Thursday, February 19, 2009

Setelah tiga tahun aku berehat daripada hal-hal kejurulatihan olahraga..... tahun ini aku kembali turun ke trek semula. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan 'hawo' di padang, lega la juga sikit kepala otak. Menjadi jurulatih bukan perkara yang enteng.... kalau calang-calang, tak payahlah menyusahkan diri! Cukuplah jadi guru sukan sahaja.

Pagi tadi aku didatangi oleh Setiausaha Sukan/Guru Sukan sekolah......tutttttt.... Dulu sekolah ni aku jadikan Pusat Latihan peribadi. Kenapa begitu?..... kerana kat situ aku melatih budak-budak olahraga tanpa apa-apa bayaran, tanpa apa-apa bantuan, segala-galanya aku buat kerana aku suka dan 'gila' dengan olahraga. Tambahan pula, aku hendak meneruskan program latihan budak-budak tu bila mereka masuk sekolah menengah. Jadi.... walaupun aku bukan guru kat sekolah tu.... tetapi budak-budak tu asalnya budak-budak olahraga aku masa mereka kat sekolah rendah. Kalau aku tak buat begitu, memang sah la tak akan ada sesiapa yang nak 'charoo'.

"Pengetua kawe suruh cari jurulatih, untuk latih olahraga. Kawe royak dah, dulu kita (sekolah dia) ada jurulatih luar. Tu yang kawe cari demo semula tu", katanya.

Aku senyum je la... pasal aku dah agak, apa tujuan dia datang cari aku.

"Sorry la.... sekolah......tuttt.... dah 'beli' kawe untuk latih budak-budak dia", itu je yang mampu aku cakap. Nak cakap lebih-lebih rasa tak tergamak pulak!

Dalam hati sebenarnya panjang lagi aku nak kata..... sorry la.... kawe lo ni tak serupo mulo, kawe lo ni mata duitan.... sekolah tu dah beli kawe, kalau demo nak bayar lebih dari sekolah tu, boleh la kewe pertimbangkan....... masa kawe latih budak-budak demo dulu, tak rajin pun demo tanya khabar, demo tak terfikir pun kawe latih budak-budak tu bertahun-tahun sampai boleh wakil negeri. Bila menang pandai pulak menyohor, sekali pun demo tak sebut pun siapa yang latih....... hehehe, cakap dalam hati je la tuuuu!

Sekolah ni dulu agak tersohor la juga.... tiap-tiap tahun ada yang berjaya hingga mewakili negeri. Sebagai jurulatih, tentunya menjadi kepuasan apabila atlit kita berjaya merangkul pingat emas, dan kemudian berjaya mewakili negeri, atau pun keperingkat yang lebih tinggi. Aku bukanlah nak sombong... tetapi rasanya banyak juga jasa aku untuk mencapai prestasi yang begitu, kerana hendak melahirkan seorang juara.... bukan kerja sehari dua.... paling-paling tidak pun tiga tahun berlatih.... berlatih dengan program yang terancang dan sepenuh masa.

Bukan aku nak bangga diri.... tetapi ternyata, selepas tiga tahun aku tinggalkan sekolah tu...... sekarang ni sudah tidak kedengaran lagi kejayaan yang mereka capai. Budak-budak yang di bawah latihan aku dulu pun, dah hilang begitu saja. Sebahagian besarnya juga terus 'simpan spike' bila aku 'bersara' dulu. Kesian juga masa tu bila meninggalkan mereka.... kesian melihat mereka terkial-kial dan kalah semasa hari pertandingan. Kesian bila mendengar mereka cerita, yang mereka dah tak turun ke padang lagi.

Ternyata.... selepas tiga tahun.... kegemilangan olahraga di sekolah tu juga lenyap. Bukan aku nak mendabik dada..... tapi.... "haaa, sekarang baru korang tau, sekarang baru korang nak cari aku semula!"

12 Comments:

  1. mebby a.k.a ezza said...
    wahhhh..dasat jugak shifu ni yer..walopon dh lama still gak org cari nk guna khidmat shifu..syabbasss...tabik spring la...xper demand tu penting la ni...hikhikhihkihk
    Unknown said...
    tak de laaaa.... saya ni jurulatih yg pemalu...errr... tang lama tu.... saya kurang faham sikit.... :)
    mebby a.k.a ezza said...
    lama tu maksudnyer dh beberapa tawon shifu tinggalkn skola tu la...hikhikhik...
    Unknown said...
    hehehe.... ingatkan 'lama' yg ape tadi.... 3 tahun tinggalkan sekolah tu... baru diorang sedar. Nak memulakan semula bukan kerja mudah.... kena makan masa 2-3 tahun pulak baru la boleh nampak hasil
    ckLah @xiiinam said...
    nak tanya ko satu benda....
    Errr...nama sekolah ko tu, memang Badak ke?
    Atau, nama samaran je tu?
    .
    .
    .
    .
    .
    Tiba2 aku terkenang makcik jual cucur badak yang sergah maut aku dulu....
    Yunus Badawi said...
    Tabik springlah Shifu. Kenapa tak nak jadi jurulatih kat sekolah sekarang ni? Mungkin boleh lahirkan atlet2 berjaya dari kalangan anak murid Shifu.
    SK TANAH RATA said...
    elehhhh....kalau budak tu tak da bakat dan kepantasan semula jadi, shifu sohor camana pun tak boleh jadi jugak. tak gitu shifuuuu!!!!
    ngehhhh...ngehhhh!!!!
    Unknown said...
    CikLah-
    Hahaha.... SMK Badak ni nama real, tapi tak de kena mengena dgn cucur badak... maknanya walaupun nama sekolah tu badak, tak ada la pula badak duk kat situ

    SK TRata-
    memang la kena ada bakat & kepantasan semulajadi, tapi kalau tak de latihan berkarat cam tu je laa... kita coach ni cuma gilap je bakat diorang, rancang program latihan, tunjukkan jalan.... jadi tugas coach yg pertama ialah cari & cungkil bebudak yg ada 'patat siput' tu
    Mak Su said...
    hamboi... hervatnyer shifu. macam cup-cup di peringkat international giteww. brazil cup. wow!
    azza_irah said...
    hebat2...patut nama Shifu...
    Unknown said...
    maksu & azza-
    kawe coach kampung je...... tak de hebat mana pun.... lepas ada sinar sikit, kita serah kat coach2 yg tererr2 kat kl la.... hanya tumpang seronok bila budak2 tu call kita, bagi tau dia sekarang ni menang kat sana, menang kat sini.... dan kita kembali buat kerja 'mencari', 'mencungkil', dan 'menggilap'....
    su said...
    camtulah kan....bila susah baru diorg nak carik yg leh wat keje ni....dulu pandang pon xnak ye x?

Post a Comment