Monday, November 30, 2009
Pendek kata.... kalau aku dah ke dapur.... cung ceng... cung ceng... semuanya kecur laaa.
Errrr... day 1.... semuanya lancar.
Masalahnya.... aku sejuk tido dalam musim hujan ni... 20 Disember tu berapa hari lagi yerr? Huuwaaaa....
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Saturday, November 28, 2009
Dah hampir sebulan ‘dingin’ dan ‘hangat’ saling bersatu….
Mari kita raikan cinta…. ehhh… raikan musim hujan ni….. kerana hujan akan membangkitkan segala kemungkinan.
Duk berkelubung je dalam rumah…. baik kita mandi hujan…..
yeeee haaaaaaa!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Thursday, November 26, 2009
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Tuesday, November 24, 2009
Sudah sampai masanya bagi yang berkeluarga besar seperti aku untuk berkira-kira menukar kereta…. pilihan MPV yang ‘mampu milik’ (kuasa enjin dibawah 2000 cc) semakin rancak sekarang ni….. bermula dengan Avanza… kemudian Exzora dan kini Alza.
Aku pun sudah teruja untuk menukar Perodua Rusa yang sudah 8 tahun berjasa kepada keluarga kami. Selama itu… aku cukup berpuas hati dengan Rusa kami, kerana tak pernah mengecewakan selama kami berulaang-alik membelah banjaran Titiwangsa dari timur ke barat.
Sehingga kini pun…. kondisi Rusa aku masih tip top… kerana aku tak pernah servisnya kat pusat servis cokia tepi jalan. Rusa aku sentiasa diservis secara berjadual di pusat servis Perodua…. aku lebih rela membayar lebih sedikit… asalkan puas hati.
Kalau ikutkan sayang…. memang aku sayang nak jual…. tapi… bila Perodua dah keluarkan MPV yang baru ni…. aku dah mula tepuk dada (tepuk poket)….. tanya selera
Errrr…… ada sesiapa yang nak beli Perodua Rusa?
Labels: Aku Versi Keluarga
Monday, November 23, 2009
Tahun ini seorang lagi anak aku menghadapi peperiksaan yang maha penting di Malaysia ni. Peperiksaan SPM merupakan pintu gerbang yang akan menentukan jalan mana selepas ini akan mereka lalui.
Aku sebenarnya tidak pernah '’menekan’ anak-anak dalam soal berapa ‘A’ yang akan mereka dapat apabila exam. Walaupun sejujurnya… aku dan mem besar juga tentu seperti ibu bapa yang lain… inginkan anak-anak mendapat keputusan peperiksaan yang baik…. yang kebetulannya diukur dengan bilangan berapa ‘A’.
Aku tak pernah cakap apa-apa pun pasal itu…. cuma aku hendak mereka sedar… bahawa bilangan ‘A’ terutamanya dalam SPM itu adalah milik mereka… demi masa depan mereka. Maklumlah aku bukan ada harta yang bakal diwariskan untuk mereka.
Hujung minggu…. seperti biasa kami ke sekolahnya. Silmi ni sentimental sikit… walaupun sudah sekian lama tinggal di asrama…. dan setiap minggu kami datang ke sekolahnya (setiap petang Jumaat berkelah di padang sekolahnya)…. dia mesti buat muka poyo bila waktu kami balik.
Hari ini pun begitu juga…. dan tambah lagi dia kelihatan begitu tension. Mem Besar menggunakan segala kelembutannya untuk mententeramkan situasi. Aku macam biasa….. tak cakap lebih-lebih…. nanti aku pula yang kuar air mata.
Kepada Silmi…… kami selalu menekankan agar dia menghadapi SPM dengan tenang…. selalu baca Yassin…. jaga kesihatan…… buat sehabis baik…. lepas tu berdoa agar semuanya berkat. Cuma sejak awal lagi mungkin dia terasa tertekan untuk mencabar keputusan SPM kakaknya sebelum ini. Dia sering menyebut…… macam mana dia nak ‘lawan’ keputusan SPM kakaknya sedangkan sehingga peperiksaan percubaan yang lalu, dia masih belum mencapai 9A.
Semakin hampir SPM hari tu… dia semakin banyak menyebut pasal tak nak study kat UK macam kakaknya….. nak study kat Jepun la…. nak study kat sana laa… kat sini laaa. Dalam banyak hal…. dia seperti begitu tertekan dengan ‘banchmark’ 9A yang telah diletakkan oleh kakaknya.
Aku buat-buat tak dengar je bila dia sebut pasal tu….. kami cuma hendak dia faham, bahawa SPM akan menentukan langkahnya selepas ini. Dan kami selalu menekankan bahawa…. walau apa pun keputusannya nanti…. kena redha.
Gambar di bawah dari kameranya…..
Sewaktu jamuan akhir tahun.
Labels: Aku Versi Keluarga
Saturday, November 21, 2009
Friday, November 20, 2009
Labels: Aku Versi Lelaki
Tiga hari di Cameron Highlands…. hujan sepanjang jalan…. dan disambut oleh kabus yang menyelubungi puncak.
Sejuknya menggigit tulang…. dalam keadaan aku yang masih mempunyai lebihan kolestrol ni pun, terasa kesejukkan yang amat…… tak taulah kalau yang jenis tulang je tu kan!
Hari ini semua hotel utama di Brinchang dah penuh…. dari JPN Kelantan saja sudah ada 3 kumpulan. JPN Selangor pun ada…. KEMAS pun ada….. KESEDAR Inn yang ada hotel sendiri kat Gua Musang pun buat kursus kat sini.
Menunggu malam….. aku ambil kesempatan jalan-jalan di pekan Brinchang. Tiba-tiba sebuah kereta Honda berhenti dan membuka pintu……
“Masuk laaa…..”, tegurnya
”Weiiii…….”, antara sedar dengan tidak aku terus masuk ke dalam kereta.
Tak sangka, terjumpa dengan ‘penunggu gunung’ kat tepi jalan menuju Rosa Pasadena tu. Aku memang dah bagi tau akan ke CH…. dan berkira-kira untuk membuat kunjungan ‘penanda aras’ ke opis OneZ.
Petang itu….. 3 kotak teh berperisa strewbery, greape dan oren dan sekotak buah-buahan kering CH memang dah jadi rezeki aku laa. Dan kami pun memadu kasih serta melepaskan rindu yang selama ini terpahat dijiwa……. hehehe!
Malamnya bermula kursus secara ekspres…… disambung pula esoknya secara kompak dan diringkaskan sehingga tengahari. Sebelah petangnya….. masa diisi dengan membuat ‘lawatan sambil belajar’ di sekitar CH.
Oleh kerana CH bukan tempat asing bagi aku…… aku hanya berada di bilik sahaja…… tak larat nak ke mana-mana…. tambahan pula aku tengah ‘puasa jiwa’…….. aku layan tido je laaa.
Kesejukkan CH telah membekukan segala-galanya….. errrr….. MyGfL……… nanti balik baca je la manualnya……. hehehe.
Labels: Aku Versi Kerja
Saturday, November 14, 2009
Esok aku akan outstation tiga hari……
Minggu ni bz sangat…. tak sempat nak uruskan masalah kecepak-kecebur Mem Besar akibat mesin basuh rosak.
Tak sempat nak panggil mekanik untuk baiki. Mesin tu sah hanya rosak panel elektroniknya… sekeping panel tu hangusla dalam RM300.
Errrrr…. RM300 dalam saat-saat cemas sekarang ni…. kena pikir banyak kali gak tu. Tambahan pula aku nak naik gunung minggu ni… kena stanby la juga bajet untuk strawbery dan madu lebah nanti. Bajet untuk segala macam jenis teh pun kena cadang gak tu…. tak kan nak harap teh strawbery yang OneZ bakal hadiahkan tu je kannn…. hehehe!
Masalahnya…. tak kan nak terus menyiksa Mem Besar….. sedih aku tengok dia basah kuyup membasuh…. kang rosak pulak kulit jari-jemarinya. Sayang punya pasal… untuk selesaikan segera masalah tu, aku pun pergi kedai…… hulur duit plastik tu…… zup zap selesai masalah.
Untuk Mem Besar tersayang…… taraaaaa!… mesin basuh yang baru…… walaupun kecil dari yang ada tu, tapi sekurang-kurangnya masalah dah selesai. Mesin basuh lama tu…. lepas ni kita selesaikan.
Errrr…… korang bayangkanlah apa yang aku dapat malam ni!…… lalalalala!
Labels: Aku Versi Keluarga
Wednesday, November 11, 2009
Kursus Pemantapan Jurulatih Utama
Malaysia Grid for Learning (MyGfL)
Jabatan Pelajaran Kelantan
Star Regency Hotel, Cameron Highlands
Labels: Aku Versi ICT, Aku Versi Kerja
Tuesday, November 10, 2009
Sekolah dah nak tutup.... hujung tahun macam ni banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutamanya kertas soalan peperiksaan akhir tahun dan segala macam dokumen budak-budak.
Masuk minggu akhir ni.... 'berjujuk-jujuk' arahan itu dan ini.... semuanya nak cepat.
Balik rumah...
"Abah.... buku teks ore hilang.... kena bayar ganti", kata Sofia.
"Haaaaa.... tu la, abah royak sokmo dah... buku jangan sepah-sepah, jangan letak kokseee", dengan gaya 'celik mata'.
"Cari dulu buku tu.... abah tak se bayar.... cari sampai jumpa", dengan gaya '2x celik mata' + berasap.
Budak-budak ni tak faham..... yang kita ni tengah tenat 'puasa'.
*****************************************************
Kat belakang... Mem Besar, sedang bertungkus-lumus.... kecepakkk-keceburrr......... kecepakkk-keceburrr.
Mesin basuh dah dua hari meragam..... masa ni laaaa dia nak rosak.
Labels: Aku Versi Keluarga
Monday, November 9, 2009
saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.
Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.
Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.
Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.
Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.
"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.
"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/mempertuhankan-politik-baiah-talaq.html
Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas....... baca seterusnya
Baca juga di sini.......
..............................................................................
Cerita yang dah lama soksek-soksek sana sini...... kalau orang BN yang kata... nanti dituduh fitnah la, itulah, inilah.... haaa sekarang orang hijau sendiri yang kata...... lu pikirrrrr la sendiri!
Labels: Aku Versi Parti
Sunday, November 8, 2009
Selama dua hari aku jadi chef de mission dari Kelantan ke Perak. Hari jumaat bertolak Tepen untuk transit / login di Homestay Bukit Gantang, sebelum ke Batu Kurau, esoknya.
Missionnye ialah menguruskan majlis perkahwinan sepupu sebelah mem besar dengan orang Batu Kurau. Sebelum ke sana aku dah hubungi kawan lama..... tanya khabar, takut-takut dia kenal dengan pengantin sebelah pompuan. Rupa-rupanya.... pengantin tu memang ada bau-bau kuini dengan dia..... hehehe.
Segala-galanya bermula bila Lukman mengambil inisiatif menyediakan blog bagi menghubungkan kembali rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah
Melalui blognye http://izzuddin8084.blogspot.com/, kami kembali berhubung.... sekarang sudah ramai kekawan yang dapat dihubungi kembali kembali. Sudah beberapa kali pertemuan diadakan... cuma aku saja yang belum dapat menyertai sebarang perjumpaan yang diadakan.
Kebetulan aku datang ke kampungnya... jadi dia tunggu aku di sana, dan kami pun kembali mengenang kisah lama.
Labels: Aku Versi Lelaki
Labels: Aku Versi Lelaki
Wednesday, November 4, 2009
Keghairahan penyokong bolasepak Kelantan telah sampai kepuncaknya... sekarang mereka menantikan saat pertarungan terakhir sabtu ni di Bukit Jalil...... semoga mereka berjaya mengukir sejarah.
************************************
Dalam berita TV3 sekejap tadi..... Kerajaan Negeri Kelantan juga turut sama teruja dengan kejayaan pasukan bolasepak Kelantan. Hari ini (malam ini seperti yang disiarkan oleh berita TV3)...... Kerajaan Kelantan telah mengistiharkan hari ahad depan CUTI bagi seluruh negeri..... maknanya kalah atau menang, cuti tetap cuti..... Selain itu... kerajaan negeri juga telah menjanjikan pelbagai ganjaran jika team bola Kelantan menang.
Begitulah tuah badan pemain bolasepak Kelantan.... setelah beberapa tahun stadium bola kosong, hari ini Stadium Sultan Muhamad kembali ceria. Dalam tempoh yang singkat.... Dato Nuar telah berjaya 'membersihkan' lumpur yang menyaluti team bolasepak Kelantan. Bila berjaya.... maka ramailah yang nak tumpang sekaki.... hehehe.
********************************
Dulu aku pernah menulis.......
November 30, 2007
Kerajaan Kelantan Tak Minat Bolasepak?
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pasukan bola sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia dan di geruni lawan. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua Liga Malaysia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Bola_sepak_Kelantan
Demikianlah gambaran tentang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Kelantan memang terkenal pernah melahirkan ramai pemain-pemain berbisa di peringkat kebangsaan. Malangnya.... jika kita pergi ke stadium hari ini, suasana yang begitu suram melanda KAFA kerana seolah-olah sudah tidak ada lagi orang yang berminat dengan bolasepak di Kelantan. Penonton yang datang boleh dibilang dengan jari..... mungkin lebih kurang sama ramai dengan jemaah sembahyang maghrib di surau-surau dan masjid sahaja.
Keadaan pasukan bolasepak Kelantan memang amat tenat..... penonton pun sudah tawar hati untuk datang menyaksikan setiap perlawanan mereka. Apabila ketiadaan penonton, KAFA tidak dapat mengutip hasil tiket dari setiap perlawanan. Bila wang pun tak ada maka masalah lain akan menimpa. Bukan cerita baru tentang pemain-pemain yang tak dibayar gaji, jauh sekali mampu hendak membeli pemain-pemain yang handal.
Maka tinggallah pemain-pemain 'ayam kechok' dalam pasukan bolasepak Kelantan. Bagaimana mungkin pemain-pemain bertaraf 'ayam kechok' ini hendak berdepan dengan pasukan lawan. Akhirnya apabila berlawan.... pasukan Kelantan akan kalah. Siapa yang hendak datang ke stadium apabila..... main sekali, kalah..... main dua kali, kalah.... main tiga kali, baruuu lah nak....... kalah pulak! hehehe.
Demikianlah senario pasukan bolasepak Kelantan hari ini.
Bertambah malang lagi apabila KAFA berada di sebuah negeri 'pimpinan ulama' yang tidak pernah melihat bolasepak sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi. Bolasepak hanyalah dilihat sekadar satu permainan 'berlibur-liburan' diwaktu petang sahaja. Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak di Kelantan, jauh sekali melihat prospek bolasepak sabagai satu sumber ekonomi negeri.nPendek kata..... nak jual kacang rebus pun tak boleh jalan di stadium Kelantan hari ini.
Kerana itu dalam Bajet 2008 yang baru dibentangkan, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi Pembangunan Bolasepak Negeri sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit)..... lihat mukasurat 255 Bajet Negeri Kelantan 2008.
"Apa?..... what?..... ghapo?..... berapo kerajaan negeri Kelantan sediakan pitih nak pembangunan bolasepak?..... sepuloh riallll!"
"Nak buat menate ghapo dengan sepuloh rial?"
Barangkali itulah dialog paling mudah jika anda lihat 'Bajet Rakyat' atau pun 'Belanjawan Rakyat' yang dibentangkan oleh Nik Aziz baru-baru ini. Melihat kepada 'sumbangan' kerajaan Kelantan sebanyak itu untuk pembangunan bolasepak Kelantan.... anda boleh bayangkan bagaimana situasi KAFA. Saya pun tak mampu nak ulas apa-apa lagi tentang itu...... cuma saya nak kata,
"Alohhhh...... tergamak kerajaan negeri tulis sepuluh rial dalam dokumen rasmi kerajaan seperti itu. Lawak sungguh bajet negeri Kelantan"
Dalam keadaan KAFA yang begitu tenat.... akhirnya mereka mengadu kepada Dato Seri Anuar Musa. Mujurlah masih ada yang prihatin dengan dengan nasib bolasepak Kelantan. Pada mulanya saya melihat kesanggupan Dato Nuar menjadi Presiden KAFA, tidak ubah seperti perumpamaan melayu... "bagai memikul biawak hidup". Namun.... walaupun Dato Nuar memang sudah maklum dengan keadaan KAFA hari ini, beliau masih berusaha untuk membantu demi bolasepak Kelantan. Bukannya seperti kerajaan negeri Kelantan yang terus lepas tangan.
Dato Nuar kata.....
Labels: Aku Versi Lelaki
Tuesday, November 3, 2009
Balik dari berkursus selama 3 hari…… sampai di rumah aku buat-buat tak dengar…. bila Mem Besar dan Kak Chik berbisik-bisik….
Aku di dalam bilik menyalin pakaian dan menyimpan barang-barang yang aku bawa semasa berkursus….
Kemudian aku keluar….. thennnn…… Mem Besar dan Kak Chik pun…… ‘supprisssssssssss!…… aku terkejut (buat-buat terkejut)
Masa dalam bilik tadi aku dah dengar Mem Besar dan Kak Chik…… duk bisik-bisik…. ‘cepat la….. cepat laa…nanti abah keluar’……. ‘letak atas meja tu’
Hepi Besssdayyyy…. tahun ni tak selebret kat mana-mana pun…… maklumlah tengah ‘puasa’ sampai raya haji ni….. huhuhu!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Monday, November 2, 2009
Hari ni start Kursus Pengurusan Makmal Komputer…….. Tajuk pertama pasal ni
Emmmm….. berapa banyak Qpaaaaaaa daaaaa (Kew.PA)
Kew.PA.-1…….. Kew.PA.-2………. Kew.PA.-3………… Kew.PA.-4……. Kew.PA.-5………… Kew.PA.-6……….. Kew.PA.-7……… Kew.PA…….. Kew.PA…….. Kew.PA…….. Kew.PA…….. Kew.PA…….. Kew.PA…….. Kew.PA…….. Kew………. Kew………. Kew………. Kew………. Kew………. kewwww………. kewwwww…….. kewww…… krruhhhhhh………. kruhhhhhhh…… kruhhhhhhh……… kruuuhhhhhh…… kruuuhhhhhh…… kruuuhhhhhh……
Labels: Aku Versi Kerja