Saturday, January 17, 2009

Kongsi Java Script

Entry ini ditujukan kepada kekawan yang nak mengenali serba sedikit tentang script html. Bagi hardcore blogger barangkali entry ni buang masa je.... jadi sila abaikan!

Kita sedia maklum.... apa sahaja yang kita lihat di internet, semuanya berasaskan script.... tak kiralah script html, xml, java (bukan JAWA pulak). Bagi yang 'bijak' dalam hal script ni.... maka dia akan mempunyai power untuk memanipulasikan apa sahaja yang ada di internet. Sebab tu.... mereka yang dah terlalu bijak sangat pasal script.... diorang dah tak de kerja, puas dok saja-saja, diorang buat script yang kita kenali sebagai virus... tak kiralah trojan horse ke, cecacing ke.... atau apa-apa pun.

Ok.... lupakan pasal tu.

Aku bukanlah tau sangat pasal script2 ni.... tapi tau la sikit-sikit, terutamanya script untuk kerja edit mengedit.... kalau script yang nak merosakkan tu tak payah belajar la kot.

Hari ni aku nak kongsi satu script yang simple untuk mengedit paparan blog. Script ni mudah je sebenarnya..... bukan hebat sangat pun. Jadi kepada yang puas dok saja-saja boleh try.... hehehe

Ok.... jom mulakan. Lihat gambar di bawah

Perasan tak apa perbezaan paparan antara blog saya dengan blog Cik Lah? Saya punya tak de logo blogger kat baris atas tu. Logo tu tak de apa-apa sebenarnya.... kalau dia duk kat situ pun tak menjejaskan apa-apa, tapi macam yang saya kata tadi.... kalau nak try edit bagi hilang logo tu boleh juga.... pasal kekadang rasa serabut la pulak tengok ada satu line kat atas blog kita kann. ok... jom kita kasi hilang sama dia..... hehehe

Caranya senang saja.... mula-mula korang pegi la kat Dashboard blog korang (sign in le dulu)...... Bila dah masuk, korang klik kat Layout.









Lepas tu... klik Edit HTML. Bila korang klik yang ni, korang akan nampak page script blog korang...... haaaa, macam ni la sebenarnya apa yang ada kat 'belakang tabir' blog kita. Awas!!! bila berada di sini... korang kena hati-hati sikit, jangan nak gatal-gatal tangan ubah apa-apa script tu kalau korang tak tau apa yang korang buat!


Sekarang korang boleh skrol ke bawah.... skrol ke atas.... nikmati dulu macam mana rupanya script blog korang..... hehehe!

Sambil-sambil tu.... korang renung-renungkan lah, "oooo.... rupanya macam ni kat belakang blog aku..... hodohnyeee.... macam cacing je..... pening aku tengok" Hahaha..... sebenarnya macam tu lah fitrah kehidupan ni.... disebalik apa yang kita lihat.... terlalu banyak lagi yang kita tak lihat. Sesungguhnya setiap apa yang tersurat pasti ada yang tersirat.

psttttt..... analoginya..... kalau lipstik merah sangat tu.... korang bayangkan la macam mana disebaliknya..... hehehe (boleh ke buat analogi cam tu?.... jangan marahhh)

Panjang la pula melalutnya....... (sebenarnya saja nak bagi panjang pasal tips script yang aku nak kongsi ni pendek sangat...... hehehe)

Ok... jom teruskan! Lepas tu korang copy la script kat bawah ni dan pastekannya kat bawah tag body

/********** REMOVE THIS WHOLE BLOCK TO SHOW THE BLOGGER NAVBAR ************

** **

**/ #navbar-iframe {height:0px;visibility:hidden;display:none} /**

** **

***************************************************************************


Script tambahan yang tulis huruf besar tu telah menerangkan maksudnya.... lain kali bila nak balik macam asal semula korang delete la script ni ( yang ni untuk kemudahan korang cari semula kat mana dia duduk dalam script blog korang je. Kalau korang dah faham.... tak payah le copy semua.... copy scriptnye dah cukup!

#navbar-iframe {height:0px;visibility:hidden;display:none}


Bila dah korang paste..... korang klik Save Template dan klik View Blog...... sambil berdoa blog korang tidak jahanam..... hehehe. Tapi insyaAllah tak akan jadi cam tu.... pasal script ni simple sangat, tak menjejaskan apa-apa pun!

Opsss.... nanti dulu. Logo Blogger kat atas tu sebenarnya untuk kemudahan kita untuk Sign In, jadi bila logo tu dah tak de.... macam mana pula kita nak Sign In kannn!!! jadi nasihat aku.... korang letak la logo Blogger yang kecil tu kat mana-mana blog korang. Bila korang nak Sign In..... korang klik la logo ni, fungsinya sama saja.

Ok...... selamat mencuba!


12 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Shifu67 ko mmg hebat. ckLah pakai script Jawa - tu sbb blog dia 'sibuk' sangat. hehehe
    xiiinam said...
    This comment has been removed by the author.
    xiiinam said...
    yes....dah hancur dah.Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tolong cek emel ko! Aku tengah meroyan ni!!!Nyeseiiiiiiii!!
    xiiinam said...
    Heh...he...he...akhirnya aku berjaya mendapatkan semula blog aku yang dah hancur...setelah digodam oleh anak lelaki aku yang darjah 6. Seb baik anak-anak bijak ICT...PANIK giler aku tadi....Anak-anak dan laki aku pakat gelakkan aku...Cis!!! Ada yang nak kena tekondo jugak ni dengan aku..TOLONG ABAIKAN EMEL AKU TU..
    Lepas ni aku berjanji tidak akan menuntut ilmu melalui maya lagi...aku dah insaf..
    Shifu67 said...
    Yunus - cik lah dah terlebih script hari ni.... ni sama la macam dlm kelas.... cikgu mengajar, anak murid tak dengar elok2.... hehehe

    eh.... terdelete la pula.... komen sapa tadi tu.... hehehe

    Cik Lah - hahaha.... kalau tidak boleh buat tahlil la mlm ni.... ni kes ko pakai hukum "bangun membuat" la ni..... hahaha
    xiiinam said...
    shifu;
    "Cis,kuang ajau.....aku santau hang...!!!!"Kata Hang Jebat....
    Cikgooden (Selumbar Emas). said...
    baguih la dok ngajaq bende nih..dulu pernah sekalai aku gatai tangan dok edit2 natang html ni...sekali ilang teruh..pastu tak tahgu cari balik...ha ha ha.

    moral: jgn dok gatai2 tangan nak 'cokeh' benda yg kita sendiri tak pasti...ha ha ha.
    Shifu67 said...
    COden - gatai tangan nak edit script ni tak peee.... cuma biar kena caranya

    nasihat aku... mula2 backup dulu korang punya script, save la kat mana. Bila ada masalah boleh copy & paste je script tu semula.... tapi biasa la kan, bukn semua org nak dengar + ikut nasihat2 ni.... macam doktor nasihat berenti hisap rokok la

    psssttt... ptg ni Cik Lah dah cemas pasal dia silap baca.... aku ajar JAVA Script tapi dia pakai JAWA Script.... hahaha
    Yunus Badawi said...
    Malam ni saya pulak gatal tangan nak try main dgn skrip tu. Nasib tak jadi mcm ckLah. Kalau rajin nak tengok hasilnya boleh singgah kat n3 terbaru saya.
    xiiinam said...
    wak yunuih;
    malangnya saya masih gagal membuka blog yang ada papan tanda nuffnang...jangan rindu kunjungan saya...he..he...
    Shifu67 said...
    Wak Yunus - main skrip apa ni wak.... hehehe
    Cik Lah tak buat entry hari ni pasal dia masih trauma la tu kot.... hehehe
    Shifu67 said...
    errr... wak... jenuh saya tunggu nak buka blog wak ni. Banyak sangat wiget gak kot.... :-)

Post a Comment