Tuesday, November 10, 2009

Macam-macam hal.....

Sekolah dah nak tutup.... hujung tahun macam ni banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutamanya kertas soalan peperiksaan akhir tahun dan segala macam dokumen budak-budak.

Masuk minggu akhir ni.... 'berjujuk-jujuk' arahan itu dan ini.... semuanya nak cepat.

Balik rumah...

"Abah.... buku teks ore hilang.... kena bayar ganti", kata Sofia.

"Haaaaa.... tu la, abah royak sokmo dah... buku jangan sepah-sepah, jangan letak kokseee", dengan gaya 'celik mata'.



"Cari dulu buku tu.... abah tak se bayar.... cari sampai jumpa", dengan gaya '2x celik mata' + berasap.

Budak-budak ni tak faham..... yang kita ni tengah tenat  'puasa'.

*****************************************************





Kat belakang... Mem Besar, sedang bertungkus-lumus.... kecepakkk-keceburrr......... kecepakkk-keceburrr.


Mesin basuh dah dua hari meragam..... masa ni laaaa dia nak rosak.



Kesian kat Mem Besar..... dan aku tambah 'senak'



Macam-macam hal...... pening aku!


13 Comments:

  1. Che' Pit said...
    hmm cian dia, tapi mcm tulah life.. kdg2 dtg masalah bertimpa2 lak..
    pening kepala time2 mcm ni kan
    green said...
    masalah dtg time2 macam ni laa..
    pandai die cari timing kan..
    Yunus Badawi said...
    Anak aku pun sama mcm anak ko. Hari tu Haikal hilangkan buku teks nasib baik abg dia jumpa. Malam ni si abg pulak hilang buku teks. Esok nak kena balikkan. Nampaknya kena ganti duit (nasib cikgu sekolah menengah ni nak diganti dgn duit).
    faiz said...
    mcm tue la selalunya shifu.. bila tgh senak tue la mcm2 hal mai... tp relax ar...bwk bertenang... x jln gak.. bwk la bertendang plak ek...

    camane pun, kdg2 rezeki dtg tanpa diduga kan..so sabar je la...
    INNA AB said...
    salam shifu67...
    memang...time kering...mcm2 jd..sya ni tiap2 th anak bg ilang bku teks.penah dkt rm 60...uwa..uwa..
    nsib bwa duit..kalu x phak sklh xmau bg rsult pmr...sbor je...
    MaMa MoDeN said...
    salam cikgu,
    memang terasa senak sikit bulan ni kan, masing2 dok mengira hari.

    sabarlah dugaan dtg bmacam2..

    sian mem besar, antar jelah dobi baju2 yg penting2 tu, baju lain pospon dulu basuhnya...

    p/s: cikgu mesti kata, "hantar dobi? tambah senaklah kawe..."
    Mak Su said...
    saya pun tgh tensen ni, pasal anak ada hilangkan buku teks, huhuhuh
    Mysunshine Gift Shop said...
    salam,
    Mari sertai Mysunshine Giveaway & RTAR Cloth Diaper Fund, dan anda berpeluang memangi salah satu 'Bento Box Set' ^_^. Bekal makanan comel utk anak anda. Utk menyertai Mysunshine giveaway & cloth diaper fund for RTAR, layari
    http://www.mysunshine2u.blogspot.com/

    Tujuan giveaway nie adalah utk memperkenalkan Rumah Titian Ashraful Rohaniah kepada masyarakat. Sambil membantu RTAR menjimatkan kos membeli lampin dispo. RTAR mempunyai 3 baby yg masih mengunakan diaper, Ariana 3 bulan, Danial 1 1/2 tahun & Nanda 2 tahun. http://rumahtar.blogspot.com
    Shifu67 said...
    che pit
    tak de la apa sangat sebenarnya... relex lagi nii... hehehe

    green
    nasib badann

    YB
    buku hilang tu tak de apa... masalahnya nak kena ganti tu...

    faiz
    cerita masalah tak kena masa... memang nak kena tendang laaa

    Inna
    nasib baik duit???.... tu lamasalahnya... kalau ganti dgn surat khabar lama tak pe laaa

    MamaModen
    hantar dobi???..... haaa memang koho senak laaa

    Maksu
    anak ko pun hilang buku teks gak... emm kena tubuh suruhanjaya siasatan diraja ni... masalah global ni

    pssstttt..... Kata Pak Pandir, "ingatkan anak aku je mati... rupanya anak orang pun mati jugak"

    hahaha!
    xiiinam said...
    Puasa sekarang ni elok ape...Maghrib masuk cepat!!!





    Pssst: Mem.....dah siap bilas tu, panggil pokcik suruh tolong perah. Sia-sia je lengan besar tu kalau dibiar....(jangan sampai putus perahan kain tu udah)
    LiNda said...
    see.... bagusnya mem besar , tak merungut pun ! penuh redha !.
    Shifu67 said...
    cikgu Raza
    pokcik tolong tengok...

    Linda
    isteri mithali la katakannn.... (bini siapa laaaa tu kann... hehehe)
    Admin www.morhabshi.com said...
    Anak cikgu pun hilangkan buku?

    Sama lah macam kami he he...

    Malu betul kena mengadap cikgu untuk bayar ganti buku teks anak kami semalam.

    (dapatkan petua & ramuan herba di sini (original)

Post a Comment