Sunday, February 8, 2009
Arakian, kononnya.... kisah berlaku di sebuah negeri yang bernama.... ikut suka korang la nak buh nama apa pun.
Subuh-subuh lagi di hari Jumaat yang mulia, berbalam-balam kelihatan pakcik, makcik, nyonya, apek, aci dan aya berkumpul di sebuah bangsal merangkap bus stand. Bila di tanya kenapa sesubuh lagi berkumpul ni?..... dan semuanya pakat melawa belaka, laju je diorang jawab.... ada orang nak bagi tiket bas free.... rombongan nak pegi ke Putrajaya. Waaa..... seronok la! Ada la dalam 20 - 30 orang yang sedang berkumpul di situ, semuanya dengan wajah ceria.... maklumlah nak ke kota raya..... free pulak tu.
Dari ufuk timur, cahaya mula memancar.... sungguh indah melihat pemandangan matahari sedang naik, memancar menyinari permatang dan dengan manjanya menyentuh pepohon pauh nan sebatang.
Matahari yang tadinya bersinar lembut sudah menampakkan bisanya..... kehangatannya makin terasa. Bas yang di tunggu masih tak kunjung tiba. Mereka semua sudah mula tertanya-tanya.
Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta muncul menuju tempat mereka berkumpul ( tak diceritakan pula kereta jenis apa.... Proton Perdana atau Camry) yang pasti itu kereta Ketua Rombongan. Sampai di tepi bangsal kereta itu berhenti. Perlahan-lahan cermin jendelanya turun (menandakan power windownya tak rosak). Semua yang berkumpul memberikan perhatian kepada makhluk yang sedang menyandar selesa. Kemudian dia menjengukkan kepala.
"Minta maaf la semua yeee...... bas tak dapat datang. Bas yang satu lagi sudah dikhaskan dengan mereka yang 'bergelar-gelar' je. Jadi, semuanya boleh la balik ke rumah masing-masing dulu..... lain kali, kalau ada rezeki kita pegi"
Kemudian..... berdesupp, kereta itu meninggalkan mereka yang sedang terpinga-pinga tanpa mampu berkata apa-apa. Walaupun dalam hati mungkin mereka kata.... cis kena tipu la nampaknya.
Kereta ketua rombongan tadi dengan lajunya menuju ke lebuhraya...... nampak benar dia tergesa-gesa. Seketika kemudian dia sudah berada di atas Lebuhraya Utara-Selatan kebanggaan negara, walaupun tiap-tiap tahun dia yang bising minta tol turun harga, disuruh pakai jalan lama tak mahu pula!
Ketua rombongan mengarahkan drebanya memecut melebihi had laju negara..... kerana hendak mengejar bas yang khabarnya sudah menuju ke Putrajaya juga. Dari arah utara dia menuju ke kota raya. Sekejap sahaja dia sudah meninggalkan negerinya dan melintasi sempadan negeri seorang kroninya.
Drebanya kemudian bertanya..... "Boss.... nak singgah sarapan kat Hentian Gunung Semanggol ke?" Si ketua rombongan yang tadi terlena, menggaru kepala...... "tak payah... terus saja. Kita sarapan di Changkat Jering, ada kroni kita dah sediakan kat sana. Nanti kita keluar kejap dari lebuhraya, masuk Changkat Jering", dia memberi arahan kepada sang dreba.
Sampai di Exit Changkat Jering.... drebanya pun keluar simpang. Sebelum keluar dari lebuhraya.... tentunya kena bayar tol. "Boss.... tol siapa nak bayar?" "Hang la bayar.... aku kan selalu bantah bayar tol ni, mana boleh aku bayar". Sidreba pun bayar lah tol tu tanpa membantah.
"Bos nak ikut simpang mana ni.... kiri ke kanan?" "Ikut kanan la.... kan kita nak ke Changkat Jering, kalau ikut kiri sampai ke Bota pula nanti", katanya sambil mengeluarkan handset untuk menghubungi kroni yang dikatakannya tadi.
Sambil drebanya menyusuri jalan menghala ke pekan Changkat Jering. Si Ketua Rombongan terkial-kial cuba menghubungi kroninya. Berkali-kali didail..... handset kroninya gagal dihubungi. Nak kata kat situ di luar liputan tak munaSabah, apatah lagi munaSarawak!
"Macam mana ni bos?", tanya drebanya lagi. "Tak pe... ko jalan terus je.... ikut je jalan tu hala ke Kuala Kangsar. Kalau aku tak dapat kontek dia, kita masuk semula ke lebuhraya kat sana nanti" Drebanya pun akur dengan arahan sekali lagi.
Call..... punya call.... tak dapat-dapat juga. Entah ke mana kroninya menghilang. Si ketua rombongan yang dah berputus asa tak dapat menghubungi kroninya, terus mengarahkan drebanya memandu menuju Kuala Kangsar. tidak lama kemudian dia terlena semula, maklumlah dah berminggu-minggu dia tak dapat tidur.
SiDreba ketua rombongan tu pun sebenarnya dah lama keletihan, kerana sibuk juga berminggu-minggu bersama tuannya ke seluruh kawasan di setiap permatang yang ada pokok pauh sebatang. Akibat keletihan.... sidreba tak berapa dengar arahan bossnya supaya masuk semula ke lebuhraya di plaza tol Kuala Kangsar. Dia dengan konfidennya terus memandu hingga ke bandar di Raja Kuala Kangsar yang bersejarah.
Menuju bandar Kuala Kangsar.... dari jauh dia melihat masjid yang tersohor dengan binaannya yang unik. Tiba-tiba sidreba terasa senak di batu....'tuuut'. Dia dah tak dapat menahan lagi nak pancut! Sidreba fikir lebih baik dia singgah di masjid tu untuk menunaikan hajatnya.
Sampai di masjid dia merasa hairan.... kerana awal-awal pagi begitu, dah ramai orang yang datang ke masjid, ada pula yang siap membawa sejadah sendiri. Sungguh hairan, kerana waktu solat Jumaat masih lama lagi. Tapi kerana dia berhajat hanya nak singgah untuk beristinjak di situ, dia singgah juga.
Apabila kereta dimatikan enjin.... si ketua rombongan tersedar semula dari lena. Sambil menggonyoh-gonyoh mata... (ada la juga tahi mata) dia terus terpinga-pinga, melihat masjid di depan mata. Dia hairan kerana kubahnya tidak berwarna hijau. Tahulah dia ini bukan Putrajaya.
"Sorry la boss.... saya nak ter.... 'tuuut' dah ni.... tak tahan ni", kata drebanya. "Oklah, saya pun nak...'tuuut' juga"
Sampai sahaja di persekitaran masjid.... si ketua rombongan di tegur oleh orang yang semakin ramai berkumpul di situ. Rupa-rupanya.... sahabat-sahabat dari geng dia juga (walaupun sebenarnya dia pura-pura je bersahabat dengan mereka)
Selepas mem....'tuuut' sebentar tadi.... si ketua rombongan kembali ke luar masjid, menyertai sahabat-sahabatnya di luar sana. Bila bersembang tu.... dia diberitahu kroninya dari Changkat Jering tadi dah memalit arang di muka, patutlah dia tak dapat dihubungi sejak tadi. Di situ juga di diberitahu..... dia bukan sahaja dah kena main dengan kroni dari Changkat Jering, malahan kroninya di Behrang juga pun cilok juga.
Si ketua rombongan dah mula gelabah..... dengan segera dia cuba menghubungi kroni-kroni lain yang fikirnya ada di atas bas sedang menuju ke Putrajaya. Seketika kemudian.... mukanya bertukar kemerah-merahan.... cuaca yang pagi yang sejuk nyaman tak mampu menurunkan suhu amarahnya. Mujur tak keluar asap ikut telinga!
Bas ke Putrajaya entah ke mana..... dia tersadai di Kuala Kangsar. Segala yang dirancang terpaksa ditukar..... Apa nak buat..... semuanya terpaksa dibubar. Cita-citanya hendak membawa 30 orang mereka yang 'bergelar-gelar' ke Putrajaya rupanya hanya mimpi di siang hari..... patutlah dia sedap tidur tadi!..... Si ketua rombongan terduduk tak boleh buat apa-apa lagi.... ideanya nak bawa rombongan 30 orang ke Putrajaya pun dah kena cilok.... yang dia nak marah sangat tu, orang lain bawa 4 orang je.... itu pun bukan ke Putrajaya tapi ke Kuala Kangsar saja!
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
lamanya x masuk. punya lama, sampai negeri dah tukar mb baru. lama x lama tuh!
tauuuuu je cerita...ko ikut sama ya dlm bas tu...
psst - ckLah pegi Shah Alam masa cuti baru ni dgn kroni dia aje.
mujur dia tak buat sukaneka lawan bowling buah nyior
Pak Yus
Cik Kiah buat rombongan nak pegi beli kain ela eiii... kain buat lapik dulang.... cik lah mesti nak ikut ni
pening pala tok karpal....pala tok nuar ko tebalikkan...you ni jahhhhat tawww....ehehe
(siapa laaa yg nak 'main' dengan dia tu.... hehehe)