Sunday, April 19, 2009
Sejak kereta Mem Besar aku test power dengan lembu hari tu.... hampir RM4000 dihabiskan untuk memulihkan semula keadaan kereta tu. Selepas sebulan keluar bengkel, dan semuanya dah kembali ok, walaupun tak sempat sembur cat baru.
Sejak sebulan ini juga Mem Besar semakin kerap bersungut dengan kondisi keretanya. Katanya, kereta tu dah tak sedap la... berat la... tak leh nak speed la... tak de hati nak basuh la.... macam-macam lagi lagilah.
Sebagai seorang suami yang penyayang.... aku memang memahami rengekkan Mem Besar setiap kali balik dari sekolah. Maklumlah dia memandu hampir 20KM sehala setiap hari untuk ke sekolah. Aircon kereta tu pula dah meragam... mestilah dia kepanasan bila waktu balik. Memandu di waktu puncak setiap hari memang memualkan sekiranya kereta 'tak sedap'.
Tambahan pula sekarang ni.... lepas satu, satu pula benda yang rosak. Hari ni... semasa dia balik dari sekolah, tetiba je radio berasap. Hantar bengkel... mekanik kata 'api' tak betul jalan.... dah terlebih power, tu yang wire hangus. Tukar (apa benda tah) habis RM200 hari ni.
Dan rengekkan Mem Besar semakin relevan untuk tukar kereta baru.
Oklah... kita beli je kereta baru. Sebagai warganegara yang sentiasa berbangga dengan produk negara sendiri.... kami sedang berkira-kira untuk mendapatkan kereta yang sesuai dengan keperluan Mem Besar. Pilihan antara Myvi dan Saga. Mem Besar lebih berminat dengan Proton Saga.... harganya pun sesuai dan masih dalam bajet kami.
Minggu ni kena la singgah kedai kereta nampaknya.... tanya cam mana sebenarnya pakej Proton X Change yang menawarkan RM5000 untuk kereta lama bila membeli kereta baru.
Errr..... masa Exzora keluar minggu lepas, aku dah tanya.... pakej RM5000 tu tak terpakai untuk beli Exzora... cehh, hampeh.... hehehe.
Labels: Aku Versi Keluarga
huhu...
salam shifu...
salam kenal...
Sian mem tu, dia nak merengek kat sapa lagi, kalu tak 'abang tersayang yang buchuk masham,"..
Hahahahahaha...
p/s: tajuk entry ini boleh menjadi double meaning..Jgn marahh
keta baru utang pun baru...
anyway, saya ada award utk shifu :)
hik..hik..hik..
nak korbankan pitih kat sapa lagi kan... klau bukan utk mem besar... salam kenal
Brahimnyior-
mem besar merengek sambil cakar2 rimau la pulak.... hehehe
YB-
wooo... kalu cam tu kena cepat ambil kesempatan ni
sakurasa-
errr... memang best masa nak beli ni... lepas ni tak tau la
bit'zsaidin-
tajuk entry ini boleh menjadi double meaning.... eh.. ko kan budak2 lagi, cam mana ko faham lain lak ni..... hahaha
soca-
ambik saga la dulu... exzora tu nak tunggu second round.... tengok dulu cam mana prestasinya... errr... ingatkan gambar strawbery tadi... hehehe
maksu-
errr... ada award... kawe menang kategori ape eiii
sonata-
ko try la merengek... hehehe
azlanlin-
errr...... tayar kereta lama tu aku baru tukar... nak jual ni kena bubuh tayar lama la... boleh pakai jadi tayar spare.... errr... aku tak faham la apa yg ko kata tu.. ngeh ngeh ngeh
Datang kejap je. Tak baik merayap lelama kat rumah orangkan.....Oke, kite balik dulu...
....sambil tunduk dan berlalu pergi mengatur langkah....tersipu malu..
helooo.... ni siapa tertingal getah gelang dengan guli ni?... heloo... dik.. hei.... ni siapa punya getah gelang dgn guli niiii?
(iksss... budak ni, apasal lari lak bila org tanya ni.... anak siapa laaa tu?)
beli la keta best sikit!...BMW ka?..beetle VW ka/..
ko nak celen main guli?.... minta mahap laa.... aku tak penah main benda2 cam gitu... aku geli
COden
BMW? Beetle VW?.... heloo... kita kena 'khaba' ke diri la bro... bukan level kita keje gomen ni nak pakai tu.... lain la kalau tok nenek ada tinggal harta pusaka juta2... hehehe