Friday, September 24, 2010

Orang Kelantan..... memang suka buat 'sembahyang hajat'. Naik rumah baru.. sembahyang hajat, beli kereta baru... sembahyang hajat.... dapat anak baru... sembahyang hajat, tapi tak pernah pula dengar buat sembahyang hajat kerana dapat bini baru... hehehe!

Amalan sembahyang hajat ni memanglah baik... cuma kekadang 'hajat'nya tu yang mengundang persoalan. Pernah satu ketika, khabarnya telah dibuat sembahyang hajat supaya 'membutakan' mata golongan tertentu semasa hendak mengundi (memangkah kertas undi).

Sesuai dengan gelaran 'Negeri Serambi Mekah'... amalan sembahyang hajat ni sudah sebati dengan orang Kelantan.

Cuma.... sekarang ni, mungkin tanah 'Negeri Serambi Mekah' ni sudah kurang power berkatnya kot?.... Kalau buat sembahyang hajat pun, sudah tak berapa menjadi kot?... Maka ada rancangan untuk 'bermunajat' terus di Mekah (tentunya sembahyang hajat salah satu aktiviti bermunajat itu).

Mungkin mereka merasa....... Serambi ni tak main laaa!.... tak kelas laa!



Objektif Derma:
Kutipan Derma dari seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang tercinta adalah untuk menampung kos misi munajat 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus di Kelantan selama 40 hari dan 40 waktu di Baitullah ( Mekah) bertujuan untuk memberi sokongan spiritual yang padu rakyat seluruh Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Rakyat Kelantandi dalam Kes Tuntutan Royalti Minyak Kelantan. 40 Ulamak & Tok Guru Pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya. Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak / alim ulama / ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat islam. Sumbangan derma Individu & Syarikat Swasta / Korporat adalah dialu-alukan.
Untuk pertanyaan / sumbangan,boleh hubungi:
Telefon: Tuan Haji Zulaimi - 017-5353007 / Cikgu Nuri - 013-9952598
Sila Sign Online Petisyen Tanda Sokongan Anda di http://munajatroyalti.com/sokong
Facebook Page di Misi Munajat Royalti Rakyat
Tagged.com : http://www.tagged.com/munajatroyalti
Blog di http://munajatroyalti.blogspot.com

 http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/bior-betoi-yop.html
 
Khabarnya RM400 ribu diperlukan untuk tujuan itu. Belanja dekat setengah juta tu mungkin perkara kecil saja.... maklumlah, khabarnya juga.... ada yang sudah bagi replika cek 4 bilion (diterima oleh adik Tok Guru sendiri). Maknanya RM400 ribu tu.... hujung jangut je la kannn!

Hebat.... hebat... tak sabar rasanya nak tunggu senarai 40 orang ulamak serta tok guru yang layak diterbangkan ke Mekah.

4 Comments:

  1. Abam Kie said...
    siapa yg sudi menderma..silakan...siapa yg keberatan x payah... kekadang ada tok fakir sindiket dtg minta sedekah di sek...siap tunjuk bukti...bila tubik pagar sekolah..yg tempang td dpt lari mengalahkan Usain Bolt..
    Unknown said...
    dunia.. dunia...
    aku derma kat tabung masjid lepas sembahyang jumaat je

    kalau yang jenis hulur tangan ni... tengok atas tengok bawah, mrasa waswas pulak nak bagi
    Mak Su said...
    sy tumpang lihat aje ler
    Unknown said...
    sila.. sila lihat maksu.. tak kena saman pun

Post a Comment