Monday, January 11, 2010

Naik roook!

Sepanjang cuti... aku hanya memerap di dalam rumah sahaja. Hujan hampir setiap hari.... dan kadang-kadang berhari-hari!..... hujan sampai tak 'celik mato'


Maknanya selama sebulan itu juga sekitar rumah tidak terjaga... keliling rumah dah naik rook! Kat belakang rumah, rumput dah dekat paras lutut.

Aku sebenarnya lemah semangat sikit bila bulan 12... maklumlah masa tu Mem Besar tak ada kat rumah. Selalunya bila aku memesin rumput di padang golf tu... mem yang temankan.

Sekarang ni... hujan pun dah tak turun.... mem pun dah ada kat rumah, jadi baru la aku ada semangat nak menebas.... errr... memesin rumput.



Sebelum segala makhluk alam yang lain bercadang nak berhabitat di belakang rumah.... kena la bersihkan kawasan tu kann!






Selain itu... mungkin sudah tiba masanya untuk mulakan Projek Bumi Hijau untuk tahun ini. Jadi eloklah kalau buat persediaan awal. Tapak projek perlu di bersihkan dahulu.

Lepas ni boleh la proses menyediakan batas.... sebelum memulakan kerja menanam. Benih pun dah oder... hehehe.

Tahun ni nampaknya kawasan Projek Bumi Hijau akan menjadi semakin pendek.... kerana aku dah tanam 4 pokok pisang kat hujung tu. Pisang baka tisu tu.... masa beli hari tu, ada la besar kelingking. Sekarang dah mula cantik naiknya!

Kat pagar tu jangan korang kata rook pulak... itu pokok kacang botol, sedap buat ulam tu!

Hemmm.... tahun ni nak tanam apa la agaknya?

21 Comments:

  1. MaMa MoDeN said...
    salam cikgu shifu,
    selamat bercucuk tanam. luas & cantik persekitaran umah cikgu yer...

    p/s : amboi! bersemangat utk projek bumi hijau je ker...
    hehehehe
    Zyma Saad said...
    Salam Shifu......

    Ko rajin la mesin rumput tu.....
    Tlg mesin rumput kat depan rumah aku, boleh ke? Aku upah ko la....

    Apa??? Ko tak nak? Aku bayar upah kat ko 30 hinggit, ko tak nak?
    Takpe la, aku kasik kat abg Bangla la.

    Huhuhuhuhu......

    :)
    ONE ZABA said...
    ko tanam la pokok gula dengan pokok tembakau. kan semua tu naik harga.
    INNA AB said...
    kacang botol @ kacang kelisa..sedap wat ulam,kerabu,goreng..smua blh buat..n hayat idup dia tahan lama.tanam je serba skit.yg slalu dok guna time msak.cth;serai, daun kari,limau nipis,limau purut,lengkuas,kunyit...n terong sepokok 2..pokok cabai...alah..gerenti xyah beli dah....
    latifahgb said...
    laa..memang cikgu serba boleh..tapi kalau suami saya tu..saya tak bagi dia mesin rumput..sebab sayang sangat kat dia..saya lebih senang upah orang je yg buat..hehehe...
    Yunus Badawi said...
    salam Shifu,

    besar kawasan rumah ko tu!
    Aku cadangkan ko tanam bendi. Seronok petik buahnya bila berbuah hehehe
    Mak Su said...
    oohh, bekerjasama berdua2an...caiyuk caiyuk
    Che' Pit said...
    betul tu cgu ONE..

    tapi mana de pokok gula.. bukan pokok tebu ker? kompius seketika
    Cik Cookie said...
    bila nak mesin rumput umh CC nih.
    bayar ikut jam
    ehhh...rsnya xde rumput.
    xiiinam said...
    ckLah lebih tertarik dengan t-shirt mem besar.......




    ...ha..ha..ha...timbang jangan tak timbang!

    (ada t shirt lebih...pas kat ckLah weh!)
    Shifu67 said...
    mama moden
    tunggu perkembangan projek bumi hijau tahun 2010

    zyma
    alaa... kalau zyma nak boleh je... boleh free gunting rambut pun dah kira ok la

    1Z
    errrr... tak ada kena mengena dgn aku kot... huhuhu

    inna
    ikss.. bukan takat tak payah beli... boleh kongsi dgn jiran2 lagi tuu

    latifahgb
    amboii.... jadi suami sunti laaaa

    YB
    bendi tu tanaman wajib.. tahun lepas bendi colour merah lagi... tak lupa gak kangkung... hehehe

    mak su
    lebih baik berdua kann... baru la ada karan... hehehe

    che pit
    aku pun konpiusss ni

    che cookie
    eh... bila2 masa je abg boleh mesinkan, tak de rumput pun abg mesinkan gak... (abg tuuuuu.... hehehe.... cik lah ko duk diam, ko bekas awek aku je)

    ciklah
    errr... nanti kita dating kat menara condong, aku bagi kat ko
    xiiinam said...
    Tak molah...Menara Condong dah nak roboh....kita cari tempat lain...bawah jembatan ke....tepi kubur ke...



    :)
    Zyma Saad said...
    Free gunting rambut katanyer?
    Masuk buku hutang 555...boleh gitu??? Cukup bulan aku cari bini ko, Shifu. Tuntut duit gunting rambut......

    Hahahahaha....alaaaa, nanti ko guna la mesin rumput tu utk "tarah" rambut ko.....lagi free kannn!!!
    LiNda said...
    wahh.. dah bersih semua lalang... Bagus . Gajah nak lalu pun segan !!

    hahahaha
    Shifu67 said...
    ciklah
    ni la yg payahnya kalau ada awek niyak rapik ni... muhahaha

    linda
    nak mandi lepas mesin rumput kena basuh apa dulu... ;)
    xiiinam said...
    aummmm!


    muhaha!
    Shifu67 said...
    zyma
    amboiii... nak kena tarah nii

    ciklah
    iksss.... dah jadi rimau la pulakk...
    arsaili said...
    salam kalau rajin berbudi pada tanah pasti akan mendapat pulangannya
    arsaili said...
    salam kalau rajin berbudi pada tanah pasti akan mendapat pulangannya
    izman said...
    nampak luas je kawasan rumah tu bang, tanam pokok vanilla cantek tu. pulangan pun besar
    Shifu67 said...
    arsaili
    insyaAllah... kaalu setakat nak buat sambal lada, nak tumis kangkung singgah je kat rumah

    izman
    emm... cadangan yg bagus tu... ada anak benih ke, boleh la aku try

Post a Comment