Wednesday, November 4, 2009

Team Bola RM10.00


Aku antara segelintir lelaki yang tak minat main/menonton perlawanan bola sepak.... aku cuma nak ucapkan tahniah kepada team bolasepak Kelantan kerana berjaya masuk final bola Piala Malaysia. Team bolasepak Kelantan memang hebat..... beberapa tahun dulu mereka terumbang-ambing dan menjadi pasukan balasahan... dalam tempoh yang singkat.... apabila mereka diurus dengan baik, akhirnya mereka berjaya meratah satu persatu pasukan gergasi.

Keghairahan penyokong bolasepak Kelantan telah sampai kepuncaknya... sekarang mereka menantikan saat pertarungan terakhir sabtu ni di Bukit Jalil...... semoga mereka berjaya mengukir sejarah.

************************************

Dalam berita TV3 sekejap tadi..... Kerajaan Negeri Kelantan juga turut sama teruja dengan kejayaan pasukan bolasepak Kelantan. Hari ini (malam ini seperti yang disiarkan oleh berita TV3)...... Kerajaan Kelantan telah mengistiharkan hari ahad depan CUTI bagi seluruh negeri..... maknanya kalah atau menang, cuti tetap cuti..... Selain itu... kerajaan negeri juga telah menjanjikan pelbagai ganjaran jika team bola Kelantan menang.

Begitulah tuah badan pemain bolasepak Kelantan.... setelah beberapa tahun stadium bola kosong, hari ini Stadium Sultan Muhamad kembali ceria. Dalam tempoh yang singkat.... Dato Nuar telah berjaya 'membersihkan' lumpur yang menyaluti team bolasepak Kelantan. Bila berjaya.... maka ramailah yang nak tumpang sekaki.... hehehe.

********************************
Dulu aku pernah menulis.......
November 30, 2007
Kerajaan Kelantan Tak Minat Bolasepak?

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pasukan bola sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia dan di geruni lawan. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua Liga Malaysia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Bola_sepak_Kelantan


Demikianlah gambaran tentang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Kelantan memang terkenal pernah melahirkan ramai pemain-pemain berbisa di peringkat kebangsaan. Malangnya.... jika kita pergi ke stadium hari ini, suasana yang begitu suram melanda KAFA kerana seolah-olah sudah tidak ada lagi orang yang berminat dengan bolasepak di Kelantan. Penonton yang datang boleh dibilang dengan jari..... mungkin lebih kurang sama ramai dengan jemaah sembahyang maghrib di surau-surau dan masjid sahaja.

Keadaan pasukan bolasepak Kelantan memang amat tenat..... penonton pun sudah tawar hati untuk datang menyaksikan setiap perlawanan mereka. Apabila ketiadaan penonton, KAFA tidak dapat mengutip hasil tiket dari setiap perlawanan. Bila wang pun tak ada maka masalah lain akan menimpa. Bukan cerita baru tentang pemain-pemain yang tak dibayar gaji, jauh sekali mampu hendak membeli pemain-pemain yang handal.

Maka tinggallah pemain-pemain 'ayam kechok' dalam pasukan bolasepak Kelantan. Bagaimana mungkin pemain-pemain bertaraf 'ayam kechok' ini hendak berdepan dengan pasukan lawan. Akhirnya apabila berlawan.... pasukan Kelantan akan kalah. Siapa yang hendak datang ke stadium apabila..... main sekali, kalah..... main dua kali, kalah.... main tiga kali, baruuu lah nak....... kalah pulak! hehehe.

Demikianlah senario pasukan bolasepak Kelantan hari ini.

Bertambah malang lagi apabila KAFA berada di sebuah negeri 'pimpinan ulama' yang tidak pernah melihat bolasepak sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi. Bolasepak hanyalah dilihat sekadar satu permainan 'berlibur-liburan' diwaktu petang sahaja. Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak di Kelantan, jauh sekali melihat prospek bolasepak sabagai satu sumber ekonomi negeri.nPendek kata..... nak jual kacang rebus pun tak boleh jalan di stadium Kelantan hari ini.

Kerana itu dalam Bajet 2008 yang baru dibentangkan, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi Pembangunan Bolasepak Negeri sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit)..... lihat mukasurat 255 Bajet Negeri Kelantan 2008.


"Apa?..... what?..... ghapo?..... berapo kerajaan negeri Kelantan sediakan pitih nak pembangunan bolasepak?..... sepuloh riallll!"
"Nak buat menate ghapo dengan sepuloh rial?"

Barangkali itulah dialog paling mudah jika anda lihat 'Bajet Rakyat' atau pun 'Belanjawan Rakyat' yang dibentangkan oleh Nik Aziz baru-baru ini. Melihat kepada 'sumbangan' kerajaan Kelantan sebanyak itu untuk pembangunan bolasepak Kelantan.... anda boleh bayangkan bagaimana situasi KAFA. Saya pun tak mampu nak ulas apa-apa lagi tentang itu...... cuma saya nak kata,

"Alohhhh...... tergamak kerajaan negeri tulis sepuluh rial dalam dokumen rasmi kerajaan seperti itu. Lawak sungguh bajet negeri Kelantan"

Dalam keadaan KAFA yang begitu tenat.... akhirnya mereka mengadu kepada Dato Seri Anuar Musa. Mujurlah masih ada yang prihatin dengan dengan nasib bolasepak Kelantan. Pada mulanya saya melihat kesanggupan Dato Nuar menjadi Presiden KAFA, tidak ubah seperti perumpamaan melayu... "bagai memikul biawak hidup". Namun.... walaupun Dato Nuar memang sudah maklum dengan keadaan KAFA hari ini, beliau masih berusaha untuk membantu demi bolasepak Kelantan. Bukannya seperti kerajaan negeri Kelantan yang terus lepas tangan.

Dato Nuar kata.....

"Kita hendak kembalikan penonton ke stadium untuk melihat aksi bolasepak yang bermutu. Bila penonton datang ke stadium.... paling-paling tidak pun boleh jual kacang rebus!"
........................................................................
p/s......
Jom kita sama-sama ke stadium nanti.... kerana tujuan utama stadium dibina ialah untuk melihat perlawanan bolasepak..... stadium bukan dibina untuk jadi tempat 'sembahyang hajat' hehehe!

**************************************
Semoga selepas ini.... Kerajaan Kelantan akan menambah peruntukkan untuk pembangunan sukan seperti bolasepak ini dan bukannya 'menganyinkan' (mempersenda) KAFA sebagaimana Bajet Kerajaan Negeri tahun lepas.

17 Comments:

  1. INNA AB said...
    sya yg x minat bola ni pon trkejut tgk ke maraan Klate...tahniah...kalah & menang adat permainan...jgn kalah bola menang 'ghocoh' dh...tlg jga budibahasa....
    Yunus Badawi said...
    NS pun cuti jugak Ahad ni menang atau kalah hehehe
    ckLah @xiiinam said...
    Perak tetap cuti Ahad ni....
    walaupun pasukannya....er...er...entah, aku tak tau langsung pasal bola Perak...
    Unknown said...
    inna AB
    errr.. tu salah satu sebab kawe tak minat bola... hehehe

    YB
    ehhh... ada yg terasa ke

    ciklah
    errr.... ko tau main guli je kan
    ckLah @xiiinam said...
    This comment has been removed by the author.
    faiz said...
    dah x ikut langsung perkembangan bola sepak m'sia nie...huhu..

    anyway, tahniah la to pasukan kelantan ek..
    joegrimjow said...
    xmo yg lain2
    nak sokong BOLA aje!!

    go go
    Che' Pit said...
    uiks, untungle mcm tu, kalah menang lum pasti tapi cuti sudah tentu..
    Che' Pit said...
    This comment has been removed by the author.
    Tepi Sungai Batu said...
    Harap-harap kita menang lah kali ni.
    Buang yang berkeladak, ambik yang jernih.
    ONE ZABA said...
    yahooo...pahang pong cuti ahad ni!!!!!
    Chenta said...
    ermmm... saya tengok bola . cuma tengok jekk... pastu saya buat2 tido ...

    Ok tak komen saya ?
    kuIna said...
    majulah sukan untuk negara... negeri...
    Unknown said...
    ..salam sifu..tergerak jugak hati paktua ini untuk pergi keBukit Jalil..raso nampok-nampok semangat zaman dulu..zaman dali omar..hashim mustpha..dll..tapi biarlah..kita sokong kut belakang..bintang kelantan sedang meningkat..inshaAllah..menang..satu bendera untuk kelantan!!
    Unknown said...
    faiz
    terima kasih bagi pihak pemain bola kelantan... ewahh

    joe
    tidur bola... makan bola

    che pit
    hehehe... aku tumpang cuti je

    pak man
    insyaAllah.... mudah2an begitulah

    oneZ
    ciss... tak de maknanyeee.... hehehe

    linda
    kalau ko buat2 tido... ramailaaa yg nak angkat koooo

    kulna
    gomo kelate gomo

    pak mat
    zaman dali omar... woooo klasiknyee... hehehe
    sokong tetap sokong.... jgn lupa nik aziz dah pesan jgn kibar bendera hijau... tak molek katanya
    Cik Cookie said...
    dapat 5tiket free.
    hohoho...
    xg pun sbb bkn minat ehhh.
    sonata anak kancil said...
    Melaka cuti gak Ahad ni....takyah lawan2 bola! dengar2 aje kelantan nak lawan dengan NS - jiran aku tu...tapi aku tak sokong mana2 pong - cuma aku ucap tahniah kedua2 pasukan yang nak lawan ni....

Post a Comment