Friday, March 20, 2009

Cuti dah nak habisss

Seminggu cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya. Masa nak mula cuti hari tu... punya la banyak benda nak dibuat. Bila dah nak habis cuti ni.... pun masih banyak lagi benda nak dibuat.

Semuanya terikat dengan jadual latihan olahraga fasa terakhir. Tahun ini aku kembali aktif sebagai coach.... walaupun hanya sekadar 50% saja berbanding dulu-dulu. Semuanya bermula dengan memenuhi permintaan kawan-kawan untuk tolong 'tengok-tengok'kan team olahraganya. Tahun lepas aku cuma turun sesekali je untuk 'betulkan' teknik latihan team dia... tahun ni turun ke padang dalam dua bulan yang terakhir dengan program latihan yang lebih teratur sikit.... walaupun belum sampai tahap full training programe yang sebenarnya.

Selaku coach import di SMK Sri Gunung..... aku tak masuk campur perancangan yang dibuat oleh team sekolah ni.... aku hanya jalankan tugas mengikut apa yang diminta saja... (ikut terma dan syarat kontrak la tu.... hehehe). Aku hanya melatih acara long jump & triple jump je..... yang lain-lain aku tak masuk campur. Tapi bila sudah di atas padang... selalunya tak begitu la.... kerana maklumlah.... berapa orang je coach yang ada... yang ramai tu cikgu sukan je. Mahu tak mau... akhirnya terpaksa juga tolong 'tengok-tengokkan' acara lain.

Cuti sekolah cam gini... baru la boleh buat latihan pagi dan petang. Itu pun terpaksa sesuaikan dengan jadual kelas tambahan diorang. Sempena cuti ni team kami mengadakan latihan pusat/latihan intensif... tetapi apalah sangat yang mampu disediakan oleh team sekolah kampung macam kami ni.... bajet makan pun hanya sekadar RM4 seorang, hanya mampu memberikan sebiji pharmaton setiap pagi (sebiji pharmaton RM1 X 40 orang X 90 hari..... emmm, itu pun dah parah nak cari bajet) Minggu ni, minggu terakhir latihan... kerana minggu depan pertandingan peringkat daerah. Mengikut program latihan... minggu ni sepatutnya akan menumpukan kepada specific technique bagi setiap acara.... malangnya program latihan terganggu akibat hujan siang malam, pagi petang. Program latihan terpaksa dirombak semula dan hanya menjalankan aktiviti untuk mengekalkan kecergasan sahaja.


Shilah... salah seorang atlit jagaan aku... body yang agak sesuai untuk acara jump.... tetapi masih kurang strange... masih banyak kena 'perubat'... istilah dalam kejurulatihan... tak cukup strike bounding... atau istilah aku... "tak cukup carik kangkang".

Suraya... ada flexibility.... tetapi tak cukup saiz... personal best hanya setakat 5M long jump dan 10M triple jump... logiknya, tak akan dapat masuk 8 terbaik peringkat negeri.... tetapi rajin berlatih.


Streching yang sesuai untuk atlit dan suri rumahtangga... hehehe.







Semenjak dua menjak ni... cuaca dah tak boleh diduga. Seingat aku... dah 3 tahun macam ni. kalau dulu, bila bulan mac - april... cuaca selalunya panas teng-teng, rumput kat padang dah tukar warna keemas-emasan, tetapi sekarang ni, hujan yang tak henti-henti pagi dan petang menyebabkan padang dah jadi lebih kurang sawah padi.... tetapi bebudak seronok gak bila buat training ni.... hehehe





Sewaktu zaman kegemilangan team olahraga MSSD Pasir Puteh-Bachok dulu.... kalau cuti sekolah macam ni, seminggu la aku tak balik rumah, kerana selalunya kami akan adakan latihan pusat / full training programe.... atau istilah kami..... 'peero budak' (bela budak). Bajet team kami dulu mencecah 20 ribu hanya untuk pemakanan dan supplement yang lain bagi musim latihan antara bulan Disember hingga April.... atau sehingga kejohanan peringkat negeri. Kos kesuluruhan pernah mencapai 90 ribu. Tetapi kegemilangan kami dulu hanya tinggal kenangan sahaja.

Khas untuk CKLah.... ini namanya acara high jump.... high jump maknanya kena lompat tinggi-tinggi.... nak lompat tinggi-tinggi, maknanya kena angkat kaki tinggi-tinggi.

Standard peringkat daerah kami untuk acara high jump ialah sekitar 1.70M..... untuk peringkat negeri sekitar 1.90M..... dengan ketinggian tu.... untuk peringkat MSSM bolehla masuk dalam 8 terbaik, tapi tak mungkin dapat pingat.... hehehe.

Eh... aku tak ingat pulak nak ambik gambar bebudak long jump dan triple jump..... hehehe

17 Comments:

  1. sonata anak kancil said...
    Bagus la cikgu ni...Majulah Sukan Untuk Negara...Kalau cikgu tak didik/coach sape lagi kan???Cikgu juga yang teror & serba boleh. Cikgu lah segala2nya...nak jadi ahli sukan ke, doktor ke, jurutera ke...semua hasil cikgu kan!

    Terima kasih kepada cikgu2 saya, yang telah menjadikan saya cikgu!
    Unknown said...
    sonata-
    teringat sajak Usman Awang....

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
    Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca.

    .......errr.... usman awang tak minat olahraga kot... hehehe
    Yunus Badawi said...
    Awat beberapa kerat aje budak yg berlatih? takkan ketandusan bakat kat sekolah tu? hehehe
    Mak Su said...
    lari bawa tayar? adoiyaaiii. sohih tak larat dah. kalau bawa donat bolehlah.
    Unknown said...
    ni team sekolah kampung je... 40 org pun dah cukup ramai... errr.. tapi memang dah hampir ketandusan la ni akibat ketiadaan program latihan / program pembangunan yg terancang... (kesan pergeseran sesama coach.... 3 tahun yg lalu... kesannya masih belum pulih)

    ni gambar disuatu pagi... ramai yg tak turun training kerana terikat dgn jadual kelas tambahan...
    Unknown said...
    malu nak cerita sebenarnya.... ensiden terakhir dulu bukan hanya sekadar tepuk meja.... tetapi hampir bertumbuk di atas padang... (saya ada citer sikit pasal ni hari tu... kalau YB ingat)
    Unknown said...
    maksu-
    yg nampak tu tayar je... kat dalam tayar tu ada pemberat sekitar 5kg
    ckLah @xiiinam said...
    kalo ko ambik paper kejurulatihan masa ptk mesti score iv. Sekali lulus je.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    sangat tak ikhlas komen ku itu



    Dan utk sesetengah frasa dalam krgn ko ni, komen aku ialah;



    kuang asam...he..elehhhhh..
    Unknown said...
    Cklah-
    baik la ko amalkan streching tu... baik utk inner power tu...
    kuIna said...
    bagus bagus bagus...

    majulah sukan utk diri sendiri (sihat)
    Unknown said...
    kulna-
    selepas 3 tahun tak turun padang... kawe dah maju ke depan... tu yg turun semula tu... kalau tidak kawe kena masuk program the biggest losser... hehehe
    Anonymous said...
    adeiii, bila dh dkt nk bukak skola je aku rasa mcm nk demam... hish, nak ambik mc blh kot... blh sambung cuti... huhu
    Unknown said...
    eiii... seronoknya kembali ke sekolah... puasnyeee dah duk kat rumah je.... ngeh.. ngeh..
    Anonymous said...
    demammmmmm.... huhuhu!
    Unknown said...
    demam ada maknaaaa niii
    Anonymous said...
    Tahniah untuk cikgu yang bersemangat waja.. Bukan senang nak cari cikgu yang sanggup berguling ditengah padang macam cikgu ni.. saya asalnya atlit olahraga.. penah dapat pingat gangsa dalam kejohanan sukan universiti kebangsaan. acara 1500meter.. tahun 199_ tak ingat dah. Tapi sekarang tukar angin .. ajar bola pulok..cuti ni semua pelajar dicutikan.. lepas cuti latihan bermula.. kembali berguru dan berguling di tengah padang. keseronokan bekerja.. tonggak 12... soalan PTK keluar ari tu heh...hehh. dan heh
    Unknown said...
    guling cikgu... jgn tak guling...

    keseronokkan bekerja... tonggak 12... kawe tak tau, kertas 1, kawe dah dpt 4... hehehe

Post a Comment