Thursday, March 19, 2009
Hari ini.... hari terakhir peperiksaan PTK. Semua yang kerja gomen berduyun-duyun menduduki peperiksaan yang tidak diwajibkan itu.... tetapi tidak pula boleh ditinggalkan begitu sahaja. Saban tahun kakitangan kerajaan akan mendaftar. Oleh kerana sifatnya yang tidak 'wajib'.... maka ramai pula yang menghadirinya hanya sekadar 'ikut-ikutan'. Itu pun setelah dikeluarkan peraturan.... sesiapa yang telah mendaftar, akan didenda sekiranya tidak hadir.
Percaya atau tidak..... sebahagian besar yang hadir peperiksaan PTK.... tidak pernah berniat pun untuk lulus peperiksaan itu. Mereka hanya sekadar hadir.... menghitamkan kertas jawapan.... dan balik. Peperiksaan PTK hanyalah sekadar acara libur-liburan setahun sekali sahaja.... hehehe.
Hari ini kali kedua aku menghadiri PTK.... hari ini aku masuk pukul 11:00 pagi, kerana aku hanya ingin memperbaiki Kertas 2 Kompetensi Fungsi (Khusus). Maksudnya aku dah lulu Kertas 1. Tahun ini aku ambil kertas 701/02: Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran. Sebelum ini aku ambil kertas ICT... kerana kononnya aku 'orang ICT'..... hehehe. Dan yang hebatnya...... menduduki peperiksaan tanpa apa-apa persediaan.... orang kata, "masuk exam pakai hentam je"..... akibatnya tahun lepas hanya dapat 4 & 3 sahaja. Maknanya kira tererr gak la, pasal Kertas 1 dapat 4 dan kertas yang soalannya tu bab ICT dapat 3.... hehehe. Seingat aku hari tu, hanya 2 orang je yang ambil kertas ICT.
Sebelum masuk exam pukul 11:00 tadi.... sembang-sembang dengan kawan-kawan yang rupanya tak pernah lulus pun PTK..... duk main 2 & 3, 3 & 3 je..... hehehe, sebab tu aku kata.... bila aku dapat 4 & 3.... dah kira terer la tu.... hahaha (dengan gaya bongkak ada tanduk). Rupa-rupanya ramai lagi yang bengap dari aku.... hehehe. Memang amat malang..... kalau membaca buku bagai nak 'rak' tapi masih dapat 2.... sedangkan ada yang hadir PTK sambil 'makan kacang', jawab soalan sambil 'korek hidung'..... dapat 3. Tapi aku tak fikir yang dapat 4 tak baca buku langsung.... mesti sekurang-kurangnya ada juga buka buku sepintas lalu. Errr..... khabarnya sekarang ni untuk Kertas 1, boleh bawa masuk buku masa exam...... huh..... begitu sekali, kerajaan nak bagi lulus.... cuma malangnya.... masih juga tak lulus.... hehehe.
Tahun ni... aku menghadiri peperiksaan PTK dengan gaya santai seperti biasa..... Masa menjawab tadi.... emmm... rasa macam mudah je soalannya.... yang pastinya semua boleh dijawab.... pasal tanda ABCD je...... hehehe.
Labels: Aku Versi Kerja, Aku Versi Lelaki
Tak usah nak eksyen la, open book test/exam, confirmed tak jumpa jawapan!Saya tak tahu lah macamana corak exam pakai tanda ABCD ni...Sebab saya tak pernah exam macam ni. Senang kot...
InsyaAllah kalau ada rezeki
kirana-
kawan kirana bawa 3 buku... kirana bawa berapa.... :)
Anonymous-
cikgu tak pas PTK, senyum je... tak de apa2 pun... tak de jejas apa2
sonata-
exam tanda ABCD memang senang, pasal... walau cam mana soalan pun, jawapan tetap ada & boleh tanda jawapan... hehehe
tera-
itulah uniknya exam PTK... tak baca buku rasa cam bodoh, tapi baca buku pun rasa cam keje bodoh gak.... hahaha
anjak jgn tak anjak... boleh buka kelas tuesyen PTK la cam ni