Sunday, January 18, 2009

Hari ni kat sekolah... lepas kelas PJK banyak pulak aku free. Dalam bilik guru yang lebih kurang macam gudang beras tu, aku buka satu2nya netbook 10.2" di sekitar Komplek Pendidikan kat Bachok ni.... hehehe.

Buat bahan P&P sikit untuk kelas tengahari nanti..... macam biasa, petikan ala-ala PRamlee.... Ini bola. Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.

Siap dua petikan..... budak-budak tahap 1 dah masuk selepas mengketedaroh. Aku dengan penuh gaya, sambil mengepit neetboook yang lebih kecil daripada buku teks bebudak tu, masuk ke dalam kelas.

Bebudak yang tadi bersimpang-siur keluar masuk kelas (bila kelas Tahap 1 habis rehat, Tahap 2 pula keluar rehat)..... semua berhenti, dan berjalan dengan sopan santun bila melihat Guru Disiplin di sekitar kaki lima bilik darjah. Aku pun terus berjalan dengan gaya garang.... lepas tu jenuh menjawab salam bebudak yang tak sempat 'melarikan' diri dan terpaksa berselisih dengan aku..... hahaha!

Masuk kelas.... selepas selesai menguruskan hal-hal rutin kelas, mengngepek sikit, puji sikit, warning sikit..... buka troli 'Hak Kerajaan Malaysia' tu, keluarkan LCD yang juga ada cop 'Hak Kerajaan Malaysia'..... terus pasang laptop dan 'pancar' petikan yang aku dah buat tadi. Pssttt.... antara alasan cikgu-cikgu PPSMI yang selalu aku dengar ialah... "payah la... leceh la... nak bawa laptop, nak bawa lcd, troli berat..... bla bla bla" emmmm.... tak faham aku!

Errr... apa petikan hari ni ye.... "Ok.... anak didik ku sayanggggg.... buka buku tulis kamu dan salin petikan ni.... hari ni cerita 'Bola', tulis come-come, koho-koho, biar serupo, kalau huruf besar, tulis huruf besar..... pehee?"
Slide 2
Slide 2

Jalani ada bola.
Bola Jalani biru muda.
Bapa beli bola itu.
Jalani bawa bola itu pada Dali.
Dali sapu bola guna jari.
Jari Dali ada daki.

Selepas hampir 1 jam.... bebudak tu dengan gaya masing-masing telah menyiapkan kerja mereka.... tapi bebudak yang ada lesen 'P' macam biasa la masih terkial-kial.

Selesai menulis..... terus dengan aktiviti membaca..... baca ramai-ramai, baca berkumpulan, baca sorang-sorang, baca ikut cikgu, baca ikut kawan.... semua berdiri atas kerusi.... "siapa nak duduk mari baca kat depan!".... gedebak, gedebuk.... bebudak pun dah mula mengeliat, menguap dan hilang tumpuan..... maklumlah dah hampir 1 jam setengah aku dalam kelas.

Aku pun mula bersiap-siap untuk mengakhiri kerja hari ni.... bebudak tanya, dah nak balik ke cikgu..... Aku angguk, kerana sepatutnya begitu! Tapi...... (dalam gaya kontrol mancho) aku rasa pelik.... apasal budak-budak kelas lain tak keluar lagi ni?.... tengok jam.... eh! pukul 11:45 baru ni.... kelas aku patut habis 12:45..... laaaa..... patutla bebudak kelas lain tak keluar lagi.... siul betul... aku salah masuk rupanya....

Kelas aku patutnya mula 11:15 sampai 12:45.... tapi aku masuk 10:15.... siul betul! Patut la aku rasa lama betul aku dalam kelas. Patut la bebudak mengeliat semacam je!

Cis.... kena cover ni..... aku pun on semula lcd suruh diorang keluarkan buku tulis semula.... bebudak dah mula bising.... "Aloh la cikgu.... tadi dah simpan nak tulis lagi ko?" "Korang tulis petikan ni dulu..... sikit je". "Cerita hok pendek dah la cikgu". "Haa... ok, ok, hok pendek jah ni" Mujur dah ada 'cerita' yang pendek..... dan bebudak pun terus menulis.

Dah siap menulis.... tak kan nak suruh diorang baca petikan macam tadi lagi.... sah la 'jeluok' budak-budak tu! "Cikgu.... tengok cerita kartun la.... puah eiiii dok baco sajo", rungut budak-budak tu. Dan aku pun sebenarnya macam budak-budak tu jugok..... hehehe! Ok, jom tengok Tom & Jerry..... bebudak pun senyum.... yeiiiii!

Dalam pada tu.... kawan yang patut masuk 10:15 tadi datang sengih-sengih.... "Alohhhh.... mujo la demo masuk, kawe ada kijo tadi, kawe tengok demo ada, kawe terus la buat kijo kawe... tima kasih la deh!". Aku hanya kata sambil tersenyum,"Tak dok haaa.... berehhh!". Alhamdulillah.... kawe dah selamatkan bebudak tu dari terbiar selama 1 jam sebelum waktu kawe hari ni!

Tapi sebagai insan yang lemah.... dalam hati.... "cis, baru nak royak!".... hehehe!

6 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    "Halo!"
    "PPD Bachok ke nih?"
    "Er...saya nak buat aduan tentang sorang cekgu ni...."
    "Ha ..ah! Ya..ya..oke...esok Tuan PPD pantau cikgu tu ya! Ajak Pengarah JPN sekali...ya..ya..!"
    "Ha..? Hishamudin sekali?"
    Unknown said...
    Tadi balik sekolah Mesyuarat Panitia BM.... antara ucapan pentadbir.... "pihak jabatan akan membuat pemantauan 3 bulan sekali... pemantauan bukan bertujuan nak cari salah cikgu, tapi nak cari 'kekuatan' cikgu2"

    Selamat datang kpd sesiapa yg nak pantau aku.... Kalau Hishammudin pantau aku... sah dia lantik aku jadi JU KIA2M, suruh bagi kursus kat cikgu2 1 Malaysia.... wacaaaa!
    jane said...
    salam Shifu67,

    satu yg jelas beza kelas normal dan pend khas ni, tidak pernah tiada guru atau pembantu murid di dalam kelas. itu aje...

    tapi, nak menguasai modifikasi tingkah laku itulah yg saya belum dapat. jauh dari lulus....takat buat macam jaga anak sendiri bolehlah.
    ONE ZABA said...
    Haaa...haaaa...Itu baru 2 minggu sekolah jalan...udah sasul. Masuk 12 minggu...mau lupa lak masuk klas.
    Selamat dipantau dan selamat dijumpai kekuatan shifu .
    Unknown said...
    Guru.... fungsinya juga sebagai ibu dan bapa. Aku buat sama je... kalau anak aku sekeh, cam tu la dgn bebudak dlm kelas. Kalau anak aku usap, begitulah juga manjanya dlm kelas.
    Unknown said...
    ikss... cikgu Z... sasul masuk kelas tak pe kannn... errr... ada ke yang tesasul lupa masuk kelas, cikgu mana ni? kena repot kat Hishamuddin ni.... :-)

    psstttt... jgn royak kat ore, PK aku ni rajin betul tukar jadual, tiap2 minggu tukar... setakat ni dah 3 kali tukar jadual... nak habis tahun ni tak tau la berapa kali.... hehehe

Post a Comment