Tuesday, March 31, 2009

Darah Raja

Hari ini masih bercuti sempena Keputeraan Sultan Kelantan... Sultan yang satu-satunya dalam Malaysia bagi cuti dua hari kat rakyat baginda.... (walaupun kat IC aku tetap ada 08... hehehe). Kemarin dah seharian berkelah atas katil.... hari ni tak kan nak bekubang lagi kann....

Mula-mula tu rasa nak pegi Pesta Buku Kelantan... tapi bila mengenangkan tak de apa buku yang nak dibeli, tak jadi la nak pegi (kalau setakat nak beli buku latihan... hari-hari boleh beli kat kedai) Lagi pun rasa tak larat nak parking kat stadium lepas tu kena jalan kaki dalam 200M kat dewan tempat pesta buku tu... mesti panas dan rimas kat tempat ramai orang cam gitu. Jadi kami terus saja ke KB Mall.... kerana ada agenda gak kat situ.

Agak-agak KB Mall buka je pintu..... kami pun sampai, relex la sikit parking masih kosong. Mula-mula pergi ke kedai buku dulu. kedua-dua kedai ni duk dekat-dekat, jadi senang la, keluar situ, masuk sini, keluar sini, masuk sinun.

Walaupun sekarang ni ada Pesta Buku, tapi kat sini lagi selesa.. tak bersesak-sesak!

Lepas dah dapat buku yang nak dibeli... terus naik atas untuk agenda penting hari ini.... Sempena 'Cuti Raja', ni macam biasa setiap tahun aku nak derma 'Darah Raja'..... Hari ni aku yang pertama.... 'buka bong' la nampaknya.

Tapi pasal masih awal sangat lagi... misi pun tak ramai lagi.... hehehe.

Tadi dah pesan kat Mem Besar.... suruh dia snap gambar dari pelbagai sudut... tapi bab ni Mem Besar 'kurenggg' sikit.... tau tau masa mana patut nak snap..... hehehe.

Derma darah ni.... satu je yang aku bimbang.... kalau kena misi yang baru-baru tu... diorang tak berapa mahir sangat nak cocok... silap-silap bengkak urat. Mujur dapat misi yang nampaknya dah biasa cocok mencocok ni.... lembut je jarum tu masuk.

Tak sampai 10 minit dah penuh 2 beg..... tengok betapa canteknya darah aku... pekattt, likattt... darah raja la katakannn.....


Tahun ni dapat hadiah towel je... tak pe laaa tu, pasal tadi aku dah bedal segala macam kek yang diorang sediakan atas meja tu.... hehehe.

Lepas derma darah.... macam biasa la... perut pun jadi lapar la pulak... jadi sebagai meraikan hari derma darah aku hari ni.... kami pun singgah isi perut dulu kat kedai nasi ayam ni.






Sebelum balik, cari hadiah untuk anak kawan blogger yang akan sambut birthday awal bulan April ni.... hadiah biasa-biasa je... tak seberapa pun. Tapi hari ni tengok kertas pembalut je la dulu eiii.... hadiahnya nanti uncle bagi 4hb... hehehe.

Dah tengahari ni.... nak balik sambung berkelah atas katil.... hahaha. Errr.... hari ni boleh buat alasan letih pasal derma darah.... kawe nak tido, jumpa lagi malam nanti.

20 Comments:

  1. sonata anak kancil said...
    tak pernah seumur hidupku derma darah! terima darah ada la...mau pengsan tengok darah yg banyak! he he takut...
    Unknown said...
    ko ni termasuk dlm golongan yg disalah fahamkan terhadap derma darah... salah satu cara nak sihat, dermalah darah...
    sonata anak kancil said...
    walau diberi ganjaran pun, takat le ni, mintak maaf la, takkan ku derma darah ku ini!ngeri....biarlah diri ni sihat cara lain...
    DatinDiaries said...
    huhuhu...takutla nak derma darah ni........
    Unknown said...
    Sonata & Datin-
    korang takut kena cocok eii... macam la korang tak biasa kena cocok... hehehe
    DatinDiaries said...
    huhuhu...yg lain tak kisah pun.....wakakakakkakka.....dushhhhh
    ckLah @xiiinam said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    aku tak penah kutok ko... ko je yg rasa cam gitu....
    ckLah @xiiinam said...
    cam tak bes je komen tadi...

    Aku bagi komen lain...eiik??

    Teruna macho baju oren tu....sebijik macam Sultan Melaka sedang dilayan oleh Tun Teja....er...misi tu kunun-kunun Tun Teja nye lah...he..he..


    Doktor dah tak bagi aku derma darah sejak buah pinggang aku mengalami sedikit kerosakan...sekarang ni, setiap hari telan sebeban ubat....


    Ya...akulah yang memerlukan darah dari orang-orang berani macam ko. Sungguh!!!
    Unknown said...
    ikam kadak handak jadik Tun Teja aahh... amun ikam jadik Tun Teja, lagi la ramik.... ramik batimpasan...
    ckLah @xiiinam said...
    aku mana buleh jadik Tun Teja..

    Aku kan Raden Galoh Cendera Kirana...sedara Raden Adjeng Kartini...sepupu Raden Gusti Adipati Wibowo Joyo Subroto Penunggu Gunung Berapi Krakatua....


    Errrr...batimpasan tu ape menatangnya? Kulir akuk mau bukak kamus banjar....
    Unknown said...
    hahaha... pasal tuk akuk kulir handak basurah nik... ngaleh
    ckLah @xiiinam said...
    ah...guringlah....
    sakurasa 2 said...
    eeee kat kat cni ada bahasa jawa
    cam ner ni....

    ah guringlah...
    apa ek guring tu???
    Unknown said...
    sakurasa... CkLah tu MPV... guring tu bukan bahasa jawa tu...bahasa adik beradik jawa... hehehe
    kuIna said...
    bagusnya.......
    sy teringin nk menderma tp tak menepati spesifikasi... hahaha...
    Unknown said...
    tak de spesifikasi mende la... asalkan ko sihat je... dan ko akan bertambah sihat.... keluarkan darah yg lama... darah kita akan berganti baru.... fresss
    arsaili said...
    salam..saya tak memenuhi criteria menderma darah..errrr ahaha
    Unknown said...
    ni pun spesis takut kena cocok la nii
    kirana said...
    Eeerrrr... aku lak Kirana Lagenda! Aku lah lagenda... Tah ape2.

    Anyway, tak penah derma darah. Bukan takut, takleh derma darah sbb nnti org yg terima darah Kirana sakit cam Kirana plak. Bukan HIV ye... ishhhh, mintak jauh.... Darah Kirana ada allergi. Bukan leh bagi org sihat pun.

Post a Comment