berikan sedikit perhatian dan penjagaan semasa kecil, bukan apa.... takut patah je. Bila batangnya dah keras, tak dok hal dah la.... tunggu berbuah je la!
Sedikit tip.... jangung sukakan tanah bakar, terutamanya semasa peringkat awal. Masa di kampung dulu... masa kecik aku selalu ikut tok nenek tanam jagung. Teknik yang digunakan ialah.... tebas semak samun tu, lepas tu bakar.... lepas tu 'tugal' letak anak benih.
Petua orang tua-tua pula, masa tanam jagung.... mulut kena tutup, jangan sesekali bercakap atau ketawa, terutamanya kalau orang yang letak benih tu tak de gigi... takut buah jagung pun jarang-jarang macam gigi orang yang tanam... hehehe!
Barangkali sebab tu la, atok aku dulu sentiasa suruh aku yang letak benih jagung semasa dia 'menugal'.... maklumlah gigi aku rapat-rapat lagi masa tu.
Selingan.... soalan kuiz "Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan menugal?" siapa boleh jawab, angkat tangan!
Ok... sambung semula tip tanam jagung.......
Selepas ni kalau korang bakar sampah, ranting kayu atau sebagainya... kumpulkanlah sisa bakar tu.... cari la pula tahi kambing atau tahi ayam.... gaulkan sekali semuanya dan letakkan di setiap anak jagung tu.
Opss.... jangan sesekali letak terus bahan sisa bakar tu sebagai baja.... kena tunggu dulu 2-3 hari, lagi cantik kalau biarkan dulu kena hujan, barulah boleh digunakan sebagai baja. Kalau tak hujan, nasib le..... hehehe! Kalau gunakan baja organik ni.... tanaman kita gerenti cantik dan buahnya manissss.
Bila pokok jagung sudah tinggi separas pinggang lebih kurang... maknanya batang jagung tu dah agak keras... barulah kita gunakan baja kimia. Maklumlah... bukan senang nak cari tahi kambing untuk buat baja organik kannn!
Aku gunakan baja urea. "Korang kenal tak baja urea ni?" Baja urea ni selalunya berwarna putih. Kalau kat kampung minta sikit daripada orang tanam padi. Kan jagung ni lebih kurang sama spesis dengan padi, boleh la gunakan baja tu. Tapi ingat jangan bubuh baja urea sesesuka hati je.... setiap pokok letakkan sikit je.... lebih kurang sesudu teh je, kalau lebih sangat... alamat esok, lentok la jagung tu! Baja tu letak jauh sikit dari batang... lebih kurang sekaki dari pangkalnya.
Fuhh... panjang sangat la pula entry ni, kang korang boring pulak membacanya! Ok lah... aku stop kat sini. Siapa nak makan jagung rebus? Bakar pun sodappp!. Alamak tak ingat la nak ambil gambar jagung yang dah masak tu.... kalau tak mesti ramai yang jelessss!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
1 Comment:
-
- Unknown said...
November 2, 2010 at 4:00 PMbape lame kene tanam jagung ni smpai berbuah?