Friday, February 6, 2009
Kali terakhir aku menulis cerita yang bersifat politik dan kepartian pada 7 Julai 2008. Ketika itu aku ada sebuah blog yang agak popular juga (aku rasa la... kalau dak pun aku perasan je la..... hehehe. Boleh jenguk disini http://siapanakjawab.blogspot.com ) terutamanya menjelang pilihanraya ke-12 dulu. Selepas tarikh itu aku jadi malas (dibaca letih) nak meneruskan kegiatan menulis cerita yang begitu genrenya. Menulis bukan satu aktiviti yang mudah.... tambahan pula jika hendak menulis yang berkaitan dengan rencah politik.... bukan tulis pakai hentam keromo gitu je!
Sebelum menulis.... tentunya kita kena tahu dengan apa yang hendak ditulis. Nak 'tahu' maka terpaksalah membuat banyak rujukan, membaca, mendengar dan bergaul dengan sumber yang sesuai dengan apa yang hendak ditulis. Menulis cerita politik.... tentunya kena sentiasa peka dengan apa yang berlaku, kerana cerita politik bukan macam buku teks sejarah. Cerita politik akan sentiasa berputar ligat setiap saat. Maka perlukan ketahanan mental dan fizikal, jika hendak menceburkan diri dalam arus penulisan yang begitu.
Satu hari...... aku rasa cukup letih dan rasa tak larat dah nak bertepuk-tampar sebagai blogger politik (kalau pun boleh aku dikategorikan begitu). Tapi aku tak boleh nak buang tabiat menulis...... kemudian aku fikir aku hendak menulis sesuatu yang berlainan.... aku pernah terfikir hendak menulis hal-hal yang berkaitan dengan ICT, kerana kononnya sebagai Jurulatih Utama ICT jabatan (dibaca... bekas Jurulatih Utama ICT), mungkin bidang ni sesuai.... tapi itu pun terlalu berat juga, tambahan kat luar sana bersepah pakar-pakar ICT. Terfikir juga hendak menulis pasal kejurulatihan olahraga (dibaca bekas Jurulataih Olahraga), kerana rasanya kulit aku yang gelap tak cerah-cerah sampai hari ni, kerana terlalu lama berada di atas trek..... tapi itu pun, bukan boleh pakai tulis sembarangan. Nak menulis pasal agama.... lagilah tak daya, setakat belajar masa kat sekolah je, mana cukup.
Kebetulannya.... selepas bulan Julai tu, entah kenapa aku macam melakukan 'semakan' semula kerja buat aku. Kebetulannya mungkin kerana aku dah masuk kumpulan 40'an, walaupun itu bukan alasan. Mungkin juga bukan kebetulan, kerana kita 'hidup' di dunia ni bukannya secara kebetulan tetapi telah tersurat.......
Akhirnya aku membuat keputusan untuk hanya menjadi blogger yang menulis dengan gaya santai dan tidak terikat dengan apa-apa genre penulisan. Aku pun design semula blog..... dengan menggunakan tajuk seperti yang ada sekarang ini, kerana apa pun yang terjadi sepanjang penjalanan kehidupan ini sebenarnya, ada yang tersurat dan yang tersiratnya!
Minggu ini.... peristiwa politik yang berlaku di Perak cukup mengujakan aku sebagai blogger yang pernah bersepak-terajang dengan cerita politik begini. Membuak-buak rasanya hendak menulis..... tetapi aku berjaya bertahan, walaupun tersiar juga sikit seperti entry di bawah. Mem dah mula bimbang.... kerana kalau aku kembali menulis, dah tentu aku akan 'jarang' ada di rumah dan 'sikit' tidur (dibaca..... tidur disebelahnya). Kelmarin (Khamis) aku bergurau dengan mem dengan menghantar sms..... "petang ni nak pegi Ipoh". Tapi itu hanya gurauan, sekadar melepaskan keinginan yang bergelora hendak turut sama berada di lapangan.
Malam ini bukan hendak menulis cerita politik sebenarnya..... cuma dalam debaran 'menyaksikan' gelora politik di Perak, aku kembali melayari segala macam blog & akhbar yang sedang memaparkan cerita masing-masing dengan pelbagai gaya.... aku teringat kembali beginilah keadaan aku sebelum ini..... sedar-sedar ayam dah berkokok.... bini dah lama kesejukan dalam selimut..... hehehe. Eh.... sekarang pun dah pukul 3 lebih!...... ok.... ok nak tutup cerita!
Sebenarnya.... malam ini (2-3 hari ini) aku duk baca blog...... masuk blog biru, masuk blog hijau, masuk blog kelabu dan segala macam blog...... buka utusan, berita harian, mStar, agenda daily, malaysia kini dan yang seangkatan dengannya. Dan tentunya yang antara yang wajib di kunjungi ialah harakah daily. Sebagai blogger dari group 'biru'..... aku mesti tengok apa yang ada di sebelah group 'hijau' sebagai rujukan. Kena tengok apa yang mereka tulis, apa yang mereka 'tembak' (dibaca.... apa yang mereka fitnah).
Oleh kerana aku tidak berniat hendak menulis cerita politik, jadi aku tak akan membuat apa-apa ulasan tentang apa yang aku baca (walaupun 'geram' nak tulis) Cuma aku perhatikan ada sesuatu yang menarik bila membaca HarakahDaily sekarang ni...... tiap kali aku buka.... aku jadi begitu teruja dengan iklan Kopi Janda...... hahahaha!
Malangnya aku tak suka minum kopi...... apatah lagi kopi....... hehehe! Mungkin Kopi Janda tu sesuai dengan YB Nizar yang dah jadi MB janda tu...... hahahaha!
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
su.... lewatnye tido.... errrr ke awalnya bangun
buat la apa pun asai bahagia, gumbira selalu...