Wednesday, April 22, 2009
Hari ni... tak lama lepas aku sampai di rumah.... Sofia pun balik dari sekolah. Sepatutnya dia ada kelas Fardhu Ain sampai pukul 3:30, tetapi dia balik kerana demam. Cuaca yang panas melampau sekarang ni, memang cepat mendatangkan masalah kepada bebudak hari ini. Silap sikit je, badan panas dan demam.
Sekarang ni...... bagi yang bekerja di luar, memang tahu macam mana cuaca yang begitu 'melampau' panasnya. Inilah antara kesan 'pemanasan global' tu. Bagi yang bekerja dalam opis.... masuk pagi, keluar petang.... mungkin tak berapa sedar sangat dengan situasi ni.
Cuaca yang panas melampau sekarang ni menyebabkan peningkatan kes 'demam' terutama bagi kanak-kanak. Maka, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil.... sentiasalah bersedia untuk menghadapi situasi tiba-tiba anak demam, tiba-tiba badan anak panas. Apabila anak demam dan suhu badan mereka meningkat.... anda harus berusaha menurunkan tahap suhu badan supaya kembali normal..... jika tidak, sesuatu yang lebih merbahaya akan menimpa anak anda.
Sebagai persediaan untuk menghadapi situasi 'tiba-tiba' yang tidak dijangka itu.... pastikan di rumah sentiasa mempunyai bekalan benda ni..... 'Kool Fever'. Aku bukan duta produk ni..... tetapi sebagai bapa yang cukup berpengalaman dengan situasi 'tiba-tiba' itu.... aku sentiasa pastikan benda ni ada di rumah, sekurang-kurangnya sepeket.
Bila situasi 'tiba-tiba' tu menimpa anak-anak.... terus je tepek benda ni kat dahi mereka.... insyaAllah suhu badan mereka akan turun dengan perlahan-lahan dan teratur. Yang paling penting sekali.... benda ni tak leceh, berbanding dengan guna kaedah tok nenek dulu. Jadi tak la kita terpaksa sentiasa letak tuala basah kat kepala anak. Lepas tepek benda ni... kita hanya perlu temankan anak baring di sebelahnya sahaja.
Sepeket harganya RM5.50 lebih kurang, yang mengandungi 2 keping. Setiap keping mampu bertahan untuk tempoh 8 jam.... maknanya banyak masa kita dah jimat untuk sentiasa membasahkan tuala (kaedah lama).... bayangkan kalau malam.... kita tak perlu berjaga untuk menyejukkan kepala anak..... jadi ada la masa untuk kita tidur sama. Anak kita pun akan dapat tidur dengan selesa tanpa terganggu dengan air yang meleleh kat atas kepalanya.
Ok.... esok pergi kat farmasi dan beli sepeket untuk persediaan..... errrr... sekarang ni dah ada Kool Fever untuk orang dewasa, jadi kalau perlu belilah juga kedua-duanya. Lepas ni boleh jimat penggunaan asam jawa..... hehehe
Labels: Aku Versi Keluarga
*****
hahaha! bapak dia yg nak tido tu sebenarnyerrrr....
tapi benda ni sedap tau... tak tunggu demam pun boleh tepek atas dahi...
cuma nak habaq...kalau badan panas kena sejuk kan kaki..pelan pelan naik keatas samapai kepala..
errr.. ko try la tepek kat tempat lain... kalau nak tau cam mana rasanya... huhu
Maksu-
tak de koolfever.... kena ramas asam jawa la
Coden-
time kasih kerana bagi tip nak sejukkan badan..... errrr kalau kepala je yg paans nak sejuk kat mana?
Kat rumah simpan panadol je!
Musim panas ni, kena banyak minum air - dan keletihan teramat sangat.
buat le apa yg patut... tapi bab bebudak panas badan ni kena awas sikit, jgn sampai panasnya melampau
lama tak dengar citer
soca-
oooo gitu....
...hiba hati bonda, saat anak yang selama ini keletah...tiba-tiba terbaring lesu tidak bermaya...doakan untuyk anakanda ku juga....
nak tanya kat kaunter pertanyaan... "kat mana kaunter pertanyaan?"
Lamlaa-
anak ko pun demam gak eii... pegi tepek koolfever... ko yg dah lama demam tu pun boleh tepek gak
izman-
anak dah besar boleh jaga diri sendiri