Sunday, April 5, 2009
Malam ini... seperti yang dijanjikan.... aku dan Mem Besar menuju Pengkalan Chepa, memenuhi undangan majlis birthday puteri-puteri Datin Ayu... tuan rumah datindiaries2.blogspot.com. Sampai di Cabang Tiga...aku duk intai-intai bunga manggar, tapi tak nampak.... pusing buat U turn...... mujur terjumpa konvoi perdana... haaa.... memang sah ni mesti konvoi nak pegi rumah dia... ni mesti geng PROPERD...... aku pun follow je la. Tu diaaa... jalan masuk ke rumah dia sudah berlaku kesesakkan akibat serangan pemilik perdana.
Kami sampai pukul 9:20 lebih kurang.... bebudak dah penuh kat laman rumah.... semua dah pakai topi dan sekotak KFC. Aku dan Mem Besar menyelit-nyelit dicelah-celah kesesakan tetamu kecil yang memenuhi ruang laman, nak cari tuan rumah.
"Heiiii.... time kasih laaa datangggg, haaaa.... ni la tuannyeee... dalam blog sedak benar mengato orghe.... hehehe"
Selepas acara salam-salam.... hanya sempat snap gambar untuk buat bukti.... hehehe. Melihat tetamu yang hadir... memang sah la tuan rumah tak sempat nak layan.... tapi dalam duk kalut ribut tu, masih sempat Datin berikan topi parti untuk anak dara aku.... time kasih leee.... tapi aku pun rasa nak pakai gak topi tu..... hehehe.
Ok... ni gambar Mem Besar dengan Datin Ayu.... errrr.... aku tak sempat la nak ambik gambar dengan dia pulak.... pasal masa tu dah ramai yang duk berbaris nak teruskan acara salam-salam dan muahh-muahh.... dengan tetamu pompuan la..... hehehe!
Datin dan HB dia.... duk kelam-kabut melayan tetamu yang semakin ramai. Kami lepak kat luar rumah sementara menunggu acara bermula...... kat area rumah tu dah jadi macam tapak 'Jom Heboh'.... meriah sungguh!
Moskot ayam pun ada... menyambut bebudak malam ni.... hehehe
Mari.... mari..... siapa nak belon.... mari... mari.
Malam ni staf KFC semua duk berkumpul kat sini kot.
Tetamu khas malam ni, anak-anak yatim dari Rumah Asuhan Taman Sabariah.
"Kepada semua yang hadir dipersilakan menikmati hidangan yang telah disediakan di bawah khemah"
Kalau dah namanya blogger tu... memang tak leh tinggal kamera la kan..... hehehe
Kita tunggu je la entry tuan rumah untuk mendapatkan laporan lanjut, majlis.... jom... jom... jom... jom heboh... heboh!
Errr.... kawe tak sempat nak ambil gambar belah mano sangat... pasal sibuk duk meratah makanan atas meja.... hehehe!
pstttt.... malam ni memang tak sempat la nak hulur 'barang ajaib'..... hehehe. Kita kiro semula la dehhh!
Labels: Aku Versi Lelaki
Bila pulak Shifu nak buat party utk anak dara ko? Kami nak serbu tapi tak naik Perdana lah. Kete Jepun boleh kan?
tak sempat nak kecek banyok malam tu...kirim salam kat mem ye...hehhehe
besau besaurannn nieeeeee
saraaam banar leh!!
amek gambar sikit je.. kang org pelik, ingatkan aku pemberita tamil nessan pulak
PB-
majlis org.. aku hanya memenuhi jemputan je
Maksu-
pegi la peluk moskot tu... aku nak makan ayam lagi baik... masa nak balik baru tau kat dlm moskot tu pompuan, kalau tau aku pun nak peluk.... hehehe
CkLah-
Saya tak faham apa maksud pertanyaan cikgu... dan kenapa nak rasa seram... sorry, tak faham (dgn penuh ikhlas)
muehehe...
Tersirat dan tersurat....