Tuesday, March 31, 2009

Darah Raja

Hari ini masih bercuti sempena Keputeraan Sultan Kelantan... Sultan yang satu-satunya dalam Malaysia bagi cuti dua hari kat rakyat baginda.... (walaupun kat IC aku tetap ada 08... hehehe). Kemarin dah seharian berkelah atas katil.... hari ni tak kan nak bekubang lagi kann....

Mula-mula tu rasa nak pegi Pesta Buku Kelantan... tapi bila mengenangkan tak de apa buku yang nak dibeli, tak jadi la nak pegi (kalau setakat nak beli buku latihan... hari-hari boleh beli kat kedai) Lagi pun rasa tak larat nak parking kat stadium lepas tu kena jalan kaki dalam 200M kat dewan tempat pesta buku tu... mesti panas dan rimas kat tempat ramai orang cam gitu. Jadi kami terus saja ke KB Mall.... kerana ada agenda gak kat situ.

Agak-agak KB Mall buka je pintu..... kami pun sampai, relex la sikit parking masih kosong. Mula-mula pergi ke kedai buku dulu. kedua-dua kedai ni duk dekat-dekat, jadi senang la, keluar situ, masuk sini, keluar sini, masuk sinun.

Walaupun sekarang ni ada Pesta Buku, tapi kat sini lagi selesa.. tak bersesak-sesak!

Lepas dah dapat buku yang nak dibeli... terus naik atas untuk agenda penting hari ini.... Sempena 'Cuti Raja', ni macam biasa setiap tahun aku nak derma 'Darah Raja'..... Hari ni aku yang pertama.... 'buka bong' la nampaknya.

Tapi pasal masih awal sangat lagi... misi pun tak ramai lagi.... hehehe.

Tadi dah pesan kat Mem Besar.... suruh dia snap gambar dari pelbagai sudut... tapi bab ni Mem Besar 'kurenggg' sikit.... tau tau masa mana patut nak snap..... hehehe.

Derma darah ni.... satu je yang aku bimbang.... kalau kena misi yang baru-baru tu... diorang tak berapa mahir sangat nak cocok... silap-silap bengkak urat. Mujur dapat misi yang nampaknya dah biasa cocok mencocok ni.... lembut je jarum tu masuk.

Tak sampai 10 minit dah penuh 2 beg..... tengok betapa canteknya darah aku... pekattt, likattt... darah raja la katakannn.....


Tahun ni dapat hadiah towel je... tak pe laaa tu, pasal tadi aku dah bedal segala macam kek yang diorang sediakan atas meja tu.... hehehe.

Lepas derma darah.... macam biasa la... perut pun jadi lapar la pulak... jadi sebagai meraikan hari derma darah aku hari ni.... kami pun singgah isi perut dulu kat kedai nasi ayam ni.






Sebelum balik, cari hadiah untuk anak kawan blogger yang akan sambut birthday awal bulan April ni.... hadiah biasa-biasa je... tak seberapa pun. Tapi hari ni tengok kertas pembalut je la dulu eiii.... hadiahnya nanti uncle bagi 4hb... hehehe.

Dah tengahari ni.... nak balik sambung berkelah atas katil.... hahaha. Errr.... hari ni boleh buat alasan letih pasal derma darah.... kawe nak tido, jumpa lagi malam nanti.

Monday, March 30, 2009

Sempena 'Cuti Raja'..... hari ni separuh hari berkelah atas katil... hehehe. Lepas tu duk mengadap netbook je... merayau-rayau ke rumah kekawan.... tapi tak da yang entry baru. Maklumlah diorang hari ni keja... kalau yang cikgu tu mungkin petang ni la kot ada entry baru... lain la yang duk kat rumah je.

Mem Besar kata nak baca buku... paling belakang sekali, dia tengah baca, paling dua kali, masih baca, paling kali ketiga dia dah pejam mata..... hehehe. Sebagai menghargai hak kebebasan individu... maka sampai ke tengahari duk bermalas-malasan je.

"Errr... dah tengahari ni.... ".

Mem Besar pantas ke dapur... dan hasilnya.... tengahari itu kami dihidangkan dengan 'menu rasminya'.... ikan kembung masak kicap... hehehe!

Lepas tu terus sambung berkelah atas katil.... huhuhu.

Sebelah malamnya... Mem Besar mempamirkan kehebatan masakan segeranya.... dengan sekelip mata terhidanglah pasta yang penuh udang.... errr, kat pizza hut udang 2 ekor je... apa kelas kann!

Hidangan yang ringkas tetapi menjilat jari..... kalau setakat pasta kat pizza hut tu.... lagi sedap Mem besar yang buat la.... sungguhhhh, bukan nak nak menyohor ni. Errr... salah ke kalau aku menyohor pasal bini aku?.... kan ke itu kebanggaan setiap wanita yang bergelar isteri... betul tak CkLah?

Ok... aku nak bagi tips masak pasta ikut selera aku ni.... mungkin semua orang tau masak pasta... sosnya sama saja... cuma kena pandai la ubahsuai sikit... masa masak kuah pasta tu... korang tumis sekali dengan 2-3 tangkai cabai kering.... baru la baunya terangkat sikit dan boleh kurangkan tahap masam puri tomato tu.

Psssttt... tapi minta mahap la eiii... pasal Mem Besar bukan buat sendiri kuah pasta tu.... semuanya beli yang dah siap dalam tin atau yang dalam botol. Ini stok yang sentiasa ada kat stor. Aku sukakan sos pasta Prego ni... boleh pilih antara perasa keju, cendawan atau pun tradisi.

Walaupun semua sos ni dah siap untuk di makan.... tapi kena la ubah suai sikit, baru la tak nampak menu bodoh je kann.... hehehe.

Yang penting juga stok kicap tu... kat rumah ni, kebanyakkan menu rasmi mesti guna kicap... dalam sebulan kena ada dalam 10 botol. Tambahan pula aku suka makan ikan goreng cicah kicap bersama potongan bawang dan lada yang diperah limau nipis. Ikan yang aku suka selalunya ikan patin atau tilapia, atau apa-apa ikan laut yang sesuai. Aku tak suka makan ikan bawal, pasal dah fobia makan bawal masa kat asrama dulu. Tanya la CkLah apa menu bawal kat asrama dia pasal kami makan menu yang sama.... hehehe. Makan nasi dengan kicap ni pun barangkali kes tabiat masa kat asrama dulu.... kerana hanya kicap 'cap ayam' tu je la satu-satunya perasa yang ada, yang boleh tukar sikit rasa menu 'cekik tekak' kat asrama dulu.

Cuti raja

Tahun ni cuti sempena keputeraan Sultan Kelantan jatuh pada hari bekerja..... yuhoooo... panjang la sikit cuti. Kat Malaysia ni hanya Kelantan je yang cuti raja selama dua hari.... hehehe.

Malam tadi kami ke KB... tujuannya nak bayar macam-macam bil... lepas tu nak beli sikit barang dapur untuk sarapan pagi ni. Masa nak balik pukul 10:00 tu... kat jalan dah tersumbat.... alamak... tak ingat la pulak... malam cam gini mesti ramai yang ke KB pasal nak 'tengok lampu'.

Dulu-dulu bila aku mula menjejakkan kaki di sini... aku rasa pelik bila dengar.... "tak pegi tengok lampu ke?"..... "malam ni nak pegi KB tengok lampu"...... Waktu tu aku tak faham... nak tengok lampu apa?.... hari-hari ada lampu. Rupa-rupanya, tengok lampu berhias yang dipasang di bangunan-bangunan dan juga kat pintu gerbang..... hehehe

Masa awal-awal kawin hari tu... selalu la dating naik motor bila malam-malam. Sekarang ni aku tak sanggup nak bersesak-sesak kat jalan. Malam tadi... terpaksa la buka gprs... nak tengok jalan mana yang clear. Kat jalan utama semua dah penuh. Sampai kat Kubang Kerian, jalan menghala ke istana pun dah melekat tak begerak... mujur masih ada jalan untuk lari dari 'kegilaan' orang Kelantan 'tengok lampu'.

Kat area pintu gerbang atau kat mana-mana kawasan yang dipasang lampu hiasan... orang Kelantan akan bersantai-santai... berkelah.... hehehe. Semuanya pakat-pakat keluar 'tengok lampu' dan juga 'tengok orang'.

Cuti dua hari... emmm... apa nak buat?.... aku berkelah atas katil je..... hahaha

Saturday, March 28, 2009

Ketupat sotong

Hujung minggu... masa untuk Mem Besar mengembur semula skil kat dapurnya. Mem Besar spesis klasik... menunya boleh dikatakan menu yang dah masuk dalam buku tawarikh.... bagi aku yang bersarapan dengan pancake, tentunya akan selalu berlaku pertembungan 'anak tekak' antara aku yang berselera kontemperori dengan dia yang cicah timun kukus dengan budu.

Malangnya dia ramai penyokong..... hanya Sofia je yang selalunya sokong aku, pasal dia peminat pasta.... hehehe. Pagi tadi Mem Besar dan Ilah telah menyediakan menu yang rasanya cukup klasik di Kelantan.... menu ni memang sah tak de kat Teluk Intan..... hahaha

Kat dalam periuk tu daun pandan... bukannya serai wangi tu!

Inilah ketupat sotong untuk minum petang nanti... jangan korang kata untuk lauk makan tengahari pulak. Ketupat sotong ni nanti berkuah dan kuahnya manis.... macam kuah bubur kacang atau yang seangkatan dengannya. Sorry... kerana tak ingat nak ambil gambar ketupat ni bila dah masak.... maklumlah, aku tak minat.... hehehe.

Sebelah malamnya....

"Abah... cuba rasa... sedap dak?"

Haaa... ni baru menu abah.... sotong & udang masak berperisa mustard, honey & herb dan diperap dengan Italian seasoning. Harum semerbak.... menu cam gini Mem Besar kena belajar dari aku laaa...

Friday, March 27, 2009

Jalur gemilang

Kejohanan olahraga peringkat daerah sudah pun tamat minggu ini. Selepas ini, kejohanan peringat negeri pula. Para jurulatih daerah tentunya sekarang ini sedang membuat analisa prestasi pasukan masing-masing. Semua rekod dan data, akan diteliti, selepas itu barulah mencongak bagaimana pula prestasi semasa peringkat negeri nanti. Bagi kami di Bachok, setelah dua hari kejohanan berakhir..... masih belum ada tanda-tanda dari pihak 'kerajaan' untuk memanggil barisan jurulatih untuk membuat penilaian dan pemilihan terakhir barisan atlit yang bakal mewakili daerah.

Bagaimana pun... kami telah mengadakan 'mesyuarat swasta' untuk membincangkan hal yang bersangkutan dengan calon-calon atlit nanti. Selain daripada itu.... yang paling penting ialah tentang barisan jurulatih yang akan memikul tanggungjawab membawa pasukan nanti. Hasil 'mesyuarat swasta' telah menyaksikan 6 orang jurulatih veteran telah membuat keputusan untuk tidak terlibat lagi dengan team MSSD. Aku belum membuat keputusan lagi!

Aku mencongak..... sekarang ini, team MSSD Bachok telah kehilangan beberapa jurulatih yang pakar dengan acara masing-masing. Dengan situasi sekarang.... team MSSD Bachok tidak akan mempunyai jurulatih acara lontaran (lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera) ketua jurulatih dan penolong jurulatih telah memutuskan tidak akan bersama MSSD tahun ini . Acara jalan kaki juga telah kehilangan ketua jurulatih. Acara lompat tinggi juga telah kehilangan ketua jurulatih. Acara sprint hanya tinggal seorang penolong jurulatih. Jurulatih yang tinggal hanyalah bagai acara middle long. Bagi acara long/triple jump.... yang masih tinggal hanyalah aku... penolong jurulatih aku dah gantung spike bersama aku dulu dan tak mungkin masuk kembali. Maknanya kalau aku melibatkan diri dengan team MSSD... aku akan melatih acara ini seorang diri.

Aku melihat.... keadaan team MSSD Bachok hari ini cukup tenat, kalau pun tidak nazak. Melihat barisan jurulatih yang tinggal... secara sepintas lalu... team MSSD Bachok sudah tewas sebelum bertanding. Aku tidak pasti adakah pihak 'kerajaan' menyedari situasi ini. Dan aku masih belum membuat keputusan!

Pehh..... dalam duk kata tak nak fikir pasal team MSSD.... terbabas juga masuk ke situ. Maklumlah... bila bercakap pasal team MSSD... hubungan antara pihak pengurusan - jurulatih - atlit sepatutnya bagai irama dan lagu.... cuma sekarang ini... team MSSD tidak mempunyai 'konduktor' agar semua yang terlibat memainkan irama dari note yang sama....... Dan aku masih belum membuat keputusan!..... hehehe.

Sementara menunggu sebarang isyarat daripada pihak 'kerajaan'.... aku akan berehat sehingga esok, sebelum memangggil semula budak-budak long/triple jump aku turun berlatih mulai ahad ini. Sebagai jurulatih.... walau bagaimana sekali pun retaknya hubungan antara pihak pengurusan dan kami... sedapat mungkin masalah itu jangan sampai menyebabkan atlit turut terbiar... maka latihan perlu diteruskan mengikut program yang telah dirancang. Sambil-sambil tu aku memikirkan beberapa kemungkinan.... antaranya.... sekiranya tidak seorang pun bebudak aku terpilih untuk mewakili daerah... aku tidak akan menerima tawaran menjadi jurulatih team MSSD. Setakat ini.... itulah keputusan yang mungkin akan aku buat...... iksss... terbabas lagi!

Hehehe.... asalnya nak tulis cerita pasal ni....
"Ok murid-murid, lihat gambar di sebelah, apakah yang dapat kamu fahami dengan gambar ini!

Haaaa... sebagai jurulatih.... inilah yang aku dapat selama ini.... 'Jalur gemilang' . (CkLah..... sekarang ko agak, anak-anak aku cerah ikut sebelah mak dia ke, sebelah ayah dia.... hehehe)

'Jalur gemilang' ini adalah tanda komitmen aku selama ini.... dan kepada sesiapa yang nak jadi jurulatih... kalau takut mendapat 'jalur gemilang' seperti ini... baiklah lupakan saja hasrat kamu (walaupun kamu ada degree atau master sains sukan atau pun apa-apa saja)

Thursday, March 26, 2009

Tamat kontrak

Kelmarin, 6:00 petang, 25 Mac.... tamatlah 'kontrak' aku sebagai jurulatih import di SMK Sri Gunung. Pencapaian pasukan di tempat ketiga dengan 9 emas.... semua emas dimenangi oleh peserta acara padang. Budak-budak long/triple jump aku menyumbangkan 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Team Sri Gunung mengekalkan kedudukan di tempat ketiga daripada 14 pasukan yang bertanding. Pencapaian ini agak memuaskan kerana kami tidak mempunyai peserta acara trek yang berwibawa..... (kawe tak charo acara trek, pasal tidak termasuk dalam terma dan syarat kontrak... hehehe)

Pencapaian aku sebagai jurulatih juga boleh dikatakan mencapai matlamat... kerana sasaran untuk mendapat 4 emas hanya tersasar 1 sahaja.... dalam erti kata lain, aura aku sebagai jurulatih long/triple jump masih berbisa.... hahaha (dengan gaya tumbuh tanduk)

Kejohanan Olahraga MSSD Bachok kali ke-6 ini mungkin yang paling hambar penganjurannya.... buat pertama kalinya, kejohanan kali ini tanpa perasmian pembukaan, tanpa perbarisan pasukan, tanpa moskot, dan banyak 'tanpa' lagi. Itu pun dah cukup baik, kerana kejohanan ini hampir-hampir saja gagal dianjurkan...... beberapa kali ditunda dan hampir habis bulan Mac baru berlangsung. Maknanya... kejohanan peringkat negeri tinggal dua minggu sahaja lagi. Dalam tempoh yang singkat ini... bagaimana agaknya persiapan Kontingen MSSD Bachok nanti?

Bak kata One Zaba..... "bawak la berehat...bagi la org baru lak yg peningkan kepala". Betul la tu.... buat apa nak peningkan kepala, buat apa nak susah hati dengan apa yang bakal berlaku terhadap team olahraga MSSD Bachok kann. Pandai-pandai la diorang fikir nak buat cam mana!

Semalam.... pengurus pasukan Sri Gunung call, ajak minum-minum macam biasa. beberapa rakan-rakan lama dalam kejurulatihan yang masih tinggal pun ada juga. Kami selalunya mengelarkan perjumpaan ini sebagai mesyuarat 'swasta'..... hehehe. Agenda 'mesyuarat swasta' malam ini ialah tentang prestasi bebudak untuk menghadapi kejohanan peringkat negeri. Sesekali diselangi dengan ulasan keputusan pertandingan Ketua Pemuda UMNO.... hehehe.

Antara keputusan 'mesyuarat swasta'... 3 orang jurulatih veteran sudah membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan Kontingen MSSD Bachok. Maknanya sudah lima orang jurulatih yang dulunya tunggak pasukan sudah berpatah arang..... 3 orang daripada mereka merupakan jurulatih negeri.

"Mu lagu mano Poo?"
"Ghapo dio pulok mu pikir?"
"Setaro mano budak-budak tu... buleh ko nak wat tanding?"

Bertalu-talu pertanyaan ahli 'mesyuarat swasta'.

"Pada pendapat saya..... errr.... secara keseluruhannya.... setelah menyaksikan prestasi peserta long/triple jump setiap kategori.... ternyata sangat menghampakan. Dalam erti kata lain, mereka tidak mampu untuk bersaing di kejohanan peringkat negeri nanti. Cuma (menyebut beberapa nama) mungkin sempat untuk dilatih dan diperbaiki lagi, yang lain-lainnya.... sah hanya akan memalukan pasukan sahaja". (Dialog ini telah diterjemahkan daripada bahasa jerman)

"Tapiiiiii.... lagu-lagu mano punnn... kito pakat tunggu je lah keputusan alek 'kerajaan' lagu mano"

Tuesday, March 24, 2009

Kejohanan Olahraga MSSD Bachok Kali Ke-6...... maknanya sudah 6 tahun PPD Bachok ditubuhkan setelah semua PPD di Kelantan yang asalnya bergabung antara 2-3 daerah dipecahkan mengikut daerah masing-masing. Dahulu kami kontingen MSSD Pasir Puteh-Bachok merupakan team terkuat di Kelantan. Kami menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut.

Setelah semua daerah mempunyai PPD sendiri.... Kontingen MSSD Bachok dianggap sebagai pasukan kerdil. Namun hasil daya usaha kumpulan jurulatih yang tetap komited, kami telah membuktikan bahawa kami tetap mempunyai tradisi kecemerlangan olahraga. Sewaktu awal penubuhan PPD Bachok (MSSD Bachok)..... kami bertungkus-lumus untuk mempertahankan reputasi kami sebagai jurulatih. Masih ingat ketika itu.... di PPD masih belum ada pegawai Unit Sukan.... dan tidak ada sebarang peruntukkan untuk apa sahaja hal yang berkaitan dengan kontingen olahraga. Kami semua pakat-pakat keluarkan duit sendiri untuk menanggung makan minum atlit semasa latihan. Walaupun tanpa apa-apa peruntukan.... kami tetap berjaya mengadakan latihan pusat setiap hujung minggu.... program latihan tetap mengikut jadual.... kerana kesepakatan kami yang sayangkan sukan ini.

Namun kesepakatan itu tidak mampu bertahan.... entah apa puncanya, berlaku perselisihan faham apabila sudah ada unsur mengejar kedudukan dan 'memijak kepala' kawan untuk naik ke atas. Masuk tahun ke-3.... Kontingen MSSD Bachok boleh dikatakan sudah hancur. Aku melepaskan tugas sebagai Ketua Jurulatih dan Pengerusi Pembangunan..... malahan Jawatankuasa Pembangunan Olahraga secara tak langsung telah dibubarkan. Aku tidak turun ke padang lagi.... gantung kasut terus. Kontingen Olahraga MSSD Bachok hanya wujud di atas kertas sahaja.... kerana setiap pasukan (sekolah) masing-masing buat hal sendiri.... dan selepas itu, prestasi pasukan terus merudum.... tahun 2008 hanya mampu meraih 4 pingat emas dan berada di tempat kedua terakhir.... mujurlah masih ada MSSD Gua Musang di tempat terakhir.

Tahun ini aku kembali turun ke arena.... tetapi hanyalah sekadar memenuhi permintaan kawan untuk melatih budak-budak long jump dan triple jump..... kerana kebetulan (konon-kononnya) aku pakar acara jump.... (CkLah... ko jangan kata aku nak menyohor pulak....hehehe). Sejak bulan Februari lepas, aku memulakan sesi latihan...... walaupun sudah terlambat dua bulan daripada musim latihan yang sepatutnya. Hampir 3 tahun tidak terlibat dengan olahraga..... ternyata, di semua sekolah sudah hampir pupus peserta acara long jump dan triple jump (terutamanya triple jump). Sedihnya aku melihat begitu layunya acara ini.

Sekali lagi.... bukan nak menyohor.... sebelum ini, aku sentiasa berjaya melahirkan atlit long/triple jump yang setara untuk bertanding di peringkat negeri, malahan mewakili negeri semasa MSSM. Waktu itu saingan aku sebagai jurulatih bukan calang-calang..... di Kota Bharu ada Velaray (dari Rusia), yang dibayar gaji berpuluh ribu oleh MSN (Ketika itu ada beberapa orang jurulatih dari Rusia di Kelantan). Setiap tahun dia menunggu tentangan dari budak-budak aku.... bertahun-tahun budak-budak aku hanya mendapat pingat perak sahaja.... tetapi akhirnya hanya pada tahun 2004 aku berjaya mengalahkannya. Dan itulah juga tahun kemuncak barangkali bagi kerjaya aku sebagai jurulatih.... kerana selepas itu bermulalah 'episod' mencantas.... huh, malas nak ingat.

Dulu SMK Badak aku jadikan sebagai Pusat Latihan..... walaupun aku bukan guru di situ... tetapi mengajar di SK Badak, dan aku terus melatih mereka kerana asalnya memang budak-budak aku.... dulu logo ini menjadi lambang kebanggaan kami.... selepas 3 tahun aku meninggalkan team ini... sekarang kegemilangan olahraga di situ sudah berakhir. Pagi tadi aku terjumpa kembali dengan bekas budak-budak aku di situ. Hanya 3 orang yang masih tinggal.... itupun datang ke kejohanan kali ini tanpa sebarang latihan.... hanya datang bertanding gitu-gitu je..... sedih melihat mereka.

Tahun ini aku menjadi jurulatih import di SMK Sri Gunung. Sebagai jurulatih import aku hanya menjalankan tugas mengikut syarat dan terma perjanjian... hehehe. Aku hanya melatih 6 orang, khusus untuk acara long/triple jump sahaja. Sasaran 4 pingat emas bagi 2 orang atlit dan yang 4 orang lagi tidak ditetapkan, asalkan dapat pingat sahaja kerana atlit baru. Pencapaian hari pertama.... 1 emas, 1 Perak dan 2 gangsa. Maknanya target untuk dapat 2 emas hari ini sudah tersasar. Esok mensasarkan 2 pingat emas juga.

Aku tidak pentingkan apa pingat yang mereka dapat..... yang aku pentingkan ialah supaya mereka terpilih mewakili daerah dan mampu bersaing di peringkat negeri nanti. Sebagai jurulatih.... apa yang aku bimbangkan ialah jarak lompatan yang mereka buat. Ternyata kualiti atlit long/triple jump setelah aku 'gantung kasut' hari tu memang sangat merosot. Pencapaian peserta-peserta jauh dari level yang boleh dianggap mampu bersaing di peringkat negeri. Bayangkan bagi acara triple jump lelaki... jarak terbaik hanyalah 11.77M (18L), 11.67 (15L).... di peringkat negeri mereka perlu mencapai 12.60M barulah boleh dianggap mampu bersaing. Errrr... dulu budak-budak aku 'kacang' je nak buat jarak tu.... dan pencapaian terbaik ialah 14.35M. Yang paling menyedihkan ialah bagi peserta perempuan yang hanya mampu membuat 4.15M (18P) bagi acara long jump dan 9.66M (15P) bagi acara triple jump. Semasa era aku sebagai jurulatih long/triple jump dulu.... jarak 4.15M itu hanyalah level peserta 12P yang layak mewakili daerah, dan belum tentu menang lagi bila peringkat negeri. Begitulah jatuhnya kualiti jarak lompatan sejak 3 tahun aku 'gantung kasut'. Mendengar khabar atlit Kota Bharu yang sudah mencapai jarak 5M..... bayangkan.... banyak mana 'ubat' nak kena bagi supaya atlit yang mewakili MSSD Bachok nanti mampu bersaing!

Ahhh.... buat apa aku nak susah hati pasal prestasi Kontingen MSSD Bachok, kontrak aku sebagai jurulatih akan tamat selepas kejohanan ini..... (sambil nyanyi....."Demo lo ni tak serupo muloo, tak berani kawe nak teguorrr".... errrr, tukar liriklah.... "kawe lo ni tak serupo mulooo"..... hehehe!

Kawe lo ni tak serupo mulooo

Friday, March 20, 2009

Seminggu cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya. Masa nak mula cuti hari tu... punya la banyak benda nak dibuat. Bila dah nak habis cuti ni.... pun masih banyak lagi benda nak dibuat.

Semuanya terikat dengan jadual latihan olahraga fasa terakhir. Tahun ini aku kembali aktif sebagai coach.... walaupun hanya sekadar 50% saja berbanding dulu-dulu. Semuanya bermula dengan memenuhi permintaan kawan-kawan untuk tolong 'tengok-tengok'kan team olahraganya. Tahun lepas aku cuma turun sesekali je untuk 'betulkan' teknik latihan team dia... tahun ni turun ke padang dalam dua bulan yang terakhir dengan program latihan yang lebih teratur sikit.... walaupun belum sampai tahap full training programe yang sebenarnya.

Selaku coach import di SMK Sri Gunung..... aku tak masuk campur perancangan yang dibuat oleh team sekolah ni.... aku hanya jalankan tugas mengikut apa yang diminta saja... (ikut terma dan syarat kontrak la tu.... hehehe). Aku hanya melatih acara long jump & triple jump je..... yang lain-lain aku tak masuk campur. Tapi bila sudah di atas padang... selalunya tak begitu la.... kerana maklumlah.... berapa orang je coach yang ada... yang ramai tu cikgu sukan je. Mahu tak mau... akhirnya terpaksa juga tolong 'tengok-tengokkan' acara lain.

Cuti sekolah cam gini... baru la boleh buat latihan pagi dan petang. Itu pun terpaksa sesuaikan dengan jadual kelas tambahan diorang. Sempena cuti ni team kami mengadakan latihan pusat/latihan intensif... tetapi apalah sangat yang mampu disediakan oleh team sekolah kampung macam kami ni.... bajet makan pun hanya sekadar RM4 seorang, hanya mampu memberikan sebiji pharmaton setiap pagi (sebiji pharmaton RM1 X 40 orang X 90 hari..... emmm, itu pun dah parah nak cari bajet) Minggu ni, minggu terakhir latihan... kerana minggu depan pertandingan peringkat daerah. Mengikut program latihan... minggu ni sepatutnya akan menumpukan kepada specific technique bagi setiap acara.... malangnya program latihan terganggu akibat hujan siang malam, pagi petang. Program latihan terpaksa dirombak semula dan hanya menjalankan aktiviti untuk mengekalkan kecergasan sahaja.


Shilah... salah seorang atlit jagaan aku... body yang agak sesuai untuk acara jump.... tetapi masih kurang strange... masih banyak kena 'perubat'... istilah dalam kejurulatihan... tak cukup strike bounding... atau istilah aku... "tak cukup carik kangkang".

Suraya... ada flexibility.... tetapi tak cukup saiz... personal best hanya setakat 5M long jump dan 10M triple jump... logiknya, tak akan dapat masuk 8 terbaik peringkat negeri.... tetapi rajin berlatih.


Streching yang sesuai untuk atlit dan suri rumahtangga... hehehe.







Semenjak dua menjak ni... cuaca dah tak boleh diduga. Seingat aku... dah 3 tahun macam ni. kalau dulu, bila bulan mac - april... cuaca selalunya panas teng-teng, rumput kat padang dah tukar warna keemas-emasan, tetapi sekarang ni, hujan yang tak henti-henti pagi dan petang menyebabkan padang dah jadi lebih kurang sawah padi.... tetapi bebudak seronok gak bila buat training ni.... hehehe





Sewaktu zaman kegemilangan team olahraga MSSD Pasir Puteh-Bachok dulu.... kalau cuti sekolah macam ni, seminggu la aku tak balik rumah, kerana selalunya kami akan adakan latihan pusat / full training programe.... atau istilah kami..... 'peero budak' (bela budak). Bajet team kami dulu mencecah 20 ribu hanya untuk pemakanan dan supplement yang lain bagi musim latihan antara bulan Disember hingga April.... atau sehingga kejohanan peringkat negeri. Kos kesuluruhan pernah mencapai 90 ribu. Tetapi kegemilangan kami dulu hanya tinggal kenangan sahaja.

Khas untuk CKLah.... ini namanya acara high jump.... high jump maknanya kena lompat tinggi-tinggi.... nak lompat tinggi-tinggi, maknanya kena angkat kaki tinggi-tinggi.

Standard peringkat daerah kami untuk acara high jump ialah sekitar 1.70M..... untuk peringkat negeri sekitar 1.90M..... dengan ketinggian tu.... untuk peringkat MSSM bolehla masuk dalam 8 terbaik, tapi tak mungkin dapat pingat.... hehehe.

Eh... aku tak ingat pulak nak ambik gambar bebudak long jump dan triple jump..... hehehe

Thursday, March 19, 2009

Hari ini.... hari terakhir peperiksaan PTK. Semua yang kerja gomen berduyun-duyun menduduki peperiksaan yang tidak diwajibkan itu.... tetapi tidak pula boleh ditinggalkan begitu sahaja. Saban tahun kakitangan kerajaan akan mendaftar. Oleh kerana sifatnya yang tidak 'wajib'.... maka ramai pula yang menghadirinya hanya sekadar 'ikut-ikutan'. Itu pun setelah dikeluarkan peraturan.... sesiapa yang telah mendaftar, akan didenda sekiranya tidak hadir.

Percaya atau tidak..... sebahagian besar yang hadir peperiksaan PTK.... tidak pernah berniat pun untuk lulus peperiksaan itu. Mereka hanya sekadar hadir.... menghitamkan kertas jawapan.... dan balik. Peperiksaan PTK hanyalah sekadar acara libur-liburan setahun sekali sahaja.... hehehe.

Hari ini kali kedua aku menghadiri PTK.... hari ini aku masuk pukul 11:00 pagi, kerana aku hanya ingin memperbaiki Kertas 2 Kompetensi Fungsi (Khusus). Maksudnya aku dah lulu Kertas 1. Tahun ini aku ambil kertas 701/02: Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran. Sebelum ini aku ambil kertas ICT... kerana kononnya aku 'orang ICT'..... hehehe. Dan yang hebatnya...... menduduki peperiksaan tanpa apa-apa persediaan.... orang kata, "masuk exam pakai hentam je"..... akibatnya tahun lepas hanya dapat 4 & 3 sahaja. Maknanya kira tererr gak la, pasal Kertas 1 dapat 4 dan kertas yang soalannya tu bab ICT dapat 3.... hehehe. Seingat aku hari tu, hanya 2 orang je yang ambil kertas ICT.

Sebelum masuk exam pukul 11:00 tadi.... sembang-sembang dengan kawan-kawan yang rupanya tak pernah lulus pun PTK..... duk main 2 & 3, 3 & 3 je..... hehehe, sebab tu aku kata.... bila aku dapat 4 & 3.... dah kira terer la tu.... hahaha (dengan gaya bongkak ada tanduk). Rupa-rupanya ramai lagi yang bengap dari aku.... hehehe. Memang amat malang..... kalau membaca buku bagai nak 'rak' tapi masih dapat 2.... sedangkan ada yang hadir PTK sambil 'makan kacang', jawab soalan sambil 'korek hidung'..... dapat 3. Tapi aku tak fikir yang dapat 4 tak baca buku langsung.... mesti sekurang-kurangnya ada juga buka buku sepintas lalu. Errr..... khabarnya sekarang ni untuk Kertas 1, boleh bawa masuk buku masa exam...... huh..... begitu sekali, kerajaan nak bagi lulus.... cuma malangnya.... masih juga tak lulus.... hehehe.

Tahun ni... aku menghadiri peperiksaan PTK dengan gaya santai seperti biasa..... Masa menjawab tadi.... emmm... rasa macam mudah je soalannya.... yang pastinya semua boleh dijawab.... pasal tanda ABCD je...... hehehe.

Sunday, March 15, 2009

Hari ni hujan tak henti-henti sejak malam tadi.... barangkali hujan seluruh negeri. Macam biasa hari ni jadi dreba hantar Mem Besar pegi mengajar kelas tambahan..... Balik dari sekolah dah tengahari.

Sampai di rumah..... "jom kita makan kat Pizza Hut... kakak belanja". Dengar gitu... laju je semua setuju... cepat-cepat bersiap..... tapi cepat pun tak cepat gak laaa.... maklumlah anak aku semuanya anak dara.

Balik cuti sekolah ni.... anak dara sulung kami ni kaya la sikit, pasal elaun dia masuk dua bulan.... hehehe. Teringat masa dulu kami dapat elaun RM345 je, tapi itu pun dah rasa cukup banyak rasanya masa tu. Bebudak maktab (IPG) sekarang ni elaun lagi mahal dengan starting gaji aku dulu.... tapi itu pun masih lagi bila hujung bulan buat panggilan kecemasan.

Sekarang ni.... musim meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang baru mendapat keputusan SPM. Alhamdulillah... kakak juga tergolong dalam kumpulan A1, dan menerima tawaran Program Pelajar Cemerlang oleh BPG untuk dihantar belajar ke luar negara. Sekarang sedang menjalani persediaan untuk ke universiti di Canterbury, UK..... insyaAllah tahun depan dia ke sana.

"Ok... oder je apa nak.... kakak bayar". Apa lagi... penuh la meja..... semua nak makan pasta sepinggan sorang dan dua dulang besar piza... serta side order yang lain. "wei...wei... dah la tu.... parok la kakak nak bayar". Haaa... baru dia tau.... kecut perut tengok bill..... hehehe.

Erkkk.... dah kenyang..... tak ingat nak ambil gambar masa makanan sampai, pasal masa tu semua dah lapar.... hehehe.

Lepas makan-makan.... anak-anak naik atas untuk beli alatan sekolah mereka. Kami beli barang-barang dapur... kerana bila askar-askar balik rumah ni... peti ais cepat je kosong.

Balik rumah.... anak-anak berikan hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kami.... abah dan mak sayang kamu semua... muahhhh!

Kalau memandu untuk bercuti.... hati-hatilah bila melalui tenpat-tempat ni... kang tak de pasal-pasal pulak habis RM300.... hehehe. Selamat bercuti...

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.


SPEED TRAPS IN PERAK

North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

SPEED TRAPS IN CENTRAL REGION.
PLUS North Bound
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going toward Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3 km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll.
Kuala Lumpur City
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Toward Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR
North Bound
*No known location.
South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
* at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.




15 Mac 1990.....

Makan sepinggan, minum secawan.
Duduk setikar, tidur sebantal.
Serumah sepakaian, selapik seketiduran.

Sama ke teluk, sama ke tanjung.
Sama seperiuk, sama selesung.

Sama melangkah seiring jalan.
Sama merasa rezeki di pinggan.
Sama meneguk air secawan.

Friday, March 13, 2009

Hari pertama cuti sekolah.... tapiii.... seperti biasa... cuti bagi seorang guru hanyalah di atas kertas sahaja. Hari ini Mem Besar dah ada kelas SBT.... apa la punya gila diorang buat jadual.

Sebab tulah aku tak mahu terlibat dengan SBT... walaupun bayarannya RM50 sejam. Ingat.... aku bukan 'mata duitan'... hehehe. Niat kerajaan menyediakan peruntukan besar untuk bagi tuesyen percuma tu memang la baik.... cuma kekadang 'orang' yang diamanahkan tu macam lupa apa tanggungjawab di sebalik RM50 sejam itu.... sebab tu ada yang berebut-rebut nak mengajar 2 jam sehari dan macam-macam cerita lagi.... dengan aku senang je, lebih baik aku tak payah terlibat..... tapi itu pun ada yang dengki jugak... pasal hari2 aku balik 1:15 dan tak payah datang ke sekolah bila hari cuti.... ada ke patut.... hahaha.

Hari ni Mem Besar mengajar 2 jam pasal ada kawan dia yang 'jual' 1 kelas kat dia...... pukul 12:30 baru habis. Pukul 12:30 baru habis???.... mana sempat nak pegi pasar. Aku mana boleh pegi pasar sorang-sorang.... pasal kat pasar banyak sangat godaanya. Maklumlah hari ni kan hari 'nat'.... kat pekan Jelawat mesti penuh dengan segala macam manusia.

Sebagai suami mithali.... aku hantar Mem ke sekolahnya.... kerana keratanya yang aku test power dengan anak lembu hari tu masih kat bengkel. Balik dari sekolah hanya sempat singgah kat kedai jual ayam je. Sampai di rumah Mem Besar dengan pantas dan lincahnya terus ke medan tempur dengan uniform cap dacingnya. Kelentang.... kelentung.... kelentang.... kelentung.... cup cap cup cap...... cup cap cup cap...... bunyi sound efeknya.... barangkali la kot, pasal aku sedang khusyuk di hadapan mimbar.... errr... baris ke-3, pasal respek kat yang tua-tua.

Balik dari masjid... dari luar lagi dah semerbak bau nasi ayam.... sungguh... memang harum sungguh nasi ayam yang Mem aku buat.... malangnya bau tak leh masuk dalam gambar..... hehehe.

Dalam serba kekurangan kerana tak singgah di pasar... Mem Besar masih mampu mengadaptasikan segala kemahirannya dengan apa-apa sahaja yang ada di dapur. Begitulah ketrampilan seorang Ibu Mithali

Kalau bau nasi tu boleh masuk dalam gambar ni..... pehh... korang mesti faham apa yang aku cakap ni.

Dalam microwave pula.... ayam yang diperap dengan rempah-ratus secret recipe Mem Besar sedang masak dan bertukar keemasan..... baunya juga.... memang mengiurkan.... tak sabar-sabar rasanya hendak membuka pintu.... bagai teruna yang hendak masuk ke bilik di malam pertama.... bila pintu di singkap, wahhhhh..... gebuuuu!

Jangan lupa pelengkap nasi ayam.... kicapnya juga hendaklah ditumis dengan perencah... ini juga mungkin secret recipe Mem Besar.



Errr... Sofia peminat kaki ayam... hehehe. Kat Kelantan perkara biasa je makan kaki ayam ni, tak de pantang larang.... emmm.... bangkali pantang larang tu pasal nak elak bebudak makan kaki ayam tu la.... baru la tak berebut dengan orang tua.... hehehe.

Maklumlah.... dulu-dulu bukan selalu dapat makan ayam.... nak makan ayam jenuh kejar ayam keliling rumah, habis sekampung tau ada orang nak sembelih ayam.



Apa lagi jom nikmatinya......

Walaupun simple je.... tetapi hidangan tengahari ini memang memuaskan. Lepas tu sepanjang hari 'sidai perut'...... kerana hari ni tak payah fikir nak buat lawatan ke sarang anak-anak Malaysia.

Selamat bercuti!

Email lagi......

salam, Terima Kasih bro hehehehe :D minat gak ler nak jadi jurulatih hehehe sbb ado latih 1 budak dlm acara padang sampai daerah... baru 1 org jer..... yang tak best bila takdok sijil jurulatih tak dpt tngok budak tuh lawan antara daerah huhuhuhuhuh... penat2 latih dia kat sekolah pastu hantar wakil sekolah terpilih wakil daerah mesti nak tngok budak tu plak masa bertanding... tapi sangkut sbb takdok sijil jurulatih huhuhuhu...... kalau tak keberatan... kat mana nak daftar utk kursus jurulatih level 1 tu? :D cerita ar sekali karenah masa kursus hehehe :D ... mesti best nie..... apo kata bro buat satu EBOOK... panduan jadi COACH :D ... best nie

..................................................................................................................

Nak buat Ebook.... emmm... penah gak terfikir nak buat..... tapi buat masa ni masih 'tengah fikir' la kot... hehehe.

Errr... nak citer pasal coaching lagi ke ni..... kang ada pula yang nak minta tunjuk bulu dada..... hehehe.

OK.... nak cakap sikit je...

Sebagai coach.... tak kira la ada sijil ke tak de sijil.... amalkanlah supaya memiliki sebuah buku catatan/buku log. Tak kiralah macam mana rupanya...... catat apa saja yang dilakukan..... kerana setiap hari kita akan dapat ilmu walau di mana.

Antara perkara yg perlu dicatat ialah.... aktiviti latihan.... contohnya

Isnin - 4:00 - 6:00 PM - Competition period
- Warmup & streching
- speed - 50mx3x2 & 80mx3x2
- coolingdown

Bila buat aktiviti speed.... jangan lupa catat masa yang budak-budak tu buat.... supaya boleh dibuat rujukan akan datang

Ini buku catatan aku sejak 1990.... jangan korang kata buku hutang pulak.

Ok.... nanti petang sambung lagi.... nak pegi ambil Mem Besar kat sekolah dia jap.... la ni kereta dia masih dalam bengkel.... kena la aku jadi driver dia..... kereta tu... body dah siap... sekarang masuk bengkel, tengok enjin pula cam mana.... lepas tu baru nak masuk bengkel cat pula... harap-harapnya siap la dalam seminggu cuti sekolah ni.

..................................................................... sambung balik

12:30.... sampai di rumah, mem besor terus ke lokasinya.... keluarkan bawang.... siang ayam.... dan aku bersiap-siap untuk ke masjid.

2:30.... Balik dari masjid ..................... sementara tunggu mem besar buat sentuhan terakhir hidangan nasi ayam...... baunya pehhhh.... semerbak dah kat dapur tu. Sebab tu aku tak akan makan nasi ayam kat kedai.... kalau tak sampai taraf yang mem aku buat..... pendek kata kalau taraf kat Chicken Rice Shop tu boleh laaa juga singgah.... kalu dak... minta mahap laaaa!.... sebenarnya nasi ayam kat situ pun belum capai tahap mem besar buat.... cuma kelebihan dia ada kerabu mangga je...... opssss..... bukan nak cerita pasal nasi ayam ni....... jadi baik aku makan dulu........ tungguuuu.

3:30..... errkkkk.... emmmm.... tengah 'sidai perut' setelah menikmati kemantoppp'an nasi ayam mem besor.... langsung hilang punca nak sambung cerita tadi.... hehehe

.......................................................................

Cerita pasal apa tadi?...... ooooo... pasal coach..... ok sambung balik.

Sebagai Jurulatih.... penuhilah ilmu di dada.... perkara-perkara berikut perlu ada dalam diri kita

- philosophy - anatomy & physiology - biomechanics - growth & development - training theory - skills teaching - sport psychology - nutrition - injuries & first aid -

Untungnya kita cikgu ni.... sebahagian daripada keperluan ilmu kejurulatihan itu sudah sedia ada dalam diri kita. Sebab tu barangkali.... cikgu-cikgu ramai yang jadi jurulatih..... teringat masa kursus dulu.... kalau peserta bukan cikgu tu memang kantoi la masa ujian praktikal.... hehehe. Melatih seorang atlit ni.... sama je dengan kita mengajar di dalam kelas. Kita masuk kelas... kita sudah menguasai 'sukatan pelajaran'... bersedia dengan ABM, mahir dengan pelbagai teknik dan kaedah P&P, merancang setiap hari apa yang hendak di sampaikan semasa proses P&P...... begitulah juga semasa melatih atlit di atas trek......

Yang paling jelas.... kalau budak-budak species 'Rahimah'.... boleh bagi penendang..... dan selalunya bebudak yang jenis ni, memang tak akan sanggup training olahraga.... kalau datang 'main' bola jaring boleh la.

Olahraga bukanlah acara sukan untuk 'suka-suka' macam 'main' bola sepak atau bola jaring. Training olahraga tidak pernah 'seronok'.... berbanding dengan permainan bola sepak, bola jaring dan lain-lain permainan.... olahraga tidak pernah menjadi acara untuk berlibur. Atlit olahraga tidak mempunyai istilah 'main-main' atau sekadar 'suka-suka'.... kalau nak 'main-main', 'suka-suka', 'seronok-seronok'...... sila main bola jaring..... hehehe

Sebagai jurulatih kita juga perlu mahir perkara berikut, atau pun apa yang dikatakan 'Tool of Coaching'

1 Periodisation - preparation period - competition period - transition period
2 Biomotor Abilities - strength - endurance - speed - flexibility - coordination
3 Training Session - warmup - skills unit - fitness unit - cool down
4 Energe System - aerobic - anaerobic

Faham perkara-perkara di atas barulah kita boleh merancang program latihan.... apa maksud 'program latihan'..... program latihan maksudnya perincian semua pembinaan seorang atlit.... program latihan pembangunan seorang atlit mungkin mengambil masa 3 tahun.... dan tentunya bukan semua akan berjaya, dan bukan semua akan sanggup terus berada di dalam 'program latihan'....... samalah macam bebudak yang ambil exam UPSR, PMR dan SPM..... persediaannyakan bertahun-tahun... lepas tu barulah tengok berapa 'A' yang dapat. Maknanya...... bagi atlit olahraga.... program latihannya adalah sepanjang tahun atau pun 'seumur hidup'nya selama mana dia menjadi 'atlit'. Program latihan specifik pula.... paling singkat mungkin 3-4 bulan (dengan mengambil kira 3-4 tahun pengalaman training)

Seorang jurulatih yang profesional.... merancang program latihan yang khusus untuk atlitnya merupakan sesuatu yang sangat mencabar. Semuanya bergantung kepada 'kucing aii' masing-masing. Peringatan..... jangan sesekali meniru program latihan orang lain.... kerana setiap atlit sangat jauh berbeza.... tambahan pula kita tak tahu apa 'buah kilas' coach yang merancang program latihan tu.... dan selalunya itulah 'rahsia' atau 'senjata sulit' bagi setiap jurulatih..... cuma ingatlah prinsip ni..... ingat dulu masa tingkatan 6 belajar ekonomi?.... kita kan selalu dengar prinsip 'permintaan dan penawaran'..... haaaa.... dalam kejurulatihan, prinsipnya pun lebih kurang begitulah.... ok... pegi baca balik buku subjek ekonomi..... hehehe!

Ok... dah panjang tu Ebook ni..... hehehe. Sekarang saya nak rancang program latihan minggu depan.... nak tengok 'rancangan pelajaran' saya minggu depan?.... ringkasannya seperti di bawah.... tapi ingat, ini hanya catatan program latihan saya, jadi ada banyak lagi perkara disebalik catatan itu.....

.................................................................

Event: Long jump & Triple jump
Period: Competition
Objectives: Improvement the technique of 'take off' and 'landing'
Equipment: Small boxes, 20x30 cm of height
Note:
20% Agility work
40% Technique work
10% Varied jumps
30% Speed work
Contents:
- Warm up: jog with little jumping - 15 min, streching & swing action 10 - 15 min
- Running and jumping warming up exercises 40-50m - 5-7 drills
- Build up 'IN' and 'OUT' 60-70 meters
- Standing long, triple jump, double leg jump 3-5 times for each kind of jump
- Long jump from 5-7 strides 4-6 jumps
- long jump from 9-15 strides 6-8 jumps
- Hop to the sand pit from 7-9 strides X 5-7 bounds
- Hop + step from 5-7 strides X 3-5 times
- Hop + jump from 5-7 strides X 4-6 times
- Special landing exercises into the high jump pit
- Standing jump, long jump from 1-3 strides with 'take off' and free leg. (Repeat: 3-5 times each jumping exercises)
- Skip jump on the box 20-30 cm of height with 'take off' leg 6-8 times X 2-3 sets, with free leg 5-7 times x 1-2 sets
-Half squat or jumping squat 5-8 times X 2-3 sets
-Warm down - jogging 10 min, stretching 10-15 min

Sunday/15 Mac -
4:00 - 6:00 PM - Speed - flaying starts - 30m X 5 X 2 - 70% to full speed

Monday/16 Mac -
8:00 - 10:00 AM - Technique - 'take off' from 3-7 strides X 10-15 rep X 1
4:00 - 6:00 PM - Drill & power - 5-7 bounds & take off to sand pit

Tuesday/17 Mac -
8:00 - 10:00 AM - Speed & power - 40 X 5 X 2 - 100% speed
4:00 - 6:00 PM - Technique - 'take off' from 3-7 strides X 10-15 rep X 1

Wednesday/18 Mac - Rest

Thursdy/19 Mac -
8:00 - 10:00 AM - Speed - runup - check mark 3 strides 3-5 rep, check mark 7 strides 3-5 rep
4:00 - 6:00 PM - speed & power - 150m X 3 X 2

Friday/20 Mac - Rest

Saturday/21 Mac -
8:00 - 10:00 AM -Technique - 'take off' from 3-7 strides X 10-15 rep X 1
4:00 - 6:00 PM - Speed - 50m X 3 X 2, 80 X 3 X 2

.............................................................................

Boleh tiru dan ubah suai..... dengan syarat korang faham prinsip subjek ekonomi tu dulu.... prinsip 'permintaan & penawaran'..... hehehe. Entah kenapa.... bila buat program latihan..... kena buat dalam ingliss.... walaupun ingliss aku band 3.... tapi kalau buat dalam BM..... 'maksud' nya jadi macam lain sikit.....

Contoh.... flexibility.... cam mana nak terjemahkan.... boleh ke kata 'kelembutan'..... errrr.... rasanya bukan itu kot maksud 'kelembutan' merujuk kepada seorang atlit..... auwwww!...... hahaha!

Tuesday, March 10, 2009

Dah sesak

Mem Besar dah banyak kali 'sound'.... "banyaknyooo barang, serabut kelih... sedapnyo kalau rumah macam rumah orang lain tu... lapanggg je"

"Hooo laaa..... cuti ni kita buat operasi pembersihan"....... errrr.... selalu pun dah buat gak operasi pembersihan ni.... hehehe

Aku pun sebenarnya tak perasan.... semakin lama.... kawasan meja kerja aku dah semakin sesak. Itu belum lagi ambil kira dalam bilik stor.

Dari mana datangnya semua ni?...... entahlah aku pun dah tak ingat.

Selama aku buat kerja ni aku pun dah tak sedar terlalu banyak gajet yang aku ada.... gajet yang praktikal untuk buat kerja la...... (maksudnya gajet macam E90 tu, aku tak perlu ada, pasal tak praktikal untuk aku... hehehe)

Minggu lepas aku keluarkan satu lagi gajet yang dah lama terperap dalam stor..... gajet ni aku dapat bulan Mac 2008.... HP Deskjet... alaaa... yg 3 dalam 1 tu! Gajet ni aku tak beli.... aku DAPAT hasil 'kerja' aku untuk Dato..... dah ada yang baru, maknanya scanner lama tu boleh simpan.... maknanya juga dah ada 2 biji scenner yg masuk dalam stor. Sebab tu aku rasa kesian bila dengar ada kawan yang masih tak de scanner (khabarnya bila dah sambung belajar ni baru dia ada..... hehehe)

Melihat kiri, kanan, atas, bawah....... waaaa.... patutla Mem Besar selalu sangat bersungut ni..... bersepah-sepah gajet ni.... tapi yang pentingnya semua tu aku TAK BELI. Kalau tak beli..... dari mana datangnya semua ni?.... ni yang aku tak perasan ni...... hehehe.

Lepas tu baru sedar...... selama ni.... benda yang aku beli hanyalah netbook Lenovo 10.2" yang aku pakai sekarang ni!...... Laptop-laptop sebelum ni semuanya orang sponsor.... errr.... Dato..... le siapa lagi.... sebab tu bangkali ramai yang dengki kat aku..... hehehe.

Selain sponsor dari Dato ....... kebanyakkan gajet yang aku ada..... adalah sebagai penghargaan daripada 'mereka' yang meminta pertolongan aku...... maksudnya..... sebagai ganti upah kerja yang diorang suruh aku buat. Kerana aku bukan 'mata duitan'...... selalunya aku tak terima kalau aku dibayar dengan pitih..... jadi kalau diberi juga, pitih tu aku beli la apa-apa barang yang aku nak..... atau pun aku cakap je.... "aku tak mau pitih, kalau nak bagi jugak, bagi gajet...... tu"...... hehehe.

Dan sebahagian besar barang tu aku dapat kerana keperluan kerja yang 'orang-orang' tu minta aku buat. Misalnya, ada yang minta buatkan website..... masa diorang suruh tu.... diorang selalu cakap.... "tolong laaa.... berapa je upahnya aku bayar"..... tapi kerana aku tak 'mata duitan', aku tak minta dibayar dengan duit la.... tapi tak kan tak de apa-apa langsung kannnn..... jadi.... dah orang nak berbudi.... apa salahnya kita merasa. "tak payah bayar laa.... bagi pendrive satu dah la".

Itu pun tengok 'orang' gak..... kalau kekawan yang sama sengkek macam aku..... cukup sekadar minum teh O beng.... tapi kalau yang taraf dato-dato, tokey-tokey, yang gred DG44 (macam mek kat TI yg baru dapat tu), DG48..... apa salahnya kalau kita 'potong' sikit kan...... hehehe.

Ok... jom buat audit gajet yang aku ada.... yang besar-besar la......

Masa pilihanraya hari tu... aku ada 20 laptop, 20 printer laser, 50 pc..... semuanya dah habis dibagi-bagikan (mengikut arahan Dato)..... tapi aku tinggal la sebiji dua untuk kegunaan aku.... dengan izin Dato!

Kat rumah ni ada 4 pc.... yang ini duk dalam stor kerana tak ada siapa yang pakai... masa anak-anak ada kat rumah, semuanya dirangkaikan..... tetapi sejak streaymx tak de line sejak bulan 7 hari tu, semua pc tak boleh online.... tambahan pula anak2 dah tak de kat rumah, jadi cukup sebiji pc je la kat luar.


















Aku ada 4 biji printer laser dengan stok tonernya yang cukup untuk 10 tahun kot..... hehehe


Kalau harga toner ni RM200 satu... emmm... dah dekat RM4000 kat rumah aku ni











Siapa nak printer bubble jet?...... aku ada 5 biji...... semuanya masih baru.... cuma ink je yang habis..... lepas ni aku nak suruh anak aku bawa pegi maktab dia dan bagi kat sesiapa yang tak de printer.





Ini beg dan kotak pekakas aku..... segala macam kabel kerana aku buat kerja hal-hal yang berkaitan PA system..... audio..... video.... dan network.

Dulu aku duk di PKG...... banyak buat kerja-kerja luar terutamanya majlis-majlis jabatan.... aku dulu kamera man.... bertahun-tahun dan segala bagai majlis di Bachok ni aku bertugas..... baik majlis rasmi jabatan.... atau pun majlis parti..... segala macam kamera aku guna.... baik jabatan punya (PSPN), atau pun yang Dato belikan...... errr... bukan sekadar bergaya pegang kamera macam cikgu sejarah tu..... hehehe....

Cuma satu je yang aku tak ikut..... kekawan yang lain, selalu buat kerja luar buat video/cd dikir barat..... masa tu sohor lagu 'anak tupai'...... psttt... guna kamera jabatan buat duit..... hehehe.... tapi lepas tu diorang dah kaya, boleh beli kamera sendiri yang lagi mahal dari jabatan punya.

Kempunan I...... hehehe
Masa musim pilihanraya hari tu.... aku dalam proses membodek Dato untuk membeli kamera Sony Alpha 900.... kerana sebelum ni dia cuma belikan kamera digital dan kamera video yang kompak....

"Dato... kena ada kamera digital pro baru la sedap ambik gambar.... baru la boleh buat gambar Dato come-come..... nanti Pak Lah datang, tak la malu nak pegi depan ambil gambar"
"Berapa harganya?"
"Alaaa... tak mahal dalam RM6000 je".... "Nanti la dulu.... pakai je la yang tu sementara ni"

Kempunan II..... huhuhu
Masa musim pilihanraya hari tu..... aku dalam proses membodek Dato belikan hanset siri N atau pun siri E.... kerana sebelum tu dia cuma belikan handset siri apa tah.....

"Dato.... kena ada handset siri..... baru la senang nak hantar maklumat kat Dato"
"Nak hanset yang macam mana?'
"Yang macam Dato pakai tu la.... baru sesuai jadi pagawai ICT Dato.... baru ilerrr..... nanti orang tanya..... siapa tu?.... tu la pegawai ICT Dato..... hehehe"
"Ok.... lepas-lepas ni... bila dah lineee esok-esok"

Huwaaaaaa.... lepas tu Dato kalah pilihanraya...... kempunan la aku...... hehehe.