Sunday, November 9, 2008

Opss Bersih

Dah 2 bulan belakang rumah tak di mesin... maklumlah bz, tambahan pula tunggu jagung tua untuk dipetik. Tanaman-tanaman lain semuanya dah habis..... batas sayur pun dah naik rumput. Sebagai persediaan untuk menjalankan projek Bumi Hijau Fasa II, kerja-kerja pembersihan boleh la dimulakan, nanti bila cuti sekolah, bolehlah terus beraktiviti tanam sayur. Risau gak tengok belakang rumah... anaconda pun boleh buat sarang ni!



Sebelum operasi bermula.... apa-apa hal pun kena buat persediaan fizikal dan mental secukupnya dulu. Pagi ni sarapan 'nasi berlauk' gulai ike ayo Che Ana sebungkus.... diulangi sebungkus je!

"guano pakai baju hari ni", tanya Mem Besor. "ikss.. kan nak ambil gambar bubuh dalam blog". Selalunya aku tak pakai baju... hahaha!




Meragam la pulak mesin ni.... semput cam tak de power je





Taraaaa..... dah clear.




Dengan kerjasama padu daripada Mem Besor








Entry tambahan......




Yang ni bukan rumput ni... ini daun kesum... kalau buat kuah laksa penang tak de daun ni, tak de maknaaa la kaaa!




Minum air kelapa muda sedap gak ni!


Cabai burung... walau pun colour puteh, bila masak tetap merah la. Pedas sangat la pulak lada ni, kes banyak sangat bubuh baja tahi ayam kot, baja kompos or baja organik le tu! Tips... kalau tak nak lada pedas sangat jangan bubuh baja organik. Aku suka yang cam tu pasal boleh mamah cam tu je!



Pokok buah naga yang aku semai dua bulan lepas pun nampaknya dah mula bercambah, lepas ni boleh la pindahkan kat lokasi tetap.... emmmm kat mana la aku nak tanam dia ni!



Terung ni group tanaman terakhir aku dalam Projek Bumi Hijau Fasa I.... baru tinggi paras lutut, tu yang buah meleret sampai tanah tu!



Ini semua bahan buangan yang dibersihkan hari ini... jangan buang cam tu je, semua ni berguna sebagai bahan asas untuk buat baja kompos. Korang tau tak cam mana nak buat baja kompos.... haaa, aku baru bercadang nak buat Ebook pasal tu..... tungguuuu!


12 Comments:

  1. azza_irah said...
    wahhh...bagus2..
    perancangan yg sungguh rapi..jangka panjang..ekeke..so awl cuti bercucuk tanam..dlm cuti ahsilnya dah boleh dituai...bagusss...
    Shifu67 said...
    maklum laaa.... cuti ni mem besor tak de kat rumah. Layan cangkul tanah je laa.... hehehe

    emmm..... bila diorang nak start jamuan ni... minggu ni hari2 jamuan kat sekolah
    azza_irah said...
    waa..nyampah nyaaa.asik jamuan...kita nih yg penattt..mggu ni penuh aktiviti..adehhh
    Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...
    clear lagu tu bang?...he he he.


    cuti ni aku nak ke kelantan...jaga hang kat sana..aku serbuuuuu.
    xiiinam751 said...
    He...he...he....sama plak aktiviti kita pepagi minggu ni....ckLah pun 'berkebun' jugak. Meh blog ckLah...
    Shifu67 said...
    azza - aktiviti mende lagi minggu last ni... dah nak cuti dah, bergumbira je laaaa

    COden - Clear kat area utk batas sayur tu la.... mesin rumput aku meragam la pagi tu... nak habis pitis lagi le tu

    Cklah - jom bercucuk tanammm!
    Mak Su said...
    wah.... kehijauan dan peluh... sangat menarik, saya suka. tapi, tak pasti lagi bab kerajinan, ahaks.

    ni yang nak keluarkan duit epf nak buat beli tanah plaks ni...huhuhu
    KAKTINY said...
    mem besor lagik terror.. pakai baju MILO.. sihat dan cergas.. kalah shifu... hahahahhahaaa...
    azlin hashim said...
    Yg gmbr kat atas sekali tu halaman rumah ker? bior betul? rasanya benda tu lebih tinggi dr saya,

    nak dgr citer tak? org katakan kalo pokok cili kat umah pedas, tuannyer ala2 kedekut gitu.. huhu...
    Shifu67 said...
    Mak su - nak tunggu beli tanah... emmm beli sayur kat kedai je laa

    Kaktiny - Tu dah kira ok le tu... selalunya uniform dia baju yg org bagi masa pilihanraya hari tu... ala yg ada gambar penimbang tu siap dgn gambar calon lg... mem aku penyokong tegar... hehehe

    azlin - ni kat belakang rumah. 'Benda' apa yg lagi tinggi dari ko tu. Kat mana la ko dpt petua tu... ada la yg nak kena cabai mulut nii... hehehe!
    Brahimnyior said...
    Saya singgah di sini, salam perkenalan.

    Sudikan bertandang ke blog saya.

    Saya link blog sdr dalam tautan saya.
    Shifu67 said...
    brahim - selamat dtg ke blog kawe yg tak seberapa ni. Kawe tak leh nak update link blog kekawan lagi... pasal online kat sekolah je ni... tak sempat nak 'bertumas' nnt bila streymx kawe dah ok... baru la nak buat semua tu

    errrr..... demo tokey nyior ko? :)

Post a Comment