Wednesday, April 15, 2009

Olahraga MSS Kelantan

Kelmarin 14 April bermula Kejohanan Olahraga MSS Kelantan kali ke-44 di SMK Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu. Tahun ini merupakan kali kedua kejohanan terpaksa diadakan di atas padang sekolah akibat kerosakkan trek di Kompleks Sukan Panji. Di Kelantan hanya di situlah satu-satunya yang ada trek tartan!.... harap-harapnya dengan perlantikkan Menteri Belia & Sukan yang baru ni... bajet untuk baiki trek akan diluluskan!

Seperti biasa.... hari pertama kejohanan... acara akan dimulakan dengan event jalan kaki. Acara ni selalunya bermula awal pagi.... sekitar 7:30 pagi. Secara tradisinya... team kami merupakan pencabar kuat acara ini. Semasa team MSSD Pasir Puteh-Bachok dulu... memang tak ada pencabar dari team lain... dan selalunya kedudukan 1-4 memang milik kami. Selepas semua MSSD yang bergabung dipecahkan menjadi pasukan sendiri, kami masih meneruskan tradisi itu. Untuk hari pertama.... kami hanya mendapat pingat perak dan gangsa sahaja bagi acara 3000M jalan kaki 15P. Esok (hari ini).... bagi acara 5000M jalan kaki 18P.... secara logiknya tidak ada sesiapa yang mampu mencabar kami, kerana kami memiliki peserta yang bertaraf Asian... pemenang pingat emas di Kejohanan Olahraga Asian School tahun lepas dan tahun.... di atas kertas, emas dan perak adalah milik kami di awal pagi hari ini.

Tahun ini.... setelah aku 'bersara' lebih kurang 3 tahun..... tentunya aku tidak meletakkan apa-apa sasaran pingat untuk budak-budak yang aku latih bagi acara long jump dan triple jump. Kelmarin.... bila aku hadir semula ke arena.... kekawan coach acara ini semuanya 'teruja'...... hehehe.

"Wooo..... hidup lagi ko eiii..... mu gi mano tak dok lamo?"...... begitulah sapaan mesra kekawan..... hehehe.... dan tentunya selepas itu bermula perang psikologi...... "setaro mano budak mu?..... berapa meter dia buat?"

Hari ini acara long jump 15P dan 18P... seperti yang dijangka... bebudak aku hanya memperbaiki catatan 'personal best' mereka sahaja..... dan sebagai coach yang baru kembali dari 'pertapaan'...... itu sudah memadai. Kedua-duanya gagal mendapat pingat.... hanya mendapat tempat ke-4...... walaupun hanya tempat ke-4.... hari ini kekawan yang menjadi coach di Pusat Sukan Negeri sudah mula mencongak cabaran daripada bebudak aku. Tahun ini memanglah pemenang 1-3 semuanya bebudak yang berlatih di sana.... tetapi dengan kehadiran kembali aku.... mereka kena buat check mark siapa pencabar mereka selepas ini.

Tahun ini.... bebudak aku kalah.... tetapi selepas ini, mereka tidak akan duduk selesa lagi..... hehehe. Dulu di Pusat Sukan Negeri ada coach dari Rusia.... dan bebudak aku selama bertahun-tahun hanya mampu mendapat pingat perak... setiap tahun bebudak aku adalah pencabar yang ditunggu-tunggu.... dan sebagai coach kampung.... mampu mencabar atlit yang dianggap elit tentunya satu kepuasan... bertahun-tahun hanya mampu mendapat perak... akhirnya tahun 2005-2006 bebudak aku menjaya juga mendapat emas... dan itulah kemuncak kerjaya aku.
Add Image
Tahun ini... bebudak aku walaupun kalah, tetapi mereka kalah hanya kalah beberapa cm sahaja. 15P budak aku buat 4.33M, kalah 5cm dengan pemenang gangsa.... dan 18P budak aku buat 4.27M, hanya kalah 1cm sahaja dengan pemenang pingat gangsa.... sebab itu, selepas ini mereka perlu kembali mengawasi kehadiran bebudak 'kampung' dari Bachok..... hehehe. Petang ini.... acara long jump 15L dan 18L pula..... tentu mereka nak tahu setaro mano pula bebudak aku petang ni. Walaupun aku tidak mengharapkan apa-apa pingat.... tetapi semasa bertanding..... macam-macam boleh terjadi. Kemunculan aku kembali tahun ini hanyalah sebagai check mark...... "lepas ni kena perati bebudak Sepo"

Secara keseluruhannya.... hari pertama kejohanan.... team kami mendapat 1 emas, 3 perak dan 4 gangsa. Bagi team 'kerdil' seperti kami.... pencapaian itu sudah cukup baik berbanding team-team tersohor seperti Kota Bharu dan Pasir Mas.

Pagi ini..... tentunya bebudak team Bachok sedang bersorak meraikan pingat emas dan perak acara jalan kaki 18P. Team kami dijangka akan hanya mengekalkan tempat ke-5 daripada 11 pasukan yang bertanding tahun ini. Pungutan pingat mungkin hanya 5 emas sahaja..... tetapi bagi pasukan yang hanya menghantar 60 orang atlit.... pencapaian itu boleh dianggap baik...... dan yang pentingnya kedudukan kami tidak terperosok ke bawah.

9 Comments:

  1. Cikgooden said...
    dah start sukan dah?..cepatnya kelantan


    sekolah aku baghu nak buat sabtu nih..
    jane said...
    salam shifu,

    wah....patutlah sepi tanpa berita. bz upanya!!!
    Unknown said...
    COden-
    Sukan sekolah memang la boleh buat bila2 pun... yg ni kena buat ikut jadual... bulan ni peringkat negeri.... hujung bulan depan dah peringkat MSSM.... errr.. ko dah balik ke sekolah ke?

    Jane-
    ko rindukan aku eiii.... (komen aku la)
    ckLah @xiiinam said...
    Errrr...
    Ni kira ko penat le ni ya bro...
    Aku balik dulu la...
    Nak bagi ko berehat...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    nanti nak bina ayat aktif ayat pasif.....kerja rumah yang cikgu bagi tu. Jangan lupa, esok Jumaat mesti hantar latihan tu kat cikgu....
    mueheheh
    kuIna said...
    ok la tu... berbaloi gak... walupun tak cemerlang

    sy enjoy lari dlm guni... tp tak tersenarai kan... aya...
    Mak Su said...
    selamat berjaya buat shifu dan anak didik kesukanannya utk tahun depan, depan, depan....
    ckLah @xiiinam said...
    Tumpang lalu...
    Kite datang nak tolong bersihkan sawang...maklumlah tuan rumah sebok menggilap medal. he...he..he...


    Nak minyak urut tak abang coach?
    Kita ada tukang urut baeekkkk punya...kita bawak dari Siam...

    Sawadik kaaaaap abeeee...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Lariiiik..
    sonata anak kancil said...
    Dah habis gilap pingat? Aku dok keje gilap perangai bebudak je....tak habis2 hal budak2 ni. Kalau ko, habis sukan, habis le, selagi aku macam ni, selagi tu lah dok gilap - macam2 kain dah guna.Sabun apa tak diguna - tapi nak kata berkilat benor tu tak le, tapi ade le ...tak ade pulak tahap guna klorok!
    Unknown said...
    Cikgu Melah-
    Tak sonok la kerja rumah ayat aktif, ayat pasif... kalau wat keje rumah ayat bangun membuat, bangun kena buat baru la besttt

    kulna-
    lari dlm guni eii... baik buat acara lari pakai kain batik, lagi sonok

    mak su-
    time kasih.... tahun depan nak pencen semula la kot..... hehehe

    ehhh... ko lagi melah..... ko tak de geng nak main getah gelang eiii... tu yg merayap kat rumah org je ni

    sonata-
    ko gilap pakai kiwi sah bekilat laa...

Post a Comment