Sunday, January 4, 2009

Group bakar tak hangus

Hari pertama persekolahan bagi kawasan pantai timur dan yang sewaktu dengannya telah bermula. Aku sudah lama tidakmenjadi guru kelas.... tahun ini diamanahkan untuk menerajui kelas kembali.

Di sini bagi setiap tahap ada 3 kelas.... kelas 'Amanah', kelas 'Ikhlas' dan kelas 'Jujur'. Kelas 'Jujur' adalah 'kelas' ketiga selepas 'penapisan' setiap hujung tahun. Maksudnya faham-faham la kan! Ini merupakan kelas yang dipanggil sebagai kelas 'hujung' atau apa-apa sajalah mengikut nafsu, tapi maksudnya tetap sama. Murid yang berada di kelas ini dianggap dan dikategorikan sebagai 'bakar tak hangus'

Kelas aku Tahun 3 Jujur. Di sini mulai tahun 2 mereka sudah mula ditapis, disaring dan kemudiannya dikelompokkan. Walaupun tidak ada sesiapa yang menyebut tentangnya, kerana kita guru berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang murni.... tetapi hakikatnya begitulah fitrah hidup!

Pemantauan hari pertama persekolahan oleh pegawai PPD, JPN atau KPM sedang berjalan. Itu soal kedua.... itu cuma rutin pentadbiran sahaja. Waktu pertama aku masuk ke kelas.... aku menerangkan rutin kelas yang perlu mereka ikuti dengan bahasa yang paling mudah untuk fahami. Antaranya......

"Hari ni baju puok mu come belako, puteh.... bersih. Saya nok come sampai kelik. Lagu mano nak buat?.... mudoh jah! Jange berghambat.... sebab kalu bergahmbat soh bepeluh.... lepah tu mu pu ghahaa di lengan baju.... pah tu baju pun kuninggg. La ni musim huje... tak payoh nak main air la. Sapo2 main air huje, baju basah..... saya selam dalam longkang! Kalu tak cayo buleh try, kalu nok raso gak try laaa....."

Budak-budak tu semuanya angguk..... dan aku yakin mereka faham, kerana mereka memang percaya aku akan buat apa yang aku cakap. Budak-budak kelas 'J' di semua peringkat umur memang sudah tahu bab ni.... kerana aku memang selalunya 'dikhaskan' untuk mengajar di kelas mereka.... hehehe.

Dalam kelas... aku merenung wajah-wajah polos ini dan memikirkan apa yang hendak aku lakukan. Bagi murid kategori ini..... lupakanlah segala buku teks, buku kerja atau HSP yang ada. Mereka perlukan strategi dan TOV khas dan perlukan tahap kepakaran yang...... korang fikir lah sendiri!

Sebagai pencerapan awal..... aku menulis sedikit petikan di papan hijau. Sikit je..... 6 ayat pendek je. Dan seperti yang aku jangka..... 6 ayat tu sudah menjadi satu masalah yang maha berat bagi mereka. Setelah sejam masa berlalu..... mereka masih terkial-kial. Tapi aku bukan memikirkan hasilnya..... aku hanya hendak mencerap daya tahan mereka sahaja dan yang pentingnya aku hendak memulakan rutin yang akan mereka ikuti di dalam kelas. Pada tahap ini, hasil kerja mereka perkara kedua..... yang aku pentingkan ialah untuk menyelesaikan masalah membaca dan menulis. Selagi perkara ini tidak diselesaikan..... tak payah ceritalah bab lain.

InsyaAllah..... mereka akan 'hangus' juga nanti.




***************************************************************

"Keluarkan satu buku tulis"
"Saya tak de buku, cikgu...... belum beli lagi"

"Tulis nama kamu atas buku"
"Saya tak de pensil, cikgu"

"Dia tak pandai tulis, cikgu"

"Saya tak boleh membaca, cikgu"

"Tahun lepas, dia lama dah tak datang sekolah, cikgu"

*Dialog di atas setelah diterjemahkan..... hehehe

11 Comments:

  1. azlanlin said...
    Aku pernah ngajor di sekolah pertama aku. Ada istilah "KATU".

    Katu = kayu + batu = rebus tak empuk!
    ckLah @xiiinam said...
    kau asik snap gambo dlm kelas, dema tak heran ke?

    apa2pun ckLah tabik kt cikgu2 yg menghadapi 'pelanggan' sebegini. Apapun keterampilan mereka, amanah kita tetap sama kan. Kita pun ada anak kandung yang juga pergi ke sekolah dan kita serahkan pada cikgu dema...


    psst: oooooo, kau urang banjar...rasanya aku tau ko anak sape sebab orang tu pernah ajar ckLah cakap banjar...ckLah memang kamceng dengan pakcik makcik kat rumah belakang tu...ye lah...mak bapak jauh, ada sorang budak tu namanya Yatim Asmara...kau kenal?
    Unknown said...
    Azlan- apa pun istilahnya, maksudnya tetap sama.... Dgn group ni kita buat je la apa yg patut. Tapi aku suka dgn diorang ni..... bila diorang habis sekolah, selalunya diorang ni la yg cepat tegur kita... kalau diorang jual ikan kat pasar, boleh le cikgu dpt diskaun... hehehe!

    Cik Lah- first day ko hari ni ca mana... ada buat liputan secara langsung kat radio ke TV ke....

    P/S... jejak bertapak
    Siasatan ko makin jauh menyimpang tu.... Aku baka Banjar sebelah ayah... tapi mak melayu. Geng aku masa tu.. group wahid senario & geng lama dia dulu. Hint utk ko... rumah aku sebijik je dlm Taayah tu.
    Ok teruskan siasatan ko... hehehe
    azza_irah said...
    tabik2....kawe pehe semo hok ckgu royak tadi...pehe2...

    adehh..bgitu lah bermula..cabaran di hari pertama dan yg akan dilalui selama sethaun dengan rutin yg sama..harapan kita mereka akan berubah..biarpun hanya selangkah maju ke depan. kuatkan semangat ckgu..nnti kang ada yg kn rendam dlm longkang..ehehhe
    ckLah @xiiinam said...
    kau anak cikgu Munah ke?
    .
    .
    .
    .
    Lariiiiiik!!!
    ckLah @xiiinam said...
    dtg balik....
    Medan senario aku kenal..
    Unknown said...
    hahaha... baru ko tau!
    ckLah @xiiinam said...
    Tamat sudah episod jejak bertapak!!
    Cikgu Munah sihat ya?

    Pernah ckLah and the geng ponteng kelas Bahasa Arab. Baring2 kt bilik rawatan, pura-pura sakit. Semua kena marah dgn cikgu Munah kecuali ckLah.....sebab muka ckLah je yang berjaya meyakinkan dia macam orang sakit...kirim salam kat beliau...
    Mak Su said...
    cikgu!! dia ambik rabar saya cikgu!!!
    jane said...
    salam cikgu,

    cikgu kat izuddin dulu ? saya budak taayah dulu...hehe!
    Unknown said...
    Maksu- asal jgn.... cikgu!! dia rabar saya cikguu!

    Jane- ooooo..... (terus jln tunduk tak toleh kiri kanan... hehehe)

Post a Comment