Friday, January 23, 2009

Anak Kerajaan Malaysia balik rumah

Hari ni start cuti 'laya cinaaa'.... kemarin/semalam... mak bapak anak 'Kerajaan Malaysia' memunggah balik anak-anak dari asrama.

Sampai di rumah.... seorang demi seorang keluarkan senarai...... sebelum buka sekolah ni nak beli itu..... nak beli ini.... nanti bila buka sekolah.... nak bayar itu..... nak bayar ini.....

Aku dengar.... dah mula garu kepala yang tak gatal..... errr.... dah jadi gatal la kot.... sebab tu la rambut aku dah makin cepat tukar colour kot!

<<>

Lepas selesai membentangkan laporan masing-masing..... tiap-tiap sorang bawa keluar buku setambun, lepas tu hilang.... masing-masing buat kerja sekolah.

Beberapa jam kemudian.... "mak... lapar". "Tengok kat dapur tu..... mak nak siapkan assignment ni". "Abah pun lapar ni....". "Ilahhh... goreng wiges kat abah tu"

Etak dah habis secupak>>


>>Pisang dah habis sesikat

Emmm.... dari pintu belakang sampai pintu depan..... rumah dah tunggang-langgang. Nanti bila anak-anak Kerajaan Malaysia ni balik sarang la baru clear semula rumah ni.

13 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Anak Cikgu yg besar2 semua kat u dan asrama ke?
    Anak MARA saya yg kat Gerik akan balik petang ni naik bas. Yg lelaki semua anak emak dan ayah pasal semua tak nak pegi asrama. Yg kat UIA tu pun hari2 berulang.
    Shifu67 said...
    Yg sulung kat IPBA... baru masuk tahun lepas, 4-5 tahun lg baru kuar keja... 2 kat asrama.... 2 kat rumah

    riuh rendah lah bila semua balik.... bekalan beras pun kena tambah 2 kali ganda....:)
    CRAZY BEAUTIFUL88 said...
    baca entry ni terus teringat zaman duk hostel lu, asal cuti sekolah aje semua 3 beradik balik umah, dan soalan pertama "mami laporlah, masak menda ari ni"
    xiiinam said...
    "selamat menambah bekalan....
    beras, pisang, keledek,ikan bilis, etak, budu segala ....pastikan semua cukup...." kataku sambil mengelap hidung dengan tisu....haaaaaaaaaachum...sssyyrrrrott... Ahhh..
    jane said...
    salam shifu67,

    gitulah anak2 kita ye...
    x ada rasa sunyi. kalau ada, alahai....tongkang pecah pun segak lagi..
    su said...
    sronoknyer....leh bg arahan je nak itu nak ini yer...hehe...
    mebby a.k.a ezza said...
    laaa kan seronok pakat kumpul ghama2..hikhihki meriah ler shifu...jgn fenin udah ler yer
    Shifu67 said...
    CRAZY BEAUTIFUL88 - memang sah ko pun anak kerajaan malaysia.... hahaha

    Cik Lah- anak2 aku suka makan ubi keledek rebus.... yg tu aku dah beli 7kg... esok balik kg aku nak beli pekasam 2-3 botol... bekalan utk mak pak la pulak... huhuhu

    jane- mem aku pun buat2 tak nampak je kat segala bantal, selimut, buku depan tv tu

    su- anak malaysia katakan.... bukan anak somalia

    ezza- aku tak pening... pasal aku bz memblog... hehehe
    arsaili said...
    salam..inilah masa nak berkumpul...bila semua dah besar dan bekerjaya..tinggal la berdua plak..eheheh
    Mak Su said...
    sibuk sesekali, nanti dorang dah balik, bersunyi2 plaks
    Shifu67 said...
    arsaili - plan nanti pencen... nak gi jejalan je

    maksu - memang sunyi bila diorang tak de kat rumah
    izman said...
    bestnya duq rumah sambil makan. etok tu buat saya tak tahan. kalau menziarah saudara mara dikelantan, gerenti saya beli beberrapa cupak.
    Shifu67 said...
    aku sampai la ni tak reti makan etak... leceh betul, tak berbaloi rasanya susah payah nak kelebek etak yg halus gitu

Post a Comment