Sunday, January 17, 2010

Jom Ke sekolah

Hadir ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar.

Kevin Paul (1996) menyatakan bahawa,

"in every bad class there is something to be learned,
but not if you aren't there"

Tahun ini... sesi persekolahan dibuka dengan slogan 'Jom Ke sekolah'. Program 'Jom Ke sekolah' dilancarkan setelah didapati peratus kehadiran pelajar ke sekolah di daerah kami hanya sekitar 92% bagi sekolah rendah dan 89% bagi sekolah menengah. Maknanya bagi setiap sekolah... sekitar 10% pelajar tidak hadir bagi setiap sekolah.

Persoalannya....
Ke manakah perginya dan di manakah 10% pelajar ini berada setiap hari?


pamplet yang aku buat secara 'kecemasan' semalam... hehehe!

Sebagai guru yang menguruskan hal-hal berkaitan disiplin.... program ini tentunya menjadi tanggung jawab yang perlu dipikul, dikelek, ditatang dan yang sewaktu dengannya.

Hari ini.... kami mengadakan majlis pelancaran rasmi program tersebut di peringkat sekolah. Majlis diadakan secara ringkas sahaja sewaktu perhimpunan pagi.



Program dilancarkan dengan iringan doa.....







....juga ikrar sebagai tanda komitmen



Oleh kerana di sekolah aku juga merangkap 'tukang ambil gambar' untuk setiap majlis.... maka selalunya gambar aku sendiri tak ada.

Jadi terpaksalah aku minta tolong kawan untuk 'pukul gambar' aku... huhuhu!

Sila abaikan bungkusan plastik kuih atas meja kat belakang tu.... atau apa-apa juga timbunan kertas..... hehehe.

Cuma perhatikan tapak tangan aku yang selalu digeruni oleh budak-budak yang terpaksa mengadap aku akibat masalah disiplin..... muuhahaha!

.............................. <||> ..............................

Sebelah petangnya pula.... majlis pelancaran peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Bachok berlangsung.





Gambar ini sengaja dipamerkan, sebagai menunjukkan bukti bahawa aku antara yang terawal hadir.











Majlis peringkat PPD Bachok dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato Dr. Awang Adek Hj. Hussin

9 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Murid2 yg baca ikrar tu mereka yg hadir ke sekolah. Yang tak hadir tak baca ikrar - jadi mereka tak terikat dgnnya ngeeee

    Bukan di tempat ko aje masalah ni. Di KL ni pun banyak yg ponteng.
    ckLah @xiiinam said...
    Cikgu...
    Saya pun gerun tengok tapak tangan cikgu!!!
    ckLah @xiiinam said...
    Kejap...



    Errrrr...betul ke itu nama sekolah kau cikgu?




    ...tak menyamar eik?




    :)
    ONE ZABA said...
    aku rasa cikgu-cikgu pun kena ikrar sama....
    joegrimjow said...
    lama xmenjenguk skolah tangok ni
    hehe
    Che' Pit said...
    Cuma perhatikan tapak tangan aku......

    erk, rasanya telangkup tangan cikgu ni.. kompius mcm ne nak tgk, sedangkan empunya tangan sdiri yg ajak perhatikan TAPAK tangan..
    Chenta said...
    isk..iskk.. ngerriii wehh ! saya yang tengok tapak tangan awak pun dah gerun . mau lari 100 meter ! hahaha
    Unknown said...
    YB
    Sama la dgn kes.. imam baca kutbah, marah kat anak mukim yg tak dtg sembahyang jumaat... masalahnya yg tak datang sembahyang tak dengar pun... hehehe

    ciklah
    kalau gerun ko tiup ubun-ubun laa
    kenapa dgn nama sekolah aku... tak percaya kee?

    1z
    termasukla jugak cikgu2 yg dah tak duk kat sekolah... jgn lama sgt duk meeting sambil makan roti canai

    joe
    errrr... silakan..... hehehe

    chepit
    errr... lebih kurang la tu... anak murid yg jenis loyar buruk cam gini la selalu kena tapak tangan aku ni... hehehe

    linda
    errr... kalau linda... cikgu kutil je... hehehe
    latifahgb said...
    teruskan berkhidmat untuk bangsa dan negara...dalam sibuk dengan urusan-urusan sekolah..cikgu masih sempat menulis blog lagi...hebat...

Post a Comment