Wednesday, March 4, 2009
Kawe menerima email seperti berikut..... kawe tak tau la ini email ori ke email palsu... hehehe. Kawe tak sempat nak menulis esei dengan lebih detail.... cuma secara ringkas kawe berikan jawapan seperti di bawah, sebagai gambaran awal.
Salam,
Ada baru saja mengikuti Blog saudara :d ... saya ingin bertanya bagaimanakah utk menjadi Jurulatih Olahraga acara Padang yang bertauliah :d .. Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan seorang guru di sekolah menengah, berpengalaman 3 tahun menjadi S U Sukan. Diharap saudar buleh membimbing saya :D
Sahrul rashid
..............................................................................
Diharap saudara buleh membimbing saya...... layak ke aku nak bimbing ko ni, hehehe
Jurulatih Olahraga acara padang yang bertauliah......
First.... dapatkan sijil kejurulatihan level 1... Level 1, sukatan kursus (anda akan dibekalkan 3 buah kitab kejurulatihan olahraga) adalah untuk semua acara.....kursus selama 18 hari... instruktur selalunya coach kebangsaan yg diketuai Hanafiah Nasir.... mesti lulus cemerlang... rasanya markah kena 70% ke atas masa exam & praktikal (kalau tidak tak layak nak buat sijil level 2)..... kalau hanafiah nampak ko hisap rokok... sah la ko akan dapat markah kurang 70% (coaching attitude hancus la).... selepas tu menjalankan kerja sebagai jurulatih antara 1 - 3 tahun dengan menghantar laporan setiap bulan ke KOAM... ada atlit sekurang2nya mewakili daerah..... selepas tu baru KOAM akan bagi sijil kejurulatihan sebenar.... yg sebelum tu hanya sijil sementara..... bila semua dah clear.... baru la boleh bercadang buat sijil level 2.
Sijil level 2.... anda akan memilih pengkhususan bidang.... acara trek... atau padang.... acara trek kena pilih nak jadi coach sprint atau long distance.... acara padang... boleh la pilih acara lontaran atau lompatan..... contohnya... acara lompatan.... sekarang anda akan mengkhusus kepada acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah..... kursus selalunya diadakan di regional center IAAF di Indonesia.... instruktor selalunya coach dari Asia.... selalunya dari China (termasuklah juga Hanafiah Nasir)
Sijil level 3..... pengkhususan lebih mendalam.... contohnya untuk acara lompat jauh sahaja..... selalunya di adakan di regional center IAAF di australia..... instruktornya coach world class
Kursus disemua level... dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.... jadi englissss korang kena mantop la sikit.... bab ni yang aku kantoi sikit ni... hehehe
Ada lawak dalam kejurulatihan ni, antaranya.... "budak ko kalah 100m tu pasal dia tak tau bahasa inggeris", ....... hehehe (ada ke patut!)
Demikianlah serba sedikit latar belakang yg perlu diketahui untuk menjadi jurulatih bertauliah..... terima kasihhh... tu belum cerita lagi kerenah2 yg perlu dilalui untuk mendapat peluang menghadiri kursus tu.... jadi faham2 je la kannn..... hehehe. Errrr..... kalau ko dapat jadi jurulatih level 1 pun dah cukup baik.... hahaha. Sesiapa yang ada sijil level 1 di gelar sebagai jurulatih yang sudah ada... 'kucing aii' (coaching eye).
..............................................................................
psttttt... aku tak tau la dia ni betul-betul nak tanya ke atau saja-saja.... :) tapi rasa-rasanya.... memang payah atau mungkin tak pernah sesiapa menulis pasal hal ini. Kerana itu mungkin juga maklumat tentangnya memang sukar diperolehi. Bagi aku sendiri pun.... setelah melibatkan diri sebagai jurulatih sejak 1990.... menghadiri kursus2 pendek, bengkel2.... bertanya kepada jurulatih senior (termasuklah dengan unsur2 bodekan tahap gaban) menjadi kuli bertahun-tahun kepada jurulatih senior, sambil mengumpulkan ilmu mereka..... dengan perakuan dan sokongan jurulatih2 senior barulah aku berpeluang menghadiri kursus level 1 pada tahun 1998.
Selepas itu barulah aku masuk dalam kumpulan jurulatih yang dianggap senior..... dan sesiapa yang berada di sini.... sepak- terajangnya akan lebih hebat lagi.... cantas-mencantas perkara biasa....
Labels: Aku Versi Lelaki
Di Hilir Perak...musim sukan dah tamat Februari lps. Usai sudah tugas 'jurulatih kampung' yang tak terer dan tak ada sijil macam kami ni....
Bulan April.....musim pertandingan2 'Ko kurikulum-akademik' pula. Peranan cikgu2 bertukar lagi...ye lah...kami kan sentiasa siap siaga menyerahkan batu jemala untuk menerima segala arahan dari atas nunnn. Ade ke pilihan? Huh...tarak!
Mulai sekarang, ckLah jadi 'jurulatih' pidato pula. Ya...ya...ya...tanpa sijil!!
ckLah kan multitasker.....aaahaaaakkksss....
nak saya jadi coach... boleeee... nak masuk acara apa, cakap je.... bila nak start training...
makk su-
nak tolong apa... maksu pun nak saya jadi coach peribadi gak ke... boleee.. tapi syaratnya semasa latihan tak leh bawa E90 atau apa2 siri E.... hehehe
ciklah-
dlm olahraga... antara perkara penting yg coach ajar ialah... sentiasa tinggikan diri... keep tall... full extension... walaupun ko rendah.... hehehe