Saturday, January 31, 2009

Kenduri-kendara

Sabtu, 24 Jan 2009

Aku sampai di kampung sebelum maghrib..... tak ada apa-apa aktiviti, cuma bersembang-sembang saja sambil kukus telur untuk dibuat 'bunga telur'...... kukus yeee.... bukan rebus!

Bersembang sampai pukul 4 pagi kot.



Ahad, 25 Jan 2009

Pagi-pagi, aktiviti sudah bermula..... 'Ketua Chef' sudah bagi arahan apa yang perlu di buat hari ni. Kebetulannya hari ni ada satu kenduri kat kampung. Jadi sebelum mula aktiviti kupas mengupas, potong memotong.... kami menghadiri dulu kenduri anak kawan lama... kawan sekampung..... kat situ dah jumpa ramai orang-orang sekampung. Bila berjumpa.... bersembang, bertanya khabar.

Menjelang tengahari.... bekalan kenduri pun dah sampai. Sekarang masanya persiapan kenduri di sebelah kami pulak. Geng-geng 'kupas mengupas' pun dah mula berkumpul. Kat kampung aku, bila kenduri..... urusan memasak lauk pauk semuanya diuruskan oleh lelaki..... tetapi tentunya yang ada kepakaran masing-masing la, bukan saja-saja nak bubuh rempah ratus tu.

Orang perempuan semuanya buat bab kupas mengupas.... kupas bawang, timun, kentang.... potong memotang sambil mulut pun rancak juga 'bertanya khabar'..... berkenal-kenalan.... terutamanya dengan 'mek kelate' yang glamour tu! Bagi yang baru kenal mem aku....... "ooooo.... inik binik Epol lahhhh?" dan mem aku pun cakap..... "hi ehh..... dengan teelo banjar campur kelantannyee"

Entah kenapa.... kat kampung aku ni..... sejak dulu lagi bila kenduri kendara.... bab masak lauk-pauk ni mesti dibuat oleh lelaki. Kaum ibu hanya bahagian menyiapkan perkakasnye saja, dan kemudian hanya tunggu masak kerana tugas yang seterusnya bagi orang perempuan ialah menghidang. Malangnya sekarang ni, selalunya dah pakai bufet... jadi peranan menghidang ni pun dah hilang la.

Aku macam biasa la..... memastikan segala keperluan yang datang buat kerja tu cukup..... baru la laju sikit kerja kann..... makan minum cukup, rokok cukup, air kopi, air sirap jangan sampai kering..... pulut ikan masin.... kuih kering jangan sampai tak de kat pinggan.

Sambil bersembang..... sambil bergurau.... tanpa disedari semua kerja selesai.

Tapi hari ni, kerana ada kenduri yang sedang berlangsung selang 5 buah rumah.... jadi orang kampung terpaksa berbagi untuk buat kerja. Errr.... yang istimewanya, kerja-kerja berkumpulan ini tak perlukan mesyuarat atau jawatankuasa, atau apa-apa pun pertubuhan samaada yang berdaftar atau tidak.... yang hijau atau yang biru. Semuanya berlaku atas kesepakatan tinggal sekampung dan rasa gembira berkumpul.... buat kerja sama-sama dan lepas tu makan sama-sama!

15 Comments:

  1. mebby a.k.a ezza said...
    wahh seronoknyer tgk org2 kg gotong royong rewang cenggini..huhuhu kt bandar kebanyakkannya dah pupus coz sema main tempah catering jer...suka sgt suasana cenggini..tp sayang ezza xder KG..selalu jer menumpang kg org..huhuhu
    Unknown said...
    kat kampung pun dah pakai catering gak la ni.... pasai yg duk kat kg bukan semuanya buat kerja kampung macam dulu.... skrg kan dah glokalll...

    keseronokkan kenduri-kendara bukan terletak pada apa yg dihidangkan sebenarnya.... tapi yg penting suasana riuh-rendah semasa ramai2 memasak dan kemudian sama2 makan
    ckLah @xiiinam said...
    Ko tak pergi sekolah ye...
    Mc ya....
    Tapi main blog ya....


    "Halo...Dato' Hishamud......" Eh...tak jadilah....bagi peluang dia meleseh sensorang...

    He..he..he..
    Aku baru buka2 majalah lama SEMARAK. Masa tu ko upper six, adik aku lower six...adik aku orang asrama....he..he..
    ckLah @xiiinam said...
    Eh..dah susah payah kau tulis dua entry pasal kenduri, takkanlah aku kejam sangat tak bagi komen pasal tu...
    Komen aku:
    "Banyak nye telurrrrr...basuh ke idak sebelum kukus tu???"
    Unknown said...
    ooo... org mabuk cuti dah on....

    ko ada majalah SEMARAK?.... mesti ada gambar aku yg macho dan gagah perkasa, idaman dara kat dlm tu kann.... errr... adik ko pompuan ke lelaki?

    Aku yg jadi QC kukus telur tu.... semuanya aku belek satu persatu.... tak kan tahi ayam aku nak biar kat kulit tu pulakk
    ckLah @xiiinam said...
    This comment has been removed by the author.
    ckLah @xiiinam said...
    Sorry..terdelete le pulak!
    Adik aku? kalau kau nak tengok kesolidan figure dia yang terkini...kau skrol ke bawah blog aku...dibawah tema "Ahli Rumah saya"..tengok entry 5.12.2008 bertajuk" Berlaga tangan dengan suami tanda orang nak datang". Kalau kau tak ada kerja lain lah hari ni..he..he...

    Dah tengok, kenal tak? Cun kan adik aku!!
    Cikgooden said...
    kat kampung aku la dah guna catering dah...Suma layan diri..hilang seri kenduri
    Unknown said...
    Pembetulan tuduhan melulu cik lah.... walaupun aku demam, tetapi sebagai guru yg berdedikasi, aku tetap pergi ke sekolah... tak ambil MC atau isi borang cuti pun

    psttt... kalau aku cuti hari ni, rugila.... pasal hari ni aku ada 3 period je, banyak free.... sempat la aku berehat (tido)
    Unknown said...
    ooo... adik ko lelaki... patut aku tak kenal.... hehehe
    ckLah @xiiinam said...
    Wei..wei..wei...(sambil menyingsing kain batik sampai ke lutut!!)

    Apa kaitan PDA dengan cikgu Sejarah? Sedapnya ngata aku dalm blog cikgu Oden. Sila dengar jawapan aku di sana..di sana...di sana...

    (tulah...asyik tengok Tom & Jerry je...bebawaklah tengok History Channel pulak bang!!)
    Unknown said...
    tom & jerry kira ok la jugak.... ada dialog.... yg ko tu tengok pingu.... duk bunyi nyet.... nyet.... hahaha
    azlin hashim said...
    Best giler tgk org2 kg berewang mcm ni kan... tp dlm sibuk2 nih biasanya org perempuan takkan terlepas dr "buat ketupat".. hehehe
    Unknown said...
    sedap makan 'ketupat' ramai-ramai ni.... hehehe
    Kak Long said...
    salam terima kasih ziarah blog saya, urang banjar jugak kah???

Post a Comment