Saturday, January 10, 2009
Hujung tahun lepas dunia pengkomputeran disensasikan dengan kemunculan 'netbook' dalam pasaran. Satu persatu jenama komputer memperkenalkan netbook masing-masing dengan ciri fizikal hampir sama 8.9" dan 10.2". Semuanya dipacu dengan Intel Atom.... cuma yang membezakan hanyalah ciri-ciri lain yang akan menentukan perbezaan harga. Paling murah Acer.... tak sampai RM999 saja. Yang paling mahal mungkin HP RM1699, dan Fujitsu RM1899. Harga tu sebenarnya bergantung kepada eksesori yang dipasang, seperti RAM, hard disk, saiz skrin dan ciri-ciri tambahan yang lain.
Aku pun dah lama terintai-intai (dibaca.... terkira-kira bajet) untuk memiliki sebiji netbook. Akhirnya malam tadi nekad untuk sambar sebiji. Dua jam aku ambil masa keluar masuk 5-6 kedai komputer yang ada kat KB Mall tu. Hasrat hati nak ambil HP.... kerana fevorite aku jenama ni, tapi ada kelemahan yang paling besar.... tak de port VGA. Apa ke jadahnya kalau tak port untuk sambung ke LCD tu..... tak leh wat kijo la! Entah kenapa hanya HP saja yang tak ingat pasang port tu.... jenama lain semuanya ada.
Jenama lain.... Acer.... emmm, ada kelemahan jugak rupanya.... patutla harga dalam RM1000 je, tak pakai hard disk rupanya. Lepas tu color pula pink.... emmm tak bekenan la aku.
Last sekali aku pilih Lenovo..... kerana rasanya ni company yang terbaru mengeluarkan netbook. Jadi netbook Lenovo model yang paling baru berbanding Asus, BenQ, Acer atau Fujitsu. Model-model tu dilancar dalam bulan Julai atau Ogos tahun lepas, semasa Pesta ICT di Taiwan. Lenovo mengeluarkan model netbooknya hujung tahun lepas.... dalam bulan Oktober rasanya. Maka setelah mempertimbangkan dan membandingkan semua ciri-ciri antara jenama tu, aku pilih Lenovo......
Slim, light, easy to use and very budget friendly. Perfect for first time netbook shoppers and families needing an additional PC
Processors
Intel® Atom™ Processor N270 (1.60GHz, 512KB L2 Cache, 533MHz FSB)
Mobile Intel® 945GSE Express Chipset
Operating system
Genuine Windows® XP Home
Memory
1GB DDR2 SDRAM
Hard drive
160GB SATA HDD (5400rpm)
Graphics
Intel® Graphics Media Accelerator 950
Display type
10.2" WSVGA
Communication adapter
10/100 Mbps Ethernet, Lenovo b/g wireless, Bluetooth
Battery
3-cell Li-ion Battery
Warranty
2-year Regional (ASEAN) + China
Setakat ini...... aku berpuas hati dengan prestasi netbook Lenovo ini, walaupun tak ada speaker Altic Lensing seperti yang terdapat pada jenama Hp. Tambahan pula..... aku orang yang pertama 'membeli' netbook baru dikalangan kekawan di Bachok ni...... hahahaha!
Labels: Aku Versi ICT, Aku Versi Lelaki
Tipah cemburu....hu...hu.....!!!
Tahniah, kiranya kau cikgu paling vogue kat jajahan Bachok tu...ehehe....
Suami aku memang ada passion bab tawar menawar ni. kalau aku, beli jer..
malas nak gaduh gaduh..
okke lar tuh!!
ashley- tu harga lowyat, kawe kat KB... kawe tak pandai tawar menawar & minta itu ini, dpt 5 je free gift
jane- kawe pilih kaler ciri2 kejantanan.... korang ambik le kaler pink
hj.nik- hehehe.... hari ni kawe buleh menyohor kat sekolah
kemarin pi jalan lo-yat yg femes tu...ilang akal kejap..banyak tul pilihan....Best!
Moga bahagia dengan 'awek' baghu demo...