Friday, November 20, 2009

Sejukkkkk

Tiga hari di Cameron Highlands…. hujan sepanjang jalan…. dan disambut oleh kabus yang menyelubungi puncak.
CH1 Sejuknya menggigit tulang…. dalam keadaan aku yang masih mempunyai lebihan kolestrol ni pun, terasa kesejukkan yang amat…… tak taulah kalau yang jenis tulang je tu kan!

Hari ini semua hotel utama di Brinchang dah penuh…. dari JPN Kelantan saja sudah ada 3 kumpulan. JPN Selangor pun ada…. KEMAS pun ada….. KESEDAR Inn yang ada hotel sendiri kat Gua Musang pun buat kursus kat sini.


Menunggu malam….. aku ambil kesempatan jalan-jalan di pekan Brinchang. Tiba-tiba sebuah kereta Honda berhenti dan membuka pintu……

“Masuk laaa…..”, tegurnya
”Weiiii…….”, antara sedar dengan tidak aku terus masuk ke dalam kereta.

CH2Tak sangka, terjumpa dengan ‘penunggu gunung’ kat tepi jalan menuju Rosa Pasadena tu. Aku memang dah bagi tau akan ke CH…. dan berkira-kira untuk membuat kunjungan ‘penanda aras’ ke opis OneZ.

Petang itu….. 3 kotak teh berperisa strewbery, greape dan oren dan sekotak buah-buahan kering CH memang dah jadi rezeki aku laa. Dan kami pun memadu kasih serta melepaskan rindu yang selama ini terpahat dijiwa……. hehehe!


CH3 Malamnya bermula kursus secara ekspres…… disambung pula esoknya secara kompak dan diringkaskan sehingga tengahari. Sebelah petangnya….. masa diisi dengan membuat ‘lawatan sambil belajar’ di sekitar CH.

Oleh kerana CH bukan tempat asing bagi aku…… aku hanya berada di bilik sahaja…… tak larat nak ke mana-mana…. tambahan pula aku tengah ‘puasa jiwa’…….. aku layan tido je laaa.

Kesejukkan CH telah membekukan segala-galanya….. errrr….. MyGfL……… nanti balik baca je la manualnya……. hehehe.

16 Comments:

  1. MaMa MoDeN said...
    salam cikgu,
    ish! memang best p CH, dah balik ke penang pun masih terasa2 kesejukkannya...

    p/s: minum teh strawberry tu ingat2 ler org penang yg dah kempunan ni... kirim salam mem.
    green said...
    oo ade keje..
    ingatkan holiday..

    ke holiday gak ni?
    ckLah @xiiinam said...
    syukur.....selamat mendaki dan menuruni...
    Abam Kie said...
    ntah bila kawe boleh gi C? cuma boleh rasa kesejukan musim banjir di umah je. huhuhuhuhuuhhuhu
    Unknown said...
    ..ore kato dok..bawah stoking bola..tehe sejuk sikit..
    rbm said...
    bestnya kursus di CH musim hujan gini.
    Yunus Badawi said...
    Wah untung ko dah dpt jumpa penunggu gunung. Dapat buah tangan lg pulak tu hehehe

    Aku pun ingat nak panjat gunung cuti sekolah ni tapi bila kenangkan hari2 hujan, luntur sikit semangat aku ni huhuhu
    ONE ZABA said...
    baru balik dari k.terengganu. hujan sakan jugak kat sana. mujur aku lepas balik.
    DUN Behrang 2020 said...
    Oooo...sempat memadu kasih yer...nampak gayanya brader kita kat atas sana tu jadi duta sampai pencen ler...!
    Cik Cookie said...
    next trip Bukit Tinggi
    INNA AB said...
    syoknye...sesekali merasa sjuk ek...nk kena p bln madu skali g kt CH...hehehe..
    Unknown said...
    MamaModen
    amboii... masih terasa kesejukkan ke... masih terasa pelukkan... hehehe

    green
    errr... keje plus holiday le kot... hehehe

    ciklah
    alhamdulillahhh

    juk
    sejuk gak tuuu

    pakmat
    kena pakai stokin macam org baru lepas beranak

    rbm
    best???.... emmmm... tak tau la best ke ke.... yg pastinya aku sejuk ketar..... errr.... welcome bro

    YB
    kalau dah namanya rezeki tu, tak kan kemana...

    OneZ
    hohoho.... selamat kembali bertugas.. lain kali kita dating lagi

    DUN
    err... stok teh dia penuh 1 keta... hehehe

    cik cookie
    bele2 balik kg boleh la singgah CH

    Inna
    errr.. ko bulan madu kat tepi sungai tu pun dah sejuk... hehehe
    Mak Su said...
    beratnya dugaan... posa jiwa... ;)
    Unknown said...
    maksu
    membilang hariiiii.....
    MaMa MoDeN said...
    salam cikgu shifu,
    hehehehe dua2 terasalah. sejuknya lah yg masih terasa2, pelukkannya lagilah slalu rasa pasal dok peluk selalu.. hehehe dah melalutlah plak!

    tapi mmg bestlah p CH tu, mana taknya sambut aniversary 19 disana. yg bestnya p honeymoon bawa anak2 7 org skali.. depa sporting habis plak tu...
    Unknown said...
    mama moden
    hehehe.... mujur tak ada ajak balik

Post a Comment