Wednesday, September 15, 2010

12 September ::

Masih berhari raya di rumah mak & abah di Kampung Pauh, Kuala Kangsar/Taiping.

Chu (ibu saudara) datang dari Ipoh dengan familynya. Mereka balik semalam dari Terengganu. Bersembang segala macam isu... makan... bersembang... makan....

Pukul 4:00 petang kami memulakan perjalanan menuju Kuala Lumpur. Hari ini tentu kereta akan bersumbat-sumbat kat atas jalan.

Menyusur jalan Bukit Gantang ke Tol Kuala Kangsar... sudah dapat melihat kenderaan yang merayap kat atas highway PLUS.

Masuk di Tol Kuala Kangsar.... bermulalah episod memandu ala kura-kura. Semua lorong penuh, mendaki dan menuruni bukit menuju Ipoh. Selepas Tol Jelapang, barulah lancar sedikit.

Sepanjang perjalanan hujan... menambahkan lagi cabaran memandu.

Rancangan asal, kami nak singgah dimana-mana rumah saudara-mara kat KL untuk bermalam. Fikir-fikir balik.... rasanya lebih baik kami terus ke KLIA saja.

Kami dah menamatkan sambutan raya... sekarang tiba masa untuk urusan utama selain balik beraya di kampung.

Terus hubungi Lukman, sahabat lama yang tiap-tiap minggu transit di KLIA. Dengan informasi darinya.... barulah aku rasa clear sikit nak ke KLIA, maklumlah ini pertama kali aku memandu ke sana. Selalu tu hanya tersadai semasa transit saja... tak pernah keluar pun dari terminal.

Kami sampai di R&R Tapah lebih kurang 6:30 petang.... semua R&R penuh sesak. Kami berehat lama di sini. Sambil memikirkan nak tidur dimana malam ni... di rumah saudara mara kat KL, di hotel kat KL atau di hotel kat KLIA. Akhirnya kami buat keputusan ke KLIA, supaya senang urusan esok.

Kami menginap di Concorde Inn.... rasa selamat sikit kerana dah dekat dengan KLIA. Mujur bilik masih ada... walaupun hari raya, mungkin ramai keluarga yang bermalam di sini kerana urusan menghantar anak esok macam kami.


Kami memilih tidur di hotel kerana hendak menikmati sepenuhnya bersama keluarga buat kali terakhir sebelum anakanda sulung terbang jauh dan merantau selama 3 tahun.

Sebelum tidur... pekena roti canai dulu. Badan pun dah letih... tidurlah dulu.

( Sorry... tak ada gambar perjalanan malam tadi )

2 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Kalau saya ada kat rumah semalam, boleh tidur aje di rumah saya. Malam tadi kita boleh pekena roti canai kedai mamak tak jauh dari rumah.
    Unknown said...
    makan roti canai???.... tak makan batang buruk kee

Post a Comment