Monday, April 13, 2009
Kat sekolah.... macam-macam ada!.... korang sebut la apa kementerian yang ada kat Malaysia ni...... semuanya ada kat sekolah. Sebab tu cikgu ni dah jadi macam-macam ada gak. Kejap jadi polis, kejap bomba, kejap doktor... sebut la apa pun.... semua ada kat sekolah.
Macam biasa..... kat sekolah mesti ada klinik gigi kann... kat sekolah aku pun ada gak.... semua bebudak tu misi korek & tampal gigi. Punya la ramai bebudak.... dah 2 bulan kat sini... belum habis-habis lagi. Aku nak tumpang cek gigi dengan misi tu pun tak sempat!
Minggu lepas... misi panggil guru-guru kelas tahun 1 - 3..... katanya diorang ada projek baru untuk bebudak sekolah kami. Semua bebudak tahun 1-3 akan mengikuti projek Pencegahan Awal Kares (betul ke aku eja?).... alaaa macam tahi gigi tu la kot.... hehehe. Projek ni akan berjalan selama 2 tahun dibawah seliaan seorang doktor. Macam biasala.. projek ni ditaja oleh company ubat gigi Colgate kann. Bebudak tu dapat 1 berus gigi dan 1 tiup besar ubat gigi Colgate Total...... waaa, besar gak bajet untuk seorang budak ni..... mujur la korang anak Malaysia, bukan anak Somalia... kalau anak Somalia sah ubat gigi tu diorang makan atau kacau buat air.
Aktiviti projek ni ialah..... bebudak tu akan gosok gigi tiap-tiap hari selepas makan waktu rehat.
"Kami minta kerjasama cikgu-cikgu untuk uruskan aktiviti gosok gigi ni"
Haaaa.... dah jadi doktor gigi pulak dah..... jadi selama 2 tahun ni, tambah lagi satu keja cikgu.... pastikan bebudak tu gosok gigi tiap-tiap hari lepas makan!
Korang bayangkan bebudak tahun 1 -3.... kalau kita bagi ubat gigi tu kat diorang.... selepas seminggu sah la ubat gigi tu dah lesap.... jadi, nak tak nak.... semua stok ubat gigi tu kena cikgu la simpan..... habiskan 1 tiub, 1 tiub dulu.... jadi tiap-tiap hari bebudak tu pun beratur la depan bilik guru untuk ambil ubat gigi.... dah satu hal lagi cikgu kena uruskan... kena ajar rutin cam mana nak ambil ubat gigi dan gosok gigi.... tak kan kita nak tunggu hari-hari kat diorang gosok gigi kannn!
(errrrr.... Colgate Total saiz besar... harga RM8 lebih gak ni... kalau jual murah-murah... kayo pakcik ni.... hehehe)
Kelmarin..... buat pertama kali doktor yang jaga projek ni nak buat pemantauan... misi-misi tu pun minta kumpulkan bebudak untuk buat aktiviti aksi gosok gigi bila doktor sampai nanti.... kiranya macam cikgu gak la, bila Nazir nak buat pemantauan.... cam gitu la dengan misi-misi tu.... semua kalut..... hehehe!
"Ni kenapa masih ada lubang belum tampal ni?".... tanya doktor.
"Errr... hari ni baru nak tampal"...... (barangkali cam tu la kot misi tu jawab... hehehe)
Lebih kurang macam Nazir tanya cikgu la..... "kenapa tak tulis lesson plan?.... memang sah macam-macam jawapan cikgu.... hahaha!
Psstt..... pagi tadi aku bagi 'sebiji' kat cikgu siswazah yang baru 2 tahun mengajar (Cikgu/ustad yang menikmati impak daripada konsep 'Islam Hadhari'.... kalau bukan idea mantan PM ni, agak-agaknya bebudak yang balik dari Mesir, Jordan dan lain-lain tu sah dok melopong kat rumah tak de kerja!) "Ko ni... keja pun tak kompom lagi.... baru keja 2 tahun dah malas nak tulis lesson plan.... ko lama lagi nak keja ni! Dan aku tambah 'sebiji' lagi.... "aku yang dah tinggal berapa tahun je lagi keja ni pun tak penah mis buat lesson plan" (Khabarnya tadi GB masuk kelas dia buat pemantauan dan dia tak tulis lesson plan)
Labels: Aku Versi Kerja, Aku Versi Lelaki
rehat manjang la jawabnya aku ni.
aku nak nyanyi ni...
dengar le..
dengar le..
(dengan suara manja, sambil mengedip-ngedipkan mata laju laju)
.
.
.
.
.
.
.
.
"bangun paaagi..
gosok giiigi..
pergi mannndi..
pakai baaaju..
minum kooopi..
makan roooti..
suke haaaaaaaaaati!"
c/o la la la la la
**ulang chorus.
Hik..hik..hik...
Aku tau ko tak tergoda ngan suara manja aku...
ko mana suka yang manja-manja dan pakai kebaya kan...
He..he..
Sebab aku tau, ko memang sukee pompuan yang pakai baju melayu, bersamping, bertanjak dan pegang lembing... ala-ala mak yoooooong gituk .....hik...hik...hik...
sssssssudalaaa....chit!!!
sama le....sejak azali lagi kami buat ni. kat pendidikan khas aje, lah. di aliran perdana x ada pun setakat ini.
tapi, ubat gigi pakai duit PCG murid2....so, kena jimat2!!
yg x tahan, kalo ada yg ayo lio meleleh!!! hahaha...time2 lepas rehat, ari jumaat, jgn la makan lambat2....sure x dak selera punya!
lesson plan tu pasai apa depa malas ngat nak buat ek ? kat sekolah ni pun melambak! sama gak yg balik jauh2 ni....
Kepada guru yang dah tak berapa cinta akan Buku Azimat itu, sila baca pekeliling. Berapa denda yang anda kena bayar...kalau tak tulis, tak ikut, atau hilang buku rekod!
Sekian. Pandangan cikgu kecil.
Sah la ko bakat peserta the biggers loser... hehehe
CKLah-
nyanyi la lagi.... nyanyi la lagi.... mudah2an hari ujan mlm ni... sonak la cakar rimau
Jane-
Ko tepaksa.... aku dipaksa... banyak bezanya tu
Lepas aku bagi 'sebiji' tu.... cadangnya nak sambung hujah dengan bersulamkan hadis dan ayat Al-Quran.... tapi memikirkan dia tahfiz dari Al-Azhar aku tak jadi la...
tapi yg tu pun dah cukup parah rasanya aku 'pukul'... kalau dia jenis faham la...
keja gomen pakai KWSP... tapi yg tu atas pilihan... aku pun tak pilih hehehe... aku nak terima sekali gus masa pencen esok2
kakpah
tu la pasal... ni la masalahnya bila cikgu2 tu hanya dicelup sebulan dua lepas tu terus dihantar ke sekolah atas nama bekerja sambil belajar...
YB-
sejak kecik sampai besar bila nak beli ubat gigi, kita sebut apa?....
tapi la ni kawe pun tak pakai dah colgate