Harian Metro, 27 Feb 2009
Sesiapa yang terlibat sebagai jurulatih tentu faham dengan situasi yang berlaku terhadap Misbun dan Rashid. Dalam dunia badminton..... siapa yang tak kenal dengan mereka ni, memang jenis yang dah monopous la kot! Sebagai pemain badminton, mereka bertaraf dunia...... sebagai jurulatih, mereka juga melahirkan pemain badminton bertaraf dunia. Kalau begitu apa masalahnya lagi?...... haaaa, inilah antara rencah kehidupan yang bukan semua orang faham. Sebagai jurulatih.... pertembungan antara pengalaman dan kepakaran sering berlaku dengan sekeping sijil.
Persoalannya..... adakah Misbun tidak layak sebagai jurulatih? Tentunya banyak perbezaan antara Misbun yang sudah masak dengan badminton dengan seorang guru yang juga jurulatih badminton di sebuah sekolah di Hilir Perak, malahan guru itu juga mendakwa dia satu-satunya Hakim wanita bertauliah di sana. Adakah sesiapa hendak mempertikaikan kelayakkan Misbun sebagai jurulatih, setelah hampir seluruh usianya bergelumang dengan badminton? Rasanya.... bila bercakap pasal badminton, tentunya Misbun akan dianggap OTAI bagi yang terlibat dengan permainan ini. Jurulatih badminton kat Hilir Perak tu pun mungkin fikir begitu, dan sedar hakikat itu..... walaupun dia memiliki E90 yang boleh mengekses internet walau dimana pun berada.... hehehe!
Malangnya.... Misbun akhirnya terjebak juga ke dalam rencah yang memualkan apabila tidak memiliki sekeping kertas yang bernama Sijil Sains Sukan Tahap III. Tanpa kertas itu.... kreadibiliti Misbun sebagai jurulatih akan dipertikaikan. Cuma yang lucunya, pada masa yang sama 'orang-orang' yang bertanyakan kertas itu daripada Misbun juga berkata.... "kami tahu ramai jurulatih Sains Sukan Tahap 3 ini tidak aktif". Maknanya.... mereka cuma ada sijil tapi tak buat kerja pun!
Errr.... sekejap... kenyataan tadi mungkin kurang tepat... mungkin pemberita salah faham atau mungkin pemberita tu pun memang tak faham hal tu.... hehehe.
"kami tahu ramai jurulatih Sains Sukan Tahap 3 ini tidak aktif".... rasanya bukan begitu maksudnya... kerana antara hal kejurulatihan dan hal sains sukan tu dua perkara yang berbeza.
Sebagai jurulatih... untuk mendapat tauliah, perlu ada Sijil Kejurulatihan yang biasanya terbahagi kepada 3 tahap. Selain daripada Sijil Kejurulatihan.... perlu juga ada Sijil Sains Sukan, yang juga terbahagi kepada 3 tahap. Maknanya.... tanpa Sijil Kejurulatihan, seseorang itu tidak dianggap bertauliah sebagai jurulatih. Biasanya, setelah memiliki Sijil Kejurulatihan Tahap I.... seseorang itu akan menghadiri pula Kursus Sains Sukan dan mengambil exam untuk mendapatkan Sijil Sains Sukan Tahap 1...... begitulah seterusnya. Sijil Sains Sukan ni dianggap pelengkap kepada pengtauliahan seseorang jurulatih.
Realitinya.... seorang jurulatih yang melaksanakan tugasnya sebagai jurulatih (bukan semua yang ada sijil jurulatih menjadi jurulatih) selalunya hanya akan menumpukan terlebih dahulu bagi mendapatkan sijil kejurulatihan hingga tahap II atau III, kerana itu lebih bermakna dengan kerja buatnya sehari-hari. Dan selalunya mereka akan mengabaikan sekeping sijil sains sukan kerana benda tu hanyalah sekadar pelengkap sahaja..... sehinggalah satu hari mereka akan terjebak kepada birokrasi yang menilai sekeping kertas!
Psssttt.... ada satu lagi situasi yang lain, iaitu..... di luar sana, ada pula yang memiliki Ijazah Sains Sukan, malahan Ijazah Master Sains Sukan dari universiti. Puak-puak ni pun lagi satu hal.... ada ijazah tapi bukan bermakna mereka jurulatih, kerana mereka tidak memiliki Sijil Kejurulatihan. Sebab tu mereka ni selalunya akan lenyap begitu saja setelah memiliki ijazah. Ijazah hanya gantung kat dinding saja..... hahaha!
Kenangan semasa mengikut Kursus Kejurulatihan Olahraga Tahap I di Kuantan pada 1998. Peserta kursus pelbagai... ada cikgu, polis, askar, atlit pencen, anak dara, mak dara...... hehehe. Ada antara mereka sekarang ini sudah menjadi jurulatih peringkat kebangsaan, ada yang menjadi pegawai sukan dan tentunya ada juga yang dah bersara menjadi jurulatih...... gambar diambil pada pagi sebelum majlis penutup kursus. Ini group 'power position'..... siapa yang hadir kursus jurulatih olahraga, tentu faham apa maksud 'power position'..... hehehe. Mata merah, pasal malam tu tak tidur pun... maklumlah setelah 18 hari berhujan berpanas.... malam terakhir tu kami 'berparti-partian' la sikit. Semua bergaya dengan tshirt bercop Jurulatih Olahraga.... IAAF Level I...... sebelum ni jenuh pakai tshirt cop Milo.... hahaha! Lain kali aku tulis cerita pasal suka duka mengikuti kursus jurulatih, atau pun mungkin rencah dunia kejurulatihan.... walaupun aku hanya jurulatih kampung..... tungguuuuu!
"majulah sukan utk negara!"
hehehe...
nak buat lawatan ke bilik guru disiplin... buat banchmark
Wah! Hebat...hebat. Tapikan bang...
Ini 1998 punya cerita kan? Haiyya...sudah soploh tawon maaaa...
Kalau k9 nak yang lagi klasik...lagi purba, aku ada. Sat ni aku emelkan...tak baik menunjuk2 kat sini...hi..hi..hi
'k9' tu bermaksud 'ko'...
Entahlah....asyik tertekan no 9 je sjk mengE90 ni....
psst - ckLah tolong emailkan kat saya sekali kisah purba tu. cc pun takpe
Entry tersebut tidak berniat untuk mengumpat.... cikgu coach badminton kat Hilir Perak tu hanya sekadar contok untuk tujuan pengajaran semata-mata.... kiranya demi kebaikkan la tuu...
emmm.... sedar juga rupanya, yg jari ko tak muat kat situ.... lagi satu kes berat cincin kot
Pak Yus-
errr.... nak jadi pengadil ke.... dah ada sijil tauliah kategori apa.... hehehe..... bukan apa, kang keputusan dipertikaikan pulak
ko ni saja buat2 tak nak faham apa yg tersirat kat entry tu.... aku saja letak gambar aku masa 1998, ko banding dgn gambar sekarang.... ikss... ko sengaja je tuu
Basketball> aku ada sijil kejurulatihan...
Badminton> aku ada sijil kepengadilan....ya...betul...kepengadilan...memang tak sama...Tu belum seremban, konda kondi, galah panjang....he..he...
Psssst: Bagilah gambar terkini....bab yang itu pun, boleh buat perbandingan antara kita.....menten ke idak...ngeh...ngeh...ngeh...
Kite sebaye ke?....Aku kakak ko tau...sebab aku lahir 1Januari. Hormat sketttt!! Hi..hi..dah...dah...dah...akak nak mengalah jelah....takut nanti adik merajuk pulak...ye dek!!!!
Aku tau kau penghuni bandar raya kosmopolitan KL...aku memang cikgu kampung...Kampung Sungai Manila.....nyampahhh I tawwww..
tau xpe hehehe
YB memang org kosmopolitan.... tapi kann... aku raya YB tak penah naik star atau putra lrt... monorel tu pun belum tentu lagi dia penah naik.... hehehe... aku rasa agakkan aku bab tu betul...
ya Allah, aku mohon perlindungan dari godaan hawa nafsu... aku hambaMu yang lemah dan selalu lalai.....
lebat bunganya...serta buahnya....
La..la...la...
Sambil menggenggam kedua tangan di atas perut....dan berdiri ala wardin...
Yang dinyalakan di malam hari.....2x
Apabila minyak sudah kering,
Iakan pasti padam sendiri......2x
Setelah kita tinggalkan dunia,
Alam yang lain pula mengganti.....2x
(dengan gaya genggam tangan, sambil goyang2 kepala sikit2)