Thursday, February 12, 2009

Pagi tadi... kawan lama call.... "petang ni ko free dok... kalau tak dok kijoan.... datang ke sekolah aku (padang sekolah) tolong tengok-tengok kan budak-budak tu". "Ok.... berehh... aku free jeee". Aku sekarang ni kan jurulatih pencen... memang banyak la masa free aku bila petang!

Balik sekolah.... hajatnye lepas tengok berita, nak menyenggeng sekejap.... Tapi.... "Abah... kare hantar orghe gi sekolah, ada aktiviti ko.... pukul 3:30". Huh... pukul 3:30.... serba salah la aku nak pejam mata....... Mem Besar belum balik lagi, dia ada kelas SBT.... mungkin dalam pukul 3:30 baru habis.

Lepas hantar Kak Chik kat sekolah dia.... balik semula ke rumah.... Sofia baru balik kelas fardhu ain... lepas tu kawan dia pula sampai. Aku pun tak jadi nak pejam mata...... Aku tengok je Sofia main dengan kawannya.... Mem Besar belum balik lagi, kejap lagi sampai la kot!

Tup..... tap.... tup.... tap.... dah asar.... "Sofiaaa.... tak gi mengaji ke?".... "Quran orghe tinggal kat sekolah.... macam mana nak gi mengaji......." Telinga aku dah mula panas dengar..... bla... bla.... bla..... suara makin tinggi.... Sofia makin kecut. "Kerja sekolah tak de ke?". "Orghe nak buat malam kare. Degree aku makin naik..... "Buat selalu.... bakpo nak tunggu malam.... ambik buku.... buat la ni jugok!'. "Mana buku.... ambik". Sofia ambil buku sambil bersungut-sungut..... "Orghe nak buat malam kare", antara dengar tak dengar. "Buat selalu..... tak payah tunggu malam..... sibuk nak main je..... lain kali siapkan dulu kerja sekolah.... lepas tu kalau nak main... main lah ghapo punnnnnnn". Sofia buat kerja sekolahnya dengan iringan air mata, dan disebelahnya aku berdiri cekak pinggang..... dan..... disulami dengan..... bla.... bla.... bla.... tanpa note!

Pukul 5:00 mem besar masih belum sampai, mungkin dia terus tunggu Kak Chik habis aktiviti ko kat sekolah dia...... tak pe la, tunggu kejap lagi, pasal aku tak boleh tinggalkan rumah kerana Sofia tak pergi mengaji.... tup... tap... tup.. tap...... aku dah mula nak tumbuh tanduk. Janji turun padang pukul 5:00..... tup.... tap.... tup... tap... dah 5:30.... aku dah mula tumbuh taring. Nak tak nak..... bawa Sofia ke padang. Pukul 7:00 sampai di rumah, lepas mengaum kat padang tadi.

Lepas maghrib..... "Abah, nak makan nasi?", mem tanya. Soalan maut la ni.... "Pah tuuuu, nak makan ghapo, kalu tidak nasi?". "Nasi ada dah... tadi lepas ambil Ilah terus beli nasi". "Hooo... kalu dah ada gak, boleh la makan".

Dan..... otak aku makin tersumbat!

Ehhh..... apa cerita nak aku tulis ni sebenarnya..... ada kena mengena dengan tajuk ke?..... cehh.... ni dah jadi cerita lain la pulak ni. Asalnya nak tulis pasal aktiviti sukan yang tengah panas kat sekolah sekarang ni!

Balik semula cerita berkaitan dengan tajuk.

Sekarang ni tentunya di setiap sekolah, tengah kalut-ribut dengan aktiviti sukan.... bulan ni tentunya, segala macam jenis sukan nak habiskan pertandingan peringkat sekolah atau pun zon, sebelum masuk peringkat daerah. Guru sukan sekolah semuanya sibuk belaka sebelah petang.

Guru sukan.... banyak bezanya dengan jurulatih. Kat sekolah hari ini, sukar untuk ditemui lagi jurulatih.... yang ada hanyalah guru sukan sebagaimana yang tercatat di Buku Pengurusan Sekolah. Maka selalunya, guru sukan akan melaksanakan tanggungjawabnya membawa murid-murid pergi bertanding, walaupun tanpa latihan. Esok nak bertanding, hari ni buat pemilihan pemain..... hehehe! Lepas tu, bila masa hari pertandingan, sebahagian besarnya berdoa agar muridnya kalah.... kerana kalau kalah, tugasnya selesai, kalau menang.... panjang pula ceritanya........ hahaha!

Dan otak aku masih lagi tersumbat!

psttt..... gambar-gambar di atas hanyalah sekadar hiasan.







Ini pula gambar sebenar.... aksi seorang guru sukan sepak takraw masa kini!...... hehehe!

14 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Untunglah sekolah Shifu ada padang, ada guru sukan dan ada jurulatih, juruletih dan juruleter.
    Sekolah rendah anak saya padang pun takde. Nak buat sukan tahunan terpaksa sewa Stadium Nasional Bukit Jalil huhuhu
    arianna adrizal said...
    ooo pulak.. sy mmg takde tokoh jd cikgu gamaknye. huhu
    Mak Su said...
    kasik clear, kasik clear.. jangan biarkan tersumbat lama-lama
    jane said...
    haha...
    kena overhaul nih! malam jumaat, kan ?
    Unknown said...
    Pak Yus-
    Bkt Jalil tu lagi la bapakkk padang... bukan semua sekolah boleh sewa tu

    ariana-
    jadi cikgu tak semestinya jadi cikgu sukan atau pun jurulatih

    mak su-
    kena makan tauhu sumbat ke ni

    jane-
    kat sini jumaat cuti.... makenik tak kerja.....:)
    mebby a.k.a ezza said...
    wahhh sifu nih garang gak yer..atuuttt..huhuhu juruletih..dah letih dah ni..ekekkek
    ckLah @xiiinam said...
    Rimau hangen sebab mem lambat balik.....Hok...alah, kesian Sofia...


    Semalam memang celcom hampeh...sebal jugak, sbb tk dpt nak menyohor...

    Pantun dua kerat;
    Hari ini hari Jumaat,
    Aku bangun cepat....
    hua..hua...hua..
    Unknown said...
    ezza-
    hari ni kawe pun dah letihhhh......

    ciklah-
    hari ini hari jumaat
    aku bangun lambat
    kuang...kuang..kuang...
    Anonymous said...
    sumbat lagi ko cikgu? huhuhuhu...

    Daerah kami baru jah abis Olahraga Daerah... Juruletih2 letih belako lako 4 hari kejohanan.... Pengetua pun letih duk jago koloh, (sebab ramai cikgu bertugas kat Olahraga tuu)
    Unknown said...
    Hok sumbat... clear belako doh... sajo nak test line jah tuuu.

    Awal sudah olahraga daerah demo... tempat kawe sekalo bulan 3... kawe tak berapo tahu doh lo ni... putus saing belako dohhh
    ckLah @xiiinam said...
    cis...nk kena santau jugak ini orang....
    Unknown said...
    errrr.... siapa yg mau saman saya, bersedia laa menerima akibatnya, jangan main-main sama saya!

    ada guru sukan merusuhhhh.... lariiiii!
    Anonymous said...
    Kami baru je habis sukan daerah, tapi saja jadi letih tengok ramai juruletih2 yang lebih gemar duduk di kantin daripada di padang sepanjang acara sukan tu.
    Unknown said...
    tu cikgu2 sukan yang dah letih le tuuuu.... hehehe

Post a Comment