Monday, February 9, 2009
"Abah.... hari ni orghe menyapuhh.... cuci meja... tengok la, semua dah bersih".
"Malam ni Iya nak masak udang lagi.... nanti abah makan..... abah bagi markah dehh!...... markah tertinggi 10, tulis dengan pen merah".
"Ok... ok... nanti abah makan".
Sekarang ni, rumah kami sunyi saja kerana anak-anak yang lain dipelihara oleh Kerajaan Malaysia. Yang tinggal Sofia dan Salsabilah. Kak Lah.... sudah tingkatan 3. Dia sejak awal-awal lagi tak mahu tinggal di asrama. Errr.... mujur juga ada yang sorang ni, kalau dak jenuh juga mem aku menguruskan rumah!... hehehe.
Bila kakak-kakaknya yang lain tak ada di rumah, Sofia menggunakan sepenuhnya peluang untuk menunjukkan dia anak yang rajin. Dia sebenarnya panjang akal sikit.... dia akan sentiasa cuba mengawal aku supaya tidak akan membuat keputusan yang dia tidak ingini. selalunya kes yang berkaitan dengan tidur dengan kami.
"Iya ni dah besar.... dah darjah dua dah..... tak leh la tidur dengan abah dan mak lagi, tidur dengan kak chik la". Ayat tu la yang dia cuba elak, jadi dia akan sentiasa membuat aku tak terfikir dengan bab tu. "Huk alohhh laaaa, orghe kecik lagi". Aku faham sangat dah laaa bab ni.....
"Abah.... cepat la, mari la makan", sambil dia hulur kertas dan pen merah. "Rasa la....". "Lagu mana bah... sedap dok... berapa markah.... 10 ke?"
"Emmm.... ada yang kurang nii..... abah bagi 9 je". "aloh laa.... bakpo?" "Tawar sikit... nanti Iya masak pulak esok abah bagi 10"........ hehehe. Esok entah apa pula la dia buat nak bodek aku.
Labels: Aku Versi Keluarga
Anak2 shifu faham ke opah mereka cakap kalau balik Perak?
abahnye la dah pendek akal nak suruh dia tido bilik lain.... hehehe
YB-
Kecek kelate kan dah glokal la ni.... meriah la nnt balik bukit gantang.... hehehe
aku baru terfikir nak buat entry pasal mem aku yg selalunya pakai baju dacing bila kat umah atau berkebun kat luar.....hehehe