Tuesday, September 7, 2010

GERIK, 6 Sept (Bernama) -- Pemandu yang menggunakan telefon bimbit berkamera bagi merakamkan kesalahan trafik pengguna lain turut melakukan kesalahan dan boleh disaman, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
"Penggunaan telefon bimbit ketika memandu turut tersenarai dalam kesalahan trafik dan dengan jelas pemandu tidak boleh merakamkan kesalahan pengguna lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Penguatkuasa JPJ di Jalan Gerik-Jeli, pada hari Isnin.

Justeru katanya, pemandu yang mahu merakamkan kesalahan pemandu lain menggunakan kaedah itu hanya boleh berbuat demikian selepas mereka memberhentikan kenderaan mereka.

"Rakaman itu (juga) boleh dibuat dengan bantuan penumpang lain yang berada di dalam kenderaan itu," kata Solah.

Beliau turut menjelaskan ramai pengguna salah faham mengenai kaedah itu dan pihaknya ada menerima rungutan daripada pengguna kerana rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan.

BERNAMA

Maknanya aku dah melakukan kesalahan kerana merakamkan gambar ini semalam.... hehehe

4 Comments:

  1. LiNda said...
    Enchek Polis.. tangkap ini orang ! haha
    Shifu67 said...
    muhahaha... Solah tu org kampung kawe laaa
    Yunus Badawi said...
    Pakai hp tak boleh tapi pakai blackberry ok kot? hahaha
    Shifu67 said...
    hari ni aku sahur roti sapu jem blackberry

Post a Comment