Saturday, February 7, 2009
Dedikasi buat Rahimah.... http://xiiinam751.blogspot.com/2009/02/sonata-seorang-rahimah-hari-hari-kena.html
Cikgu: Laaaa…kamu eksiden lagi. Tahun lepas eksiden jugak kan? Kamu merempit ke?
Dia; Alaaah cikgu, yang tahun lepas tak teruk sangat. Yang ini lagi teruk.
Cikgu ; Apa yang patah?
Dia : Mana ada patah? Tapi 3 jari kaki saya hancur. Habis tulang jari saya cikgu!!
Cikgu : Kena potong lah?
Dia; Eh..tak payah. Doktor kata, tulang-tulang saya akan tumbuh semula.
Cikgu ; (Tulang? Tumbuh semula) Kau temberang lah cikgu kau ni!
Cik Lah.... aku cilok gambar dari blog ko ..... jangan ko saman aku pula
Cerita di bawah tidak ada kena mengena dengan Rahimah.......
Di suatu petang yang aman damai..... beberapa remaja sedang bersembang-sembang di tepi jalan, sambil duduk atas motorsikal masing-masing. Motorsikal yang dibelikan oleh mak bapak mereka dengan hasrat yang sungguh murni... untuk kemudahan anak-anak pergi sekolah. Lokasinya.... jalan Teluk Intan - Changkat Jong.... lebih kurang dekat area Kampung Selabak.
Dalam duk sembang tu..... seperti biasa ada yang test power motorsikal masing-masing. Preng.... preggg.... kemudian mereka bermusyawarah tentang prestasi motorsikal masing-masing. Kiranya.... lebih kurang macam sesi brainstorming la ni.
Selepas selesai sesi brainstorming yang membuahkan hasil itu...... lima daripada mereka pun melakukan 'uji lari' ..... preng.... prenggg... prengggggg........ padel dipulas sambil mereka meniarap. Kemudian, yang tinggal hanyalah kepulan asap.
Tak sampai lima minit.... sayup-sayup kedengaran bunyi motorsikal mereka tadi berpatah balik. Tapi hanya empat orang yang kelihatan. Sebaik sahaja sampai ke pot kumpulan mereka.... ternyata seorang geng mereka yang paling otai tidak berpatah balik....
"hoi.... apasal kejap sangat dah pusing balik?", tanya mamat yang tak dapat menyertai acara 'uji lari' hari ni kerana motorsikalnya ada kat balai polis.
Kawan yang baru sampai tu dengan tergesa-gesa turun dari motosikalnya.....
"Fuyoooo..... habis la kita..... Ra....'tuttt'..... dah kecundang.... tegolek doggggg!". "Aku pegi tengok.... dah tak begerak"
Mamat tadi dengan penuh kesyukuran, menadah tangan ke langit dan berkata, "alhamdulillah..... akhirnya termakbul juga hasrat dia 'nak mati ketika berada di jalan yang lurus'..... aminnnn"
Labels: Aku Versi Jenaka
mamat yang baju biru seluar itam tu ke..? tu dia tengah buat apa tu? Nampak macam tafakur..Mesti baca al-fatihah kan..
nota: aku nak royalti...kalau tak, tolong baca Akta Hakcipta....
kemarin ko tak cakap pulak pasal royalti.... kalau ko tak puas hati ko saman la aku! jgn ko pasang sepanduk kat menara condong dah la
psst - ckLah tu pun namanya Ra... jugakkan?