Sunday, November 23, 2008

Jadi admin la pulakk...

Ini cerita masalah di PPD yang sudah sekian lama berkarat. Sejak PPD ditubuhkan 5 - 6 tahun dulu, sampai hari ni masalah ni tak selesai2. Masalah website PPD yang terus 'keras' sejak dilancarkan dulu... sampai la ke hari ni.

Ini semua terjadi pasal pegawai yang bertanggungjawab uruskan benda ni.... lebih cakap je dari buatnya... hehehe. Sedangkan masa tu diwar2kan biso belako.

Buat majlis pelancaran website yang agak grand la jugak..... siap panggil pengarah... lancar pakai sentuh bola ada lampu lagi.... huhuhu!

Last-last dari hari pelancaran... sampai la ke hari ni, duk 'keras' cam tu je la..... hampehhh!

Hari ni 7:15 pagi.... aku ke PPD... boss panggil suruh selesaikan benda yang dah berkarat ni. Dia kata dah sampai tahap MEMALUKAN segala jenis kemaluan.

Pagi ni aku bentangkan la karya aku kepada boss..... ok semuanya beres, dia setuju dgn layout aku buat, simple saja tak serabut.

Sebenarnya dah lama diorang suruh buat ni.... tapi maklum saja la kan, kat opis ni kan dah ada Pegawai Khas yang sepatutnya buat kerja-kerja ni, dan aku pulak bukannya kerja kat PPD, jadi aku buat dekkkk je la!

Tapi bila dah boss bagi arahan, sebagai pegawai yang dedikasi (ekhemm!) aku patuh kepada arahaan la kan.... Boss kata dalam masa 3 bulan dia nak pastikan website yang lama tu lenyap di alam maya!

Lepas ni aku jadi webmaster PPD la pulak.... hehehe!

7 Comments:

  1. azza_irah said...
    tahniah2...
    sy yg menurut perintah..
    azlin hashim said...
    sy pun nak belajar balik frontpage ar lepas nih.. nak buat laman web..
    Shifu67 said...
    azza- turut perintah tu pun..... kena tengok2 gak, asal bahagia

    azlin- nak wat website ghape... pade dgn blog je la kot... hehehe
    xiiinam751 said...
    Errr...pastu jadi PPD la pulak...Amiiiiin.
    Shifu67 said...
    cik lah- tak yah jadi ppd.. asalkan yg duk kat situ boleh bagi surat kat kita, masa diorang gi langkawi ke... mana ke, kita pun boleh gi gak..... yg pentingnya tak de sapa berani nak lempar kita ikut suka... hehehe!
    Cikgooden (Selumbar Emas). said...
    mu tobat best buleh buat web site...

    sori ari tu..takdan nok singgah bachok...derek klek teruh..

    ( kena budu ganu, truh kena cakap kok belah nu..ha ha ha)
    Shifu67 said...
    gi ghanu makang nasik dagangg, ditepi longkang, jangangg duk tekangkangg!...hehehe

Post a Comment