Wednesday, September 29, 2010
Kawe tengah sibuk sekarang ni..... sibuk mengarang cerpen kalau pun tidak novel.... hehehe. Jangan tak percaya!.... kawe memang dah lama nak menulis. Kebetulan sekarang ni, ilham semakin membuak dan menyemarakkan keghairahan untuk menulis. Sedikit masa lagi kawe akan tunjukkan sikit karya kawe itu... tungguuuu!
Sementara itu..... kawe nak ajak kekawan semua merungkaikan misteri tentang 'kejantinaan' PC atau laptop yang menjadi teman kita selama ini. Bukan apa.... sekurang-kurangnya lepas ni, mungkin korang akan lebih mesra lagi dengan PC atau laptop masing-masing. Nak dakap laptop erat-erat pun ngam la sikit!
Ok... jom kita pastikan DNA PC atau laptop kita ni, apa jantinanya.
Mula-mula... korang buka 'notepad'.... notepad kat PC/laptop la.... jangan buka notepad ada nombor 555 tu pulak!
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
Lepas tu 'save' sebagai love u.vbs (pastikan save sebagai .vbs jangan .txt atau lain-lain)
Supaya senang... save saja di desktop. Kalau korang save kat dalam folder pun tak apa, asalkan korang tau kat mana 'file' vbs tu!
Bila dah save.... akan muncul icon seperti ini.
Sekarang.... double klik pada icon tu dan dengar suara yang akan muncul.... pastikan speaker on.... dengar suara jantina apa yang keluar... jangan suara pondan dah la..... hahaha!
Ok... sekarang kita sudah tau apakah jantina PC/laptop yang kita miliki.... jangan dakap bawa tidur dah la!
Labels: Aku Versi Hobi, Aku Versi ICT, Aku Versi Jenaka
Saturday, September 25, 2010
Sambil tunggu berita TV3 pukul 1:30 ni (mana la tau kot-kot ada pengumuman bonus ke, hahaha!).... kawe jalan-jalan kat blog orang. Kawe jumpa blog yang ada entry menarik untuk dikongsi... http://namaku-ida.blogspot.com/2010/09/scan-blog-kita.html
Entrynya pasal website yang memberikan khidmat scan blog atau website.
Minggu lepas ramai kawan-kawan yang khabarnya diserang walware, dan mendapat macam-macam warning. Ada yang dituduh penyebar malware... khabarnya ada yang nak buat pendakwaan di mahkamah.... bahan bukti berupa SMS pun ada.... khabarnya nak saman juta-juta... hahaha!
Jadi... molek benarlah rasanya kalau kita pakat-pakat scan blog kita!... ok klik link websitenya.... http://onlinelinkscan.com/
Labels: Aku Versi ICT
Ramai yang memberikan pendapat dan cadangan yang bernas menjelang pembentangan Belanjawan Negara melalui blog 1Malaysia milik PM. Antaranya... sudah tentu tentang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan. Cadangan-cadangan ini tentunya telah mendapat perhatian daripada PM.
Aku bukan nak mempersoalkan berapa banyak bonus yang patut dibagi oleh kerajaan. Bagi aku, walau berapa pun...... alhamdulillah!
Bab duit ni... bagilah banyak mana pun... kalau yang jenis 'tak reti bersyukur' tu.... tetap tak akan puas hati! Kalau bagi 4 bilion pun belum tentu cukup lagi.... tapi kalau setakat replika cek, esok pun aku boleh bagi... hahaha!
Aku tetap meletakkan kepercayaan.... PM kita tetap akan membuat penilaian yang sewajarnya tentang tuntutan bonus kepada kakitangan kerajaan.
Dapat RM500... alhamdulillah..... dapat setengah bulan gaji..... alhamdulillaaaah..... dapat sebulan gaji...... lagi la alhamdulillaaaaaaaaaaaaaaaaaah!
Friday, September 24, 2010
Orang Kelantan..... memang suka buat 'sembahyang hajat'. Naik rumah baru.. sembahyang hajat, beli kereta baru... sembahyang hajat.... dapat anak baru... sembahyang hajat, tapi tak pernah pula dengar buat sembahyang hajat kerana dapat bini baru... hehehe!
Amalan sembahyang hajat ni memanglah baik... cuma kekadang 'hajat'nya tu yang mengundang persoalan. Pernah satu ketika, khabarnya telah dibuat sembahyang hajat supaya 'membutakan' mata golongan tertentu semasa hendak mengundi (memangkah kertas undi).
Sesuai dengan gelaran 'Negeri Serambi Mekah'... amalan sembahyang hajat ni sudah sebati dengan orang Kelantan.
Cuma.... sekarang ni, mungkin tanah 'Negeri Serambi Mekah' ni sudah kurang power berkatnya kot?.... Kalau buat sembahyang hajat pun, sudah tak berapa menjadi kot?... Maka ada rancangan untuk 'bermunajat' terus di Mekah (tentunya sembahyang hajat salah satu aktiviti bermunajat itu).
Mungkin mereka merasa....... Serambi ni tak main laaa!.... tak kelas laa!
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/bior-betoi-yop.html
Khabarnya RM400 ribu diperlukan untuk tujuan itu. Belanja dekat setengah juta tu mungkin perkara kecil saja.... maklumlah, khabarnya juga.... ada yang sudah bagi replika cek 4 bilion (diterima oleh adik Tok Guru sendiri). Maknanya RM400 ribu tu.... hujung jangut je la kannn!
Hebat.... hebat... tak sabar rasanya nak tunggu senarai 40 orang ulamak serta tok guru yang layak diterbangkan ke Mekah.
Labels: Aku Versi Parti
Saturday, September 18, 2010
Hari ini mungkin hari terakhir bagi yang beryiha-yiha menyambut hari raya di kampung minggu ini. OPS Sikap pun sudah ditamatkan.... statistik duk lebih kurang je dengan tahun-tahun sebelum ni.
Kepada yang dalam perjalanan pulang ke sarang masing-masing... diucapkan selamat sampai ke destinasi anda, dan semoga tidak menjadi penyumbang statistik Ops Sikap.
Aku pun sedang menikmati sisa-sisa cuti sambil layan lagu hindustan.... hehehe
Labels: Aku Versi Lelaki
Thursday, September 16, 2010
Subuh-subuh lagi di hari Jumaat yang mulia, berbalam-balam kelihatan pakcik, makcik, nyonya, apek, aci dan aya berkumpul di sebuah bangsal merangkap bus stand. Bila di tanya kenapa sesubuh lagi berkumpul ni?..... dan semuanya pakat melawa belaka, laju je diorang jawab.... ada orang nak bagi tiket bas free.... rombongan nak pegi ke Putrajaya. Waaa..... seronok la! Ada la dalam 20 - 30 orang yang sedang berkumpul di situ, semuanya dengan wajah ceria.... maklumlah nak ke kota raya..... free pulak tu.
Dari ufuk timur, cahaya mula memancar.... sungguh indah melihat pemandangan matahari sedang naik, memancar menyinari permatang dan dengan manjanya menyentuh pepohon pauh nan sebatang.
Matahari yang tadinya bersinar lembut sudah menampakkan bisanya..... kehangatannya makin terasa. Bas yang di tunggu masih tak kunjung tiba. Mereka semua sudah mula tertanya-tanya...... baca lagi
...................................................................................
Cerita lawak lain... hehehe
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
Wednesday, September 15, 2010
13 September ::
Menghitung detik.....
Kami melepak di KLIA..... segenap ceruk lantai 'terminal berlepas' kami jejaki.
Menjelang pukul 4:00 petang.... KLIA sudah penuh sesak.
Pukul 9:20 malam.... semua pelajar berkumpul untuk taklimat terakhir penerbangan daripada pegawai-pegawai pengiring Kementerian Pelajaran Malaysia.
Labels: Aku Versi Keluarga
12 September ::
Masih berhari raya di rumah mak & abah di Kampung Pauh, Kuala Kangsar/Taiping.
Chu (ibu saudara) datang dari Ipoh dengan familynya. Mereka balik semalam dari Terengganu. Bersembang segala macam isu... makan... bersembang... makan....
Pukul 4:00 petang kami memulakan perjalanan menuju Kuala Lumpur. Hari ini tentu kereta akan bersumbat-sumbat kat atas jalan.
Menyusur jalan Bukit Gantang ke Tol Kuala Kangsar... sudah dapat melihat kenderaan yang merayap kat atas highway PLUS.
Masuk di Tol Kuala Kangsar.... bermulalah episod memandu ala kura-kura. Semua lorong penuh, mendaki dan menuruni bukit menuju Ipoh. Selepas Tol Jelapang, barulah lancar sedikit.
Sepanjang perjalanan hujan... menambahkan lagi cabaran memandu.
Rancangan asal, kami nak singgah dimana-mana rumah saudara-mara kat KL untuk bermalam. Fikir-fikir balik.... rasanya lebih baik kami terus ke KLIA saja.
Kami dah menamatkan sambutan raya... sekarang tiba masa untuk urusan utama selain balik beraya di kampung.
Terus hubungi Lukman, sahabat lama yang tiap-tiap minggu transit di KLIA. Dengan informasi darinya.... barulah aku rasa clear sikit nak ke KLIA, maklumlah ini pertama kali aku memandu ke sana. Selalu tu hanya tersadai semasa transit saja... tak pernah keluar pun dari terminal.
Kami sampai di R&R Tapah lebih kurang 6:30 petang.... semua R&R penuh sesak. Kami berehat lama di sini. Sambil memikirkan nak tidur dimana malam ni... di rumah saudara mara kat KL, di hotel kat KL atau di hotel kat KLIA. Akhirnya kami buat keputusan ke KLIA, supaya senang urusan esok.
Kami menginap di Concorde Inn.... rasa selamat sikit kerana dah dekat dengan KLIA. Mujur bilik masih ada... walaupun hari raya, mungkin ramai keluarga yang bermalam di sini kerana urusan menghantar anak esok macam kami.
Kami memilih tidur di hotel kerana hendak menikmati sepenuhnya bersama keluarga buat kali terakhir sebelum anakanda sulung terbang jauh dan merantau selama 3 tahun.
Sebelum tidur... pekena roti canai dulu. Badan pun dah letih... tidurlah dulu.
( Sorry... tak ada gambar perjalanan malam tadi )
Labels: Aku Versi Keluarga
11 September ::
Hari ini meneruskan pemanduan lagi... dari Balun Bidai menuju Kuala Kangsar/Taiping. Pasal apa Kuala Kangsar/Taiping... pasal Kampung Pauh, Bukit Gantang ni terletak antara Kuala Kangsar dan Taiping. Aku kekadang tak tau nak guna yang mana satu.
Hari raya kedua... tentunya orang sibuk ziarah-menziarah. Kereta kat jalan pun bertambah. Masuk highway.... pun sama keadaannya. Sampai di exit Tol Kuala Kangsar... kereta berbaris dari simpang nak masuk tu lagi.... punya la jauhnya nak sampai ke tol. Kami pun teruskan ke depan... ke exit Changkat Jering. Kat sini pun sama... tapi pendek la sikit jaraknya.
Sampai di rumah... bertutup rapat je.... nampaknya kami yang pertama balik. Adik-adik yang lain belum balik lagi la ni. Tahun ni... dua orang adik beraya di rumah mertua masing-masing.... seorang ke Johor, seorang ke Bagan Datoh.
(Gambar langsung tak ingat nak snap)
Labels: Aku Versi Keluarga
Tuesday, September 14, 2010
10 September ::
Selamat Hari Raya
Pagi-pagi hujan turun lagi.... ke masjid untuk sembahyang raya, dan yang penting juga sebagai mengesahkan kepulangan perantau.... hehehe.
"Oooo Epol... bila bulek?"
"Malam tadik hampai... pukul 12:00"
"Oooo... selamat hari raya... barilaanlah hajaklah kitak"
Tiba masa melaram dengan baju raya.....
Mem Besar & The Gang pakai tema jalur tahun ni.... hehehe. Macam aiskrim!
Labels: Aku Versi Keluarga
09 September ::
Esok dah hari raya.... tiba masa untuk memulakan perjalanan membelah Banjaran Titiwangsa, dari timur ke barat.
Pukul 2:00 petang memulakan pemanduan. Masuk area Tanah Merah dah start hujan. Sepanjang perjalanan sunyi sepi.
Sepanjang perjalanan lancar kerana mungkin sudah ramai yang sampai di kampung masing-masing. Beberapa kereta yang remuk tersadai di tepi jalan menggambarkan betapa mencabarnya pemanduan sehari dua yang lepas.
Pukul 6:30 petang kami sampai di destinasi yang telah dirancang..... Restoran Salim Kari Kepala Ikan, Gerik.
Terawal pula sampai.... restoran pun masih kosong. Aku fikir, mungkin tak ramai yang berbuka puasa di sini, maklumlah last puasa.
Masuk pukul 7:00.... eh!, makin ramai yang singgah, dan akhirnya penuh restoran tu.
(Tahun ni, barangkali tak ada mood nak ambil gambar. Baru perasan, tak ada satu pun gambar sejak keluar rumah tadi. Jadi sorry la... tak ada gambar berbuka puasa)
Pukul 8:00 malam, kembali memulas stereng. Hujan masih renyai-renyai. Masuk ke lebuhraya.... rupanya masih ramai yang balik kampung malam ni.
Pukul 10:00 malam, singgah di R&R Sungai Perak.... kita minum duluuuu. Minum Free... hehehe!
Labels: Aku Versi Keluarga
Tuesday, September 7, 2010
Labels: Aku Versi Keluarga