Thursday, February 5, 2009
Teman tak akan letak jawatan..... teman baru beli je Camry ni... Teman tak puas pakai lagi!
Patik mohon derhaka – Nizar
Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’........ Utusan Malaysia Online, 6 Feb 2009
Pembangkang mengata dulang paku serpih
zulkifli.bakar@utusan.com.my
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.
Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.
Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik....... Utusan Malaysia Online, 6 Feb 2009
Labels: Aku Versi Parti
Sudut baru yang perlu dilihat......Semua ini angkara DAP
Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja.
Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini.
Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti :
- Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ?
- U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer)
Dsb....
- Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi...
- U better learn how to walk first ?
Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka. Kalau raja dahulu kala memberi dikri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya.
Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini.
Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sujurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan.
Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini.
Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka. Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni...
Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam
Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu....
P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...