Monday, April 27, 2009


Aku tidak meminati permainan bola sepak..... sebab itu aku tak pernah ambil pusing pasal team bola, samada team dalam negara atau luar negara. Hanya sekadar ambil tahu sikit-sikit, itu pun secara tidak sengaja.

Hari sabtu yang lepas berlangsung perlawanan akhir Piala FA antara team Kelantan dan Selangor. Semua orang tahu, Selangor merupakan pasukan yang boleh dianggap lagenda dan sejarah yang panjang dalam permainan ini. Seperti yang diberitakan, pasukan Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir ini setelah 39 tahun gagal, manakala Selangor telah menjadi juara beberapa kali..... begitulah perbezaan reputasi antara kedua-dua pasukan. Dengan segala macam kontraversi..... team Kelantan yang selalunya hanyalah pasukan belasahan, akhirnya muncul antara pasukan yang 'digeruni'.... segala-galanya bermula dengan pengurusan yang baik apabila KAFA diterajui oleh Dato Nuar. Dalam tempoh 3 tahun.... Dato Nuar berjaya mengangkat martabat pasukan bola sepak Kelantan yang terperosok di liga bawahan, ke satu tahap yang mampu menarik penonton ke stadium. Aku pernah menulis tentang team bola sepak kelantan ini, ketika peringkat awal Dato Nuar menerajui KAFA..... tetapi penulisan itu bukan pasal team bola sepak Kelantan sangat, tetapi ada kena mengena dengannya.....

****************************************************************************

http://siapanakjawab.blogspot.com/2007/11/kerajaan-kelantan-tak-minat-bolasepak.html

Friday, November 30, 2007

Kerajaan Kelantan Tak Minat Bolasepak?

Pasukan Bola sepak Kelantan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Pasukan bola sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia dan di geruni lawan. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua Liga Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Bola_sepak_Kelantan

Demikianlah gambaran tentang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Kelantan memang terkenal pernah melahirkan ramai pemain-pemain berbisa di peringkat kebangsaan.

Malangnya.... jika kita pergi ke stadium hari ini, suasana yang begitu suram melanda KAFA kerana seolah-olah sudah tidak ada lagi orang yang berminat dengan bolasepak di Kelantan.

Penonton yang datang boleh dibilang dengan jari..... mungkin lebih kurang sama ramai dengan jemaah sembahyang maghrib di surau-surau dan masjid sahaja.

Keadaan pasukan bolasepak Kelantan memang amat tenat..... penonton pun sudah tawar hati untuk datang menyaksikan setiap perlawanan mereka.

Apabila ketiadaan penonton, KAFA tidak dapat mengutip hasil tiket dari setiap perlawanan. Bila wang pun tak ada maka masalah lain akan menimpa.

Bukan cerita baru tentang pemain-pemain yang tak dibayar gaji, jauh sekali mampu hendak membeli pemain-pemain yang handal.

Maka tinggallah pemain-pemain 'ayam kechok' dalam pasukan bolasepak Kelantan. Bagaimana mungkin pemain-pemain bertaraf 'ayam kechok' ini hendak berdepan dengan pasukan lawan.

Akhirnya apabila berlawan.... pasukan Kelantan akan kalah.
Siapa yang hendak datang ke stadium apabila..... main sekali, kalah..... main dua kali, kalah.... main tiga kali, baruuu lah nak....... kalah pulak! hehehe.


Demikianlah senario pasukan bolasepak Kelantan hari ini.

Bertambah malang lagi apabila KAFA berada di sebuah negeri 'pimpinan ulama' yang tidak pernah melihat bolasepak sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi.

Bolasepak hanyalah dilihat sekadar satu permainan 'berlibur-liburan' diwaktu petang sahaja.

Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak di Kelantan, jauh sekali melihat prospek bolasepak sabagai satu sumber ekonomi negeri.

Pendek kata..... nak jual kacang rebus pun tak boleh jalan di stadium Kelantan hari ini.

Kerana itu dalam Bajet 2008 yang baru dibentangkan, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi Pembangunan Bolasepak Negeri sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit)..... lihat mukasurat 255 Bajet Negeri Kelantan 2008.

"Apa?..... what?..... ghapo?..... berapo kerajaan negeri Kelantan sediakan pitih nak pembangunan bolasepak?..... sepuloh riallll!"

"Nak buat menate ghapo dengan sepuloh rial?"

Barangkali itulah dialog paling mudah jika anda lihat 'Bajet Rakyat' atau pun 'Belanjawan Rakyat' yang dibentangkan oleh Nik Aziz baru-baru ini.

Melihat kepada 'sumbangan' kerajaan Kelantan sebanyak itu untuk pembangunan bolasepak Kelantan.... anda boleh bayangkan bagaimana situasi KAFA.

Saya pun tak mampu nak ulas apa-apa lagi tentang itu...... cuma saya nak kata,
"Alohhhh...... tergamak kerajaan negeri tulis sepuluh rial dalam dokumen rasmi kerajaan seperti itu. Lawak sungguh bajet negeri Kelantan"

Dalam keadaan KAFA yang begitu tenat.... akhirnya mereka mengadu kepada Dato Seri Anuar Musa. Mujurlah masih ada yang prihatin dengan dengan nasib bolasepak Kelantan.

Pada mulanya saya melihat kesanggupan Dato Nuar menjadi Presiden KAFA, tidak ubah seperti perumpamaan melayu... "bagai memikul biawak hidup".

Namun.... walaupun Dato Nuar memang sudah maklum dengan keadaan KAFA hari ini, beliau masih berusaha untuk membantu demi bolasepak Kelantan.

Bukannya seperti kerajaan negeri Kelantan yang terus lepas tangan.

Dato Nuar kata.....

"Kita hendak kembalikan penonton ke stadium untuk melihat aksi bolasepak yang bermutu. Bila penonton datang ke stadium.... paling-paling tidak pun boleh jual kacang rebus!"

........................................................................
p/s Jom kita sama-sama ke stadium nanti.... kerana tujuan utama stadium dibina ialah untuk melihat perlawanan bolasepak..... stadium bukan dibina untuk jadi tempat 'sembahyang hajat' hehehe!


***************************************************************************

Selepas aku menulis cerita di atas..... aku tidak pernah ambil tahu dengan keadaan Team bola sepak Kelantan..... kerana aku dah kata...... aku tak minat bola. Cuma selepas itu khabarnya team Kelantan semakin gagah dan mereka mula menjadi pasukan yang tidak boleh dipandang enteng lagi. Selepas itu juga, khabarnya stadium sudah mula kembali penuh dan peminat bola sepak Kelantan tidak lagi malu nak pakai baju merah masuk stadium. Dan akhirnya mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir piala FA.

Tahniah buat seluruh pemain dan tentunya tidak lupa terhadap kesungguhan Dato Nuar yang menguruskan team Kelantan dengan jayanya.... semoga mereka akan menempah kejayaan yang lebih bermakna lagi selepas ini. Dan semoga selepas ini Kerajaaan Kelantan akan sudi menambah bajet untuk pasukan bola sepak.

Wednesday, April 22, 2009

Iklan percuma

Hari ni... tak lama lepas aku sampai di rumah.... Sofia pun balik dari sekolah. Sepatutnya dia ada kelas Fardhu Ain sampai pukul 3:30, tetapi dia balik kerana demam. Cuaca yang panas melampau sekarang ni, memang cepat mendatangkan masalah kepada bebudak hari ini. Silap sikit je, badan panas dan demam.

Sekarang ni...... bagi yang bekerja di luar, memang tahu macam mana cuaca yang begitu 'melampau' panasnya. Inilah antara kesan 'pemanasan global' tu. Bagi yang bekerja dalam opis.... masuk pagi, keluar petang.... mungkin tak berapa sedar sangat dengan situasi ni.

Cuaca yang panas melampau sekarang ni menyebabkan peningkatan kes 'demam' terutama bagi kanak-kanak. Maka, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil.... sentiasalah bersedia untuk menghadapi situasi tiba-tiba anak demam, tiba-tiba badan anak panas. Apabila anak demam dan suhu badan mereka meningkat.... anda harus berusaha menurunkan tahap suhu badan supaya kembali normal..... jika tidak, sesuatu yang lebih merbahaya akan menimpa anak anda.

Sebagai persediaan untuk menghadapi situasi 'tiba-tiba' yang tidak dijangka itu.... pastikan di rumah sentiasa mempunyai bekalan benda ni..... 'Kool Fever'. Aku bukan duta produk ni..... tetapi sebagai bapa yang cukup berpengalaman dengan situasi 'tiba-tiba' itu.... aku sentiasa pastikan benda ni ada di rumah, sekurang-kurangnya sepeket.

Bila situasi 'tiba-tiba' tu menimpa anak-anak.... terus je tepek benda ni kat dahi mereka.... insyaAllah suhu badan mereka akan turun dengan perlahan-lahan dan teratur. Yang paling penting sekali.... benda ni tak leceh, berbanding dengan guna kaedah tok nenek dulu. Jadi tak la kita terpaksa sentiasa letak tuala basah kat kepala anak. Lepas tepek benda ni... kita hanya perlu temankan anak baring di sebelahnya sahaja.

Sepeket harganya RM5.50 lebih kurang, yang mengandungi 2 keping. Setiap keping mampu bertahan untuk tempoh 8 jam.... maknanya banyak masa kita dah jimat untuk sentiasa membasahkan tuala (kaedah lama).... bayangkan kalau malam.... kita tak perlu berjaga untuk menyejukkan kepala anak..... jadi ada la masa untuk kita tidur sama. Anak kita pun akan dapat tidur dengan selesa tanpa terganggu dengan air yang meleleh kat atas kepalanya.

Ok.... esok pergi kat farmasi dan beli sepeket untuk persediaan..... errrr... sekarang ni dah ada Kool Fever untuk orang dewasa, jadi kalau perlu belilah juga kedua-duanya. Lepas ni boleh jimat penggunaan asam jawa..... hehehe

Tuesday, April 21, 2009


Projek pembesaran jalan di hadapan rumah sudah sampai kepenghujungnya. Mengikut jadual, kontraktor mesti menyiapkan jalan tu menjelang bulan Julai tahun ini. Sekarang ni mereka sedang menyiapkan kerja-kerja membina longkang sepanjang jalan itu.

Petang kelmarin kerja-kerja membuat longkang sudah sampai ke hadapan rumah. Mereka dah pasang kalbot di jalan masuk ke rumah. Maknanya selepas semua ni siap.... bolehlah aku berkira-kira untuk menyiapkan pagar dan halaman rumah yang sekian lama terbengkalai.

Malam tadi dah panggil 'kontraktor' peribadi aku untuk bincangkan design pagar hadapan rumah tu. Apa-apahal pun aku nak tunggu diorang siapkan dulu jalan tu sebelum aku pula yang mulakan projek. Jalan masuk yang baru ni... terus je menghala ke garaj kereta depan rumah. Jadi lepas ni boleh tutup jalan lama tu.

Errr..... jalan masuk pun dah baru.... nak tambah sedap cerita lagi, lepas ni pula bawa balik kereta baru..... waaaa, baru gempaq!...... hehehe.

Sunday, April 19, 2009


Sejak kereta Mem Besar aku test power dengan lembu hari tu.... hampir RM4000 dihabiskan untuk memulihkan semula keadaan kereta tu. Selepas sebulan keluar bengkel, dan semuanya dah kembali ok, walaupun tak sempat sembur cat baru.

Sejak sebulan ini juga Mem Besar semakin kerap bersungut dengan kondisi keretanya. Katanya, kereta tu dah tak sedap la... berat la... tak leh nak speed la... tak de hati nak basuh la.... macam-macam lagi lagilah.

Sebagai seorang suami yang penyayang.... aku memang memahami rengekkan Mem Besar setiap kali balik dari sekolah. Maklumlah dia memandu hampir 20KM sehala setiap hari untuk ke sekolah. Aircon kereta tu pula dah meragam... mestilah dia kepanasan bila waktu balik. Memandu di waktu puncak setiap hari memang memualkan sekiranya kereta 'tak sedap'.

Tambahan pula sekarang ni.... lepas satu, satu pula benda yang rosak. Hari ni... semasa dia balik dari sekolah, tetiba je radio berasap. Hantar bengkel... mekanik kata 'api' tak betul jalan.... dah terlebih power, tu yang wire hangus. Tukar (apa benda tah) habis RM200 hari ni.

Dan rengekkan Mem Besar semakin relevan untuk tukar kereta baru.

Oklah... kita beli je kereta baru. Sebagai warganegara yang sentiasa berbangga dengan produk negara sendiri.... kami sedang berkira-kira untuk mendapatkan kereta yang sesuai dengan keperluan Mem Besar. Pilihan antara Myvi dan Saga. Mem Besar lebih berminat dengan Proton Saga.... harganya pun sesuai dan masih dalam bajet kami.

Minggu ni kena la singgah kedai kereta nampaknya.... tanya cam mana sebenarnya pakej Proton X Change yang menawarkan RM5000 untuk kereta lama bila membeli kereta baru.

Errr..... masa Exzora keluar minggu lepas, aku dah tanya.... pakej RM5000 tu tak terpakai untuk beli Exzora... cehh, hampeh.... hehehe.

Wednesday, April 15, 2009

Kelmarin 14 April bermula Kejohanan Olahraga MSS Kelantan kali ke-44 di SMK Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu. Tahun ini merupakan kali kedua kejohanan terpaksa diadakan di atas padang sekolah akibat kerosakkan trek di Kompleks Sukan Panji. Di Kelantan hanya di situlah satu-satunya yang ada trek tartan!.... harap-harapnya dengan perlantikkan Menteri Belia & Sukan yang baru ni... bajet untuk baiki trek akan diluluskan!

Seperti biasa.... hari pertama kejohanan... acara akan dimulakan dengan event jalan kaki. Acara ni selalunya bermula awal pagi.... sekitar 7:30 pagi. Secara tradisinya... team kami merupakan pencabar kuat acara ini. Semasa team MSSD Pasir Puteh-Bachok dulu... memang tak ada pencabar dari team lain... dan selalunya kedudukan 1-4 memang milik kami. Selepas semua MSSD yang bergabung dipecahkan menjadi pasukan sendiri, kami masih meneruskan tradisi itu. Untuk hari pertama.... kami hanya mendapat pingat perak dan gangsa sahaja bagi acara 3000M jalan kaki 15P. Esok (hari ini).... bagi acara 5000M jalan kaki 18P.... secara logiknya tidak ada sesiapa yang mampu mencabar kami, kerana kami memiliki peserta yang bertaraf Asian... pemenang pingat emas di Kejohanan Olahraga Asian School tahun lepas dan tahun.... di atas kertas, emas dan perak adalah milik kami di awal pagi hari ini.

Tahun ini.... setelah aku 'bersara' lebih kurang 3 tahun..... tentunya aku tidak meletakkan apa-apa sasaran pingat untuk budak-budak yang aku latih bagi acara long jump dan triple jump. Kelmarin.... bila aku hadir semula ke arena.... kekawan coach acara ini semuanya 'teruja'...... hehehe.

"Wooo..... hidup lagi ko eiii..... mu gi mano tak dok lamo?"...... begitulah sapaan mesra kekawan..... hehehe.... dan tentunya selepas itu bermula perang psikologi...... "setaro mano budak mu?..... berapa meter dia buat?"

Hari ini acara long jump 15P dan 18P... seperti yang dijangka... bebudak aku hanya memperbaiki catatan 'personal best' mereka sahaja..... dan sebagai coach yang baru kembali dari 'pertapaan'...... itu sudah memadai. Kedua-duanya gagal mendapat pingat.... hanya mendapat tempat ke-4...... walaupun hanya tempat ke-4.... hari ini kekawan yang menjadi coach di Pusat Sukan Negeri sudah mula mencongak cabaran daripada bebudak aku. Tahun ini memanglah pemenang 1-3 semuanya bebudak yang berlatih di sana.... tetapi dengan kehadiran kembali aku.... mereka kena buat check mark siapa pencabar mereka selepas ini.

Tahun ini.... bebudak aku kalah.... tetapi selepas ini, mereka tidak akan duduk selesa lagi..... hehehe. Dulu di Pusat Sukan Negeri ada coach dari Rusia.... dan bebudak aku selama bertahun-tahun hanya mampu mendapat pingat perak... setiap tahun bebudak aku adalah pencabar yang ditunggu-tunggu.... dan sebagai coach kampung.... mampu mencabar atlit yang dianggap elit tentunya satu kepuasan... bertahun-tahun hanya mampu mendapat perak... akhirnya tahun 2005-2006 bebudak aku menjaya juga mendapat emas... dan itulah kemuncak kerjaya aku.
Add Image
Tahun ini... bebudak aku walaupun kalah, tetapi mereka kalah hanya kalah beberapa cm sahaja. 15P budak aku buat 4.33M, kalah 5cm dengan pemenang gangsa.... dan 18P budak aku buat 4.27M, hanya kalah 1cm sahaja dengan pemenang pingat gangsa.... sebab itu, selepas ini mereka perlu kembali mengawasi kehadiran bebudak 'kampung' dari Bachok..... hehehe. Petang ini.... acara long jump 15L dan 18L pula..... tentu mereka nak tahu setaro mano pula bebudak aku petang ni. Walaupun aku tidak mengharapkan apa-apa pingat.... tetapi semasa bertanding..... macam-macam boleh terjadi. Kemunculan aku kembali tahun ini hanyalah sebagai check mark...... "lepas ni kena perati bebudak Sepo"

Secara keseluruhannya.... hari pertama kejohanan.... team kami mendapat 1 emas, 3 perak dan 4 gangsa. Bagi team 'kerdil' seperti kami.... pencapaian itu sudah cukup baik berbanding team-team tersohor seperti Kota Bharu dan Pasir Mas.

Pagi ini..... tentunya bebudak team Bachok sedang bersorak meraikan pingat emas dan perak acara jalan kaki 18P. Team kami dijangka akan hanya mengekalkan tempat ke-5 daripada 11 pasukan yang bertanding tahun ini. Pungutan pingat mungkin hanya 5 emas sahaja..... tetapi bagi pasukan yang hanya menghantar 60 orang atlit.... pencapaian itu boleh dianggap baik...... dan yang pentingnya kedudukan kami tidak terperosok ke bawah.

Monday, April 13, 2009

Gosok gigi



Kat sekolah.... macam-macam ada!.... korang sebut la apa kementerian yang ada kat Malaysia ni...... semuanya ada kat sekolah. Sebab tu cikgu ni dah jadi macam-macam ada gak. Kejap jadi polis, kejap bomba, kejap doktor... sebut la apa pun.... semua ada kat sekolah.

Macam biasa..... kat sekolah mesti ada klinik gigi kann... kat sekolah aku pun ada gak.... semua bebudak tu misi korek & tampal gigi. Punya la ramai bebudak.... dah 2 bulan kat sini... belum habis-habis lagi. Aku nak tumpang cek gigi dengan misi tu pun tak sempat!

Minggu lepas... misi panggil guru-guru kelas tahun 1 - 3..... katanya diorang ada projek baru untuk bebudak sekolah kami. Semua bebudak tahun 1-3 akan mengikuti projek Pencegahan Awal Kares (betul ke aku eja?).... alaaa macam tahi gigi tu la kot.... hehehe. Projek ni akan berjalan selama 2 tahun dibawah seliaan seorang doktor. Macam biasala.. projek ni ditaja oleh company ubat gigi Colgate kann. Bebudak tu dapat 1 berus gigi dan 1 tiup besar ubat gigi Colgate Total...... waaa, besar gak bajet untuk seorang budak ni..... mujur la korang anak Malaysia, bukan anak Somalia... kalau anak Somalia sah ubat gigi tu diorang makan atau kacau buat air.

Aktiviti projek ni ialah..... bebudak tu akan gosok gigi tiap-tiap hari selepas makan waktu rehat.

"Kami minta kerjasama cikgu-cikgu untuk uruskan aktiviti gosok gigi ni"

Haaaa.... dah jadi doktor gigi pulak dah..... jadi selama 2 tahun ni, tambah lagi satu keja cikgu.... pastikan bebudak tu gosok gigi tiap-tiap hari lepas makan!

Korang bayangkan bebudak tahun 1 -3.... kalau kita bagi ubat gigi tu kat diorang.... selepas seminggu sah la ubat gigi tu dah lesap.... jadi, nak tak nak.... semua stok ubat gigi tu kena cikgu la simpan..... habiskan 1 tiub, 1 tiub dulu.... jadi tiap-tiap hari bebudak tu pun beratur la depan bilik guru untuk ambil ubat gigi.... dah satu hal lagi cikgu kena uruskan... kena ajar rutin cam mana nak ambil ubat gigi dan gosok gigi.... tak kan kita nak tunggu hari-hari kat diorang gosok gigi kannn!

(errrrr.... Colgate Total saiz besar... harga RM8 lebih gak ni... kalau jual murah-murah... kayo pakcik ni.... hehehe)


Kelmarin..... buat pertama kali doktor yang jaga projek ni nak buat pemantauan... misi-misi tu pun minta kumpulkan bebudak untuk buat aktiviti aksi gosok gigi bila doktor sampai nanti.... kiranya macam cikgu gak la, bila Nazir nak buat pemantauan.... cam gitu la dengan misi-misi tu.... semua kalut..... hehehe!

"Ni kenapa masih ada lubang belum tampal ni?".... tanya doktor.

"Errr... hari ni baru nak tampal"...... (barangkali cam tu la kot misi tu jawab... hehehe)

Lebih kurang macam Nazir tanya cikgu la..... "kenapa tak tulis lesson plan?.... memang sah macam-macam jawapan cikgu.... hahaha!

Psstt..... pagi tadi aku bagi 'sebiji' kat cikgu siswazah yang baru 2 tahun mengajar (Cikgu/ustad yang menikmati impak daripada konsep 'Islam Hadhari'.... kalau bukan idea mantan PM ni, agak-agaknya bebudak yang balik dari Mesir, Jordan dan lain-lain tu sah dok melopong kat rumah tak de kerja!) "Ko ni... keja pun tak kompom lagi.... baru keja 2 tahun dah malas nak tulis lesson plan.... ko lama lagi nak keja ni! Dan aku tambah 'sebiji' lagi.... "aku yang dah tinggal berapa tahun je lagi keja ni pun tak penah mis buat lesson plan" (Khabarnya tadi GB masuk kelas dia buat pemantauan dan dia tak tulis lesson plan)

Tuesday, April 7, 2009


Apakah rancangan realiti tv yang paling diminati di Malaysia?..... walaupun nama rancangan itu... matlamatnya tetap sama iaitu nak menjadi penyanyi dan bergelar artis yang hidup penuh glamour. Tidak mustahil sekarang ini... kalau ditanya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.... "Apakah rancangan mereka selepas SPM?"..... ada yang akan menjawab... "nak masuk Akademi Fantasia"..... hampeh!

Aku memang tak minat semua rancangan tu... tak pernah mengikutinya... jauh sekali nak hantar undian sms... kalau kebetulan tengah main kat tv, aku tengok.... kalau dak... tak pe. Kat Malaysia ni... nampaknya tak ada satu pun rancangan realiti tv yang lain daripada 'terkinja-kinja' atas pentas... oppsss, sorry ada satu... Akademi Al-Quran. Kalau bebudak sekolah berebut-rebut nak masuk rancangan Akademi Al-Quran... kira ok la





Ingat dengan rancangan ini.... kenapa kat Malaysia tak ada rancangan realiti tv yang sehebat ini.... yang menguji kebijaksanaan.




Sekarang ini.... rancangan realiti tv yang paling aku minati ialah........

Pada ketika seperti sudah tiada harapan lagi....... peserta-peserta rancangan ini berpeluang membina 'hidup baru'. Peraturannya mudah sahaja... sekiranya anda gagal menurunkan berat badan.... anda akan terkeluar. Bukan macam rancangan realiti tv yang keputusan bergantung kepada undian sms. Dalam rancangan The biggest Loser..... keputusan ditentukan oleh hasil yang cukup jelas dan tidak boleh dipertikaikan..... juara adalah mereka yang berjaya menurunkan berat badan.... keputusan adalah apakah angka yang terpapar di alat penimbang!



Setiap hari setiap peserta akan menjalani latihan dan dipenghujung minggu mereka akan ditimbang.... sesiapa yang paling kurang menurunkan berat badan pada sesi timbangan... dia akan tersingkir.

Sekarang ini... sedang disiarkan episod 3 di saluran 702 Hallmark.... seramai 14 orang terpilih bagi setiap episod, dan mereka 'berjuang' dibawah bimbingan jurulatih sehingga tinggal 3 orang bagi menentukan juaraanda boleh mengikuti perkembangan setiap peserta di http://www.nbc.com/The_Biggest_Loser/. Sekarang sudah masuk episod ke-7

.............................................................................................

Setelah hampir tiga tahun aku 'gantung kasut'.... memang amat terasa mencanak-canak berat badan aku bertambah.... kali terakhir timbang berat aku sudah mencecah 95 kg.... pehhh... tak leh jadi ni... kena buat sesuatu ni.

Aku bukan berniat nak kurangkan berat badan sampai 73 kg... kang tak sedap pulak Mem Besar nak dakap.... kalau dapat kembali ke berat biasa sekitar 80 kg pun dah cukup baik.... kalau kurus lagi... tinggal tulang je la pulak.

Monday, April 6, 2009

Semakin sebal


Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi latihan sebelum Kejohanan Olahraga MSS Kelantan pada 14 Febuari nanti. Sesi latihan hanya tinggal lebih kurang lima hari sahaja lagi.... sehingga hari ini, kami masih belum mendapat surat perlantikan rasmi sebagai jurulatih atau apa-apa surat tentang Kontingen Olahraga MSSD Bachok. Mereka yang duk di Unit Sukan kat opis tu barangkali lupa... bahawa pasukan ini akan mewakili daerah.... bukan mewakili sekolah. Mereka mungkin lupa bahawa sekarang.... pasukan ini adalah tanggungjawab mereka!

Sekarang ni.... aku hanya meneruskan latihan bagi 3 orang atlit Long/Triple Jump aku yang akan mewakili team daerah nanti. Sebagai atlit yang akan mewakili daerah.... sepatutnya bebudak ni sudah dikumpulkan untuk menjalani latihan secara berpusat. Malangnya.... akibat kealpaan... mereka yang bergelar pegawai unit sukan di pejabat... latihan pusat gagal diadakan, dan akhirnya.... latihan diteruskan oleh jurulatih masing-masing, ikut pandai-pandai masing-masing. Bagi bebudak yang tidak ada jurulatih.... memang sah tidoo je la!


Minggu terakhir latihan begini.... bagi jurulatih, sudah tiba masanya untuk mengintai-intai prestasi atlit team lain.... lepas tu membandingkan dengan prestasi atlit sendiri.... duk ukur, duk sukat, dan membuat 'kira-kira'... apakah hasilnya nanti.

Balik latihan petang tadi... aku membelek catatan-catatan lama.... tahun 2006 merupakan tahun yang paling menggembirakan aku kerana tahun anak didikku membuat catatan emas bagi ketegori 18P dan 18L.... malahan tercatat sebagai rekod baru kejohanan, dan masih belum dipecahkan lagi. Tahun itu juga adalah tahun tragedi pilu apabila kecundang dalam 'permainan politik sukan' yang kekadang amat memualkan. Tahun 2007 dan 2008... aku langsung tidak melibatkan diri..... hanya tahun ini sahaja baru aku kembali ke arena. Dan tentunya aku tidak mengharapkan apa-apa sinar pingat akan diperolehi tahun ini. Aku cuma ingin menyusuri kembali arena ini, dan membuat kemunculan kembali di pinggir sand pit mengiringi atlit-atlit semasa bertanding. Kehadiran jurulatih di pinggir arena penting sebagai sokongan moral kepada atlit yang bertanding dan juga sebagai serangan psikologi kepada atlit lawan. Sebab itu... sebelum hari pertandingan, kita mesti mengetahui prestasi atlit lawan.... kalau agak-agak atlit kita tak masuk dalam rangking 5 terbaik.... baik la duk jauh-jauh..... hehehe.




Apalah ertinya seorang lelaki jika kerana mu seorang wanita menitiskan air mata











SMS itu....
.... balik penat-penat, terbaca komen sebal, menitik jugalah air mata....

Sunday, April 5, 2009

Parti taimmmm


Malam ini... seperti yang dijanjikan.... aku dan Mem Besar menuju Pengkalan Chepa, memenuhi undangan majlis birthday puteri-puteri Datin Ayu... tuan rumah datindiaries2.blogspot.com. Sampai di Cabang Tiga...aku duk intai-intai bunga manggar, tapi tak nampak.... pusing buat U turn...... mujur terjumpa konvoi perdana... haaa.... memang sah ni mesti konvoi nak pegi rumah dia... ni mesti geng PROPERD...... aku pun follow je la. Tu diaaa... jalan masuk ke rumah dia sudah berlaku kesesakkan akibat serangan pemilik perdana.

Kami sampai pukul 9:20 lebih kurang.... bebudak dah penuh kat laman rumah.... semua dah pakai topi dan sekotak KFC. Aku dan Mem Besar menyelit-nyelit dicelah-celah kesesakan tetamu kecil yang memenuhi ruang laman, nak cari tuan rumah.

"Heiiii.... time kasih laaa datangggg, haaaa.... ni la tuannyeee... dalam blog sedak benar mengato orghe.... hehehe"

Selepas acara salam-salam.... hanya sempat snap gambar untuk buat bukti.... hehehe. Melihat tetamu yang hadir... memang sah la tuan rumah tak sempat nak layan.... tapi dalam duk kalut ribut tu, masih sempat Datin berikan topi parti untuk anak dara aku.... time kasih leee.... tapi aku pun rasa nak pakai gak topi tu..... hehehe.

Ok... ni gambar Mem Besar dengan Datin Ayu.... errrr.... aku tak sempat la nak ambik gambar dengan dia pulak.... pasal masa tu dah ramai yang duk berbaris nak teruskan acara salam-salam dan muahh-muahh.... dengan tetamu pompuan la..... hehehe!

Datin dan HB dia.... duk kelam-kabut melayan tetamu yang semakin ramai. Kami lepak kat luar rumah sementara menunggu acara bermula...... kat area rumah tu dah jadi macam tapak 'Jom Heboh'.... meriah sungguh!

Moskot ayam pun ada... menyambut bebudak malam ni.... hehehe



Mari.... mari..... siapa nak belon.... mari... mari.

Malam ni staf KFC semua duk berkumpul kat sini kot.



Tetamu khas malam ni, anak-anak yatim dari Rumah Asuhan Taman Sabariah.


"Kepada semua yang hadir dipersilakan menikmati hidangan yang telah disediakan di bawah khemah"









Kalau dah namanya blogger tu... memang tak leh tinggal kamera la kan..... hehehe

Kita tunggu je la entry tuan rumah untuk mendapatkan laporan lanjut, majlis.... jom... jom... jom... jom heboh... heboh!

Errr.... kawe tak sempat nak ambil gambar belah mano sangat... pasal sibuk duk meratah makanan atas meja.... hehehe!




pstttt.... malam ni memang tak sempat la nak hulur 'barang ajaib'..... hehehe. Kita kiro semula la dehhh!

Friday, April 3, 2009

Semua cikgu akan usung buku kulit biru ke sana ke mari.... kerana itulah salah satu bukti dia seorang guru...... bukti lain banyak lagi, contohnya pen merah.... tetapi E90 tidak termasuk dalam senarai tu.... hehehe.

Setiap hari... (setiap minggu... setiap bulan) cikgu-cikgu akan menulis lesson plan mereka.... yang penting tulis dan ditanda tangani guru besar atau pengetua... apa yang ditulis tak penting..... tapi tak la pulak sampai nak tulis senarai hutang atau senarai barang dapur yang kena beli. Cikgu-cikgu sentiasa diingatkan bahawa buku biru itu adalah SKT masing-masing.... tambahan pula kalau tak tulis, boleh diambil tindakan tatatertib (walaupun ramai yang tak tulis)

Sebagai cikgu aku akur dengan dengan keperluan menulis lesson plan sebagai dokumentasi kerja buat kita hari-hari. Namun aku ada dua medan yang berbeza.... jadi aku kena menyediakan lesson plan untuk kedua-dua medan itu.... aku ada lesson plan yang digunakan di dalam bilik darjah dan lesson plan yang satu lagi digunakan di luar bilik darjah.

Lesson plan untuk dalam bilik darjah semua cikgu tau.... tapi rasanya lesson plan luar bilik darjah bukan semua orang yang perlu buat..... ok jom tengok lesson plan luar bilik darjah aku.... kalau ada nazir yang nak buat pemantauan.... silakan!

*********************************************************************************************

TRAINING PLAN
EVENT: LONG JUMP & TRIPLE JUMP
PERIOD: COMPETITION

OBJECTIVES: IMPROVEMENT THE TECHNIQUE OF RUN UP, EXPLOSIVE POWER
L1 - Warming up - Running drills 6exe X 50m - Build up 20m40%s + 20m 60%s + 20m 90% X 3 - Standing start 30m X 5
- Check full run up X 5-7 - Standing position, double leg into the plyo box of 40cm high X 10 - Warming down

OBJECTIVES: IMPROVEMENT TECHNIQUE OF LJ & TJ
L2 - Warming up - Running & jumping execises 6exe X 50m - Build up 50m X 3 - LJ/TJ from 5,7,9,11 strides X 5-8
- Landing exercises X 4-6 - LJ from 5-7 strides with free leg X 5 - Hopping into sand pit from 5-7 strides - Running 70% X 80m X 3

OBJECTIVES: IMPROVEMENT STRENGTH, RHYTHM OF TAKE OFF
L3 - Warming up - Running & jumping drills 6exe X 50m - Build up IN & OUT 50-60m X 3 - Walking hurdles 6h X 5
- Jumping over hurdles 6h X 5 - Running & jumping over hurdles 4h X 40m X 5 - Strength exercises - Warming down

OBJECTIVES: IMPROVEMENT SPEED & RHYTHM OF RUN UP & TAKE OFF
L4 - Warming up - Running drills 6exe X 50m - Build up IN & Out 60m X 3 - Standing start sprinting 40m X 3 - Running full run up X 7
- Hopping take off leg X 7 - hopping free leg X 5 - Strength exercises for back, stomach, ankle & upper body - Warming down

OBJECTIVES: IMPROVEMENT THE TECHNIQUE OF TAKE OFF & LANDING
L5 - Warming up - Running & Jumping drills 6exe X 50m - Build up IN & OUT 70m X 2 - Standing LJ/TJ, Double leg jump X 3 for each
- LJ from 5-7s X 4 - LJ from 9-15s X 4 - Hop to sand pit from 7-9s X 5-7 bounds - Hop + step from 5-7s x 5 - Step + jump from 5-7s X 5
- Landing exercises into the high jump pit - Skip jump with take off & free leg X 5 X 2sets - Half Squat / jumping squat 8 X 3sets

***************************************************************************************

Sebab apa aku kata.... kalau ada nazir nak buat pemantauan, silakan!..... kerana aku pernah kata kepada seorang nazir selepas selesai sesi pemantauan....

"Cikgu buat pemantauan dalam kelas je.... kerja saya kat luar kelas tak de siapa yang nak buat pemantauan..... cikgu, nazir yang tengok kerja cikgu dalam kelas je, tapi tak ada nazir yang nak tengok kerja cikgu kat luar kelas.... sedangkan cikgu ni, kerja dia bukan di dalam kelas semata-mata"

Dan nazir tu hanya kata..... "Saya hanya menjalankan tugas saya je cikguuuu"

(Dialog ini telah diedit sedikit, kerana dialog asalnya tidak menggunakan kata ganti nama 'cikgu' dan 'saya')

Peringatan: Jangan ada sesiapa yang menciplak dialog di atas.... kalau nak guna juga, aku tidak akan bertanggungjawab, kerana...... kalau tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah!