Monday, November 9, 2009

Kerja gila....



Isteri menangis, suami menggigil
Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.

Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.

"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/mempertuhankan-politik-baiah-talaq.html

Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas....... baca seterusnya

Baca juga di sini.......





..............................................................................

Cerita yang dah lama soksek-soksek sana sini...... kalau orang BN yang kata... nanti dituduh fitnah la, itulah, inilah.... haaa sekarang orang hijau sendiri yang kata...... lu pikirrrrr la sendiri!

11 Comments:

  1. Che' Pit said...
    hmm komen lebih2 kang kena gam ler pulak.. opss terlebih sudah bak kata stacey kan..

    apa2 pun semua ada otak dan akal fikiran yang waras, so lu pikirlah sdiri.. setuju tu shifu, ngeh ngeh ngeh..
    pakmat said...
    ..salam sifu..
    ..takleh nak kata apa..saya hanya seornag tua diBachok yang tida tau apa..
    Shifu67 said...
    che pit
    emm... fikir sendiri... kawe tak kata... hehehe

    pakmat
    sama la dgn saya... setakat geleng kepala je laa.... cuma khabarnya cerita ni ada berlaku kat kampung2 di Bachok... opsss.... saya kata 'khabarnya'....
    LiNda said...
    Memang sesuai sangat nama blog awak .

    TERSURAT & TERSIRAT !
    Shifu67 said...
    linda
    jangan berselirat dah leee
    sonata anak kancil said...
    This comment has been removed by the author.
    sonata anak kancil said...
    This comment has been removed by the author.
    sonata anak kancil said...
    renung2 & fikirkan la...
    INNA AB said...
    msyaAllah...btoikah? sahihkah?
    ish2....dunia dh akhir zaman....
    faiz said...
    shifu - sendiri mau ingat la.......
    Shifu67 said...
    sonata
    tak habis lagi tu...

    renung2kannn, selamat beramaaalll....

    inna
    tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata..... tapi buka saya kata.... hehehe

    faiz
    errr... kawe tak de buat bai'ah cam gitu.... hehehe

Post a Comment