Saturday, February 28, 2009
Persoalannya..... adakah Misbun tidak layak sebagai jurulatih? Tentunya banyak perbezaan antara Misbun yang sudah masak dengan badminton dengan seorang guru yang juga jurulatih badminton di sebuah sekolah di Hilir Perak, malahan guru itu juga mendakwa dia satu-satunya Hakim wanita bertauliah di sana. Adakah sesiapa hendak mempertikaikan kelayakkan Misbun sebagai jurulatih, setelah hampir seluruh usianya bergelumang dengan badminton? Rasanya.... bila bercakap pasal badminton, tentunya Misbun akan dianggap OTAI bagi yang terlibat dengan permainan ini. Jurulatih badminton kat Hilir Perak tu pun mungkin fikir begitu, dan sedar hakikat itu..... walaupun dia memiliki E90 yang boleh mengekses internet walau dimana pun berada.... hehehe!
Malangnya.... Misbun akhirnya terjebak juga ke dalam rencah yang memualkan apabila tidak memiliki sekeping kertas yang bernama Sijil Sains Sukan Tahap III. Tanpa kertas itu.... kreadibiliti Misbun sebagai jurulatih akan dipertikaikan. Cuma yang lucunya, pada masa yang sama 'orang-orang' yang bertanyakan kertas itu daripada Misbun juga berkata.... "kami tahu ramai jurulatih Sains Sukan Tahap 3 ini tidak aktif". Maknanya.... mereka cuma ada sijil tapi tak buat kerja pun!
Errr.... sekejap... kenyataan tadi mungkin kurang tepat... mungkin pemberita salah faham atau mungkin pemberita tu pun memang tak faham hal tu.... hehehe.
"kami tahu ramai jurulatih Sains Sukan Tahap 3 ini tidak aktif".... rasanya bukan begitu maksudnya... kerana antara hal kejurulatihan dan hal sains sukan tu dua perkara yang berbeza.
Sebagai jurulatih... untuk mendapat tauliah, perlu ada Sijil Kejurulatihan yang biasanya terbahagi kepada 3 tahap. Selain daripada Sijil Kejurulatihan.... perlu juga ada Sijil Sains Sukan, yang juga terbahagi kepada 3 tahap. Maknanya.... tanpa Sijil Kejurulatihan, seseorang itu tidak dianggap bertauliah sebagai jurulatih. Biasanya, setelah memiliki Sijil Kejurulatihan Tahap I.... seseorang itu akan menghadiri pula Kursus Sains Sukan dan mengambil exam untuk mendapatkan Sijil Sains Sukan Tahap 1...... begitulah seterusnya. Sijil Sains Sukan ni dianggap pelengkap kepada pengtauliahan seseorang jurulatih.
Realitinya.... seorang jurulatih yang melaksanakan tugasnya sebagai jurulatih (bukan semua yang ada sijil jurulatih menjadi jurulatih) selalunya hanya akan menumpukan terlebih dahulu bagi mendapatkan sijil kejurulatihan hingga tahap II atau III, kerana itu lebih bermakna dengan kerja buatnya sehari-hari. Dan selalunya mereka akan mengabaikan sekeping sijil sains sukan kerana benda tu hanyalah sekadar pelengkap sahaja..... sehinggalah satu hari mereka akan terjebak kepada birokrasi yang menilai sekeping kertas!
Psssttt.... ada satu lagi situasi yang lain, iaitu..... di luar sana, ada pula yang memiliki Ijazah Sains Sukan, malahan Ijazah Master Sains Sukan dari universiti. Puak-puak ni pun lagi satu hal.... ada ijazah tapi bukan bermakna mereka jurulatih, kerana mereka tidak memiliki Sijil Kejurulatihan. Sebab tu mereka ni selalunya akan lenyap begitu saja setelah memiliki ijazah. Ijazah hanya gantung kat dinding saja..... hahaha!
Kenangan semasa mengikut Kursus Kejurulatihan Olahraga Tahap I di Kuantan pada 1998. Peserta kursus pelbagai... ada cikgu, polis, askar, atlit pencen, anak dara, mak dara...... hehehe. Ada antara mereka sekarang ini sudah menjadi jurulatih peringkat kebangsaan, ada yang menjadi pegawai sukan dan tentunya ada juga yang dah bersara menjadi jurulatih...... gambar diambil pada pagi sebelum majlis penutup kursus. Ini group 'power position'..... siapa yang hadir kursus jurulatih olahraga, tentu faham apa maksud 'power position'..... hehehe. Mata merah, pasal malam tu tak tidur pun... maklumlah setelah 18 hari berhujan berpanas.... malam terakhir tu kami 'berparti-partian' la sikit. Semua bergaya dengan tshirt bercop Jurulatih Olahraga.... IAAF Level I...... sebelum ni jenuh pakai tshirt cop Milo.... hahaha! Lain kali aku tulis cerita pasal suka duka mengikuti kursus jurulatih, atau pun mungkin rencah dunia kejurulatihan.... walaupun aku hanya jurulatih kampung..... tungguuuuu!
Labels: Aku Versi Hobi, Aku Versi Lelaki
"Sofiaaaa.... jangan guna berus.... habisla calar keta abahhhh"
Ni sebab aku tak nak basuh kereta.... dah sebulan panas tak hujan-hujan.... tak semena-mena, hari ni hujan.....
Masa sarapan tadi.... mem kata dia dah buat macam yang aku cakap.... macam mana caranya nak polish kereta..... dia kata, keta dia dah bersinar-sinar....
psttt.... jangan ada pula sesiapa yang mendakwa.... aku telah mendera anak bini suruh basuh kereta. Percayalah..... entah apa anginnya.... mem aku kata nak polish kereta, tak penah-penah dia buat selama ni sebenarnya. Kebetulan hari tu..... bila tah..... aku terbeli benda-benda tu kat amoi yang ramah menyapa kat parking keta. Aku pun tak tau apasal aku beli.... pasal nak polish kereta ke.... atau pasal amoi tu kata....
"Abang.... ini bagut punya balanggg..... sekali ngooosokk tahan 5 mulannn..... itu lampu lepan sulah kuning... kalu ngoosokk, bole kasi clear malikkkk, kalu tak peecaya saya kasi ngoosoook sekalang, sekalang bole clear looo"
"Ok.... try gosok nak tengok cam mana"
Amoi yang pakai baju tido tu pun gosok la kat lampu depan Rusa aku..... gosok.... gosok.... gosok...... emmmm..... memang clear...... memang CLEAR sungguhhh..... hehehe! Tak cukup satu lampu... gosok la dua-dua lampu sekali kannn..... tak kan la nak clear sebelah je. Amoi tu pun gosok lagi satu lampu.... gosok.... gosok... gosok.... haaaa.... dua-dua lampu dah CLEARRRR.....
"Abanggg.... mali tengok... tengok lekat-lekat ahhhh.... mulih clear ke tak mulihhh". "Haaa.... abang, macam mana.... sulah clear ke mulum..... tengok lekat-lekat laaa abangg.... tengok manyak clearrr". Aku angguk je, "ya... ya... clear... clear"
Kesian aku kat amoi yang bersungguh-sungguh gosok-gosok lampu depan Rusa aku tu.... aku beli apa yang dia jual tu... sebotol shampoo dan sebotol polish tu.....
"Sekalang halge oferrr.... anam puluu lapan... kalau beli keelai liaa punya halge satu pun sulah ampat puluuu..."
Lepas beli tu..... letak kat stor...... aku pun dah tak ingat. Entah cam mana semalam mem aku jumpa benda tu..... tu yang dia nak try polish keta tu..... tak tau la clear ke dak..... hehehe
Labels: Aku Versi Keluarga
Friday, February 27, 2009
Errr.... tajuk tu peribahasa dulu-dulu.... aku nak tukar jadi.... basuh kereta sindir suami.... hehehe
Hari ni Jumaat..... hari minggu bagi negeri2 yang sewaktu dengannya..... hari minggu.... hari bermalas-malasan bagi yang kerja gomen.... lain yang kerja sendiri macam Pak Yus tu. Aku yang sudah keletihan bekerja sepanjang minggu (letih ukuran orang kerja gomen, bukan letih ukuran orang kait buah kelapa sawit).... hari ni lah nak santai-santai depan tv ke.... baca blog ke..... sambil guling-guling atas katil.... sambil sarapan atas katil.... lepas tu terus sambung tidur.
Pukul 9:00, puas guling-guling...... rasa sunyi pulak.... jenguk kat luar..... alamak mem aku bertungkus lumus membasuh kereta. Amboii.... tiba-tiba je teringat dengan peribahasa 'pukul anak sindir menantu'.... hehehe!
Rusa aku tu kali terakhir dibasuh, rasanya masa nak balik kampung Aidil Fitri tahun lepas.... selepas tu, aku hanya basuhnya dengan bantuan alam semulajadi je. Kan lepas tu musim hujan.... jadi kira sambil-sambil basuh la tu.... bila hujan je... letak kat luar garaj...... dah selesai.
Satu lagi sebab aku tak basuh ialah... kat depan rumah aku tu masih belum ditar lagi.... hanya batu kelikir je.... slow betul kontraktor yg dapat pojek besarkan jalan tu buat kerja. Hanya minggu lepas baru ditar lapisan pertama. Jadi selepas ni, kira berbaloi la kalau basuh kereta kannn!
Hari Jumaat.... sebenarnya bukanlah hari untuk bersantai-santai sangat pun... hanya sebelah pagi je free sikit.... selepas Solat yang khas untuk pria sahaja tu.... kami dah ada rutin tetap sebelah petang. Seperti biasa, kami akan menunaikan tanggungjawab mak bapak zaman ini, yang menyerahkan anak dibawah jagaan Kerajaan Malaysia. Minggu ni Shabah balik, jadi hanya tinggal satu tempat saja yang perlu dilawati. Kalau tidak... pukul 3 dah kena memulakan aktiviti lawatan.
Silmi sudah di tahun terakhirnya di SMS Tengku Fariz... maknanya sudah masuk 5 tahun kami berkelah kat sekolah dia. Sebagai seorang senior.... jadi kami hanya singgap sekejap je... sekadar hantar bekalan tambahan.... (takut anak lapar.... padahal gomen dah bagi cukup makan).
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Tuesday, February 24, 2009
Stadium Kuantan, 1998..... "Petang esok pukul 5:00..... pukul 5:00 jam saya ialah 4:50".... demikian kata-kata Hanafiah Nasir, 'orang besi Malaysia' yang kemudiannya antara 'super coach' kat Malaya. Kata-kata itu diucapkkannya setelah seminggu dia bersabar melihat kami melanggar 'pantang'. Sebelum itu... kami dah makan 'pesembor'nya yang panas-panas. Selepas itu kami akan pastikan.... kami yang sampai lebih dulu kat trek dari dia..... kalau tidak dia akan kata.... "awak berhutang dengan saya 10 minit". Yang itu kira ok la.... asal jangan sampai dia kata..... "pegi balikkkk, saya tak nak tengok muka awak hari ni".
Sekarang bila aku menjadi jurulatih.... itulah juga antara 'pantang' yang aku amalkan. Sebagai jurulatih.... ada bebrapa perkara yang selalunya dianggap 'remeh' oleh atlit. Antaranya kesanggupan dan berdisiplin menepati masa...... aku cukup pantang kalau atlit yang lewat datang latihan..... datang pula lenggang-lenggok macam itik.
Hari ini..... jam menunjukkan 5:35 petang..... dan kesabaran aku sudah berakhir. Dan hari ini..... aku 'sembor'kan kembali ayat itu......... dengan tokok tambah sikit, dihiasi dengan celikkan mata..... "siapa yang nak training niiii, awak ke saya?". Aku pun melangkah tanpa berpaling lagi, mahu pun menunggu jawapan dari mu.... start kereta.... broommm.... balik!
Ingat..... kalau tak sanggup menepati masa.... jangan jadi jurulatih.... walaupun ada bapak segala degre master sains sukan sekali pun..... kalau jadi guru sukan tak pe!
Labels: Aku Versi Hobi, Aku Versi Lelaki
Friday, February 20, 2009
Kebanyakkan orang selalunya tahu 'jalan masuk'..... bila nak 'masuk'..... pelbagai cara dilakukan untuk memastikan dapat 'masuk'. Semua orang akan berusaha untuk 'masuk'..... tak kira layak atau tak layak.... janji dapat 'masuk', kerana bila dah dapat 'masuk'.... pedulikan lah apa nak jadi..... yang penting sudah dapat 'masuk'
Kebanyakkan orang yang sudah 'masuk' biasanya tak pernah ambil tahu macam mana pula nak 'keluar'..... hingga terpaksa ditunjukkan 'jalan keluar'..... dan kadang-kadang, walaupun sudah ditunjukkan 'jalan keluar' sekali pun, masih tak mahu 'keluar'. Akibat tak tahu 'jalan keluar' ni payah juga...... tu yang ramai tempuh dinding, tempuh pagar.... tu belum kira lagi yang angkat sepanduk macam kat.... tutttt.... hari tu!....... hehehe
Opsss.... entry ni bukan nak sentuh pasal orang yang tak mau 'keluar' walaupun sudah ditunjukkan 'jalan keluar' macam kat..... tuttt...... tu, tapi aku nak kongsi sesuatu yang memang jarang orang nak ambil tahu...... apa dia?...... Jalan Keluar Perkhidmatan Awam.
Mungkin entry ni khusus untuk kakitangan kerajaan.... tapi tak de la pula menjadi halangan untuk dibaca oleh sesiapa pun. Entry ini mungkin dalam kelas 'tahukah anda?' jugak la kot!..... kerana aku rasa bukan semua yang kerja gomen pernah ambil tahu macam mana 'jalan keluar' dari perkhidmatan. Maka... sukalah kiranya aku nak kongsi info yang baru aku baca kelmarin, kerana mungkin bukan semua orang menerima kertas edaran tentang ini. Kertas edaran ini terkandung di dalam buku koleksi kertas kerja semasa Hari Profesional Guru Besar 2008, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Maknanya bagi yang bukan Guru Besar mungkin tak akan dapat maklumat ni.... walaupun cikgu tu badannya besar...... hahaha!
OK... berikut adalah apa yang tercatat di dalam kertas edaran itu.....
KERTAS MAKLUMAN
HARI PROFESIONAL GURU BESAR 2008
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN
JALAN KELUAR (EXIT) PERKHIDMATAN AWAM
Tujuan
1. Kertas ini bertujuan menarik perhatian guru-guru besar sempena Hari Profesional Guru Besar 2008 mengenai dasar dan peraturan yang ada berhubung dengan langkah yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan atau pegawai itu sendiri sebagai jalan keluar (exit) perkhidmatan awam.
Latar Belakang
2. Perkhidmatan awam telah menyediakan jalan masuk seperti yang digariskan di dalam undang-undang dan peraturan-peraturan dengan peranan dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan sebagai Pihak Berkuasa Melantik. Seseorang pegawai yang dilantik tidak boleh kekal atau berada dalam perkhidmatan selama-lamanya disebabkan oleh pelbagai faktor.
Jalan Keluar
3. Oleh kerana semua anggota perkhidmatan awam tidak akan kekal berada di dalam sesuatu perkhidmatan, maka jalan keluar (exit) disediakan melalui penggubalan undang-undang dan peraturan-peraturan dan perlu dipatuhi oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang terlibat.
4. Di antara undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa ialah:
4.1 Perlembagaan Persekutuan
4.2 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (PU (A) 176)
4.3 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 pindaan 2002 (PU (A) 246)
4.4 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan peraturan di bawahnya.
5. Di dalam undang-undang dan peraturan-peraturan yang disebutkan di atas telah dihuraikan pelbagai jalan keluar bagi sesuatu kes yang melibatkan anggota perkhidmatan awam sama ada secara sukarela atau paksa seperti berikut:
5.1 Menamatkan Perkhidmatan
Peraturan 46 dan 47 (PU (A) 176)
(a) Pegawai yang belum disahkan - Peraturan 46 (PU (A) 176)
(i) Menyembunyikan Maklumat Kesihatan
(ii) Akuan Berkanun Palsu - 19 (1) (u)
(iii) Maklumat Berkaitan Pelantikan
(iv) Tidak mematuhi - 19 (1) (c)
(v) Gagal Tapisan Keselamatan
(b) Pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan - Peraturan 47 (1) (PU (A) 176)
(c) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu tetapi gagal disahkan dalam perkhidmatan sekarang dan tidak berjaya untuk dikembalikan dalam jawatan asal - Peraturan 47 (2) (PU (A) 176)
5.2 Perletakan Jawatan
Peraturan 51 (PU (A) 176)
(a) Bukan Pelantikan Tetap - Mengikut syarat lantikan atau 30 hari notis atau sebulan gaji.
(b) Pegawai Tetap dalam percubaan - 30 hari notis atau sebulan gaji.
(c) Pegawai tetap telah disahkan dalam perkhidmatan - 90 hari notis atau sebulan gaji.
5.3 Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam
(a) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu tetapi gagal disahkan dalam perkhidmatan sekarang dan tidak berjaya untuk dikembalikan dalam jawatan asal tetapi telah diberi taraf berpencen.
(b) Pegawai yang melanggar peraturan di bawah (PU (A) 246)
5.4 Buang Kerja
(a) Peraturan (PU (A) 395) - Melakukan kesalahan berat.
5.5 Bersara
(a) Bersara paksa - Seksyen 10 Akta 227
(b) Bersara atas kehendak Kerajaan - Seksyen 11 Akta 227
(c) Bersara pilihan - Seksyen 12 Akta 227
(d) Bersara kerana dilantik berkhidmat dengan pertubuhan - Seksyen Akta 227
5.6 Persaraan paksa
(a) mencapai umur persaraan 55/56 atau 58 tahun - Seksyen 10 (1) 227
(b) Atas sebab kesihatan - Seksyen 10 (5) (a) Akta 227
(c) Jawatan yang dipegang dihapuskan - Seksyen 10 (5) (b) Akta 227
(d) Penyusunan semula organisasi - Seksyen 10 (5) (c) Akta 227
(e) Kepentingan awam - Seksyen 10 (5) (d) Akta 227
(f) Memberi maklumat palsu semasa dilantik - Seksyen 10 (5) (e) Akta 227
(g) Menjadi warganegara asing atau lucut kewarganegaraan Malaysia - Seksyen 10 (5) (f) Akta 227
5.7 Persaraan Atas Kehendak Kerajaan
(a) Kepentingan negara - Seksyen 11 (a) (i) Akta 227
(b) Kepentingan perkhidmatan awam - Seksyen 11 (a) (ii) Akta 227
5.8 Mati Dalam Perkhidmatan
(a) Seksyen 14 Akta 227
Penutup
6. Disampaikan kertas makluman ini untuk perhatian dan panduan semua guru besar sekolah, Jabatan Pelajaran Kelantan.
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Kelantan
Kota Bharu
14 hb Disember 2008
psssttt....... sekarang kalau nak 'keluar' pilihlah 'jalan keluar' yang sesuai. Lepas ni jangan 'langgar dinding atau pagar' bila nak keluar, terutamanya bila telah ditunjukkan 'jalan keluar'.
Labels: Aku Versi Kerja
Thursday, February 19, 2009
Setelah tiga tahun aku berehat daripada hal-hal kejurulatihan olahraga..... tahun ini aku kembali turun ke trek semula. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan 'hawo' di padang, lega la juga sikit kepala otak. Menjadi jurulatih bukan perkara yang enteng.... kalau calang-calang, tak payahlah menyusahkan diri! Cukuplah jadi guru sukan sahaja.
Pagi tadi aku didatangi oleh Setiausaha Sukan/Guru Sukan sekolah......tutttttt.... Dulu sekolah ni aku jadikan Pusat Latihan peribadi. Kenapa begitu?..... kerana kat situ aku melatih budak-budak olahraga tanpa apa-apa bayaran, tanpa apa-apa bantuan, segala-galanya aku buat kerana aku suka dan 'gila' dengan olahraga. Tambahan pula, aku hendak meneruskan program latihan budak-budak tu bila mereka masuk sekolah menengah. Jadi.... walaupun aku bukan guru kat sekolah tu.... tetapi budak-budak tu asalnya budak-budak olahraga aku masa mereka kat sekolah rendah. Kalau aku tak buat begitu, memang sah la tak akan ada sesiapa yang nak 'charoo'.
"Pengetua kawe suruh cari jurulatih, untuk latih olahraga. Kawe royak dah, dulu kita (sekolah dia) ada jurulatih luar. Tu yang kawe cari demo semula tu", katanya.
Aku senyum je la... pasal aku dah agak, apa tujuan dia datang cari aku.
"Sorry la.... sekolah......tuttt.... dah 'beli' kawe untuk latih budak-budak dia", itu je yang mampu aku cakap. Nak cakap lebih-lebih rasa tak tergamak pulak!
Dalam hati sebenarnya panjang lagi aku nak kata..... sorry la.... kawe lo ni tak serupo mulo, kawe lo ni mata duitan.... sekolah tu dah beli kawe, kalau demo nak bayar lebih dari sekolah tu, boleh la kewe pertimbangkan....... masa kawe latih budak-budak demo dulu, tak rajin pun demo tanya khabar, demo tak terfikir pun kawe latih budak-budak tu bertahun-tahun sampai boleh wakil negeri. Bila menang pandai pulak menyohor, sekali pun demo tak sebut pun siapa yang latih....... hehehe, cakap dalam hati je la tuuuu!
Sekolah ni dulu agak tersohor la juga.... tiap-tiap tahun ada yang berjaya hingga mewakili negeri. Sebagai jurulatih, tentunya menjadi kepuasan apabila atlit kita berjaya merangkul pingat emas, dan kemudian berjaya mewakili negeri, atau pun keperingkat yang lebih tinggi. Aku bukanlah nak sombong... tetapi rasanya banyak juga jasa aku untuk mencapai prestasi yang begitu, kerana hendak melahirkan seorang juara.... bukan kerja sehari dua.... paling-paling tidak pun tiga tahun berlatih.... berlatih dengan program yang terancang dan sepenuh masa.
Bukan aku nak bangga diri.... tetapi ternyata, selepas tiga tahun aku tinggalkan sekolah tu...... sekarang ni sudah tidak kedengaran lagi kejayaan yang mereka capai. Budak-budak yang di bawah latihan aku dulu pun, dah hilang begitu saja. Sebahagian besarnya juga terus 'simpan spike' bila aku 'bersara' dulu. Kesian juga masa tu bila meninggalkan mereka.... kesian melihat mereka terkial-kial dan kalah semasa hari pertandingan. Kesian bila mendengar mereka cerita, yang mereka dah tak turun ke padang lagi.
Ternyata.... selepas tiga tahun.... kegemilangan olahraga di sekolah tu juga lenyap. Bukan aku nak mendabik dada..... tapi.... "haaa, sekarang baru korang tau, sekarang baru korang nak cari aku semula!"
Labels: Aku Versi Kerja
Monday, February 16, 2009
Semasa mengajar.... kita sering memberi nota kepada pelajar. Ada guru yang mengambil jalan mudah dengan memberikan nota yang sudah siap dicetak. Akibatnya ramai pelajar hari ini seperti sudah hilang kemahiran untuk 'mengambil' atau mencatat nota. Kehidupan hari ini sudah terlalu dimomokkan dengan sesuatu yang bersifat 'segera'.... semuanya nak cepat, semuanya asal siap.... hinggakan sudah tidak ada lagi unsur-unsur 'seni' yang mengindahkan dan melazatkan sesuatu......
Errrr.... sebagai guru yang perihatin kepada unsur-unsur 'aura' hubungan antara 'pengajaran & pembelajaran'.... aku tidak begitu gemar akan sesuatu yang bersifat 'segera' begitu. Sewaktu berdiri di medan 'tempur'..... kita tentu sedar akan hadirnya unsur-unsur 'ghaib' antara kita sebagai guru dan 30 - 40 orang pelajar di hadapan kita. Unsur-unsur 'ghaib' ini kalau diambil remeh, akan meng'ghaib'kan apa sahaja yang hendak kita sampaikan kepada 30 - 40 orang anak didik di dalam kelas.
Eyahhhh..... panjang la membebelnya...
Hari ini nak kongsi sesuatu yang mungkin sudah ramai lupakan, kerana mungkin kita rasakan tak ada kepentingan pun..... ghapo dio?...... jom kita belajar tentang 'Angka Roman'
Semasa memberi nota... tentu kita sering menggunakan pelbagai tanda kannn.... guna abjad, guna nombor, guna tanda / bullet atau sebagainya. Antara penanda yang popular digunakan ialah angka roman.
i ii iii iv v vi vii viii ix x ....... I II III IV V VI VII VIII IX X....... siapa yang pandai membilang dengan angka roman ini? Selalunya kita hanya menggunakan angka roman hingga angka 10 sahaja, mungkin kebetulan nota yang hendak kita berikan hanya sebanyak itu sahaja, sebelum kita bermula dengan tajuk baru dan notanya pun akan bermula dengan angka satu semula. Mungkin juga kita sengaja berhenti sehingga angka 10, kerana kita sudah tidak tahu lagi macam mana nak tulis nombor seterusnya dengan angka roman...... hehehe!
Ok.... mari kita belajar menulis nombor dengan menggunakan angka roman
oppppp...... saya ada kelas la ..... tunggu saya sambung semula lepas ni?
Sebelum saya sambung semula...... cuba jawab soalan ini..... macam mana nak tulis dengan angka roman, nombor 700!...... siapa yang tau?
6:40 PM-
Harap maaf.... rancangan tergendala sebentar tadi...... ok jom sambung semula pelajaran ilmu hisap kita hari ini.
Saya pun sebenarnya dah lama tertanya-tanya, macam mana nak tulis nombor dengan angka roman sampai ratus-ratus atau ribu-ribu.... kalau sehingga angka puluh tu mungkin boleh la agak. Kebetulan hari ni saya jumpa info pasal angka roman ni.... tu yang teruja nak kongsi tu. Maklumlah saya ni bukan cikgu matematik!
Kita mungkin dah tahu menulis menggunakan angka roman bagi nombor 1 - 10.......
I - 1 - satu
II - 2 - dua
III - 3 - tiga
IV - 4 - empat
V - 5 - lima
VI - 6 - enam
VII - 7 - tujuh
VIII - 8 - lapan
IX - 9 - sembilan
X - 10 - sepuluh
XI - 11 - sebelas
dan seterusnya.....
Kita mungkin dah mula rasa waswas kalau nak menggunakan angka roman bagi nombor 'puluh'.......
X - 10 - sepuluh
XX - 20 - dua puluh
XXX - 30 - tiga puluh
Kita mungkin dah mula garu kepala bila nak tulis angka roman bagi nombor 'puluh' yang lebih besar lagi....... hehehe
XL - 40 - empat puluh
L - 50 - lima puluh
LX - 60 - enam puluh
LXX - 70 - tujuh puluh
LXXX - 80 - lapan puluh
XC - 90 - sembilan puluh
Kita mungkin tak pernah terfikir macam mana nak tulis angka roman bagi nombor 'ratus'......
C - 100 - satu ratus
CC - 200 - dua ratus
CCC - 300 - tiga ratus
CD - 400 - empat ratus
D - 500 - lima ratus
DC - 600 - enam ratus
DCC - 700 - tujuh ratus
DCCC - 800 - lapan ratus
CM - 900 - sembilan ratus
Kita mungkin memang tak tahu macam mana nak tulis angka roman bagi nombor 'ribu'...... (macam aku la... hehehe)
M - 1000 - satu ribu
MM - 2000 - dua ribu
MMM - 3000 - tiga ribu
MMMM - 4000 - empat ribu
MMMMM - 5000 - lima ribu
Wooooo..... macam tu rupanya..... patut la aku hanya tau tulis sampai nombor 30 je dengan menggunakan angka roman..... hahaha! Tetapi sebagai cikgu bahasa Melayu.... aku tak ada kepentingan untuk pandai menulis nombor dengan menggunakan angka roman yang besar-besar nilainya, cukup je la sekadar tahu sampai nombor 10 atau pun paling banyak sampai 30..... tak tau la bagi cikgu subjek sejarah.....hehehe!
Sekian dahulu sesi 'tahukah anda?' untuk hari ini..... hingga kita jumpa lagi!
Labels: Aku Versi Hobi
Thursday, February 12, 2009
Pagi tadi... kawan lama call.... "petang ni ko free dok... kalau tak dok kijoan.... datang ke sekolah aku (padang sekolah) tolong tengok-tengok kan budak-budak tu". "Ok.... berehh... aku free jeee". Aku sekarang ni kan jurulatih pencen... memang banyak la masa free aku bila petang!
Balik sekolah.... hajatnye lepas tengok berita, nak menyenggeng sekejap.... Tapi.... "Abah... kare hantar orghe gi sekolah, ada aktiviti ko.... pukul 3:30". Huh... pukul 3:30.... serba salah la aku nak pejam mata....... Mem Besar belum balik lagi, dia ada kelas SBT.... mungkin dalam pukul 3:30 baru habis.
Lepas hantar Kak Chik kat sekolah dia.... balik semula ke rumah.... Sofia baru balik kelas fardhu ain... lepas tu kawan dia pula sampai. Aku pun tak jadi nak pejam mata...... Aku tengok je Sofia main dengan kawannya.... Mem Besar belum balik lagi, kejap lagi sampai la kot!
Tup..... tap.... tup.... tap.... dah asar.... "Sofiaaa.... tak gi mengaji ke?".... "Quran orghe tinggal kat sekolah.... macam mana nak gi mengaji......." Telinga aku dah mula panas dengar..... bla... bla.... bla..... suara makin tinggi.... Sofia makin kecut. "Kerja sekolah tak de ke?". "Orghe nak buat malam kare. Degree aku makin naik..... "Buat selalu.... bakpo nak tunggu malam.... ambik buku.... buat la ni jugok!'. "Mana buku.... ambik". Sofia ambil buku sambil bersungut-sungut..... "Orghe nak buat malam kare", antara dengar tak dengar. "Buat selalu..... tak payah tunggu malam..... sibuk nak main je..... lain kali siapkan dulu kerja sekolah.... lepas tu kalau nak main... main lah ghapo punnnnnnn". Sofia buat kerja sekolahnya dengan iringan air mata, dan disebelahnya aku berdiri cekak pinggang..... dan..... disulami dengan..... bla.... bla.... bla.... tanpa note!
Pukul 5:00 mem besar masih belum sampai, mungkin dia terus tunggu Kak Chik habis aktiviti ko kat sekolah dia...... tak pe la, tunggu kejap lagi, pasal aku tak boleh tinggalkan rumah kerana Sofia tak pergi mengaji.... tup... tap... tup.. tap...... aku dah mula nak tumbuh tanduk. Janji turun padang pukul 5:00..... tup.... tap.... tup... tap... dah 5:30.... aku dah mula tumbuh taring. Nak tak nak..... bawa Sofia ke padang. Pukul 7:00 sampai di rumah, lepas mengaum kat padang tadi.
Lepas maghrib..... "Abah, nak makan nasi?", mem tanya. Soalan maut la ni.... "Pah tuuuu, nak makan ghapo, kalu tidak nasi?". "Nasi ada dah... tadi lepas ambil Ilah terus beli nasi". "Hooo... kalu dah ada gak, boleh la makan".
Dan..... otak aku makin tersumbat!
Ehhh..... apa cerita nak aku tulis ni sebenarnya..... ada kena mengena dengan tajuk ke?..... cehh.... ni dah jadi cerita lain la pulak ni. Asalnya nak tulis pasal aktiviti sukan yang tengah panas kat sekolah sekarang ni!
Balik semula cerita berkaitan dengan tajuk.
Sekarang ni tentunya di setiap sekolah, tengah kalut-ribut dengan aktiviti sukan.... bulan ni tentunya, segala macam jenis sukan nak habiskan pertandingan peringkat sekolah atau pun zon, sebelum masuk peringkat daerah. Guru sukan sekolah semuanya sibuk belaka sebelah petang.
Guru sukan.... banyak bezanya dengan jurulatih. Kat sekolah hari ini, sukar untuk ditemui lagi jurulatih.... yang ada hanyalah guru sukan sebagaimana yang tercatat di Buku Pengurusan Sekolah. Maka selalunya, guru sukan akan melaksanakan tanggungjawabnya membawa murid-murid pergi bertanding, walaupun tanpa latihan. Esok nak bertanding, hari ni buat pemilihan pemain..... hehehe! Lepas tu, bila masa hari pertandingan, sebahagian besarnya berdoa agar muridnya kalah.... kerana kalau kalah, tugasnya selesai, kalau menang.... panjang pula ceritanya........ hahaha!
Dan otak aku masih lagi tersumbat!
psttt..... gambar-gambar di atas hanyalah sekadar hiasan.
Ini pula gambar sebenar.... aksi seorang guru sukan sepak takraw masa kini!...... hehehe!
Labels: Aku Versi Lelaki
Tuesday, February 10, 2009
Sekarang ni, bising sana-sini pasal orang angkat sepanduk.... masing-masing dengan matlamat tersendiri. Namun percayalah..... sebahagian besar yang angkat sepanduk tu kekadang tak tahu apa-apa pun matlamat angkat sepanduk.... cuma kes tumpang seronok je, lepas tu tumpang angguk.
Petang tadi dapat mesege dari 'Penghulu swasta' batch 80-84.... rupa-rupanya dia dah masukkan entry pasal kisah kami semua dulu berdemonstrasi yang menggemparkan seluruh Ipoh. Seminggu jalan kat depan sekolah kami di tutup oleh polis...... lepas tu dapat cuti dua minggu lebih awal dari yang sepatutnya, dan mungkin itulah saja yang aku rasa manafaat yang paling bermakna hasil dari mogok kami itu..... hehehe!
Kisah yang dicatat oleh lukmanw@uum.edu.my dipetik dari http://izzuddin8084.blogspot.com
Aku hanya ingat-ingat lupa peristiwa yang menjadi lipatan sejarah ini. Tapi kami bersama-sama pelajar senior yang lain bersama-sama membuat sepanduk dari pelbagai bahan kertas, kain, papan dan sebagainya beberapa hari sebelum demonstrasi diadakan. Pada hari sebenar pula kami bersama-sama menjulang sepanduk tersebut.
Antara yang aku ingat ialah Hisham Mat Ali, senior dua tahun dari aku yang mula menunjukkan sifat-sifat kepimpinannya (kemudiannya beliau menjadi Presiden PMIUM). Senior yang lebih tinggi yang aku ingat ialah Nik dan Osman.
Antara kelucuan semasa demonstrasi pula ialah sepanduk yang tertulis ”Janji Saja Lebih!” tetapi dilaungkan dengan ayat berbunyi ”Janji saja Beleh!” kerana kebetulan ada senior yang bergelar ”Beleh”.
Senior juga ada yang merasa kebimbangkan kerana kebetulan ada dua rakan sebaya (Kamarul Ariffin Abdul Ghani dan Muhammad atau Mat Bit) yang kedua-dua ayah mereka adalah pegawai polis. Takut-takut kedua-dua mereka ini membocorkan rahsia siapa yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi. Tetapi rahsia tetap rahsia!
Malah aku juga difahamkan ramai ustaz-ustaz dan gurus-guru yang menyokong dan memberi sokongan terhadap demonstrasi ini. Di antara mereka ialah Ustaz Drs. Hamzah Hj. Supian sendiri.
Baca lagi di sini http://izzuddin8084.blogspot.com/2009/02/090209-kenangan-berdemonstrasi-pada-1.html
Sesungguhnya gambar ini tidak ada kena mengena dengan entry di atas, atau pun sesiapa, samada yang masih hidup, atau mati, apa tah lagi yang sedang meroyan atau pun yang terlompat-lompat..... kepada sesiapa yang mengetahui orang yang bertanggungjawab mengubahsuai gambar ini..... sila laporkan kepada pondok jaga yang terdekat.... ganjaran bersiar-siar menaiki kereta camry colour hitam akan dipertimbangkan, itupun kalau camry tu rosak power window la!
Kalau ada sesiapa yang nak buat bantahan atau saman.... INGAT!... JANGAN MAIN-MAIN SAMA SAYA.... DAN BERSEDIALAH UNTUK MENERIMA AKIBATNYA
Labels: Aku Versi Lelaki
Monday, February 9, 2009
"Abah.... hari ni orghe menyapuhh.... cuci meja... tengok la, semua dah bersih".
"Malam ni Iya nak masak udang lagi.... nanti abah makan..... abah bagi markah dehh!...... markah tertinggi 10, tulis dengan pen merah".
"Ok... ok... nanti abah makan".
Sekarang ni, rumah kami sunyi saja kerana anak-anak yang lain dipelihara oleh Kerajaan Malaysia. Yang tinggal Sofia dan Salsabilah. Kak Lah.... sudah tingkatan 3. Dia sejak awal-awal lagi tak mahu tinggal di asrama. Errr.... mujur juga ada yang sorang ni, kalau dak jenuh juga mem aku menguruskan rumah!... hehehe.
Bila kakak-kakaknya yang lain tak ada di rumah, Sofia menggunakan sepenuhnya peluang untuk menunjukkan dia anak yang rajin. Dia sebenarnya panjang akal sikit.... dia akan sentiasa cuba mengawal aku supaya tidak akan membuat keputusan yang dia tidak ingini. selalunya kes yang berkaitan dengan tidur dengan kami.
"Iya ni dah besar.... dah darjah dua dah..... tak leh la tidur dengan abah dan mak lagi, tidur dengan kak chik la". Ayat tu la yang dia cuba elak, jadi dia akan sentiasa membuat aku tak terfikir dengan bab tu. "Huk alohhh laaaa, orghe kecik lagi". Aku faham sangat dah laaa bab ni.....
"Abah.... cepat la, mari la makan", sambil dia hulur kertas dan pen merah. "Rasa la....". "Lagu mana bah... sedap dok... berapa markah.... 10 ke?"
"Emmm.... ada yang kurang nii..... abah bagi 9 je". "aloh laa.... bakpo?" "Tawar sikit... nanti Iya masak pulak esok abah bagi 10"........ hehehe. Esok entah apa pula la dia buat nak bodek aku.
Labels: Aku Versi Keluarga
Sunday, February 8, 2009
Arakian, kononnya.... kisah berlaku di sebuah negeri yang bernama.... ikut suka korang la nak buh nama apa pun.
Subuh-subuh lagi di hari Jumaat yang mulia, berbalam-balam kelihatan pakcik, makcik, nyonya, apek, aci dan aya berkumpul di sebuah bangsal merangkap bus stand. Bila di tanya kenapa sesubuh lagi berkumpul ni?..... dan semuanya pakat melawa belaka, laju je diorang jawab.... ada orang nak bagi tiket bas free.... rombongan nak pegi ke Putrajaya. Waaa..... seronok la! Ada la dalam 20 - 30 orang yang sedang berkumpul di situ, semuanya dengan wajah ceria.... maklumlah nak ke kota raya..... free pulak tu.
Dari ufuk timur, cahaya mula memancar.... sungguh indah melihat pemandangan matahari sedang naik, memancar menyinari permatang dan dengan manjanya menyentuh pepohon pauh nan sebatang.
Matahari yang tadinya bersinar lembut sudah menampakkan bisanya..... kehangatannya makin terasa. Bas yang di tunggu masih tak kunjung tiba. Mereka semua sudah mula tertanya-tanya.
Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta muncul menuju tempat mereka berkumpul ( tak diceritakan pula kereta jenis apa.... Proton Perdana atau Camry) yang pasti itu kereta Ketua Rombongan. Sampai di tepi bangsal kereta itu berhenti. Perlahan-lahan cermin jendelanya turun (menandakan power windownya tak rosak). Semua yang berkumpul memberikan perhatian kepada makhluk yang sedang menyandar selesa. Kemudian dia menjengukkan kepala.
"Minta maaf la semua yeee...... bas tak dapat datang. Bas yang satu lagi sudah dikhaskan dengan mereka yang 'bergelar-gelar' je. Jadi, semuanya boleh la balik ke rumah masing-masing dulu..... lain kali, kalau ada rezeki kita pegi"
Kemudian..... berdesupp, kereta itu meninggalkan mereka yang sedang terpinga-pinga tanpa mampu berkata apa-apa. Walaupun dalam hati mungkin mereka kata.... cis kena tipu la nampaknya.
Kereta ketua rombongan tadi dengan lajunya menuju ke lebuhraya...... nampak benar dia tergesa-gesa. Seketika kemudian dia sudah berada di atas Lebuhraya Utara-Selatan kebanggaan negara, walaupun tiap-tiap tahun dia yang bising minta tol turun harga, disuruh pakai jalan lama tak mahu pula!
Ketua rombongan mengarahkan drebanya memecut melebihi had laju negara..... kerana hendak mengejar bas yang khabarnya sudah menuju ke Putrajaya juga. Dari arah utara dia menuju ke kota raya. Sekejap sahaja dia sudah meninggalkan negerinya dan melintasi sempadan negeri seorang kroninya.
Drebanya kemudian bertanya..... "Boss.... nak singgah sarapan kat Hentian Gunung Semanggol ke?" Si ketua rombongan yang tadi terlena, menggaru kepala...... "tak payah... terus saja. Kita sarapan di Changkat Jering, ada kroni kita dah sediakan kat sana. Nanti kita keluar kejap dari lebuhraya, masuk Changkat Jering", dia memberi arahan kepada sang dreba.
Sampai di Exit Changkat Jering.... drebanya pun keluar simpang. Sebelum keluar dari lebuhraya.... tentunya kena bayar tol. "Boss.... tol siapa nak bayar?" "Hang la bayar.... aku kan selalu bantah bayar tol ni, mana boleh aku bayar". Sidreba pun bayar lah tol tu tanpa membantah.
"Bos nak ikut simpang mana ni.... kiri ke kanan?" "Ikut kanan la.... kan kita nak ke Changkat Jering, kalau ikut kiri sampai ke Bota pula nanti", katanya sambil mengeluarkan handset untuk menghubungi kroni yang dikatakannya tadi.
Sambil drebanya menyusuri jalan menghala ke pekan Changkat Jering. Si Ketua Rombongan terkial-kial cuba menghubungi kroninya. Berkali-kali didail..... handset kroninya gagal dihubungi. Nak kata kat situ di luar liputan tak munaSabah, apatah lagi munaSarawak!
"Macam mana ni bos?", tanya drebanya lagi. "Tak pe... ko jalan terus je.... ikut je jalan tu hala ke Kuala Kangsar. Kalau aku tak dapat kontek dia, kita masuk semula ke lebuhraya kat sana nanti" Drebanya pun akur dengan arahan sekali lagi.
Call..... punya call.... tak dapat-dapat juga. Entah ke mana kroninya menghilang. Si ketua rombongan yang dah berputus asa tak dapat menghubungi kroninya, terus mengarahkan drebanya memandu menuju Kuala Kangsar. tidak lama kemudian dia terlena semula, maklumlah dah berminggu-minggu dia tak dapat tidur.
SiDreba ketua rombongan tu pun sebenarnya dah lama keletihan, kerana sibuk juga berminggu-minggu bersama tuannya ke seluruh kawasan di setiap permatang yang ada pokok pauh sebatang. Akibat keletihan.... sidreba tak berapa dengar arahan bossnya supaya masuk semula ke lebuhraya di plaza tol Kuala Kangsar. Dia dengan konfidennya terus memandu hingga ke bandar di Raja Kuala Kangsar yang bersejarah.
Menuju bandar Kuala Kangsar.... dari jauh dia melihat masjid yang tersohor dengan binaannya yang unik. Tiba-tiba sidreba terasa senak di batu....'tuuut'. Dia dah tak dapat menahan lagi nak pancut! Sidreba fikir lebih baik dia singgah di masjid tu untuk menunaikan hajatnya.
Sampai di masjid dia merasa hairan.... kerana awal-awal pagi begitu, dah ramai orang yang datang ke masjid, ada pula yang siap membawa sejadah sendiri. Sungguh hairan, kerana waktu solat Jumaat masih lama lagi. Tapi kerana dia berhajat hanya nak singgah untuk beristinjak di situ, dia singgah juga.
Apabila kereta dimatikan enjin.... si ketua rombongan tersedar semula dari lena. Sambil menggonyoh-gonyoh mata... (ada la juga tahi mata) dia terus terpinga-pinga, melihat masjid di depan mata. Dia hairan kerana kubahnya tidak berwarna hijau. Tahulah dia ini bukan Putrajaya.
"Sorry la boss.... saya nak ter.... 'tuuut' dah ni.... tak tahan ni", kata drebanya. "Oklah, saya pun nak...'tuuut' juga"
Sampai sahaja di persekitaran masjid.... si ketua rombongan di tegur oleh orang yang semakin ramai berkumpul di situ. Rupa-rupanya.... sahabat-sahabat dari geng dia juga (walaupun sebenarnya dia pura-pura je bersahabat dengan mereka)
Selepas mem....'tuuut' sebentar tadi.... si ketua rombongan kembali ke luar masjid, menyertai sahabat-sahabatnya di luar sana. Bila bersembang tu.... dia diberitahu kroninya dari Changkat Jering tadi dah memalit arang di muka, patutlah dia tak dapat dihubungi sejak tadi. Di situ juga di diberitahu..... dia bukan sahaja dah kena main dengan kroni dari Changkat Jering, malahan kroninya di Behrang juga pun cilok juga.
Si ketua rombongan dah mula gelabah..... dengan segera dia cuba menghubungi kroni-kroni lain yang fikirnya ada di atas bas sedang menuju ke Putrajaya. Seketika kemudian.... mukanya bertukar kemerah-merahan.... cuaca yang pagi yang sejuk nyaman tak mampu menurunkan suhu amarahnya. Mujur tak keluar asap ikut telinga!
Bas ke Putrajaya entah ke mana..... dia tersadai di Kuala Kangsar. Segala yang dirancang terpaksa ditukar..... Apa nak buat..... semuanya terpaksa dibubar. Cita-citanya hendak membawa 30 orang mereka yang 'bergelar-gelar' ke Putrajaya rupanya hanya mimpi di siang hari..... patutlah dia sedap tidur tadi!..... Si ketua rombongan terduduk tak boleh buat apa-apa lagi.... ideanya nak bawa rombongan 30 orang ke Putrajaya pun dah kena cilok.... yang dia nak marah sangat tu, orang lain bawa 4 orang je.... itu pun bukan ke Putrajaya tapi ke Kuala Kangsar saja!
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
Saturday, February 7, 2009
Dedikasi buat Rahimah.... http://xiiinam751.blogspot.com/2009/02/sonata-seorang-rahimah-hari-hari-kena.html
Cikgu: Laaaa…kamu eksiden lagi. Tahun lepas eksiden jugak kan? Kamu merempit ke?
Dia; Alaaah cikgu, yang tahun lepas tak teruk sangat. Yang ini lagi teruk.
Cikgu ; Apa yang patah?
Dia : Mana ada patah? Tapi 3 jari kaki saya hancur. Habis tulang jari saya cikgu!!
Cikgu : Kena potong lah?
Dia; Eh..tak payah. Doktor kata, tulang-tulang saya akan tumbuh semula.
Cikgu ; (Tulang? Tumbuh semula) Kau temberang lah cikgu kau ni!
Cik Lah.... aku cilok gambar dari blog ko ..... jangan ko saman aku pula
Cerita di bawah tidak ada kena mengena dengan Rahimah.......
Di suatu petang yang aman damai..... beberapa remaja sedang bersembang-sembang di tepi jalan, sambil duduk atas motorsikal masing-masing. Motorsikal yang dibelikan oleh mak bapak mereka dengan hasrat yang sungguh murni... untuk kemudahan anak-anak pergi sekolah. Lokasinya.... jalan Teluk Intan - Changkat Jong.... lebih kurang dekat area Kampung Selabak.
Dalam duk sembang tu..... seperti biasa ada yang test power motorsikal masing-masing. Preng.... preggg.... kemudian mereka bermusyawarah tentang prestasi motorsikal masing-masing. Kiranya.... lebih kurang macam sesi brainstorming la ni.
Selepas selesai sesi brainstorming yang membuahkan hasil itu...... lima daripada mereka pun melakukan 'uji lari' ..... preng.... prenggg... prengggggg........ padel dipulas sambil mereka meniarap. Kemudian, yang tinggal hanyalah kepulan asap.
Tak sampai lima minit.... sayup-sayup kedengaran bunyi motorsikal mereka tadi berpatah balik. Tapi hanya empat orang yang kelihatan. Sebaik sahaja sampai ke pot kumpulan mereka.... ternyata seorang geng mereka yang paling otai tidak berpatah balik....
"hoi.... apasal kejap sangat dah pusing balik?", tanya mamat yang tak dapat menyertai acara 'uji lari' hari ni kerana motorsikalnya ada kat balai polis.
Kawan yang baru sampai tu dengan tergesa-gesa turun dari motosikalnya.....
"Fuyoooo..... habis la kita..... Ra....'tuttt'..... dah kecundang.... tegolek doggggg!". "Aku pegi tengok.... dah tak begerak"
Mamat tadi dengan penuh kesyukuran, menadah tangan ke langit dan berkata, "alhamdulillah..... akhirnya termakbul juga hasrat dia 'nak mati ketika berada di jalan yang lurus'..... aminnnn"
Labels: Aku Versi Jenaka
Kici-kici lembu jaga, sudah besar nak saman raja
Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna
Kici-kici lembu jaga
Undang-undang dia pergi belajar
Jadi loyar pandai temberang suka
Kasi wang Karpal kasi fail buka
Kes baik, dia kongsi belakang kira
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna
Kici-kici lembu jaga
Tara takut banyak bising hantam saja
Langgar macam kerbau pendik juga
Kiyai Arshad kasi tampar sama muka
Karpal suruh saman Tuanku,
patik tak mau, tapi patik tak boleh buat apa!
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna
Kici-kici lembu jaga
Kalau bongkok belakang mesti jeling-jeling
Karpal baik sama Brader Anwar Ibrahim
Pandai lakun cakap pun banyak pusing
Balun lembu, menjerit moo sampai pening
Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna
Kici-kici lembu jaga
Diubahsuai lirik dari lirik asal sini.
Oleh: http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
ingat aaaa.... lu jadi MB sulah cukup.... lu pigi luluk liam-liam.... lu bikin apa kita olang suluh saja
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
Friday, February 6, 2009
Kali terakhir aku menulis cerita yang bersifat politik dan kepartian pada 7 Julai 2008. Ketika itu aku ada sebuah blog yang agak popular juga (aku rasa la... kalau dak pun aku perasan je la..... hehehe. Boleh jenguk disini http://siapanakjawab.blogspot.com ) terutamanya menjelang pilihanraya ke-12 dulu. Selepas tarikh itu aku jadi malas (dibaca letih) nak meneruskan kegiatan menulis cerita yang begitu genrenya. Menulis bukan satu aktiviti yang mudah.... tambahan pula jika hendak menulis yang berkaitan dengan rencah politik.... bukan tulis pakai hentam keromo gitu je!
Sebelum menulis.... tentunya kita kena tahu dengan apa yang hendak ditulis. Nak 'tahu' maka terpaksalah membuat banyak rujukan, membaca, mendengar dan bergaul dengan sumber yang sesuai dengan apa yang hendak ditulis. Menulis cerita politik.... tentunya kena sentiasa peka dengan apa yang berlaku, kerana cerita politik bukan macam buku teks sejarah. Cerita politik akan sentiasa berputar ligat setiap saat. Maka perlukan ketahanan mental dan fizikal, jika hendak menceburkan diri dalam arus penulisan yang begitu.
Satu hari...... aku rasa cukup letih dan rasa tak larat dah nak bertepuk-tampar sebagai blogger politik (kalau pun boleh aku dikategorikan begitu). Tapi aku tak boleh nak buang tabiat menulis...... kemudian aku fikir aku hendak menulis sesuatu yang berlainan.... aku pernah terfikir hendak menulis hal-hal yang berkaitan dengan ICT, kerana kononnya sebagai Jurulatih Utama ICT jabatan (dibaca... bekas Jurulatih Utama ICT), mungkin bidang ni sesuai.... tapi itu pun terlalu berat juga, tambahan kat luar sana bersepah pakar-pakar ICT. Terfikir juga hendak menulis pasal kejurulatihan olahraga (dibaca bekas Jurulataih Olahraga), kerana rasanya kulit aku yang gelap tak cerah-cerah sampai hari ni, kerana terlalu lama berada di atas trek..... tapi itu pun, bukan boleh pakai tulis sembarangan. Nak menulis pasal agama.... lagilah tak daya, setakat belajar masa kat sekolah je, mana cukup.
Kebetulannya.... selepas bulan Julai tu, entah kenapa aku macam melakukan 'semakan' semula kerja buat aku. Kebetulannya mungkin kerana aku dah masuk kumpulan 40'an, walaupun itu bukan alasan. Mungkin juga bukan kebetulan, kerana kita 'hidup' di dunia ni bukannya secara kebetulan tetapi telah tersurat.......
Akhirnya aku membuat keputusan untuk hanya menjadi blogger yang menulis dengan gaya santai dan tidak terikat dengan apa-apa genre penulisan. Aku pun design semula blog..... dengan menggunakan tajuk seperti yang ada sekarang ini, kerana apa pun yang terjadi sepanjang penjalanan kehidupan ini sebenarnya, ada yang tersurat dan yang tersiratnya!
Minggu ini.... peristiwa politik yang berlaku di Perak cukup mengujakan aku sebagai blogger yang pernah bersepak-terajang dengan cerita politik begini. Membuak-buak rasanya hendak menulis..... tetapi aku berjaya bertahan, walaupun tersiar juga sikit seperti entry di bawah. Mem dah mula bimbang.... kerana kalau aku kembali menulis, dah tentu aku akan 'jarang' ada di rumah dan 'sikit' tidur (dibaca..... tidur disebelahnya). Kelmarin (Khamis) aku bergurau dengan mem dengan menghantar sms..... "petang ni nak pegi Ipoh". Tapi itu hanya gurauan, sekadar melepaskan keinginan yang bergelora hendak turut sama berada di lapangan.
Malam ini bukan hendak menulis cerita politik sebenarnya..... cuma dalam debaran 'menyaksikan' gelora politik di Perak, aku kembali melayari segala macam blog & akhbar yang sedang memaparkan cerita masing-masing dengan pelbagai gaya.... aku teringat kembali beginilah keadaan aku sebelum ini..... sedar-sedar ayam dah berkokok.... bini dah lama kesejukan dalam selimut..... hehehe. Eh.... sekarang pun dah pukul 3 lebih!...... ok.... ok nak tutup cerita!
Sebenarnya.... malam ini (2-3 hari ini) aku duk baca blog...... masuk blog biru, masuk blog hijau, masuk blog kelabu dan segala macam blog...... buka utusan, berita harian, mStar, agenda daily, malaysia kini dan yang seangkatan dengannya. Dan tentunya yang antara yang wajib di kunjungi ialah harakah daily. Sebagai blogger dari group 'biru'..... aku mesti tengok apa yang ada di sebelah group 'hijau' sebagai rujukan. Kena tengok apa yang mereka tulis, apa yang mereka 'tembak' (dibaca.... apa yang mereka fitnah).
Oleh kerana aku tidak berniat hendak menulis cerita politik, jadi aku tak akan membuat apa-apa ulasan tentang apa yang aku baca (walaupun 'geram' nak tulis) Cuma aku perhatikan ada sesuatu yang menarik bila membaca HarakahDaily sekarang ni...... tiap kali aku buka.... aku jadi begitu teruja dengan iklan Kopi Janda...... hahahaha!
Malangnya aku tak suka minum kopi...... apatah lagi kopi....... hehehe! Mungkin Kopi Janda tu sesuai dengan YB Nizar yang dah jadi MB janda tu...... hahahaha!
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
Thursday, February 5, 2009
Teman tak akan letak jawatan..... teman baru beli je Camry ni... Teman tak puas pakai lagi!
Patik mohon derhaka – Nizar
Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’........ Utusan Malaysia Online, 6 Feb 2009
Pembangkang mengata dulang paku serpih
zulkifli.bakar@utusan.com.my
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.
Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.
Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik....... Utusan Malaysia Online, 6 Feb 2009
Labels: Aku Versi Parti
Tuesday, February 3, 2009
Ini entry sambungan.... nak letak beberapa gambar untuk kemudahan sepupu sepapat save gambar-gambar masa kenduri kat rumah Achik hari tu.... tak larat aku nak send kat email korang..... korang copy & save la sendiri.
AHAD, 25 JAN 2009
Pukul 5:00 petang.... pengantin datang untuk majlis nikah. Majlis nikah buat di rumah kerana Acik uzur.... dia sebenarnya masih truama pasal baru sebulan lebih kakinya dipotong, belum biasa lagi dengan keadaan fizikalnya yang baru begitu, jadi semua orang tak nak la sebut-sebut sangat pasal tu.... semua buat-buat tak nampak je.... :-)
ISNIN, 26 JAN 2009
Labels: Aku Versi Keluarga
Monday, February 2, 2009
Minggu Lepas.....
Hello..... boleh cakap dengan dengan En. Saiful?
Yeee.... saya
Errr... encik.... saya dari Agensi TM...... bla.... bla.... encik dah bayar ke bill bulan ni?
Oooo.... awak dari TM yeeee..... saya tak bayar bill dah 7 bulan, pasal telefon saya dah tak leh pakai sejak bulan 7 2008 hari tu lagi..... macam mana saya nak bayar..... saya dah tak larat nak buat report..... saya dah meluat dengar alasan TM...... saya dah hubungi bahagian bill....... saya dah cakap..... jangan sesekali hantar bill merah kat saya..... sakit hati saya tengok..... baik korang tengok kat sistem korang, apa yang saya dah repot.... dah 21 kali saya repot..... sampai bila korang nak pasang kabel kat rumah saya ni....... bla.... bla......
Err.... baik cik.....
Malam ini.....
Haloo..... saya dari TM.... nombor report.......... macam mana line streaymx encik.....
Haaa..... yeee..... saya dah meluat dengar cerita korang ni..... nak ada line macam mana.... kabel pun tak de.... saya dah tak larat dah nak buat report ni.... cuba la awak bukak report saya..... eh.... korang ni tulis ke dak repot saya selama ni..... saya dah pernah lapor banyak kali dah....... saya dah pernah lapor..... minta tolong TM siasat kontraktor yang pasang kabel ni..... ada lagi ke dak ni.... ke dah bengkrap......... tak kan la TM tak de sesiapa yang pantau kerja kontraktor..... tolong la tengok sikit..... tak kan la saya kena call korang punya CEO kot..... saya dah tak larat nak cerita....... balik2 korang cakap kabel kena curi..... saya dah buat repot.... kabel kena curi apanyeeee.... kat depan rumah saya ni ada projek besar jalan.... semua tiang TM ke TNB ke.... kena alih...... kontraktor TNB seminggu je buat kerja..... semua siap...... lagi besar tiang diorang..... lagi besar kabel diorang..... kontraktor TM.... bulan 7 hari tu cabut tiang..... bukak kabel..... sampai la ni tak pasang-pasang apa hal?...... TM area sini cakap diorang tak leh buat apa-apa, pasal yg ni bawah kontraktor........ tapi apa ke jadahnye kontraktor korang ni..... sampai sekarang ni tak nampak2 ni....... maaf la..... saya bukan nak marah kat awak..... tapi saya dah meluat..... saya dah jadi gatal telinga bila korang tanya pasal line telefon saya ni.......
Yeee, encik..... saya akan panjangkan repot ini.......
Ikut suka korang la nak panjang ke nak pendek..........
************************************************************************************************
Labels: Aku Versi Lelaki