Monday, March 30, 2009
Sempena 'Cuti Raja'..... hari ni separuh hari berkelah atas katil... hehehe. Lepas tu duk mengadap netbook je... merayau-rayau ke rumah kekawan.... tapi tak da yang entry baru. Maklumlah diorang hari ni keja... kalau yang cikgu tu mungkin petang ni la kot ada entry baru... lain la yang duk kat rumah je.
Mem Besar kata nak baca buku... paling belakang sekali, dia tengah baca, paling dua kali, masih baca, paling kali ketiga dia dah pejam mata..... hehehe. Sebagai menghargai hak kebebasan individu... maka sampai ke tengahari duk bermalas-malasan je.
"Errr... dah tengahari ni.... ".
Mem Besar pantas ke dapur... dan hasilnya.... tengahari itu kami dihidangkan dengan 'menu rasminya'.... ikan kembung masak kicap... hehehe!
Lepas tu terus sambung berkelah atas katil.... huhuhu.
Sebelah malamnya... Mem Besar mempamirkan kehebatan masakan segeranya.... dengan sekelip mata terhidanglah pasta yang penuh udang.... errr, kat pizza hut udang 2 ekor je... apa kelas kann!
Hidangan yang ringkas tetapi menjilat jari..... kalau setakat pasta kat pizza hut tu.... lagi sedap Mem besar yang buat la.... sungguhhhh, bukan nak nak menyohor ni. Errr... salah ke kalau aku menyohor pasal bini aku?.... kan ke itu kebanggaan setiap wanita yang bergelar isteri... betul tak CkLah?
Ok... aku nak bagi tips masak pasta ikut selera aku ni.... mungkin semua orang tau masak pasta... sosnya sama saja... cuma kena pandai la ubahsuai sikit... masa masak kuah pasta tu... korang tumis sekali dengan 2-3 tangkai cabai kering.... baru la baunya terangkat sikit dan boleh kurangkan tahap masam puri tomato tu.
Psssttt... tapi minta mahap la eiii... pasal Mem Besar bukan buat sendiri kuah pasta tu.... semuanya beli yang dah siap dalam tin atau yang dalam botol. Ini stok yang sentiasa ada kat stor. Aku sukakan sos pasta Prego ni... boleh pilih antara perasa keju, cendawan atau pun tradisi.
Walaupun semua sos ni dah siap untuk di makan.... tapi kena la ubah suai sikit, baru la tak nampak menu bodoh je kann.... hehehe.
Yang penting juga stok kicap tu... kat rumah ni, kebanyakkan menu rasmi mesti guna kicap... dalam sebulan kena ada dalam 10 botol. Tambahan pula aku suka makan ikan goreng cicah kicap bersama potongan bawang dan lada yang diperah limau nipis. Ikan yang aku suka selalunya ikan patin atau tilapia, atau apa-apa ikan laut yang sesuai. Aku tak suka makan ikan bawal, pasal dah fobia makan bawal masa kat asrama dulu. Tanya la CkLah apa menu bawal kat asrama dia pasal kami makan menu yang sama.... hehehe. Makan nasi dengan kicap ni pun barangkali kes tabiat masa kat asrama dulu.... kerana hanya kicap 'cap ayam' tu je la satu-satunya perasa yang ada, yang boleh tukar sikit rasa menu 'cekik tekak' kat asrama dulu.
Labels: Aku Versi Keluarga
kicap, wa kurenggggg...ni tahap melampau sampai 10 botol!!!hang minum ka???botol besaq2 ka???tak 'gelap'tukar warna kulit ka??? cadangan: bukak kilang kicap!
jgn ko makan pasta dgn nasi pulak... maklum la kann... ko kan tak nak berulang kejadian tak masak nasi ni!
jane-
haa try jgn tak try... kita buat je pasta tu macam selera kampung.... alaaa, lebih kurang macam makan mee rebus mamak tu la
sonata-
ooo yg tu mesti la ada... tang cabai kering tu, tip tambahan je... bab kicap ni, tanya cklah apasal boleh jadi cam tu
aku lom abis baca entry ni tk anta komen dulu erk, nak masuk kelas dulu.. nnt sambung
haa... gi masuk kelas dulu.... aku cuti tak pe laa
YB-
nnt aku nak hidangkan singgang ikan ayo, sotong rebus hitam (tak buang dakwat dia), ikan tamban lawar dan ikan selayang rebus... petola celor cicah budu, sambal pauh... semua menu klasik kelantan
-NONIE-