Monday, October 6, 2008

Cerita Raya 1-Balik Kampung

30 September - Semuanya sudah siap sedia untuk balik kampung. (selepas adengan 'menangis dalam diam' bagi mengakhiri minggu 'terkedu hati' beberapa hari yang lalu)

Awal pagi, aku pergi kedai snow... basuh MPV (layak ke Rusa aku digelar MPV? hehehe). Jenuh menunggu giliran, 2 jam masa berlalu baru selesai. Dah 3 bulan tak basuh! Lepas tu terus isi minyak, penuh sepenuh-penuhnya.

Lepas Asar kami mulakan perjalanan..... rancang akan berbuka puasa di Batu Melintang, Jeli.


Seperti biasa... singgah di Bukit Bunga, beli apa-apa yang patut untuk dibawa balik.




Sebelum pukul 7:00 kami dah sampai... tak lama kemudian, berduyun-duyun yang singgah bersama-sama keluarga masing-masing. Tetapi semuanya yang datang dari arah masuk ke Kelantan. Nampaknya hanya kami saja yang menghala keluar Kelantan.





Jangan marahhh... gambar ini sebagai bukti, saiz aku dah kembali 38. Kelihatan posisi perut yang mantap tanpa menahan nafas sewaktu bergambar.... hehehe!






Selepas maghrib.... kami sambung perjalanan. Perjalanan lancar sahaja. Kenderaan masuk ke Kelantan semakin banyak tetapi tidaklah sampai jem... mungkin kerana dah ramai yang balik.

Batu Melintang, Jeli... Kawasan terakhir yang ada rumah orang di sebelah Kelantan. Bermula dari sini, kita akan mula mendaki Banjaran Titiwangsa untuk sampai ke sebelah barat Semenanjung. Perjalanan mengambil masa satu jam setengah hingga dua jam mengikut kelajuan standart aku antara 80 - 100kmj.... sesekali boleh la 120kmj

Sepanjang perjalanan diiringi dengan lagu-lagu raya dari mp3... kat sini jangan harap la nak pasang radio!. Cuma yang istimewanya kat jalan Timur-Barat ni... talian handset tetap penuh, walaupun dalam hutan belantara. Jadi jangan bimbang soal perhubungan telefon. Menara TM ada sepanjang jalan setiap 5KM, dan bila malam, lampu dari menara-menara ini tolong menerangi jalan.

0 Comments:

Post a Comment