Tuesday, February 10, 2009
Sekarang ni, bising sana-sini pasal orang angkat sepanduk.... masing-masing dengan matlamat tersendiri. Namun percayalah..... sebahagian besar yang angkat sepanduk tu kekadang tak tahu apa-apa pun matlamat angkat sepanduk.... cuma kes tumpang seronok je, lepas tu tumpang angguk.
Petang tadi dapat mesege dari 'Penghulu swasta' batch 80-84.... rupa-rupanya dia dah masukkan entry pasal kisah kami semua dulu berdemonstrasi yang menggemparkan seluruh Ipoh. Seminggu jalan kat depan sekolah kami di tutup oleh polis...... lepas tu dapat cuti dua minggu lebih awal dari yang sepatutnya, dan mungkin itulah saja yang aku rasa manafaat yang paling bermakna hasil dari mogok kami itu..... hehehe!
Kisah yang dicatat oleh lukmanw@uum.edu.my dipetik dari http://izzuddin8084.blogspot.com
Aku hanya ingat-ingat lupa peristiwa yang menjadi lipatan sejarah ini. Tapi kami bersama-sama pelajar senior yang lain bersama-sama membuat sepanduk dari pelbagai bahan kertas, kain, papan dan sebagainya beberapa hari sebelum demonstrasi diadakan. Pada hari sebenar pula kami bersama-sama menjulang sepanduk tersebut.
Antara yang aku ingat ialah Hisham Mat Ali, senior dua tahun dari aku yang mula menunjukkan sifat-sifat kepimpinannya (kemudiannya beliau menjadi Presiden PMIUM). Senior yang lebih tinggi yang aku ingat ialah Nik dan Osman.
Antara kelucuan semasa demonstrasi pula ialah sepanduk yang tertulis ”Janji Saja Lebih!” tetapi dilaungkan dengan ayat berbunyi ”Janji saja Beleh!” kerana kebetulan ada senior yang bergelar ”Beleh”.
Senior juga ada yang merasa kebimbangkan kerana kebetulan ada dua rakan sebaya (Kamarul Ariffin Abdul Ghani dan Muhammad atau Mat Bit) yang kedua-dua ayah mereka adalah pegawai polis. Takut-takut kedua-dua mereka ini membocorkan rahsia siapa yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi. Tetapi rahsia tetap rahsia!
Malah aku juga difahamkan ramai ustaz-ustaz dan gurus-guru yang menyokong dan memberi sokongan terhadap demonstrasi ini. Di antara mereka ialah Ustaz Drs. Hamzah Hj. Supian sendiri.
Baca lagi di sini http://izzuddin8084.blogspot.com/2009/02/090209-kenangan-berdemonstrasi-pada-1.html
Sesungguhnya gambar ini tidak ada kena mengena dengan entry di atas, atau pun sesiapa, samada yang masih hidup, atau mati, apa tah lagi yang sedang meroyan atau pun yang terlompat-lompat..... kepada sesiapa yang mengetahui orang yang bertanggungjawab mengubahsuai gambar ini..... sila laporkan kepada pondok jaga yang terdekat.... ganjaran bersiar-siar menaiki kereta camry colour hitam akan dipertimbangkan, itupun kalau camry tu rosak power window la!
Kalau ada sesiapa yang nak buat bantahan atau saman.... INGAT!... JANGAN MAIN-MAIN SAMA SAYA.... DAN BERSEDIALAH UNTUK MENERIMA AKIBATNYA
Labels: Aku Versi Lelaki
huhu, 1 april 80 saya darjah 5. hingus meleleh lagik!
Pada masa yang sama(3 bulan pertama itu), ada seorang budak perempuan di asrama Taayah yang tiap malam dok menekup muka dengan bantal....nangis sebab teringat mak bapak kat kampung...sakit rindu aku pada kampung...kena tahan sendiri... Sampai sekarang aku tak sanggup nak lepaskan anak aku ke asrama....lembut jiwa aku ni kannnzzzzzz! Ahaks.
Siapakah yang buat aksi berbaring sambil menjeling camera reporter itu...????? Kenapa tak cerita....cover nampak....ha...ha...ha...Jangan kau bawak bakat kau ni ke Kuala Kangsar pulak...den tak ngaku kawan....h...he...he..
ko punya demonstrasi lagi panas laa... kat KK hari tu asap je... hehehe.... aku kekadang tak faham apasal diorang panggil aktiviti angkat sepanduk tu demonstrasi
jane-
gi sapu hingus meleleh tu..... hehehe
CikLah-
Brutal manja je tuu... bila aku balik umah, aku lalu asrama taayah, aku jalan tundukkk je bak teruna sunti.... lagi pun dah letih pasal dari izzuddin aku jalan kaki je, shortcut ikut kubur cina tu.... hehehe Tu belum citer lagi pasal apa yg aku selalu jumpa dalam semak sepanjang perjalanan aku tu.... hahaha
Ampun pak...ampun...he..he..he..
.
.
.
.
.
.
.
Hari tu cik YB dan buah naganya dah kena....itu kerja hantu raya aku tu..he..he..
Sedor pun kau orang tua...eh..silap...Tuan Yang Di Pertua....(Dipertua-tuakan!)
Dan utk tidak mengecewakan, saya juga dgn berat hati melantik ckLah utk menjadi Setiausaha. Jgn lupa berusaha dan yg penting mesti setia.
wakahkah