Wednesday, January 7, 2009

KIA2M

Program KIA2M dijalankan sepatutnya kepada murid-murid tahun Tahun 1. Tapi aku fikir lebih baik aku laksanakannya kepada murid kelas aku walaupun mereka sudah Tahun 3. Maklum sajalah.... walaupun tahun 3, kebolahan membaca dan menulis mereka setaraf budak tadika je. Kelas aku kan group 'bakar tak hangus'

Lupakan segala HSP Tahun 3. Lupakan segala buku teks & buku latihan yang dibekalkan oleh KPM. Daripada mereka tak dapat apa.... lebih baik aku mengajar menggunakan bahan KIA2M. Mudah-mudahan masalah 2M mereka akan dapat dikurangkan sedikit.

Hari ni aku pasang LCD.... bebudak tu sudah teruja melihat benda tu semua. Mereka pakat likung keliling, nak sentuh sana, sentuh sini. Maklumlah... selama 3 tahun aku kat sini.... sekali pun aku tak pernah tengok cikgu-cikgu tahap 1 pasang benda alah ni!

Kesian kat Kerajaaan yang keluarkan banyak pitih untuk bagi kemudahan ni kan.... hehehe! Kemarin, aku tanya sana, tanya sini..... siapa yang simpan kunci troly yang ada dalam kelas tu. Ini troly PPSMI Fasa 1.... dah berkulat dan berdebu. Mujur jumpa kuncinya dan bolehla aku gunakan plug dan speker yang ada kat situ.

Yang sebenarnya aku malas sungguh nak menulis kat papan hitam ni. Tulisan aku ni lebih kurang tulisan doktor..... takut bebudak tu tambah parah kalau aku tulis pakai kapur. Tambahan pula kalau menulis pakai kapur di papan hitam, memang tak clear sebenarnya. Aku dah test.... dan memang bermasalah untuk membaca tulisan tu terutama bagi yang duduk kat barisan tepi. Bebudak tu pulak jenis yang 'rabun hati' .... makin la payah.... hehehe!

Hari ni bahan P&P aku nampak ceria sikit. Semuanya clear.... ada colour dan ada sound lagi. Tu belum kira animasinye lagi tu. Baru la nampak seronok sikit bebudak tu. Yang penting juga..... kerja aku senang la sikit.... tak la kotor tangan pegang kapur tulis, lepas tu sedut debu kapur tulis tu.

Dalam perancangan aku.... lepas ni aku nak diagnos tahap keparahan 'penyakit' bebudakn ni. Yang tentunya ada antara mereka yang amat 'parah' dan perlukan 'pembedahan saraf'..... hehehe! Mungkin kalau perlu kena minta bantuan cikgu Azza atau cikgu Jane yang pakar dalam bidang ni! Itu antara perkara-perkara yang sedang aku fikirkan.

Sebelum balik tadi aku jumpa dengan Setiausaha KIA2M sekolah..... hajat hati nak minta bantuan, nak tengok bahan-bahan P&P diorang, nak pinjam untuk digunakan dalam kelas aku. Emmm...... cikgu tu hulur buku panduan pelaksanaan KIA2M, hampeh betul!

"tak de ka CD ke, apa ke, cikgu"
"Tak de, ni je ada buku sebutir"
"Ok lah, kalu ghitu gak.... tima kasih je lah..." hehehe!

Nampaknya aku terpaksa teruskan je dengan apa yang aku ada sekarang..... sekurang-kurangnya aku ada 3 keping CD yang berkonsepkan KIA2M. Teringat, kat rumah ada banyak CD-CD anak aku yang aku beli selama ni..... boleh pakai gak tu.

Sebelum balik aku terus merenung wajah-wajah polos 30 orang yang ada di dalam kelas ku ini. Dan aku yakin.... mereka 'normal' ..... cuma aku perlu cari dan aplikasi kaedah P&P yang sesuai untuk mereka. Yang penting.... aku perlu kawal 'momentum' dan tanam budaya belajar tanpa putus asa kepada mereka.

Mampukah aku?.....................

*************************************************

psttttt....... yang ni bahan P&P cikgu PPSMI yang dibekalkan laptop, LCD dan segala macam CD interaktif oleh KPM untuk mengajar. Tak cukup dengan tu.... tiap-tiap bulan dapat elaun pulak 10%.

Catatan - Aku tidak terlibat dengan semua tu kerana aku bukan guru PPSMI..... hehehe!

11 Comments:

  1. azza_irah said...
    salam ckgu..
    kl nak idea/cara/kaedah hok kami pakai dlm pddkn khas..buleh la kut share mana2 hok kawe tahu/praktik di skolah loni...tp kn sesuaikan utk murid demo la..sb murid kawe ni amat terbatas dlm sgalanya..
    su said...
    mungkin utk kemahiran "menulis" di papan hitam kot? ihiks!
    Unknown said...
    Azza- aku fikir ko memang tempatnye utk aku mengadu. Ada tak bahan P&P yg sesuai utk aku selesaikan masalah 2M tu. Kalau ada yg soft copy boleh le send kat email.... dak pun burn cd ke.... apa ke.

    Su- salam.... aku bab menulis kat papan hitam ni memang lomah....
    Mak Su said...
    anak saya tu, berbeza setiap sorang. ada juga dapat yang kurang menyerlah dari segi akademik, tapi, cikgunya baik, cikgu tua banget, sabo bebeno... semua murid tak sama, adakalanya, kita kena ikut style dorang, yg penting, kita nak didik dorang jadi orang, katanya.... seb bek cikgu tu nasihat kat maksu, so, maksu tak de le hangus di hati, layanzz :D, yea yea.

    anyway, apa jua cara pengajaran, adalah bagus untuk membantu murid2 dalam kelas... :)

    all the best to shifu67! caiyuk caiyuk
    azza_irah said...
    beres je..
    ada la skit2..
    esok kawe g skolah tgk mana2 hok patut...soft copy nnti kawe emel ko ckgu la..

    esok kawe kmpul bahan...sttle nnti kawe bgtau la ek..tgk mana yg rs sesuai..
    ckLah @xiiinam said...
    Tak bolehlah teman nak share...bidang kita dahlain..he..he..nak tengoklesson plan ckLah..meh rumah ckLah.



    psst;sambil2ni ckLah tonton'pemanduku jutawan' kat tv3.Hamdan yang tgh berlakon tukawan ko duluke
    Unknown said...
    Mak Su- Err... aku pun cikgu tua yg sabar gak kot, hehee.... caiyuk caiyuk.... nak bedansa lak ke

    Azza- kawe tunggu.... ni baru balik KB Mall, beli buku rujukan, perabih seratus dua..... demi mencari jalan nak 'menghanguskan bebudak tu

    Cik Lah- aku dah tulis minggu depan punya lesson plan

    Hamdan tu dulu kawan lepak kat tepi jalan.... tapi dah tak jumpa sejak 1986 dulu bila aku duk Teluk Intan, form 6 dan lepas tu berhijrah ke Kelantan.
    DPP MISC Master said...
    Saiful

    Tengok slide tu teringat P Ramlee jadi cikgu dalam cerita apa mama Masam-masam Manis ke?

    Lukmanw
    Unknown said...
    Anda banyak beza tu bangg.... PRamlee punya tulis kapur.... aku punya interaktif..... hehehe!

    hari-hari cikgu main bola

    hari-hari cikgu main.......
    azza_irah said...
    tak klas la awal2 tahun tulis lesson plan..kawe tempek 2 mggunya lesson plan siap print...MINGGU ORIENTASI...hekhekkk
    ASH said...
    Cikgu Saiful,
    Nak bahan ABM taraf Tadika yang guna komputer..saya ada banyak. start membaca a e i o u. ba be bi bo bu..seterusnya. dua suku kata..
    Dah buat lamaaaa dulu.
    guna microsoft power point.beranimasi lagi...
    Itu dah memang kerja saya.

    English, matematik pun ada.

    Kalau nak ajar budak membaca Bahasa Inggeris ( phonic)...step by step.
    Layari www.starfall.com
    It is a good website for early learning program.
    Cuba lah tengok.

Post a Comment