Sunday, March 1, 2009

Dulu lain sekarang lain

Sekarang ni kita dah masuk bulan 'Maulud' (Rabiul Awal).... orang sini panggilnya begitu sempena Maulidur Rasul. Bila bulan Maulud... selalunya ramai yang buat kenduri dan bersalawat serta lain-lain aktiviti, sebagai memperingati keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhamad S.A.W

Kalau kat kampung... kadang-kadang tiap-tiap hari ada yang jemput, tak kira siang atau malam, tak kira secara anak-beranak atau seluruh khariah. Kat sekolah pun dah dengar-dengar, khabarnya nak sembelih seekor lembu untuk 'kenduri maulud' tahun ni.

Kelmarin aku menghadiri 'kenduri maulud' yang di adakan oleh Dato Hj. Ahmad Shahibuddin Mohd Noor.... kenduri untuk 'anok-beranok' jeee. Siapa Dato Hj. Shahibuddin?..... siapa dia tidaklah penting sangat... tetapi sebelum 4-5 tahun dulu, kat Bachok ni... tak mungkin orang tak kenal dia. Hampir seluruh usianya bergelumang dengan orang ramai... dari hujung kampung ke hujung kampung, dia boleh sebut sorang-sorang (tidaklah begitu sebenarnya, tetapi begitulah gambaran yang boleh diberikan kepada dia) 20 tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian Bachok... menjadi setiausaha perhubungan berbelas tahun.... Tun M lantik sebagai ahli MKT 3 penggal berturut-turut... kalah dan menang sebagai wakil rakyat..... nombor keahliannya dalam UMNO selepas nombor Tun M (rasanya.... kurang dari 10 angka)..... antara sahabat tempat mengadu DSR Anwar Ibrahim sejak di UM.... pendek kata, namanya akan disebut oleh kawan dan lawan.

Secara kebetulan.... bila aku berkahwin pada 1990 (3 bulan lepas keluar Maktab Perguruan Kota Bharu.... baru start kerja la tu) mem besar aku 'anok-beranok' dia.... sebab tu masa posting dulu, aku dan mem besor mengajar kat Bachok je (sampai la sekarang) Lepas kahwin.... maka secara rasmi juga aku mengisi borang keahlian. Kebetulannya aku membawa baka 'orang kuat' Ramli Ngah Talib ke sini. Bukan nak menyohor... tapi rasanya arwah ayah agak dikenali juga di Hilir Perak.

Sejak tahun 1990 - 2000.... kat sinilah aku lepak hampir setiap malam (kalau pun tidak tiap-tiap malam). Sebagai pemimpin... rumah ini tidak pernah sunyi, siang dan malam. Aku menyaksikan bermacam gelagat dan ragam. Selama 10 tahun.... rasanya aku cukup masak dengan rencah dan sepak terajang orang-orang politik, sekurang-kurangnya di peringkat bahagian. Dan sekurang-kurangnya dari situlah aku ada 'power niyak rapik'........ hehehe. Kalau tidak.... mana mungkin selama ini aku boleh bertapa kat sini.... tanpa di hantar ke sekolah ulu! (sebenarnya aku tak de apa-apa power pun..... cuma orang fikir je cam tu.... hahaha)

Kalau dulu.... Abe Din (anok-beranok tak panggil dia Dato) tak akan dapat buat majlis yang begini santai..... anok-beranok nak duduk dekat pun tak dapat. Hari ini, setelah tidak lagi menjadi Ketua Bahagian.... barulah, majlis kat rumah ini hanya dihadiri oleh anok-beranok.... tak sibuk dah dengan orang lain.

5 Comments:

  1. azza_irah said...
    agak2 kalu mitok tukar balik kg...leh masuk terus tanoh meroh sapa pencen ko...hehhee...

    kalu takleh sia2 ada saing hok beso doh ngn sepak trajang politik..ehekksss..kelek laptop kecik pulok tuh....
    Unknown said...
    hehehe.... siri niyak rapik dah habis laaa.... sekrg ni siri keliwon pulakk
    ckLah @xiiinam said...
    Astaghfirullahal adziim....
    Tengok intro...ingatkan nak cerita sirah nabi muammad ke...salasilah nabi ke...aku baru nak insaf...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    salasilah dia ghopenye....
    Ya...ya...aku faham, ko bukan nak menyohor...
    Inesen kan komen aku kali ni?
    azza_irah said...
    kakakaaa..kali nih rasa nok wi sanjungan sungguh ke ckLah...tabik2..leh masuk calon bahgian hilir perak tahun depan..hahaaa
    Unknown said...
    ciklah-
    nak baca sirah nabi... ko pegi sini http://mujahidfillah.blogspot.com.... aku bukan nak citer pasal tu... nama dia pun intro je... kena tengok tajuk la akak weii.... masa kat situ, aku teringat dulu2 masa dia dipuncak... habis org dtg rumah dia.. sekarang ni lain... tu kira pedoman gak le tu atau pun mungkin ujian dariNya... kalau akak fikir saya nak menyohor, itu kelemahan diri saya... fitrah manusia yg sentiasa diuji dengan nafsu....

    azza-
    errr... ko suruh ciklah masuk calon bahagian???.... emmm... ada laa yg kena niyak rapik.... hehehe

Post a Comment