Monday, November 23, 2009

Silmi SPM

imispm0
Tahun ini seorang lagi anak aku menghadapi peperiksaan yang maha penting di Malaysia ni. Peperiksaan SPM merupakan pintu gerbang yang akan menentukan jalan mana selepas ini akan mereka lalui.
Aku sebenarnya tidak pernah '’menekan’ anak-anak dalam soal berapa ‘A’ yang akan mereka dapat apabila exam. Walaupun sejujurnya… aku dan mem besar juga tentu seperti ibu bapa yang lain… inginkan anak-anak mendapat keputusan peperiksaan yang baik…. yang kebetulannya diukur dengan bilangan berapa ‘A’.

Aku tak pernah cakap apa-apa pun pasal itu…. cuma aku hendak mereka sedar… bahawa bilangan ‘A’ terutamanya dalam SPM itu adalah milik mereka… demi masa depan mereka. Maklumlah aku bukan ada harta yang bakal diwariskan untuk mereka.


imispm2Hujung minggu…. seperti biasa kami ke sekolahnya. Silmi ni sentimental sikit… walaupun sudah sekian lama tinggal di asrama…. dan setiap minggu kami datang ke sekolahnya (setiap petang Jumaat berkelah di padang sekolahnya)…. dia mesti buat muka poyo bila waktu kami balik.

Hari ini pun begitu juga…. dan tambah lagi dia kelihatan begitu tension. Mem Besar menggunakan segala kelembutannya untuk mententeramkan situasi. Aku macam biasa….. tak cakap lebih-lebih…. nanti aku pula yang kuar air mata.

imispm4 Kepada Silmi…… kami selalu menekankan agar dia menghadapi SPM dengan tenang…. selalu baca Yassin…. jaga kesihatan…… buat sehabis baik…. lepas tu berdoa agar semuanya berkat. Cuma sejak awal lagi mungkin dia terasa tertekan untuk mencabar keputusan SPM kakaknya sebelum ini. Dia sering menyebut…… macam mana dia nak ‘lawan’ keputusan SPM kakaknya sedangkan sehingga peperiksaan percubaan yang lalu, dia masih belum mencapai 9A.

Semakin hampir SPM hari tu… dia semakin banyak menyebut pasal tak nak study kat UK macam kakaknya….. nak study kat Jepun la…. nak study kat sana laa… kat sini laaa. Dalam banyak hal…. dia seperti begitu tertekan dengan ‘banchmark’ 9A yang telah diletakkan oleh kakaknya.

imispm3 Aku buat-buat tak dengar je bila dia sebut pasal tu….. kami cuma hendak dia faham, bahawa SPM akan menentukan langkahnya selepas ini. Dan kami selalu menekankan bahawa…. walau apa pun keputusannya nanti…. kena redha.








Gambar di bawah dari kameranya…..

imispm7

  Sewaktu jamuan akhir tahun.



imispm5





imispm6

imispm8 imispm9

11 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    InsyaAllah...berjaya dengan cemerlang.







    Babahnya hebat...anaknya pasti lebih lagi!
    MaMa MoDeN said...
    salam cikgu,
    mmg smua harapan ibu bapa mahukan anak2nya cemerlang ngan dapat A tapi itu smua hanya satu bonus.

    yg penting mereka tidak tertekan dgn exam

    smoga anak cikgu akan bjaya mhadapi examnya, smoga bjaya...
    Unknown said...
    ciklah & mama moden
    InsyaAllah... aminnn
    sonata anak kancil said...
    semoga anakanda akan memperoleh kecemerlangan seperti kakaknya juga...
    faiz said...
    dapat rasakan pressure yg she has to go thru..iyo la kan shifu..kakak tlh meletakkan benchmark yg hebat tp Insyallah Silmi blh...u go girl!!
    Che' Pit said...
    semoga dapat menjawab dengan tenang dan memperoleh keputusan cemerlang.. setiap org ada rezeki masing2.. terkurang kat sini, lebih nya kat sana.. so syukur seadanya
    Cik Cookie said...
    Faris Petra ke?
    :p
    Yunus Badawi said...
    Semoga Silmi berjaya dgn cemerlang. Anak ko pandai2 semuanya mcm bapak dan emak mereka.

    Anak aku belajar dlm negara aje pun dah alhamdulillah.
    Unknown said...
    sonata
    InsyaAllah

    Faiz
    tu yg aku bimbang tu...

    chepit
    InsyaAllah... walau apa pun keputusannya nanti... redha je

    cikcookie
    Tg. faris khabarnya dah bujang semula... hehehe

    YB
    InsyaAllah... aku pun nak dia study kat sini je... kakaknya tu dah rezeki dia dpt gi sana
    Mak Su said...
    all the best, ya Silmi :)
    Cikgu Dahlia said...
    Good Luck SILMI and family...hehehe...ibubapa pun berdebar kan?? cecikgu pun saama debar...

    Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal...insyaALLAH Kejaayaan milik anda!!!

Post a Comment