Tuesday, April 7, 2009


Apakah rancangan realiti tv yang paling diminati di Malaysia?..... walaupun nama rancangan itu... matlamatnya tetap sama iaitu nak menjadi penyanyi dan bergelar artis yang hidup penuh glamour. Tidak mustahil sekarang ini... kalau ditanya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.... "Apakah rancangan mereka selepas SPM?"..... ada yang akan menjawab... "nak masuk Akademi Fantasia"..... hampeh!

Aku memang tak minat semua rancangan tu... tak pernah mengikutinya... jauh sekali nak hantar undian sms... kalau kebetulan tengah main kat tv, aku tengok.... kalau dak... tak pe. Kat Malaysia ni... nampaknya tak ada satu pun rancangan realiti tv yang lain daripada 'terkinja-kinja' atas pentas... oppsss, sorry ada satu... Akademi Al-Quran. Kalau bebudak sekolah berebut-rebut nak masuk rancangan Akademi Al-Quran... kira ok la





Ingat dengan rancangan ini.... kenapa kat Malaysia tak ada rancangan realiti tv yang sehebat ini.... yang menguji kebijaksanaan.




Sekarang ini.... rancangan realiti tv yang paling aku minati ialah........

Pada ketika seperti sudah tiada harapan lagi....... peserta-peserta rancangan ini berpeluang membina 'hidup baru'. Peraturannya mudah sahaja... sekiranya anda gagal menurunkan berat badan.... anda akan terkeluar. Bukan macam rancangan realiti tv yang keputusan bergantung kepada undian sms. Dalam rancangan The biggest Loser..... keputusan ditentukan oleh hasil yang cukup jelas dan tidak boleh dipertikaikan..... juara adalah mereka yang berjaya menurunkan berat badan.... keputusan adalah apakah angka yang terpapar di alat penimbang!



Setiap hari setiap peserta akan menjalani latihan dan dipenghujung minggu mereka akan ditimbang.... sesiapa yang paling kurang menurunkan berat badan pada sesi timbangan... dia akan tersingkir.

Sekarang ini... sedang disiarkan episod 3 di saluran 702 Hallmark.... seramai 14 orang terpilih bagi setiap episod, dan mereka 'berjuang' dibawah bimbingan jurulatih sehingga tinggal 3 orang bagi menentukan juaraanda boleh mengikuti perkembangan setiap peserta di http://www.nbc.com/The_Biggest_Loser/. Sekarang sudah masuk episod ke-7

.............................................................................................

Setelah hampir tiga tahun aku 'gantung kasut'.... memang amat terasa mencanak-canak berat badan aku bertambah.... kali terakhir timbang berat aku sudah mencecah 95 kg.... pehhh... tak leh jadi ni... kena buat sesuatu ni.

Aku bukan berniat nak kurangkan berat badan sampai 73 kg... kang tak sedap pulak Mem Besar nak dakap.... kalau dapat kembali ke berat biasa sekitar 80 kg pun dah cukup baik.... kalau kurus lagi... tinggal tulang je la pulak.

25 Comments:

  1. sakurasa 2 said...
    sakura suka rancangan TOM TOM BAK!!!
    ONE ZABA said...
    hari-hari tengok tom & jerry
    su said...
    tengok kunset af! hehehe..
    Unknown said...
    sakurasa, 1Z, Su-

    cehh... korang potong stim betul laaa
    ckLah @xiiinam said...
    ko memang nampak macho bro....







    errr...buleh dak komen macam tu?
    Balik dululah ye...takut terpikat lelame kat sini..
    Muehehe...


    Ampun Mem Besar.....usik je...
    sakurasa 2 said...
    Shifu67

    ooo kalau kurangkan berat badan ek
    tak mau jadi abang Roy ya
    he he he
    Unknown said...
    CkLah-
    Mem Besar pun cakap macam tu juga...

    saya tau mesti ada yg terpikat... tapi yg main getah gelang & guli saya tak minat

    (errr... boleh tak jawab macam tu cikgu... tengok kata ganti nama yg digunakan, penuh sopan santun kann)

    Sakurasa-
    nak jadi... 'yang sedang-sedang saja'....
    ckLah @xiiinam said...
    Saya tak boleh tengok mata saudara yang berbaju merah itulah.
    Saudara;
    Saya malu....


    ....lalu tersipu-sipu pergi...
    mengatur langkah berhati hati..

    "OPOCOT MAK EKAU!!
    Eh....tersandung bendul pintu pulak...ngeh...ngeh...ngeh...."


    Terlatah malu,lalu meneruskan perjalanan....
    ckLah @xiiinam said...
    WOI...TAK ACI!!!!
    INI GAMBAR RAYA '02....BERAPA TAHUN DAH BRO...NGELAT!!



    Ehhh...silap...terlepas laku pulak.
    Errr...saudara, bila saya klik gambar tu, gambar tu memberitahu saya....itu gambar raya tahun 02.Lameee dah saudara....patutlah sajak saja rupa saudara...
    Unknown said...
    ko ko buat latah cam gitu masa org dtg risik ko dulu... memang sah la potong stim
    Unknown said...
    hahaha... kan aku dah kata... aku nak dptkan balik saiz cam gitu pun dah cukup bukan berat yg kalkilator bmi tunjuk tu... buang dlm 10 kg dari berat sekarang...

    Mem Besar kata.. saiz 'yg sedang-sedang' sedap nak peluk...
    Unknown said...
    ni gambar raya tahun lepas la... http://tersurat-tersirat.blogspot.com/2008/10/cerita-raya-1-balik-kampung.html
    ckLah @xiiinam said...
    Bab ayat akhir tu, aku tak sanggup campur.....


    Larikkkkkkk......!!!




    Hi..hi...hi...
    izman said...
    kalau ada rancangan tu kat malaysia bagus gak ni, rasanya ramai yg terlebih gendut. saya kena masuk kot...

    realiti tivi mcm AF, OITM memang saya tak layan.
    Unknown said...
    ok.. siapa nak masuk program kempiskan perut... daftar di sini... hahaha
    Yunus Badawi said...
    isteri dan aank aku baru tertengok rancangan biggest loser tu baru2 ni. Aku buat2 tak tengok takut mereka nak aku jadi big loser jugak ngeh ngeh ngeh
    Unknown said...
    haaa... dah ada 2 org bakal peserta nampaknya.... hehehe
    Unknown said...
    "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
    Mak Su said...
    suka tgk ranc realiti yg tukang masak datang rumah org dan preparekan dinner... walla. dan suka tgk rancangan handyman dtg rumah org dan tolong repair brg2
    Unknown said...
    Anak Pendang-
    salam... time kasih krn sudi singgah ke laman saya... blogmu blogku jua

    Maksu-
    yg bab makan2... gitu je yg ko suka
    kuIna said...
    one zaba kita geng.. tgk jom & jerry... sesekali tgk program tu..

    errrrkkk makan hobi sy tp makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang..
    Unknown said...
    ehh.... saya pun minat tom & jerry... saya ada koleksi cd siri tu.. yg beli dan juga yg didownload
    azlanlin said...
    Saiz yang sedia ada tu dah kira "gagah perkasa" tu... uiiiii..
    jane said...
    salam shifu67,

    saya tonton AF jugak mcm su....tom n jerry jugak mcm shifu, citer tamil jugak....dgn daling...haha!! tapi, suara kasi zero, penin dengo!

    huhu, mancho sunggoh si baju merah ya. la 95, masa tu 70++....kena stop makan malam bro!!
    Unknown said...
    azlan-
    tu gambar raya tahun lepas.... lepas bulan puasa tu... hehehe. la ni dah tambah 15 kilo... tu yg nak kena buang tu.. tapi lum tau bila nak start

    jane-
    la ni memang dah kurangkan makan malam... cuma kurang eksesais je... nak start jogging semula tak tau bila... hehehe

Post a Comment